Thursday, January 08, 2009

Hoi Hantu-Hantu UMNO/BN..! Kau Jawab Soklan Ni...! - malaysiakini

Sebelum datang soalan, hantu-hantu BN, kau baca dulu dekat bawah ni aku quot dari The Malaysian Bar -
  • Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is leading the Barisan Nasional (BN) charge in the Jan 17 Kuala Terengganu by-election, said yesterday the coalition is ready to answer all issues raised by the Opposition.
  • He said the Opposition is under increasing pressure to use national issues and this shows they are running out of local issues to raise.
  • Najib said the Opposition’s action here in playing up the issue of murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu was totally irrelevant to the by-election. “If they bring up this issue, it means they are bankrupt of issues ... it has no connection at all with this by-election,” he added.
Najib cakap, "BN sedia menjawab apa sahaja isu yang cuba dimainkan oleh pembangkang" dan jugak "pembangkang ketandusan isu".

Dekat sini aku nak habaq, Pakatan Rakyat tak pernah ketandusan isu selagi UMNO/BN kekal dengan cara pemerintahan dan jugak diterajui oleh hantu-hantu yang level pemikirannya sama dengan "PM In Waiting". hang silap Mat Pekan.

Meh sini aku nak bagi kau satu isu. Isu Nasional. hantu-hantu UMNO/BN pun tolong jawab pertanyaan aku atas 1 isu ni.

Aku nak tanya pasal isu hudud.

Dalam Forum antara Husam dengan KJ, KJ tanya tentang pendirian Husam yang mewakili PAS tentang pelaksanaan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

Jawapan dari Husam - PAS akan tetap melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara Malaysia.

Dekat 2 minggu UMNO/BN melompat macam sakai babi dan tanpa parti melayu Islam UMNO sedari, depa sebenarnya memperlekehkan hukum Allah dalam isu ni. sepatah pun aku tak dengar atau baca pendirian UMNO dalam isu hudud... sekor pun hantu-hantu UMNO tak dak dok sebut apa pendirian UMNO dalam soal Hukum Hudud sebaliknya......

Hantu-hantu UMNO dok sibuk mencucuk DAP dengan isu Hukum Hudud, hoi hantu UMNO...!!! hangpa sebenarnya menganut agama apa? Islam HadHari tu sembah Allah ka sembah apa???

Hangpa semua hantu-hantu UMNO memang lahanat mengalahkan Yahudi...!!! Hukum Allah hangpa eksploitasi untuk melaga-lagakan yang bukan Islam dengan yang beragama Islam. memang sah hangpa kafir..! ni bukan tahap kafir Quraish dah ni, ni dah tahap kafir HadHari. hangp ala yang dok perosak agama Islam.

Patutnya hangpa perjelas dekat yang bukan Islam apa itu hudud, sebaliknya hangpa gunakan hukum Allah untuk buat perkara tak baik, perkara lahanat, perkara yang diharamkan dalam Islam. hangpa hantu-hantu UMNO memang sah KAFIR...!!!

Lepaih tu hangpa dok sibuk pulak tanya Anwar apa pendirian dia tentang Hukum Hudud...

Malam tadi dalam ceramah Anwar di KT, Anwar habaq -
  • KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.
  • Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
  • "Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Itu kenyataan dari DSAI yang hangpa dok tunggu-tunggu... tapi hangpa lupa 1 hal...

Hangpa lupa nak tanya diri hangpa sendiri apa pendirian hangpa dalam isu Hukum Hudud. hangpa lupa agama hangpa apa. hangpa lupa dekat Allah masa hangpa dok main isu ni. hangpa lupa Hukum Allah bukan untuk dieksploitasi. hangpa lupa Hukum Allah untuk dilaksanakan bukan untuk dipermainkan.

Mungkin hangpa jadi lagu tu pasai hangpa pun dah lupa macam mana nak mengucap 2 kalimah syahadah, mungkin hangpa jadik lagu tu pasai hangpa memang bangsa Kafir Lahanat yang tak takut pada Allah pencipta sekelian alam.

Hangpa bebal, hangpa la lahanat yang paling bebal..!

Ni aku nak tanya hangpa, yang mana ada dekat Kuala Terengganu, kalau ada peluang selisih dengan mana-mna pemimpin UMNO atau hantu-hantu UMNO yang aku tak pasti depa ni masih Islam atau tidak... mintak tolong sangat-sangat bagi jawapan atas soalan aku ni untuk hantu-hantu UMNO.

Soalan aku senang.

Apa pendirian UMNO dan jugak hantu-hantu UMNO tentang pelaksanaan Hukum Hudud???

Hnagpa sokong dilaksanakan ka hangpa nak bagi alasan supaya tak dilaksanakan???

Hoi hantu-hantu UMNO...!!! hang jawab soalan aku yang ni...!!!

Sebelum tu kalau hangpa nak persoal kenapa PAS tak laksanakan Hukum Hudud dekat Kelantan & Terengganu, baik hangpa tak payah nak komen dekat bawah ni. sapa yang tak dapat jawapan pasai pelaksanaan Hukum Hudud dekat Kelantan & Terengganu maknanya hangpa MENTAH LAGI DALAM POLITIK MALAYSIA.

Kalau tak tau sejarah dan fakta, tak payah nak auta dekat ruangan komen, buat semak mata aku ngan pembaca je. jawab soalan aku dekat ruangan komen sebagai seorang hamba Allah yang beragama Islam. sebelum nak jawab, hangpa mengucap 2 kalimah syahadah dulu..!

Kalau nak mengucap 2 kalimah syahadah pun tak reti, maknanya hangpa bukan Islam. kalau hangpa bukan Islam, aku tak dapat buat apa. yang Islam sendiri pun tak paham ajaran agama sendiri, apa lagi yang bukan Islam?

Tak tau la pulak kot-kot hangpa sanggup mengaku bukan Islam & pakai pelat india atau cina. itu antara hangpa dengan Allah. aku tak tau... dekat kanan ngan kiri hangpa ada 2 malaikat bertugas. hangpa kaw tim la ngan depa kalau hangpa buleh.

Apa pendirian hangpa wahai hantu-hantu UMNO berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud?

60 comments:

  1. UMMMM NO parti kurang ajar!

    P036 PARLIMEN KUALA TERENGGANU PAKAT UNDI PAS !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam

    Sebuah artikel yang jelas ditulis oleh orang yang bodoh.

    Penuh dengan nista dan kejian.

    Setahu aku ini bukan ajaran Islam.

    Ini mesti ditulis oleh orang Islam yang fasik.

    Kau tuhan ke nak mengkafir2kan orang.

    Semua orang PAS ni dah sesat dengan fahaman asbiayah parti yang melampau.

    Cakap je ikut Islam tapi bahasa macam orang DAP.

    Perisik rakyat konon..

    Wallahhualam.

    ReplyDelete
  3. woiiii taming sari.....
    taming sari org siam kan...bukan islam kan...huhu patut la xtau ape2

    klau ko org BE END...
    jawab la...ape pendirian ko tentang perlaksanaan hukum hudud...ada paham ka...
    jawab la dulu....
    org BE END memang xpaham soalan kot...
    semua pemimpin BE END memang mcm tu ke...
    sampai yg bawah2 pun bengong gak

    ReplyDelete
  4. aku setuju dilaksanakan hukum hudud ni...org umno selalu dok cari cara2 nk setel masalah org islam melayu yg dh hanyut kat malaysia ni.diaorg tahu hudud ni terbaik...cuma diaorg je yg segan mcm miowww(kucing)...ehhe.aku bersyukur sebab anwar dh kecek pasal hukum hudud ni utk org islam je....yaa Allah...terima kasih.para2 pemimpin islam malaysia terjermahkanlah hudud utk sapa sebenarnya....biar org yg beragama islam di"IC" saja tak tahu apa.yang pasti aku suke......hehe (dun johol n9)

    ReplyDelete
  5. bebai dah tamin sari...
    hang balik rumah hang p masuk la dalam kain sarung sapa2...

    pastu hang senyap...memang penakut punya penyokong umno...tau isap apa yang kroni umno bagi...wang haram rakyat dok sakan balun

    ReplyDelete
  6. pah guano pulok nyo mari angin lagu ni? kapir2 sesamo isle ni tok molek la wei. istighfar gok banyok sikit. politik supo nok gocoh tok keno caro la... takdok pekdoh awe wei... ngucap ingat ko tuhe gak...

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Pas kata nak laksanakan hudud. DAP menentang hasrat Pas. Karpal Singh pun menuntut Anwar bersuara tentang hal hudud. Setakat ini, Anwar kelihatan membisu terhadap kes hudud ni.

    Retorik Pas untuk melaksanakan hudud bukan baru. Malah Anwar pun sekali dahulu pernah memberi komen tentang hasrat Pas melaksanakan hudud.Apa Anwar kata tentang perlaksanaan hudud oleh Pas dahulu:

    Kerajan Kelantan tidak ikhlas
    KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata hukum hudud yang dikemukakan oleh Pas tidak menampakkan keikhlasan kerajaan negeri pimpinan Pas itu dalam melaksanakan dasar Islam. Sebaliknya, kata beliau, rang undang-undang jenayah syariah itu hanya lebih satu taktik pendekatan Pas untuk menarik rakyat supaya menyokong perjuangan mereka. (Berita Mingguan, 27/03/1994)

    Jadi macam mana penyokong Pas? Setuju dengan Anwar?

    Rasa-rasanya penyokong Pas percaya kata Anwar, bukan begitu? Sebab tiap-tiap kali Anwar mengeluarkan kenyataan, penyokong Pas terima bulat-bulat. 16 September lah, ada orang nak bunuh lah, liwat itu konspirasi lah. Sekarang ni macam mana? Kamu nak kata Pas tak ikhlas, atau kamu nak kata Anwar penipu?

    Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas, saya berharap kamu mengambil kenyataan Anwar ini dalam pertimbangan untuk menentukan betapa ikhlasnya Pas melaksanakan hudud, dan betapa ikhlasnya Anwar berpakat dengan Pas untuk menegakkan keadilan.

    Ingat, Anwar kata:

    -"hukum hudud yang dikemukakan oleh Pas tidak menampakkan keikhlasan kerajaan negeri pimpinan Pas itu dalam melaksanakan dasar Islam."

    -"... hanya lebih satu taktik pendekatan Pas untuk menarik rakyat supaya menyokong perjuangan mereka."

    ReplyDelete
  8. artikel diatas ini ada "masalah" skit.nak bertanya tetapi bahasa "sangat sopan".jangan hanya kerana ada orang mempersoalkan artikel diatas maka orang itu dicop orang BN.kalau orang BN sekalipun yang tulis pasal PR macam kat atas tetap aku tak sokong/suka.

    cakap pasal hukum Allah tapi sususan ayat?MasyaAllah.

    lagi satu.kenapa turut tak disertakan sekali penjelesan kenapa tidak dilaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu(semasa PAS memerintah) sebab boleh la pengunjung blog ini boleh lebih tahu pasal isu ini.

    ReplyDelete
  9. TAMING SARI - aku dah cakap, kalau tak tau fakta, tak payah komen... buat semak mata aku ngan pembaca je. memang hantu-hantu UMNO ni jenis tak reti bahasa. mungkin kau belajar bahasa melayu dalam bahasa inggeris. bodoh tak habis-habis...

    Soalan aku kau tak jawab, kau merapu pulak dekat sini. berambus kau lahanat.

    Anon 9:16 - kau ni lagi sekor bangang. hujah panjang tapi cedok tahun 1994 punya. internet kau pandai sirf, tapi otak kau, kau tak reti nak surf habis-habisan. setakat ni je keupayaan otak kau berfikir?

    patutlah kau jadi penyokong totok UMNO.lain aku tanya, lain kau jawab.

    merapu, orang tanya soalan berkaita dengan masa akan datang, kau jawab soalan tahun 1994.

    ni lagi sekor produk bodoh dari UMNO.

    Berambusss...!!!

    ReplyDelete
  10. suka_aman - aku malas dah nak terang sebab apa hudud tak dilaksanakan dekat Kelantan & terengganu sebab bukan depa tak tau siapa yang halang pelaksanaan. cuma depa buat-buat tak paham.

    buang masa dok perjelas benda yang sama berulang kali dekat orang-orang yang tak reti bahasa.

    rakyat sekarang bukan bodoh. cukup 50 tahun.

    ReplyDelete
  11. HAI DAH GILER KE BUDAK SEEKOR NI. JADI SESIAPA YG NAK TENGOK KEBODOHAN PIHAK PAS SILA KE

    http://perisik-rakyat.com/

    KAHKAHKAH.........!!!

    ReplyDelete
  12. DIA menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah berabad Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan.

    Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

    Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai "Ulama dan Tok Guru", yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

    Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. (Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990)

    "Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998)

    Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

    Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah.

    PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula dia tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.

    Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.

    Selain itu, "hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.


    "Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam - dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.

    Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.

    Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat - setelah mabuk kuasa!

    Lebih menghairankan, PAS yang mendakwa mereka tidak pernah membazir telah menggunakan dana sejumlah lebih RM200,000 wang rakyat, diperuntukkan kepada sebuah syarikat guaman, semata-mata untuk membuat undang-undang yang masih belum terlaksana ini!

    ReplyDelete
  13. ITULAH ORG NASIHATKAN JANGAN TAKSUB SANGAT, JANGAN GUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK...KAN DAH TULAH...DAH JADI GILER MERACAU AJE. IKUTILAH KEGILAAN BUDAK TAHYOL NI DI

    http://perisik-rakyat.com/

    ReplyDelete
  14. anon-anon - aku dah cakap dekat atas... jawab soalan aku - apa pendirian korang dan UMNO berkenaan pelaksaan hukum hudud, tapi tak de sekor pun yang jawab.

    korang semua sampah agama..!

    tak paham bahasa.

    ReplyDelete
  15. Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.


    Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.

    Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

    Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

    Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

    Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

    Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

    Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

    PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

    Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

    ReplyDelete
  16. Kalau KERAjaan persekutuan setuju dah lama dah HUDUD terlaksana.. tapi tak dapat dilaksanakan kerana puak2 UMNO yang tentang habis-habisan sampai nak bawak pi mahkamah.. TP punya soalan cukup mudah.. tapi yang depa dok pi kona jauh2 tu buat apa?.. senang saja.. ikut hukum Allah itulah Islam.. kalau MENETANG HUKUM ALLAH??.. yang ni TP tolong jawab sat.. aku wakil kat hang tlg habaq kat budak2 UMNO totok tuh.. aku ketaq dah nih..

    ReplyDelete
  17. Pertentangan ideologi yang wujud antara DAP dan PAS yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan PAS. Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan PAS timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam.

    Menurut DAP, PAS boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan Pakatan Rakyat.

    Sebelum itu, Presiden PAS mengesahkan ada mengarahkan Hadi Awang untuk membentangkang rang undang-undang bagi mengawal dan menyekat propaganda agama bukan Islam pada persidangan Dewan Rakyat. Cadangan Hadi itu bertentangan dengan ikrar yang dibuat oleh PAS dan rakannya dalam manifesto barisan pembangkang bertajuk "Ke Arah Malaysia Yang Adil".

    DAP yang terkejut beruk dengan kenyataan itu mengarahkan PAS mengawal tingkah laku dan mengenakan tindakan displin terhadap Hadi Awang kerana cadangannya itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan sungguh mengecewakan DAP.

    Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala PAS lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti "big brother" cuba menekan PAS dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin PAS. Di manakah maruah sebenar PAS dalam situasi ini.

    DAP juga dilihat macam "kudung dapat cincin" cuba menyerapkan budaya parti itu yang suka memecat ahli-ahlinya dalam parti lain. Dalam Pakatan Rakyat ini, PAS betul-betul dijadikan hamba pada DAP hingga terpaksa tunduk dengan setiap tindakan yang ingin dilakukan DAP. PAS hilang suara, PAS hilang maruah, PAS hilang kuasa akibat gila kuasa dan terkurung dalam kebodohannya.

    Pakatan Rakyat ini hanya retak menanti belah kerana pemimpin PAS dan penyokongnya tidak akan mahu selama-lamanya menjadi macai DAP. Kalau PAS masih sayangkan pakatan ini jadilah PAS sebagai macai yang dungu yang sentiasa tunduk di bawah telunjuk DAP, si kafir yang tak pernah menghormati Islam dan Ketuanan Melayu ini.

    DAP semakin bimbang kerjasama disifatkan memakan diri apabila mula meragui keikhlasan parti gabungannya terutamanya PAS. Walaupun pembangkang cuba meyakinkan rakyat melalui manifesto yang dikeluarkan bersama tapi yang nyata masing-masing menyimpan gunting dalam lipatan.

    Hakikatnya DAP tetap tidak akan menerima apa jua rancangan yang menuju ke arah Kerajaan Islam. Kit Siang mendedahkan perkara ini untuk menjaga kepentingannya dan penyokong DAP yang amat takut akan sikap PAS yang radikal dan tidak mengendahkan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

    Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Pihak pembangkang lainnya sudah membuat pendirian dan meluahkan perasaan tidak puashati mereka terhadap Negara Islam.

    Namun kenapa PAS masih boleh berdiam tentang hal ini dan membiarkan penyokong-penyokongnya meracau di dalam gelap? Di dalam semua ceramahnya Pemimpin PAS mengelakkan dari menyentuh tentang komprominya dengan DAP dan PKR. Kenapa PAS takut sangat berbincang hal sebenarnya sedangkan penyokong dan rakyat Malaysia masih menunggu luahan dari mulut Nik Aziz tentang pengorbanan PAS yang terbesar ini?

    Mengapa PAS mengambil jalan menfitnah pemimpin Kerajaan yang telah memulihkan ekonomi, membawa pembangunan dan merangsang kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia? Adakah ini untuk mengalih pandangan rakyat dari kebaculan PAS yang sanggup mengorban teras perjuangannya menegakkan Negara Islam hanya untuk mengambil hati DAP dan PKR?

    Sedihnya bukan saja PAS sanggup berbohong kepada pengikutnya tentang komprominya dengan pembangkang lain PAS juga ternyata tidak mementingkan perjuangannya dan kepentingan para pengikut setianya bahkan umat Islam keseluruhannya.

    Rakyat Malaysia terutama umat Islam diharapkan tidak mempercayai parti PAS ini yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan kerana pemimpinnya sanggup melakukan apa saja yang buruk dan kotor hanya untuk menang pilihan raya. Soal masa depan rakyat tidak penting bagi PAS yang penting hanyalah menjatuhkan Barisan Nasional yang telah membawa seribu macam pembangunan, kemajuan dan keamanan kepada rakyat dan negara ini.

    PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

    Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

    "PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.

    Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP. "Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

    Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara. DAP hari ini membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

    "Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

    DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

    Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

    Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. Sah kini bahawa Anwar telah menjadi penasihat bagi Islam dan bukannya Ustaz-ustaz, tok-tok guru dalam PAS. Adakah Anwar kini telah dilabel sebagai penasihat Islam dalam Pakatan Rakyat selain dari PAS?

    Terang lagi jelas, kepentingan politik lebih daripada kepentingan agama. Itulah yang boleh kita lihat apa yang ada pada kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini.

    Hakikatnya, perjuangan mereka juga sama dengan perjuangan parti-parti politik lain yang terdapat dalam negara ini. Begitu juga dengan para penyokong parti PAS.

    Takbir sana...takbir sini, hinggakan bila cicak terjatuh dari siling dewan pun takbir juga. Tetapi hakikatnya perangai mereka sama saja dengan perangai ahli-ahli parti politik lain. Melalak melaungkan Takbir, tetapi apabila kilang arak berleluasa kononnya akan menghapuskannya jika diberi kuasa kini Tak'BIR' hanyalah salakan sahaja.

    Cuba kita lihat yang terkini bersabit pendirian Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Dalam forum beliau membuat pengakuan PAS akan melaksanakannya jika mereka memerintah negara ini. Disebaliknya bila diasak oleh DAP, beliau segera menukar kenyataan tersebut.

    Persoalan penting di sini "Adakah pemimpin PAS lebih takut kepada DAP"?

    Jika begitulah pendirian dan halatuju PAS masa sekarang, adalah lebih baik mereka bergabung semula dengan UMNO seberapa segera sebelum PRU-13 demi kepentingan umat Melayu dan Islam di negara ini.

    Kini tidak ada apa-apa perbezaan lagi antara Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan Islam yang diterapkan oleh UMNO. Semakin lama PAS bersekongkol dengan DAP, maka semakin tersasar arah perjuangan parti mereka. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya mereka berpatah balik dengan segera.

    PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud. Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?

    DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat DAP reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

    Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP. Tidak sampai dua hari selepas Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

    Kenyataan "u-turn" Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?

    Memang sesuatu yang dijangkakan DAP pasti menentang cadangan Hudud dan Qisas ni. Kenyataan Husam yang dbuat akibat tekanan dan provokasi oleh Khairy Jamaluddin hanya memakan dirinya sendiri. Tentulah kata-kata Husam itu disorak gembira oleh penyokong PAS sewaktu wacana itu, tapi jika dibuat untuk populariti semata-mata akhirnya menyusahkan diri sendiri.

    Nampaknya Lim Guan Eng yang dianggap khalifah dan dikatakan 'faham Islam' sendiri yang mengeluarkan kenyataan menentang Hudud dan Qisas. Malangnya selama ini pemimpin PAS hanya menganggap orang UMNO sahaja yang tak nak Hudud tapi jika direnungkan dengan melihat penyokong PAS dan PR, sebenarnya mereka sendiri pun takut pada pelaksanaan Hudud ini.

    Jika benarlah PAS ikhlas nak buat Hudud dan Qisas, lebih baik mulakan di Kelantan di mana DAP langsung tak ada pengaruh dan tak ada kuasa di sini. Mampukah?

    Dulunya menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. "Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara...gunakan panduan itu dalam politik juga," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

    Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas.

    ReplyDelete
  18. PAS akan laksanakan HUDUD kalau (diulang, kalau)PR memerintah..dan tentunya dengan kesepakatan dr partai komponen2. Rasenye takde masalah sbb DSAI dah umum takde paksaan HUDUD utk bukan ISLAM...!

    BN dah perintah 50 tahun, UMNO memperjuangkan keMelayuan - org ISLAM juga... kenape takut nak laksanakan HUDUD! Adakah Islam Hadhari tu lebih bersesuaian daripada HUDUD? Kenape tak istihar nak laksana HUDUD dgn p'setujuan MCA, MIC, PBS, PPB, IPF,GERAKAN dan semuanya?

    PAS tak dpt laksanakan HUDUD di K'tan dan Tganu sbb halangan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Kerajaan Negeri. Ko tanye le kat Zaid Ibrahim tu... sekurang@nye dah tobat sikit dia tu...!

    Jadi aku setuju dgn TopengPerak, BN dan kuncu2 Ngehnye perlu jawab SATU-SATUnye SOALAN MAUT hang tu.. tu pun kalo mampu jawab. Takpun suruh je TUAN GURU ZAHID HAMIDI HADHARI ju jawab dulu... tak cukup serban dibuatnya... Macam TP?

    ReplyDelete
  19. anon,
    pendidikan yg umno bagi sekarang, seimbang ke dunia dan akhirat? tiap2 hari dok baca suratkhabar, rogol lah, ragut lah, bunuhlah. Hukuman sekarang oragn tak takut. Kalau dilaksanakan hudud Insya-Allah, pasti mereka2 ini akan berfikir 2-3 kali untuk melakukan kejahatan. Kenapa kerajaan sekarang takut nak laksanakan hudud? Tak sesuai untuk negara yang berbilang kaum? alasan dangkal. Kaum lain tu masih lagi tertakluk di bawah undang2 sivil. Hudud untuk Islam sahaja. So, disini tak ada masalah. So, orang umno, apa pendirian anda?

    ReplyDelete
  20. Iskk.. aku ulang sekali lagi...Kalau KERAjaan persekutuan setuju dah lama dah HUDUD terlaksana.. tapi tak dapat dilaksanakan kerana puak2 UMNO yang tentang habis-habisan sampai nak bawak pi mahkamah.. TP punya soalan cukup mudah.. tapi yang depa dok pi kona jauh2 berjela2 tu buat apa?.. senang saja.. ikut hukum Allah itulah Islam.. kalau MENENTANG HUKUM ALLAH??.. yang ni TP tolong jawab sat.. aku wakil kat hang tlg habaq kat budak2 UMNO totok tuh.. aku ketaq dah nih..

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Adeh.. KEPADA melayu-melayu UMNO yg BAGHAL, JGN SAMPAI TERJATUH AKIDAH ANDA..

    soalan en TP tu mudah jer, " APA
    pendirian hangpa wahai hantu-hantu UMNO berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud? "

    BACA SNIPPET DARI Malaysia Today di bawah ni.. KALAU TAK PAHAM LAGI MMG PATUT LA UMNO-UMNO TOTOK NI KENA BAHAM DI TANAH..[TAK TAU TANAH TERIMA OR NOT]:-

    MT: Why must PAS take it upon themselves to defend and champion Hudud? Couldn’t PAS share the burden with others?

    Zul: For the record, the PAS governments of Kelantan (in 1993) and Terengganu (in 2003) had passed the Enactment of Islamic Penal Code or Criminal Laws, both Hudud and Qisas, and rightly endorsed by both Sultans, being the head of state and of religious affairs. It was the then Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad, who rejected its implementation and strongly reprimanded the state governments after earlier giving his consent, as reported in the mainstream media (19th and 25th April, 1992). So PAS must be absolved of politicising Hudud since PAS has ben both serious and consistent. The stumbling block is Umno and it is now Umno that is again making a political meal of this issue.

    However, PAS must no longer take it only upon themselves as to the implementation of the Islamic Penal Code. It must be shouldered by all Muslims from all divides. The onus and responsibility should be on all! In so doing, PAS will cease to be the Champion of Hudud, while similarly not being burdened in suffering the backlash every time the emotive subject is brought to the fore by its political nemesis.

    PAS should highlight to all that it’s the Umno/BN government that is stifling the effort to have the punitive laws of Islam enforced on Muslims. That’s the greatest political advantage and PAS could remain focused and consistent in championing the more important issues of the nation, together with its coalition partners in Pakatan Rakyat.

    So dari statement di atas, ader PAHAM or TAK PAHAM wahai umno totok??? TAKKAN hingga nak angkat PARANG-KERIS-PEDANG-C4 utk kasi paham..

    Wassalam.
    AKU SOKONG HUDUD DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.
    HUKUM ALLAH HUKUM ALAM

    AllahU Akbar!

    ReplyDelete
  22. Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.

    Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO. Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.

    Setelah PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, maka janji yang dibuat oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu hanya tinggal janji, kerana sebelum itu tidak ada apa-apa persediaan yang dibuat bagi melaksanakan hukum tersebut. Tetapi apabila Pilihanraya Umum yang baru heboh diperkatakan yang ianya akan diadakan tidak lama lagi, maka mahu tak mahu janji itu harus diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak ianya akan mengancam kedudukan parti yang membuat janji itu.

    Justeru itu dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
    Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.

    Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.

    Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

    Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali, yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan, kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.

    Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.

    Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;

    "Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".

    Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.

    UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”. UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.

    Ingat !!! Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

    a. Ustaz Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
    b. UstazAzizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
    c. Mohd.Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
    d. Tok Guru Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

    ReplyDelete
  23. hmm..aku tak paham la..org tanya lain..lain plak yg dijwb..

    soalan TP mudah je "Apa pendirian hangpa wahai hantu-hantu UMNO berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud?"

    jawab dulu yg nie...baru buat soalan lain..

    ReplyDelete
  24. Aku quote balik Anon 10:24
    "Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat."

    seolah2 anda percaya kepada ISLAM
    tapi nak melaksanakan ISLAM ada syarat pulak?.. Anda percaya Hukum Solat tapi kalau tak cukup syarat tak perlu solat ka?.. tlg jelas sat aku tak paham laa..

    ReplyDelete
  25. Salam tuan2 semua...

    Apa yag nak dikecohkan ni? Perisik_rakyat mungkin ada silapnya...tapi apa yg dipersoalkan sememangnya tepat dan perlu dibincangkan...APA PENDAPAT ATAU PANDANGAN UMNO TERHADAP HUKUM ALLAH NI? Simple je....kalu rasa boleh jawab...sila le jawab. Kalu rasa takut akidah tu terpesong...baik tak payahla...

    Pada perisik_rakyat...syabas satu tajuk yang sangat relevan untuk dibincangkan...mungkin ada satu 2 ayat yang banyak orng tak berapa suka...InsyaAllah! kita betulkan sama2 di masa akan datang...

    Salam.

    ReplyDelete
  26. Anony...

    Ko kata "UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu" ...

    tapi ko sedo tak yang juak-juak ko ini mengagungkan Islam Hadhari... mazhab mana ko pakai Mahzab Badwi mane... kan telah sempurna Islam tu selepas kewafatan Nabi Muhamad SAW hingga akhir zaman.

    Hadhari korang sibuk perjuangkan sbb nak bodek&sanjung pemimpin ko.... tapi HUDUD cukup ke setakat berpegang pada percaya saje dari laksanakan?

    ReplyDelete
  27. aku bukan hardcore BN dan semestinya aku bukan hardcore PR.pasal hudud ni aku cuma musykil sikit.adakah semua pemimpin PAS benar-benar ikhlas dalam mahu melaksanakan hudud ataupun hanya sekadar membangkitkan isu ini untuk politik?

    pada aku,tak semestinya dengan tidak melaksanakan hukum hudud itu bermakna kita "kurang" Islam.kalau kesnya begitu maka penduduk Islam di Indonesia(negara yang paling ramai penduduk beragama Islam didunia) juga "kurang" Islamlah kerana mereka tidak mengamalkan hudud?

    ReplyDelete
  28. Kenyataan terbaru dari Tok Guru Nik Aziz....

    Pas tidak akan memaksa atau mendesak mana-mana pihak terutama rakan pembangkangnya melaksanakan hudud dan qisas di negara ini sekiranya pakatan pembangkang memerintah.

    Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya sedia menunggu hingga semua pihak sedia terima hudud dan qisas walaupun terpaksa mengambil masa 30 tahun lagi.

    Beliau berkata, parti itu akan terus memberi penerangan kepada semua pihak terutama bukan Islam dalam usaha untuk mencapai hasrat mereka.

    "Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan.

    "Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian parti tersebut dalam melaksanakan hudud dan qisas di negara ini jika pakatan pembangkang memerintah.

    Pendirian parti itu dilihat tidak konsisten selepas beberapa pemimpinnya memberikan kenyataan yang berdolak-dalik selepas mendapat kritikan daripada rakan mereka dalam pakatan pembangkang, DAP.

    Isu hudud timbul semula ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia yang diadakan di Balai Islam Lundang baru-baru ini.

    Ia dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengakui parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.

    Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti itu tidak terjejas walaupun isu itu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Terengganu.

    "Tidak ada apa (isu hudud), dulu orang dapat terima politik Islam, sikit lagi orang dapat terima hudud pula," katanya.

    Konklusi :

    Tok Guru Nik Aziz kata : HUDUD ini benda besar dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

    Ustaz Abdul Hadi pula pernah berkata : Undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

    Yang mana satu betul ? hanya mereka berdua sahaja yang lebih mengetahui... ?
    wallahuallam...

    ReplyDelete
  29. umno dan pas adalah sebuah parti melayu islam.yg berbeza umno tak mahu hukum hudud dan pas mahu hukum hudud.....hukum hudud ni milik sapa?kalau ahli umno tak mahu hukum itu apa kata...diwartakan setiap ahli umno dikecualikan hukuman berlandaskan hudud.....dan ahli pas akan di kenakan hukuman hudud bila melakukan kesalahan.atau lagi satu ahli umno memohon di mansuhkan hukum itu.....sebab tak baik disisi islam.sebab negara ini parti mereka memerintah negara tercinta.umno ada kuasa!.tak payah gaduh2!!!!.kepada ahli pas anda kena berusaha kuat...utk menang utk tadbir negara...supaya agar umno tak mansuhkan hukum hudud tu.yg bergaduh2 semua ahli bawahan.yg kaya org mcm aku...hehe...apa pun hukum allah ini baik,kalau di laksanakan...aku takut sebab aku bukan baik.

    ReplyDelete
  30. UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”. UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.

    Kalau Ustaz Abdul Hadi sudah katakan yang hukum HUDUD itu adalah 0.0001 dari hukum Islam, maka sebenarnya ada isu aqidah lain yang lebih besar dan lebih penting. Bolehkah anda cuba terangkan apakah hukum HUDUD yang sebanyak 0.0001 itu?

    Anwar boleh berjanji apa saja kepada penyokong-penyokong PR seperti yang di iklankan di blog ini seperti dibawah ini :

    KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

    "Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

    Berjanji memang senang, tapi apakah anda semua sudah lupa apa yang dikatakan oleh Anwar sebelum ini:

    DAP telah sekali lagi memberikan gambaran bahawa jika Negara Islamlah sebagai matlamat, maka akan berkecailah Pakatan Rakyat untuk hari-hari mendatang. Apakah PKR pimpinan DSAI tiada masalah dengan isu hudud dan negara Islam? Kenyataan DSAI dibawah ini:-

    "To my mind, it is essential because again, in my limited experience, with the Islamic Party, we were known to be strong advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state is no longer on the agenda".

    Maka jelaslah bahawa Negara Islam bukan agenda DSAI. Oleh kerana itu, PAS bukan sahaja menghadapi DAP tetapi juga PKR pimpinan DSAI. Maka apa penghujungnya?

    Sebab itu Anwar boleh berjanji dengan pelbagai janji manis kerana dalam fikirannya sudah tidak ada pasal agenda Islam. Anwar berjanji untuk melepaskan dirinya sahaja dari di kecam oleh PAS. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang anda semua Agungkan??

    ReplyDelete
  31. Kartun... kartun, kau orang ni menggunakan bahasa apa? Lain yang ditanya lain yang dijawab. Jawapan pula berebelit dan melilau sampai ke bulan tapi natijah jawapannya tak ada.

    Soalan yang mudah dalam bahasa Melayu pun tidak faham.... susahlah.

    Tak nak layan kata sombong, nak dilayan rasa bodoh!

    Nak gaduh pun biarlah tahu dan faham perkara yang nak digaduhkan. Barulah tidak lari tajuk.

    ReplyDelete
  32. UMNO takut kat hukum hudud ni..sbb kalau dilaksanakan UMNO leh bungkus sbb semua pemimpinnya ade masaalah..

    ReplyDelete
  33. Anon 12:10

    Jawapan semua sudah diberi dan mungkin anda tidak cuba untuk memahami atau malas nak membaca?
    Bukan hendak bergaduh dengan sesiapa, cuba fahamkan apa yang saya tulis? Jawapan ada di dalam tu..

    Wassallam...

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum wr.wb buat saudara saudari pembaca sekalian. Tanpa berniat panjang untuk berkomentar di sini, rasa tergerak hati jugak untuk bersama merungkaikan persoalan asal tulisan Topengperak ni. Saya menyokong penuh pelaksanaan hudud dan qisas dilaksanakan (hatta seluruh hukum islam sewajibnya)But sebelum tu nak tau jugak dari mana Tok Guru Hadi (Memang selayaknya kerana ilmunya) dan Anwar Ibrahim dapat dalil bahawa hukum hudud itu hanya akan dilaksanakan untuk orang islam manakala orang non-muslim (kalau dia mengaku kafir zimmi) diberi pelepasan dari hukum hudud, qisas mahupun takzir.

    Setahu ilmu yang dipelajari dan rujukan kepada sirah sepanjang pemerintahan Islam sesiapapun yang mengaku dia adalah wargnegara negara islam maka wajib dikenakan hukuman (uqubat) mengikut kaedah islam. Tak kiralah muslim or non-muslim. Tidak ada pilihan.

    Mungkin ada 'tok guru' yang menggunakan ayat Al-quran yang mengaitkan peristiwa orang yahudi diberi pilihan apabila dia datang masuk ke negara islam untuk meminta hukuman. walhal pada mas itu dia bukanlah berstatus kafir zimmi dan tidak ada perjanjian dengan negara islam. Kalau ini memang benar dia diberi pilihan. tetapi dalam konteks non-muslim yang duduk di bawah naungan negara islam (malaysia ???) ada perjanjian dengan negara islam, berkemampuan membayar jizyah (bukan cukai) maka hak dia sama dengan muslim yang lain hatta darahnya haram ditumpahkan maka dia wajib dihukum berdasarkan hukum islam bilamana tersabit kesalahannya di mahkamah.

    Maaf itu sahaja sedikit tambahan yang boleh dilontarkan...

    Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  35. Kalau Ustaz Abdul Hadi sudah katakan yang hukum HUDUD itu adalah 0.0001 dari hukum Islam, maka sebenarnya ada isu aqidah lain yang lebih besar dan lebih penting. Bolehkah anda cuba terangkan apakah hukum HUDUD yang sebanyak 0.0001 itu?

    Harap dapat dilaksanakan dengan segera di Kelantan? Cuba hayati semula Rukun Islam dan Rukun Iman.
    Saya rasa PAS ada masalah aqidah yang serius apabila pemimpin anda Khalid Samad mengatakan yang Khalimah Allah boleh digunakan oleh orang Kristian. Ini sebenar masalah aqidah dan bukannya seperti hukum HUDUD yang Ustaz Hadi katakan sebanyak 0.0001 itu. Mengapa anda semua diam. Adakah kerana Dewan Ulama Pas kata " Ya, Boleh " maka anda semua mengi'Ya'kan nya tanpa apa-apa bantahan...???

    “Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan.”

    APABILA DEWAN ULAMA PUN DAH BAGI " LAMPU HIJAU "...

    Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

    Ditulis oleh Harakah

    Thursday, 03 January 2008

    Oleh: Azamin Amin

    KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

    "Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

    Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

    Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

    Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

    "Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

    Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

    Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

    Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

    Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

    Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

    Sumber: http://ulamak.pas.org.my/

    ULAMAK PAS DAH BAGI LAMPU HIJAU RUPANYA! PUNAH PUNAH !

    ADAKAH ORANG MELAYU DAN PENYOKONG PAS BERSETUJU ?

    ReplyDelete
  36. adus, oklah, ni bukan pas atau umno, tapi tidak kah kamu semua rasa kalau hukum hudud itu dilaksanakan, akan dapat mengurangkan kadar jenayah di malaysia yang semakin membimbangkan? Anak2 kecil dirogol, di culik. Ragutlah, bunuh, semua cerita tu tiap-tiap hari kita boleh dengar dan baca. Semua orang mencari jalan penyelesaian. Mengapa tidak menggunakan hudud sebagai salah satu penyelesaian?

    ReplyDelete
  37. Salam kembali,

    Anon at 11:18 AM say's:

    "tak payah gaduh2!!!!.kepada ahli pas anda kena berusaha kuat...utk menang utk tadbir negara...supaya agar umno tak mansuhkan hukum hudud tu.yg bergaduh2 semua ahli bawahan.yg kaya org mcm aku...hehe...apa pun hukum allah ini baik,kalau di laksanakan...aku takut sebab aku bukan baik."

    Statement di atas merujuk kepada mereka yg tak berparti tetapi mendapat KEUNTUNGAN dari "parti"... Tak tau lerr parti mana.. WallahUa'lam..

    Anyway tahniah kepada beliau kerana SETUJU mengatakan "hukum allah" itu baik kalau dilaksanakan.

    Insyallah dgn doa dan usaha ke jalan Allah kita jujur, KETAKUTAN yang melanda diri En Anon di atas itu akan menjadi KEBANGKITAN EHSAN seorg muslim apabila HUDUD & QISAS dipraktikkan..

    Mmg HUDUD & QISAS tidak boleh simply diimplementasikan sewenang-wenangnya kerana ia mengambil "masa & kesesuaian serta keadilan" utk dilaksanakan. Insyallah

    MORAL OF THE STORY
    ==================
    HUDUD & QISAS ITU HUKUM ALLAH DAN HUKUM ALLAH IALAH HUKUM ALAM jadi UMAT ISLAM KENA TERIMA KENYATAAN INI

    SAYA SOKONG! PERIOD!
    AllahuAkbar

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum topeng perak.
    Kau ni bercakap pasal Islam berapi-api tapi dalam bahasa yang kesat dan kasar... Kau kena ingat, Islam tak pernah ajar umatnya bertindak macam kau ni. Islam juga tak pernah ajar umatnya menuduh saudara sesama Islamnya kafir... Memang tak dinafikan Hukum Hudud adalah hukum Allah dan takde siapapun orang Islam menafikan dan menolaknya. Hukum Hudud untuk dilaksanakan di negara Islam ke atas semua rakyatnya tak kiralah orang Islam atau bukan Islam. Pada zaman RasululLah ada orang Islam dan ada orang bukan Islam...

    Sebelum apa-apa, eloklah kalau kau dulu yang mengucap dua kalimah syahadah. Lepas tu kau pergi kat berubat kat Darus Syifa. Mungkin ada jin yang 'bersatu' dalam badan kau. Bila kau rasa badan kau dah 'ringan' sebab jin dah kena buang, barulah kau menulis blog balik...

    Assalamualaikum...

    ReplyDelete
  39. kah kah kah..rupanya ramai juga yer kafir kafir jadian dari ameno kat sini rupernya...kih kih kih..aku sokong pandangan Topengperak...nampaknya kafir kafir jadian ameno tak dak rase serik dan nak tobat...insaf lah kita ni semakin dah tua bangka...ingat lah Allah SWt banyak2...kalau lah kita dah ader kuase dan mampu melaksanakan...apa lah salah nak laksana hukum hudud..kenapa takut sangat dgn hukum hudud..apa ketinggalan zaman ke..( kalau fikir mcm tu..memang sah kafir orang tu )..atau ko orang anony( jgn onani..udah ler..buat dosa dan malu kaum aje)...sajer nak puaskan hati nak buat maksiat dan mengambil hak orang...tanpa ijin...mcm perompak besau monggolia dan penyamun badawi malaysia...mcm tu ke ko orang nak..undang2 tuh dah baguiih nak mendisiplinkan manusia2 dajal nih...kalau tak sesuka ko orang nak buat maksiat dgn Allah SWT dan sesuka juga ko nak menyamun hak orang lain tak kira lah dia tuh islam ke tidak...hanya pesalah syariah takut hudud..apa ko orang anony nih ada buat jenayah syarie ke..!!!( bunyi mcm ader ajer )..pasal yg bukan islam depa tak tau apa apa...yg ko orang mengaku islam pi cucuk dia orang apahal...biasenya ini kerja puak ameno sesat..teman seguru ayah pin..patut lah ayah pin tak kena tangkap sampai sekarang ...rupanya kroni ko orang ameno...kih kih kih...islam hadhari ameno = cerek gergasi ayah pin....kih kih kih...dua dua termasuk anony anony pro ameno...go to hell with altantuya murderer...kih kih kih...

    ReplyDelete
  40. Salam..

    Ikut suka aku le nak lepak kat blog ko yang banggang ni

    Pasal hudud pun bertempik macam beruk.

    Knpe Hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia.

    Bukan kerana tidak boleh tapi kerana belum boleh. Itu jawapannya.

    Ko ni betul2 bodoh le.

    Dalam parlimen, dkita dah cukup 2/3orang Islam.

    Ko tahu apa kuasa 2/3 dalam parlimen?

    2/3 kita boleh membentuk dasar.

    kalau dapat undi 2/3 maka jika hudud dicadangkan pasti boleh dilaksana.

    UMNO tak pernah kata kita tentang hukum Hudud. Itu hukum Allah di dalam Al-Quran.

    Tapi kami tidak membabi buta macam PAS nak laksana hudud tapi tidak realistik..

    Guna Islam untuk kepentingan politik.

    Aku tahu aku cakap ni korang bukan nak faham pun sebab benak korang tu dah gelap sebab selalu mencarut dan mengutuk pemimpin negara sendiri.

    Aku saje singgah blog ko ni sebab nak tengok sejauh mana orang mcm ko ni boleh bertahan diprovok..

    jelas.. melatah..

    Meh le ke blog aku..

    www.empayar-malaya.blogspot.com

    jemput.. meh masuk.

    wallahhualam.

    ReplyDelete
  41. ok...semua dh bagi pandangan... ramai yang x setuju dan setuju.tak payah gaduh2.kalau lah umno dh buat hukum hudud....yg x setuju tu kena setuju ker tak?....yang setuju pasti senyum masuk umno....??.yahoo....bertambah ahli umno.PAS pasti berkubur.yang x setuju masuk lah DAP.bertambah lah ahli DAP.kita lawan mereka.....

    ReplyDelete
  42. blah la taming sari... xde sape nk g melawat blog ko ke.... hehhe...

    ReplyDelete
  43. MAMAT SORANG NI SEKOLAH BAWAH JAMBATAN AGAKNYA,TAK PUN LALOK KAT SITU..
    DAH TAHU HUKUM ALLAH... KENAPA??? TOK GURU NYANYUK KAT KELANTAN TU TAK BUAT????????????.

    YANG MELALAK MELOLONG MARAH UMNO DAN KERAJAAN APASAL..


    TAKUT KAT UMNO KE.... TAKUT KAT

    ALLAH!!!!!.

    SEPATUTNYA KAU, ORANG PAS YANG DUNGU.. PI MELALAK KAT GURU TUA TU..BUAT HUDUD KAT KELANTAN...

    PEDULIKAN UMNO DAN KERAJAAN...TAKUTLAH PADA ALLAH..
    SEKALI LAGI... TAKUT LAH PADA ALLAH...
    KEMUDIAN HARI NANTI JAWABLA... TOK
    GURU NYANYUK..



    takbir!!

    ALLAHHUAKBAR!!!!!!!

    ReplyDelete
  44. Salam,

    TamingSuri said:
    "Dalam parlimen, dkita dah cukup 2/3orang Islam.
    Ko tahu apa kuasa 2/3 dalam parlimen?
    2/3 kita boleh membentuk dasar.
    kalau dapat undi 2/3 maka jika hudud dicadangkan pasti boleh dilaksana.
    UMNO tak pernah kata kita tentang hukum Hudud. Itu hukum Allah di dalam Al-Quran."

    Harap-harap la si TaminSuri ni org suruhan menteri ataupun penJilat Menteri...kalau "kata tak pernah kata tentang hukum hudud", kenapa LANGSUNG TAK BERUSAHA MEMPRAKTIKKAN DAN AKAN KEARAH HUDUD DAN QISAS?
    NI lagi pula menakut-nakutkan rakyat especially org bkn ISLAM..

    En. TamingSuri, tanya la bapak angkat anda yg anda PUJA-PUJA DEWAAN CHE DET tu apa yg DIA merapu ttg HUDUD ni.. iskk UMNO nii..

    Saya doakan anda[umno] tidak TERKELUAR akidah dan kembali ke Siratullmustakhim

    Statement En tamingsuri ni mcm "kambing borak gan taiknya"- heh kenapa ek taik aku bulat-bulat??
    camtu la bunyi nya... kan dia dah tau jenis tainya mmg bulat-bulat..


    Kalau dah tau HUDUD tu Hukum Allah, ko ajaklah geng-geng dangdut bunga raya UMNO tu laksanakan hudud, jgn duk meraba bontot-minum arak dlm kapalterbang-main judi sana sini..

    Cuba la en TamingSuri tanya lahabau-lahabau menteri umno ni jom laksanakan hudud, KALAU BERANI?

    Saya rasa kalau En TamingSuri bertanya akan hudud pada mereka, sure la ko sendiri kena "SenduD" tak terkata..

    Cakap mcm REAL saja yer TamingSURI,,,

    NOW, ARE YOU AGAINST HUDUD & QISAS LAW OR SUPPORT CHAMBER LAW OF UMNO SESAT??

    u story i listen..

    En TamingSuri jgn marah ek.. ALLAH MENGETAHUI APA YG ADER DIDLM FIRASAT ANDA DAN KITA. [anda percayaker ALLAH itu UJUD-AHAD?]

    Wassalam.

    ReplyDelete
  45. dalam parlimen orang islam tak cukup 2/3. Fakta kena betul Taming Sari. Cuba kira balik. Lagi satu semata-mata Umno ada 78 kerusi dan Pas 23. Kalau campur jumlah nya jadi 101. Jumlah keseluruhan kerusi didewan rakyat 222 kerusi. Dapt ke 2/3. Jumlah tu tak sampai separuh pun. Lagi satu dalam parlimen mana ada kuasa buat dasar/polisi. Yang buat dasar adalah pihak executive yakni Pak-pak menteri kita tu. Banyak aku nak bagi tau kat korang ni pasal pentadbiran negara tapi aku terpikir kalau korang guna masa sikit untuk tau korang pun boleh tahu. Tapi korang saja yang tak nak tahu. Patut la budak budak muda sekarang ni ramai yang pergi kepada pembangkang sebab ahli/penyokong/pendokong UMNO ni cakap macam korang. Cuba cakap berilmu sikit

    ReplyDelete
  46. Anonymous said...
    dalam parlimen orang islam tak cukup 2/3. Fakta kena betul Taming Sari. Cuba kira balik. Lagi satu semata-mata Umno ada 78 kerusi dan Pas 23. Kalau campur jumlah nya jadi 101. Jumlah keseluruhan kerusi didewan rakyat 222 kerusi. Dapt ke 2/3. Jumlah tu tak sampai separuh pun. Lagi satu dalam parlimen mana ada kuasa buat dasar/polisi. Yang buat dasar adalah pihak executive yakni Pak-pak menteri kita tu. Banyak aku nak bagi tau kat korang ni pasal pentadbiran negara tapi aku terpikir kalau korang guna masa sikit untuk tau korang pun boleh tahu. Tapi korang saja yang tak nak tahu. Patut la budak budak muda sekarang ni ramai yang pergi kepada pembangkang sebab ahli/penyokong/pendokong UMNO ni cakap macam korang. Cuba cakap berilmu sikit

    Bodohle ko ni...

    Korang tak faham-faham lagi..

    Parlimen tak boleh buat dasar?

    kepala hotak ko berjambul.. Ko belajar dulu tentang parlimen. boleh?

    Dah le tak faham .. pandai2 pula keluarkan kenyataan bodoh.

    PR bodoh!!!

    ReplyDelete
  47. Taming Sari - dalam ramai-ramai firumer dekat sini, kau ah yang paling bodoh... soalan aku ialah "apa pendirian hantu-hantu UMNO/BN berkenaan dengan pelaksanaan hukum hudud???"

    Dari awal kau komen sampai akhir, kau tak jawab pun soalan aku.

    Kau paham bahasa melayu ke tak paham?

    Sebab tu aku panggil kau "bodoh"!!!

    ReplyDelete
  48. Topeng perak,
    Tajuk perbincangan "APA PENDIRIAN UMNO TENTANG PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD"

    Pada pandangan aku UMNO tidak akan melakukan hukum hudud sementara mereka masih berkuasa.

    Alasannya:
    Sekiranya UMNO menyokong dilaksanakan hukum hudud sebagai undang-undang islam dalam Malaysia maka pengaruh politik nya akan terhakis. Rakyat akan memandang PAS sebagai parti memperjuangkan islam bukan UMNO.

    Hukum hudud tidak akan dilaksanakan oleh UMNO kerana mereka tidak faham atau keliru dengan undang-undang islam dalam mahkamah syariah.

    Sekiranya mereka faham berkaitan dengan hukum hudud, mereka akan menjadi lemah dan takut kerana hukum hudud akan menjadi sempadan dimana mereka tidak boleh melakukan kejahatan dengan sewenang-wenangnya seprti yang telah ditentukan.

    Ketika ini mereka lebih selesa melakukan apa saja kesalahan dan kejahatan tanpa ditahan, disoal, dibicarakan dimahkamah dan tidak dihukum kerana orang yang menentukan keputusan kes dalam mahkamah boleh dibeli atau disogok dengan rasuah.

    Hukum hudud tidak akan disokong oleh UMNO kerana parti itu tidak berteraskan agama tapi lebih tertumpu pada pembangunan dan komesyen.

    Hukum hudud tidak akan dilaksanakan oleh UMNO kerana parti itu mengamalkan jenayah rasuah sama ada dalam parti mahu pun dalam kerajaan. Sekiranya mereka tidak melakukan rasuah seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya kecil p36 mereka percaya bahawa mereka akan gagal memenangi pertandingan tersebut.

    Hukum hudud tidak akan jadi agenda utama UMNO kerana UMNO-BN mengamalkan kayakan kroni, miskin rakyat. Amalan ini bertentangan dengan hukum hudud dalam peraturannya.

    ReplyDelete
  49. TAMING SARI....kih kih kih kih..ader rupanya kaum umno totok yg tak reti bahasa melayu...kecian...mungkin aku ingat dia ni dari indon..kot..sbb taming sari yg hang tuah dapat dari indon...taming sari nih orang batak ke..??orang batak biase nya dia ni bukan islam yg aku jumpa..biase pakai jampi serapah dan santau sana sini...tu pasal dia cakap pasal hudud merapu aje dan tak jawab soalan topeng perak...jgn terperanjat la apa yg dia merapukan semuanya omong kosong...dia guna fakta auta ameno karat...so menatang cam nih tak leh nak di tarbiyah dah..maklumlah bodoh dan dungu aje..!!!!+ karat otak b**i umno dah terlekat serebrum otak nya...tinggal tunggu talkin aje..!!!

    ReplyDelete
  50. Anon 8:31pm - hujah hang memang tepat dan bernas.

    yang aku nampak, UMNO memang tak mahu hukum hudud.

    apa yang depa mahu ialah - eksploitasikan isu hukum hudud supaya Islam dan none Islam bertelagah.

    menggunakan agama untuk tujuan memecah belahkan rakyat yang berlainan agama.

    ajaran apa itu?

    ReplyDelete
  51. Kalau Parlimen ada buat dasar bagi tau aku dasar apa yang diornag buat, dasar pendidikan, dasar ekonomi baru atau dasar pengajian sains dan matematik dalam bahasa inggeris

    ReplyDelete
  52. sapa yang tak nak hukum hudud bolih join parti DAP,mca,mic,ppp....aku ahli umno nak....sbb itu undang2 agama islam....ahli pas pun sama ...kalau tak nak bolih join parti lain.....lu pikir lahhhh.....yg gaduh sesama melayu....yg untung orang kafir.....

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum w.b.t...

    Posting aku ini tiada kaitan dengan soalan yang kau tanyakan, cuma aku kekurangan ilmu untuk menyalurkan pandangan aku ini..

    Oleh sebab blog ni kau yang buat, boleh la kau maki2 sume orang ekk.. kau suka la orang tengok kau maki orang2 lain yang komen dalam blog ni ekk...

    alahai, badan kau mungkin besar, tapi kau otak kecik.. kita nak menilai seseorang tu, berdasarkan percakapan, penulisan, dll.. ni aku tengok, kau dengan loghat utara kau tu, sembang pumpang sana sini, kenapa? apa ibu dan bapa kau tidak mengajar engkau untuk bercakap dengan sopan ke?

    dari apa yang aku baca, memang sah kau ni taksub dengan politik.. orang lain yang memperjungkan islam pun, tak kecoh2 macam kau ni.. aku tengok gelagat budak2 skuad dun batu caves, dorang pun tak guna bahasa mencarut ko tu.. sopan je aku tengok, even aku pihak yang tak sebulu dengan kau... orang macam ni yang kita patut hormat, ade pendirian dan penilaian tersendiri...

    tapi kau?? tahu maki hamun saja.. kau ingat kau hebat sangat dalam politik ke? jangan lupa diri.. kau sekarang di alam maya, memang orang hanya berani menulis dan memberi sebarang pendapat... bila bersemuka, berani???

    aku tak de nampak pun muke kau kat dalam ni pun?? nape, tak berani ke?? takut kene cepuk kat luar ehh sebab kebiadapan kau nih?? pkir2 la...

    kalau ye pun nak berjuang, berjuang la mengikut jejak para nabi dahulu kala, jauh lebih aman dan sopan walaupun pada masa itu tiada kelengkapan moden seperti ke hari ini...

    tujuan kau mungkin betul, berjuang untuk agama islam dan umat sejagat... tapi kalau salah caranya tu, membazir je... free2 dah geng ngan sedara syaitan..

    aku boleh agak, kau akan perlekeh posting aku ni.. jangan rasa diri tu dah tinggi oleh kerana kau rajin sembahyang 5 kali sehari, puasa cukup, bayar zakat, tunai haji dan mengaji..

    kau merupakan orang yang beriman, tunjukkanlah contoh yang baik untuk kebaikan kita semua.. tidak salah sekiranya kita berbahasa dan berbudi di antara satu sama lain..

    BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA DAN AGAMA.

    sekian,
    hamba allah...

    ReplyDelete
  54. CB taming sari, blog ko cbe masukkan virus ble aku masuk..1 trick ker nak jatuhkan org lain?? agak2 la main taktik kotor cmni:



    http://www.mukhriz.com/favicon.ico

    HTML:Iframe-gen

    Virus/Worm

    090108-0, 01/08/2009

    ReplyDelete
  55. patutlah BM dapat 9 tak paham soalan.Jawapanya samaada "bersetuju" atau "tidak bersetuju" kemudian diikuti dengan alasan.Tak gitu topeng perak.
    Selalunya orang cari alasan dulu sebab nak cakap TIDAK BERSETUJU kang jadi kufur...nauzzubbillah

    ReplyDelete
  56. baik ko diam la taming sari, cerdik sikit, lagi ko merapu lagi banyak nampak kejahilan bodoh kamu tu, ko lah sebenarnya adibahahmad- adibahahmed yang hina nabi, jakim tunggu apa lagi tidor ka selimut dengan duit,ko kata saja lah hudud tak sesuai di malaysia kan senang, 50 tahun lebih umno teraju malaysia dok buat apa sebenarnya, tak boleh fikir fasal hudud, ke ko fobia. pegi main jauh jauh ko tu,

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum semua,

    Pening kepala baca komen kat sini sebab ramai TOTOK um-NO yang tak paham bahasa. Kelantan kalau nak laksana HUDUD kena bawa ke Parlimen untuk diluluskan, kalau nak diluluskan perlu ada undi 2/3 MP. Walaupun 2/3 MP orang Melayu Islam tapi MP um-NO konfirm takkan mengundi untuk luluskan usul. Hang pa TOTOK um-NO tak paham-paham ke?

    Sebab apa TOTOK um-NO takut nak laksanakan HUDUD?? Sebab kalau laksanakan HUDUD :-

    1. Pemimpin um-NO ramai yang dah kena rejam sebab terbukti ramai pemimpin um-NO kaki BETINA, paham-paham je la siapa dia kan.

    2. Pemimpin um-NO tak boleh nak songlap duit rakyat untuk kenyangkan kroni sebab nanti kena potong tangan.

    Kalau DAP takut nak laksanakan HUDUD takpe la kita paham diaorang kafir, dah um-NO yang melayu islam pun takut nak laksananakan HUDUD nie apa kes??

    Sebenarnya orang bukan islam boleh terima HUDUD, tak jadi masalah cuma orang melayu um-NO yang menakut-nakutkan diaorang.

    Payah sangat la kalau dah jadi TOTOK um-NO nie.

    ReplyDelete
  58. errr..rase-rasenyerr..PAS yang lebih takut kat DAP kafir tuu..pasal Hudud..
    camnerr le PAS ni..takkan bertopengkan Islam kut...insaflah..kembalilerr kepangkal jalan...

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum,
    salam semua tumpang lalu..nk komen sket pasal ni..saya ni seorg yg neutral so pada pndangan saya la..skang ni cuba kita comparekuasa mahkamah kat malaysia yg tercinta ni..baper besar kuasa mahkamah syariah dan mahkamah tinggi..
    antara faktor penyebab Hudud tak mungkin dilaksanakan UMNO mungkin sbb takut hilang pengaruh dalam menentukan keputusan mahkamah,yg kebanyakkan dapat kita lihat hampir kebanyakan kes melibatkan ahli politik UMNO ni lepas mcm tu je..so akibatnya melarat la,dah lepas skali pastu lepas lagi dan lagi dan lagi dan lagi..yg buruk akan bertambah buruk.
    kalau dilaksanakan hudud,kesannya habis la org2 ni..so kalau org lain tengok mesti akan mengelakkan kejadian pecah amanah iaitu amanah rakyat,amanah terhadap wang rakyat,amanah terhadap agama dan yg pasti amanah mereka sebagai pemimpin..sebagai kesimpulannya rakyat dan negara akan aman dan bila aman, negara akan menghasilkan produktiviti dan kualiti..jelas kelihatan kesan hudud terhadap ekonomi,agama,bangsa dan negara..
    bila dah ok semua ni xdak la pengangguran,xkn ada lg org yg fakir dan miskin kat negara ni..menjalankan hukum Allah,menunaikan kewajipan dan melaksanakan yg perlu dan meninggalkan laranganNya..
    contoh ringkas la,bila seorg pencuri dipenjarakan,adakah kesan terhadap diri anda.."aku mencuri pun msk penjara je bkn apepun pasni curi la lagi"..
    kalau pencuri dipotong tangan dan dihebahkan kpd rakyat.."gle la aku xkn mencuri lg..nk mencuri pn ssh ada satu tgn" kata-kata kita pulak "aku tak brani la nk wat jht,slp hb kna ptg tgn mcm mna nak cri rezki"...

    dengan jujur dan IKhlas
    berani kerana benar

    Hukum Allah adalah hukum yg sempurna dan hudud ni hanyalah kecil bahagiannya dal lhukum Allah kerana Umat Islam mempunyai batasannya sendiri,hukum dalam solat,hukum dalam menjalankan rukun Iman dan Islam,hukum dalam bergaul dan hukum2 yg tak disebut dalam hudud tp kita sendiri tahu apa hukum Allah yg ptt kita patuhi..Hudud ni cuma peringatan kepada jenayah2 berat dan jenayah2 yg merosakkan akhlak..Wallahua'lam..sekian
    Salam perjuangan

    Takbir

    ALlahhuakbar
    Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya..

    p/s bukan melayu itu tinggi hingga kita lupa pada hukumNya

    ReplyDelete
  60. Kepada "gotahlantun"
    Takut kat Umno ke takut kat Allah ye.Aku tanya kau balik.katakan kau sedang bawak motor nak pergi sembahyang jumaat.Masa tu kau dah lewat.pastu jumpa trafik light sedang menyala warna merah.Kau pun mesti berentikan.
    Kenapa kau berenti takut kat Lampu Merah ke takut kat Allah?
    Ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?