Tuesday, January 06, 2009

Karpal Mahu Syed Hamid Dedahkan Bentuk Kajian

Pengerusi DAP Karpal Singh hari Isnin meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan kepada umum bentuk kajian dijalankan kerajaan dan kesimpulannya yang menyatakan majoriti rakyat Malaysia menyokong dikekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Karpal, MP Bukit Gelugor berkata pungutan suara hanyalah satu-satunya cara yang dapat menilai sama ada terdapat sokongan bagi mengekalkan ISA.

"Satu-satunya cara untuk menilai sama ada terdapat sokongan bagi mengekalkan ISA ialah dengan mengadakan pungutan suara yang perlu dilakukan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, mengulas kenyataan Syed Hamid semalam.

Pada forum berjudul "Apakah ISA masih relevan" di Shah Alam, menteri itu dilaporkan berkata kajian oleh kerajaan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia masih menyokong ISA dikekalkan.

Karpal juga berkata penegasan menteri itu bahawa ISA adalah untuk memulih tahanan adalah hambar.

"Saya sendiri seorang tahanan di bawah ISA dan tidak terdapat langsung program, pelajaran atau kuliah untuk pemulihan," kata beliau.

1 comment:

  1. ISA masih relevan. Akta ini perlu untuk tindakan pencegahan yang serta merta. Tidak perlu menunggu hingga keadaan tidak dapat dikawal. Kurangkan birokrasi dalam sistem perundangan. ISA terbukti keberkesanannya dari mula merdeka hingga sekarang. Hanya mereka yang mempunyai cita-cita tertentu sahaja yang akan merasa tidak selesa dengan akta ini.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?