Kerajaan akan memperkenalkan minyak petrol tanpa plumbum jenis RON 95 pada Jun atau Julai ini sebagai menggantikan petrol RON 92 yang ditarik balik dari pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, petrol baru itu sesuai untuk semua jenis kenderaan ringan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat negara ini dan kualitinya tidak banyak berbeza dengan petrol jenis RON 97.
Beliau berkata, harga petrol RON 95 akan menyamai harga petrol RON 92 iaitu kurang 10 sen atau 11 sen daripada petrol RON 97.
Buat masa ini, harga minyak petrol RON 97 adalah RM1.80 manakala RON 92 dijual pada harga RM1.70 dan petrol jenis itu menjadi pilihan pemilik motosikal dan kenderaan yang berusia lebih daripada 10 tahun.
''Dengan adanya minyak petrol baru ini di pasaran tempatan, pengguna kini mendapat pilihan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
''Apa yang lebih penting, harganya lebih murah daripada petrol jenis RON 97 dan sesuai untuk semua jenis kenderaan ringan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat negara ini,'' kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan kad kredit baru Tesco RHB dan kad Debit Tesco RHB, di sini hari ini.
Sebelum ini, Shahrir mencadangkan kepada semua pemilik stesen minyak di negara ini menjual petrol tanpa plumbum jenis RON 95 pada tahun ini.
Galakan itu dibuat bagi membolehkan pengguna membuat pilihan kerana harga petrol RON 95 lebih murah dari petrol RON 97.
apa punya bangang la menteri ini rakyat malaysia bukan nak RON-RON mana yang lebih baguih.. Rakyat Malaysia nak kan harga minyak murah...
ReplyDeleteLebih murah dan lebih baik, mana ada munkin ? Ini sudah against logic, good things never come in cheap.
ReplyDeleteKira ok lah tu. Sekurang-kurangnya rakyat ada pilihan. Jangan kerana korang ni pembangkang, semua cadangan kerajaan nak dibangkangnya.. Tengoklah dulu baik buruknya...
ReplyDeleteIni mangkok hayun beruban dah nakmula temberang lain cerita pulak.. patutnya harga diturunkanlagi.. ini tidak ubah nama.. sebelum ni dia ada sebut kalau harga minyak naik USD50 satu tong petrol kat M'sia akan naik RM1.90 semula.. mangkok hayun sungguh.. kira nak mencekik rakyat..
ReplyDeletehoi! RM 1.80 masih lagi mahal.
ReplyDeletepatut-patut RM 1.30 diman kena turun lagi .20 sen tolak subsidi .30 sen.
Bingai ka apa? Ini baru petrol yang LPG dok tak turun tu apsal plak? Ini baru betul-betul bingai.
Farouk said...
ReplyDeleteKira ok lah tu. Sekurang-kurangnya rakyat ada pilihan. Jangan kerana korang ni pembangkang, semua cadangan kerajaan nak dibangkangnya.. Tengoklah dulu baik buruknya..
farouk ini bukan pasal pilihan masa minyak naik melambung ada ke kerajaan bagi pilihan pada rakyat pilih minyak yang murah tak ada....yang depa tahu naikan 78 sen. kalu aku cakap hang bodoh hang marah tapi memang hang bodoh piang. dulu harga minyak 90USD ke 120USD arga minyak kat pam 1.92 seliter...ler nie arga minyak 39USD ke 45USD arga minyak kat pam 1.80 seliter. Budak sekolah pun tahu kira minyak ler ni mahal. dah la arga barang tak turun. promosi kt giant, tesco dll semua nya penipu.. depa turunkan barg lain, brg lain naik...hang ada masa ka nak pi check satu2 mana satu barng yang turun...Depa dh tahu dh rakyat nie bg sebulan je bising dalam tv. lepas tu diam... satu lagi aku nk habak dia ni bila cakap tak pakai otak, depa cakap pakai dok tengok kantung dia org dulu, kalu dh tak ada duit macam2 la depa buat... satu lagi aku nak habak ada undang2 apa kerajaan kita pakai (pasal tali pinggang belakang) pelancong asing dan kereta daftar sebelum 1995 tak payah pakai. ini satu lagi bodoh punya undang2 kalu pikir nyawa yang disebut kat atas tu murah sangat tak perlu dijaga... tu la kalu nak buat sesuatu kena selidik betul2 jgn pakat nak buat je...
kualitinya mcm mana lak?????.....jangan suruh rakyat pakai minyak murah...pastu kete bermasalah....kete proton lak tu...kaya.....pusat servis....rakyat menderita....
ReplyDelete