Friday, January 16, 2009

Ketua p'raya KT letak jawatan isu etika

Pegawai pengurus pilihanraya kecil Kuala Terengganu meletakkan jawatan kerana tindakannya boleh menimbulkan isu etika dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dipertikaikan.

Datuk Mat Razali Kassim, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu, semalam menarik diri mengejut selepas dikritik oleh PAS sebagai "berat sebelah" dengan dakwaan meminta kakitangan majlis bandara raya itu menyokong BN esok.

SPR berkata ia menerima beberapa aduan melalui telefon dan mesej SMS berhubung perkara tersebut, selain dakwaan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kanan PAS Terengganu.

"Sebagai seorang pegawai pengurus, seseorang harus ada etika tertentu.

"Seseorang pegawai tidak boleh dilihat bias kepada mana-mana pihak, mesti tidak berpihak," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang medianya hari ini di Kuala Terengganu.

"Kita berharap tidak timbul lagi isu (pihak) yang mengatakan SPR berat sebelah.

"Kita pandang berat perkara ini, beliau juga sedar dengan tindakannya itu boleh membuatkan SPR dalam keadaan dipertikaikan."

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausahanya Datuk Ngah Senik.

-malaysiakini

2 comments:

  1. saya nak ucapkan syabas buat datuk bandar kerana mengambil tindakan yang sewajarnya dari mengelakkan keadaan dari menjadi lebih keruh.

    ReplyDelete
  2. Tindakan Datuk Bandar KT meletakkan jawatan dilihat sebagai langkah bijak untuk mengelakkan perkara lebih buruk lagi. Sekurang-kurangnya selepas ini tidak ada lagi rungutan dan laporan berkenaan isu seperti ini... Semoga perjalanan pilihanraya berjalan lancar....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?