Thursday, January 29, 2009

Merubah Alam. Merubah Manusia

Yang ni menarik untuk dikongsi dengan semua...

Komen dari jomsertaipas dalam blog Perak Bangkit -

Bismillahirrahmanirrahim.

Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia.

Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang.

Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik.

Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana.

Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma.

Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik suasana lama sudah tidak ada

Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru.

Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia.

Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun.

Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama.

Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud.

Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah.

Dunia sudah menjadi cantik dan indah.

Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik.

Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul.

Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul.

Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan.

Tapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin.

Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak.

Manusia pun bertambah rosak dan jahat.

Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat.

Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya.

Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah.

Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia.

Tidak seperti alam semulajadi mudah sahaja berubah

2 comments:

  1. sedarlah wahai orang perak dan melayu sekalian. Tak gunanya sokong DSAI tu...tempelang & tempayan besar. Kita dapat lihat cara beliau unk dapat sokongan kaum bukan melayu dengan sokong Chin Peng unk balik Malaysia atas dasr kemanusiaan. Buta sejarahkah dia la nie akibat kemaruk kuasa dan kedudukan. Lihat sahaja apa yg berlaku...presiden Hadi baru cadang pembentukan kerajaan perpaduan banyak yag menentang, Itu baru cadanga unk kebaikan negara dan bangsa serta agama. benda seperti nie boleh dibincangkan secara baik dan ilmiah bukan membuta tuli marah. Perkara baik kita sokong..DAP terangx nak musnahkan melayu disokong...jangan macam tu...lihat apa yag berlaku di Penang..banyak status tanh diubah dan boleh dijadikan milik persendirian...??? Siapa yg untung??? dah tentu org depa...kalu tak pun org Singapore dan Taiwan???? Melayu ada apa///Baru dapat sikit batuan...senyum....Rosak melayu.....Baliklah wahai kawan sekalian....kepangkal jalan ..Kita tak boleh berpecah...sokong UmNO dan PAS..mesti bersatu//

    ReplyDelete
  2. 1. Pengumuman pembelian helikopter Eurocopter EC725 telah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan dalam dunia politik dan pertahanan mulai akhir tahun lepas iaitu sebaik sahaja kerajaan membuat keputusan untuk membeli helikopter buatan Perancis itu.
    . Masalah harga yang mahal bukan menjadi perkara besar tetapi dalam keadaan sekarang, orangramai mudah terpengaruh dengan isu-isu seperti ini dan seperti biasa akan lahirlah penganalisis pertahanan tidak rasmi di kedai-kedai kopi seperti mana juga lahir penasihat undang-undang tidak bertauliah apabila timbul soal pengambilalihan kerajaan PR di Perak.
    Berbalik dari soal tadi, jangkaan saya tepat, serta merta, lebih kurang seminggu selepas itu, pembelian itu dikaitkan dengan skandal dan hari ini semua orang menyiarkan surat dari Pengerusi Mentari Services Sdn Bhd Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.

    8. Beliau yang cuba menjual helikopter jenis Kazan MI-182 KF tewas dalam tender itu dan mengambil langkah drastik untuk menyiarkan surat itu kepada media (media internet) termasuk keluar dari parti Umno untuk menyertai PAS
    Sebuah helikopter CSAR haruslah mempunyai perlindungan armor yang baik, kelajuan tinggi, kemampuan untuk terbang malam, mampu untuk membuat apungan otomatik selama beberapa minit pada ketinggian tertentu, terbang dalam semua cuaca dan memiliki beberapa teknologi khusus, kesemua faktor ini ada pada sebuah helikopter yang kita panggil EC725.
    Dalam semua pembida itu, hanya EC725 yang mampu terbang untuk sejauh beberapa kilometer jika bahagian gear penerbangan bocor selepas terkena tembakan menyebabkan minyak hidraulik kering.

    24.Kemampuan ini sangat penting kerana helikopter yang dikhususkan untuk CSAR akan terpaksa untuk keluar masuk dalam kawasan berisiko tinggi.

    Kita tidak menafikan helikopter dengan teknologi Russia sebenarnya sangat baik dan telah digunakan oleh bomba kita tetapi ini soal CSAR, bukan soal penerbangan utiliti, dalam hal ini, teknologi merupakan faktor utama dan bukan pasal harga murah, jadi dalam kes ini, kelebihan teknologi memang ada pada EC725 kita.

    33.Senario pembelian sistem pertahanan di negara ini banyak berpaksi kepada soal politik dan ekonomi di mana, setiap pembelian harus mempunyai timbal balas yang menguntungkan Malaysia.

    34.Zahar hanya memainkan isu harga, beliau tidak mendedahkan timbal balas yang mampu diperolehi Malaysia sebagai "marketing strategy"nya.

    35.Saya percaya perkara ini tidak ada kerana surat beliau tidak menyebut perkara-perkara itu, apabila beliau mengambil keputusan untuk mendedahkannya di dalam internet, perkara-perkara seperti di atas bukan lagi satu rahsia.

    36. Sejak dari Defence Service Asia 2006 (DSA) lagi, saya sudah mula menyaksikan Eurocopter aktif menjalankan kempen untuk menjual produk EC725nya kepada Malaysia dan salah satu bukti yang nyata, syarikat itu telah mempamerkan EC725 pada kawasan pintu masuk di kawasan pameran yang mengambil tempat di Subang pada masa itu.

    37.Keputusan pembelian hanya diketahui pada 2008, ini bermakna dari kaca mata saya, Eurocopter telah mula memainkan kempen yang aktif sejak dari dua tahun sebelum itu atau mungkin lama.

    38.Saya yakin, jika helikopter itu dibeli dari negara blok Timur seperti Russia atau Kazan, unsur yang meragukan mungkin timbul kerana etika jual beli negara-negara ini agak longgar berbanding dari blok barat.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?