Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger dan pengunjung blog Pemuda Pelapis.
Hari ini kita telah memasuki hari pertama tahun baru 2009 Masehi. Semoga semuanya bersemangat baru dan sama-samalah kita tanamkan satu tekad dan azam baru ke arah segala yang positif khususnya di dalam membicarakan isu-isu semasa tidak kira apa jua. Bijak-bijaklah kita membezakan di antara fitnah dan kebenaran.
Untuk topik sulung 2009 ini saya ingin berkongsi satu cerita lama yang pernah saya dengar tetapi masih dibicarakan dan diterima menerusi email saya semalam. Apakah tujuan sebenarnya saya masih kurang pasti samada ianya satu kebenaran untuk dihebahkan atau satu fitnah semata-mata untuk menutup periuk nasi orang lain.
Seseorang telah menghantar email kepada saya menghebahkan alkisah rangkaian restoran mamak di Malaysia yang kononnya dikatakan pengotor di segi cara penyediaan makanan dan pelaris daripada najis serta kotoran lain. Saya percaya tentu di kalangan anda turut menerima email yang sama.
Di antara nama-nama restoran yang disebutkan di dalam email itu ialah:
1. Restoran Mamak di Presint 9, Putrajaya.Begitulah di antara apa yang saya baca melalui email yang saya terima. Ceritanya agak panjang tetapi telah saya ringkaskan sedikit bagi membawa maksud penyampaian sebenar oleh pengirimnya.
Katanya di situ ada dua restoran mamak berdekatan tetapi yang disebutkan ini ialah restoran mamak yang pekerjanya memakai apron putih. Mengikut kata pengirim, secara kebetulan seorang makcik telah lalu di belakang restoran itu dan mendapati pekerjanya sedang menguli tepung roti canai dengan kedua-dua kakinya.
2. Restoran Mamak di Putra Perdana, Puchong.
Menurut pengirim email yang menginap di apartmen berdekatan, beliau melihat sendiri seorang pekerja dapur restoran itu keluar ke belakang dapur dengan mendokong seekor anak anjing untuk dilepaskan di luar. Katanya apabila ditanya samada pekerja itu Islam atau Hindu maka dijawabnya dia beragama Hindu tetapi bosnya Mamak Islam. Kemudian tuan restoran berkenaan tampil lantas meminta maaf atas perkara tersebut.
3. Restoran-restoran Mamak di Alor Setar, Kedah.
Mengikut kandungan cerita yang panjang menerusi email tersebut, katanya seorang ustaz dari pejabat Agama Islam Kedah telah diundang untuk membaca doa satu majlis keraian dan kemudiannya ustaz itu telah memaklumkan kepada hadirin agar umat Islam tidak berkunjung makan dan minum di mana-mana restoran mamak di sekitar Alor Setar atas alasan beliau yang mengatakan kesemua restoran-restoran mamak di bandaraya Alor Setar haram dimakan kerana mendapat bekalan ayam daripada tauke-tauke cina di pasar.
4. Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL.
Ini berkenaan kisah benar nasi beriyani mengikut kata pengirim. Rakan beliau sering makan dan minum di situ dan pada suatu hari rakannya singgah makan nasi beriyani di restoran itu ketika waktu rehat tengahari dan kemudiannya ingin membungkus satu lagi nasi beriyani untuk dibawa balik ke pejabat lalu menghampiri periuk lauk. Ketika pekerjanya menceduk lauk kari untuk dibungkus, rakan beliau ternampak satu bundut bungkusan berlabelkan jenama "crocodile" yang disyaki seluar dalam lelaki berwarna putih yang direndamkan ke dalam lauk itu sebagai pelaris. Lalu rakan beliau terus membatalkan pesanan tetapi membayar apa yang sempat dimakannya tadi. Sesampai di pejabat rakannya termuntah lalu menceritakan kepada semua kawan-kawan sepejabat.
5. Restoran BK Corner, Wisma Central, Jalan Ampang, KL.
Kedai makan ini dikatakan terletak berhampiran tangga elektrik (escalator) di tingkat bawah. Katanya dua orang pembantu perempuan Indonesia bekerja di situ di samping dua orang lagi lelaki Hindu. Setelah diamati rupanya memang sah kedua-dua lelaki itu bukan mamak tetapi Hindu kerana di pergelangan tangannya berikat tangkal benang berwarna kuning. Kadangkala di awal pagi di antara jam 7:00am hingga 7:30am semasa restoran itu baru mula hendak dibuka, kedua-dua lelaki itu memakai "calit sarjan" putih pada dahi mereka. Apakah itu mamak Islam? Itulah cerita pengirim.
6. Warung dekat Pasar Pudu, belakang Esso.
Sebuah warung berhampiran Pasar Pudu selalu dipenuhi pengunjung Melayu Islam untuk bersarapan pagi di situ. Kebiasaannya roti canai dan teh tariklah yang menjadi kegemaran ramai. Apa yang mendukacitakan, tidakkah umat Islam memandang pada dahi suami dan isteri pemilik warung berkenaan yang memakai "calit sarjan" dan di lengan wanita Hindu itu terdapat lilitan benang berwarna merah yang mungkin tangkal? Tak boleh ke susah sikit untuk menyeberang jalan di situ dan bersarapan di warung-warung Melayu? Kenapa mesti makan juga makanan yang was-was akan status halalnya?
7. Restoran Shah Jahan Maju di Setiawangsa, KL.
Ini satu cerita yang lebih jijik. Kata pengirim, kawan kepada kawannya makan roti canai di restoran berkenaan dan terjumpa satu ketulan dalam kuah dal roti canai. Sangkanya biji asam jawa tetapi bila diamati rupanya najis iaitu kepala tahi (sesuatu yang keras sedikit pada najis manusia) yang dijadikan bahan pelaris berunsurkan sihir ilmu hitam. Tuan restoran datang kepadanya dan menghulurkan RM2,000 bagi menutup mulut kawan kepada kawannya itu. Kini restoran tersebut agak lengang daripada sebelumnya kerana kurang pengunjung. Yang masih datang makan mungkin mereka yang belum mengetahui cerita sebenarnya.
8. Restoran Maju Curry House, Lebuh Ampang, KL.
Restoran ini katanya adalah rangkaian restoran milik Shah Maju. Persoalannya ke mana perginya perkataan "Jahan" selepas perkataan Shah dan sebelum perkataan Maju pada nama rangkaian restoran itu? Ini juga turut diragui akan kebersihan dan kehalalannya kerana ia adalah rangkaian restoran yang sama pemiliknya.
9. Warung Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru, KL.
Kandungan email menyatakan pada suatu hari seseorang telah mengajak seorang teman lain yang alim dan warak makan di situ. Tiba-tiba hamba Allah yang dikatakan alim dan warak tadi ternampak seekor toyol sedang kencing ke dalam periuk nasi lemak. Mungkin makanan yang dipesan belum sempat dihidangkan lalu mereka membatalkan niat untuk makan di situ lantas beredar. Si alim tadi bercerita kepada rakannya yang mengajaknya makan di situ kenapa beliau hilang selera. Mungkin tuan punya ada meminta khidmat bomoh pelaris tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang dibekalkan oleh si bomoh. Selalunya perkara-perkara halus atau ghaib ini bukan boleh dilihat dengan mata kasar manusia tetapi mungkin bagi sesetengah orang yang ada kelebihan sahaja.
Mengikut alamat-alamat email yang tercatat dilihat telah ramai pihak yang menerima hebahan ini dari semasa ke semasa yang terus dipanjangkan sehingga ke hari ini. Lapan cerita mengisahkan tentang rangkaian restoran dan warung mamak sementara satu daripadanya warung milik orang Melayu kita yang beragama Islam.
Saya tidak mahu menyebelahi atau tidak menyebelahi mana-mana pihak di dalam perkara ini. Sesuatu yang dirasakan khuatir atau ragu-ragu hendaklah disiasat terlebih dahulu sebelum boleh mempercayainya. Dalam isu ini saya melihat ianya kemungkinan mempunyai dua motif samada berniat baik untuk dihebahkan atau berniat jahat untuk menutup rezeki orang lain.
Apa pun pihak berkuasa disarankan menyiasat laporan ini dan kepada pihak pemilik restoran atau warung makanan pula berhak membela diri dengan membuat laporan polis sekiranya mereka merasakan mereka telah dianiayai oleh pihak-pihak tertentu.
Sebagai rakyat yang prihatin saya memaparkan perkara ini di laman blog supaya banyak pihak dapat membaca dan merujuk bagi membuat penilaian sebenar kerana saya merasa was-was kenapa berita ini disebarkan secara tertutup melalui email ke email jika diyakini berbukti dan benar? Bagi mereka yang melihat dan terbabit secara langsung kenapa tidak membuat laporan polis untuk merujukkannya kepada bahagian penguatkuasa PBT, JAKIM dan penguatkuasa Kementerian Kesihatan?
Oleh itu saya syorkan kepada mereka yang melihat sendiri dan ada bukti serta saksi, sila tampil ke hadapan dengan berani atas dasar kebenaran demi sebuah keadilan. Jika ianya tidak benar dan sengaja diada-adakan maka ini merupakan satu fitnah yang besar dan amat berdosa sekali. Berazamlah kita untuk bercakap benar mulai tahun baru 2009 ini. Fitnah jangan sekali-kali disebarkan. Jika penyebar berita ini merasakan ianya satu kebenaran yang sahih, tampillah ke hadapan membantu masyarakat dan pihak berkuasa.
Sekian dimaklumkan!
Salam..
ReplyDeleteKedai mamak ni bagi saya sekarang ni memang dah kurang saya masuk.. memang kalau ki tandas belakang kedai kita akan terpandang macam-macam.. lagi satu sesetengah kedai mamak botol arak dicampur sama dengan minuman ringan dalam peti sejuk.. memang ada sedikit kurang aja,, dia kira nak bisnes aja.. bulan puasa pun kat tempat aku tak biasa tutup.. on macam biasa..
Cerita-cerita macam ni memang biasa kita dengar. Apapun tak pasti motif sebenar ianya dihebahkan. Mungkin benar dan mungkin juga palsu atau nak tutup periuk nasi orang. Apapun saya setuju jika sesiapa yang ada bukti yang berkaitan cerita-cerita ini, sila tampilkan diri supaya kebenaran dapat ditegakkan...
ReplyDeleteOleh yang demikian marilah kita sama-sama gi makan kat Restoran Ehsan a.k.a Kelab Anje...
ReplyDeleteHehehehe...
Makanan best, bersih dan halal...
hehehehe...
Topeng perak,
ReplyDeleteCerita pasal kedai mamak, ada banyak alasan untuk kita kata bahawa perniagaan mereka sebenarnya tidak bersih.
Setiap anda yang memasuki kedai mamak, cuba lihat pelayan yang melayan anda...lihat kakinya.
Apakah mereka memakai kasut atau selipar..? Bagaimana keadaan kakinya adakah anda nampak bersih atau nampak kotor...?
Seterusnya lihat pakaiannya dan apabila dia mendekati anda bagaimana bau badannya..?
Perhatikan salah seorang pelayan restoran mamak bekerja. Selalunya dia akan berlagak rajin, semua kerja dia buat. Sampai pada kita dia bertanya mahu makan apa..? kita kata nak roti canai sekeping, dan teh tarik. Apa dia buat..?
Dia terus menjerit teh tarik satu dan terus pergi ketempat buat roti canai dan dia keluarkan roti yang telah siap dan diletakkan diatas pinggan.
Apakah kita sedar bahawa tangan dia telah memengang berbagai benda kemudian dia memengang pula roti canai yang kita order tanpa mencuci tangan...
Jika anda sedar tentang itu apakah anda begitu berselera makan roti canai yang dihantar pada anda...?
Bagaimana pula kalau dia baru saja keluar dari tandas dan menerima orde dari kita...?
Kita perlu ingat, bahawa pekerja restoran mamak adalah pekerja yang makan gaji dan gaji yang mereka terima amat rendah berbanding kerja yang perlu mereka lakukan dari awal pagi hingga ketengah malam. Orang ini lebih menjaga hati tauke kedai dari pelanggan yang datang.
Oleh kerana itu mereka tidak peduli tentang kebersihan asalkan mereka dilihat rajin dan tidak diberhentikan kerja.
Itu baru hanya pada pelayan restoran mamak, belum lagi kita lihat tukang masak mereka dan kepercayaan tuan kedai pada bomoh (pelaris).
Apa yang diterangkan diatas itu ada benarnya. Untuk mengetahui lebih lanjut siasat sendiri.
kenapa lah orang kita ni percaya cerita2 karut yang cemburu tu mari lah bersama kami maju BERSAMA NASILEMAKANTARABANGSA
ReplyDelete