Sebanyak 19 badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan memulakan gerakan memboikot barangan keluaran Yahudi, Jumaat ini sebagai tindak balas rakyat Malaysia terhadap kekejaman Israel yang rakus menyerang Palestin dan membunuh ratusan orang awam.
Gerakan dinamakan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi itu dianjur oleh NGO antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Selain itu ialah 16 NGO yang bergabung di bawah Jawatankuasa Gabungan NGO Islam (ACCIN) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).
Pengumuman mengenai pelancaran kempen itu dan tiga produk terpilih dibuat di ibu negara hari ini.
Ia turut dihadiri Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman dan Naib Presiden ABIM (Antarabangsa), Azril Mohd. Amin.
Maamor berkata, pihaknya melancarkan kempen itu kerana menyedari kuasa pengguna senjata terbaik memberi pengajaran kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.
Pada masa yang sama, katanya, ia boleh disertai sesiapa saja di Malaysia yang mengutuk tindakan Israel itu tanpa mengira agama dan kaum.
"Pengguna-pengguna Islam di negara ini diharap menyertai kempen ini dan jangan lagi menyokong dengan membeli produk-produk yang diboikot tersebut," katanya dalam sidang akhbar pelancaran Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi di sini hari ini.
Maamor juga menggesa kerajaan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat sebagai tanda bantahan atas sokongan negara kuasa besar tersebut kepada Israel.
Selain itu, tambahnya, PPIM juga menggesa Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit.
Dalam pada itu, Azril menegaskan, umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk melemahkan ekonomi Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel.
"Umat Islam di negara ini jangan risau, kita ada banyak produk yang setanding dengan keluaran mereka," katanya.
Walaupun dengan memboikot produk US dan Israel tak memberi kesan besar kepada mereka tapi sekurang-kurangnya kita masih ada inisiatif untuk menentang keganasan mereka terhadap dunia Islam... ALLAHUAKBAR...
ReplyDeleteumat Islam terutamanya mak ayah atau abang or kakak kpd penerima biasiswa PTPTN....tolong tengok2 kan anak2 dan adik2 korang semua....make sure mereka tidak membeli hp NOKIA.
ReplyDeletediulang....jgn benarkan mereka membeli hp NOKIA....banyak lagi hp2 lain di pasaran selain NOKIA.
boikot nokia....sbb nokia antara penyumbang setia kpd dana projek israel.....membeli hp Nokia bermakna menyumbang peluru2 kpd askar israel bagi membunuh saudara kita di palestin.
http://www.inminds.co.uk/boycott-nokia.html