Pakatan Rakyat Selangor mengalu-alukan penubuhan Suara Rakyat Selangor (Suaras) oleh Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam usaha menggesa kerajaan negeri menunaikan manifesto pilihan raya umum yang lalu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau tidak kisah dengan penubuhan badan tersebut dalam usaha BN untuk mengadakan satu gerakan khas bagi menggesa kerajaan negeri dikuasai Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP kerana ia akan membolehkan pihaknya bekerja dengan lebih baik.
"Jika mereka nak buat, buatlah. Jika ada tekanan seperti itu, kita akan bekerja dengan lebih baik lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo hari ini memberitahu mStar Online, BN di Selangor akan menubuhkan Suaras bagi menggesa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan janji mereka.
Beliau berkata, langkah itu adalah usaha pihaknya untuk membuat satu gerakan khusus termasuk kempen kesedaran bagi menyedarkan rakyat bahawa Pakatan di Selangor masih belum melunaskan janji-janji mereka yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Dr Mohamed Khir itu, Khalid yang juga bekas Pesuruhjaya 2 PAS berkata, sepanjang pengetahuannya, penduduk berpuas hati dengan usaha kerajaan negeri ke arah menjadi sebuah negeri berkebajikan.
"Dalam masa tidak sampai setahun, lebih 40 peratus janji yang kita buat pada plihan raya lalu telah kita tunaikan.
"Ini termasuk bekalan air percuma di Selangor, bantuan Takaful kepada warga emas yang meninggal dunia dan TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor).
"Kita juga sedang dalam usaha untuk menambah pendapatan negeri melalui royalti penjualan pasir. Kalau dulu, kerajaan negeri hanya akan mendapat RM20 juta setahun, akan datang ia akan meningkat kepada RM150 juta setahun.
"Dengan penambahan itu serta langkah-langkah penjimatan yang sering kita amalkan, Insya Allah, segala janji itu akan dapat dipenuhi dan kita akan salurkan apa yang diperlukan rakyat dengan pendapatan yang kita ada," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan masih wujud kelemahan yang perlu diperbaiki dalam Pakatan itu namun, sebagai sebuah kerajaan negeri yang baru mengambil alih Selangor daripada BN, Khalid menyifatkan ia adalah jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.
"Selain itu, semasa kita membuat manifesto itu, kita tidak tahu yang kita akan mewarisi satu kerajaan yang tunggang langgang dengan pelbagai masalah.
"Tapi kita tetap berusaha menangani masalah-masalah tersebut. Wakil rakyat kita sering turun padang bersama rakyat, bukan hanya duduk di pejabat makan gaji buta.
"Kita yakin, kita mampu laksanakan apa yang dijanji kerana kita mampu dan tidak mengamalkan rasuah. Kalau Khir Toyo masih tidak mahu mengakui hal itu, dia nampaknya masih dalam state of denial," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, beliau memandang penubuhan Suaras sebagai satu langkah yang positif.
"Jika ada usaha Khir Toyo untuk menubuhkan satu badan seperti itu, ia harus dipandang positif kerana kita juga memerlukan check and balance. Kalau kita terlupa sesuatu, ada orang yang akan ingatkan," katanya.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan berkata, kerajaan negeri bukan sahaja melaksanakan janji dalam manifesto malah apa yang tidak dijanjikan juga dilakukan dalam usaha membantu rakyat terutama golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU).
"Antaranya termasuk memberi bantuan beg dan kasut sekolah baru kepada pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan.
"Selain itu, kita juga memberi bantuan bekalan beras kepada keluarga miskin. Ini semua tidak terdapat dalam manifesto," katanya.
Berhubung isu pengurangan cukai pintu yang masih belum dilaksanakan Pakatan Rakyat, Liu berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji rancangan itu.
"Kita kena buat kajian betul-betul tambahan pula ekonomi pada tahun ini dijangka merosot. Kalau tidak tahun ini, mungkin tahun depan ia boleh dilaksanakan.
"Janji kita kepada rakyat, kita akan kotakan tapi berilah sedikit masa kerana kita masih baru. Mana-mana yang kita boleh laksanakan dalam masa yang singkat, kita akan laksanakan dan mana-mana yang memerlukan masa, kita memang kena ambil masa.
"Kita tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana kita juga perlu melihat kepada kedudukan kewangan. Kita mempunyai tanggungjawab untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri dan melaksanakan pembangunan," katanya.
Sementara itu, ADUN Sri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Tempatan , walau apa jua usaha yang dilakukan oleh BN untuk mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, mereka akan tetap melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat
buka laman web ini www.calvary.org.my
ReplyDeletegereja terbesar di asia akan dibina di bukit jalil,kuala lumpur.ini bawah bidangkuasa DBKL dan menteri wilayah persekutuan,zulhasnan rafiq.umno kena jawab apakah mereka telah luluskan pembinaan gereja 6 tingkat ini.jika benar,amatlah mengecewakan kerana umno selama ini dakwa pembela islam.
tok iskandar Says:
umno totok yang bodoh boleh baca kat sini
The Calvary Convention Centre
The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.
These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.
The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.
The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.
apa penjelasan umno yang kononnya pembela islam tentang gereja yang akan dibina di bukit jalil ni?terbesar di asia pulak tu.kompleks 6 tingkat.kalau korang semua nak tahu kat mana jika lalu kat area bukit jalil ada tertulis hope(harapan).di situlah akan dibina gereja tersebut.apa penjelasan UMNO kerana DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan bukit jalil.
ReplyDeleteboleh layari http://www.calvary.org.my
itu pembela islam????itu bukan pembela..pembelot namanye..hehehe
ReplyDeleteBila melihat wajah Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo ada rasa sedih dan ada rasa lucu.
ReplyDeleteSedihnya apabila Datuk Seri Khir kalah untuk mengekalkan kuasa UMNO dalam negeri Selangor. Tan Sri Muhammad Mohd. Taib dan pemimpin UMNO yang lain telah meletakkan segala kegagalan itu padanya. Tercungap-cungap Datuk Seri Dr. Khir dibuatnya. Kesian ..!
Lucunya apabila Datuk Seri Dr. Khir sebagai pembangkang mengungkit manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat. Semua nak bongkar!
Disamping itu dia berharap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid tidak dapat menunaikan janji tersebut. Agar rakyat Selangor akan bertukar arah dan kembali kepadanya, sokong UMNO. Kesian..!
Untuk Datuk Seri Dr. Khir Toyo dan Tan Sri Muhammad Mohd. Taib, betul ke PKR sedang bergolak dan retak seribu...?
Bagaimana kedudukan Datuk Seri dan Tan Sri dalam pemilihan dalam parti UMNO bulan march nanti, boleh menang ke...?
Diharapkan Datuk Seri dan Tan Sri tidak mengamalkan rasuah untuk menang !