Sekumpulan Puteri Umno yang melalui Bulatan Ladang di sini, disorak penyokong Pas yang berkumpul di bulatan itu untuk berarak ke pusat pencalonan di stadium negeri kira-kira jam 8.45 pagi tadi.
Kumpulan Puteri berkenaan yang sepatutnya berkumpul di kediaman Menteri Besar di Jalan Sultan Mahmud Shah tidak dapat ke sana di sebabkan kesesakan trafik dengan mengambil laluan dari Bulatan Ladang.
Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut mengemukakan borang pencalonan di pusat penamaan calon di stadium negeri kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Beliau sebelum itu diiringi perarakan kira-kira 5,000 penyokong parti Pas, serta Pakatan Rakyat dengan diketuai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Apa yang disorakkan tu? Mesti ada yang berbau lucah? Takkan takde...
ReplyDeleteKalau dah pembangkang, macam tulah perangainya. Jika penyokong UMNO yang bersorak macam tu, pasti puak pembangkang akan kata bahawa penyokong UMNO bersorak berbau lucah serta menunjuk isyarat tangan. Kemudian di'highlight' kan supaya sensasi. Tapi bila puak pembangkang yang bersorak, takde pula yang mengatakan bahawa mereka bersorak berbau lucah. Kononnya mereka semua baik dan bagus. Bersorak dengan ayat-ayat sopan je...