Thursday, January 15, 2009

Petrol turun lagi jika harga minyak bawah AS$40 - malaysiakini

Kerajaan akan menurunkan harga petrol dan diesel sekiranya harga minyak di pasaran dunia secara puratanya berlegar di bawah paras AS$40 (RM142.80) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd. Samad bagaimanapun berkata, setakat ini kerajaan tidak akan mengumumkan sebarang penurunan harga memandangkan dari awal bulan ini sehingga semalam harga purata bahan mentah itu sekitar AS$43.

''Saya tahu ada orang gembira apabila harga minyak boleh sampai bawah AS$40 tetapi sepanjang tempoh Januari ini, hanya dua hari harga minyak berada pada paras di antara AS$37.59 dan AS$37.78 setong.

''Kita tidak mempunyai asas harga untuk satu hari sebaliknya purata sepanjang dua minggu dan setakat ini belum nampak boleh turun kerana sebarang penurunan ialah kalau purata di bawah AS$39.59 setong," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

2 comments:

  1. Lidah engkau banyak lubang dan bercabanglah Uban, kalau nak turunkan harga minyak bukan tunggu sampai dibawah USD40.OO setong, tapi lama sudah turun.Harga runcit RM1.80 sekarang adalah adalah cara kerajaan BN merompak duit rakyat.Pilihanraya KT nanti BN pasti kalah.dan lepas ini seorang demi seorang orang-orang akan mati mengejut biar selalu adakan pilihanraya kecil.Kuasa Tuhan terhadap orang berdosa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jika harga minyak akan turun lagi. Agak lama juga harga minyak petrol berada pada kadar RM1.80 seliter. Dapat turun sampai RM1.50 pun Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?