Wednesday, January 07, 2009

Sekatan ekonomi ke atas AS wajar

Negara-negara Islam perlu menggunakan kekuatan sumber ekonomi yang dimilikinya terutama minyak bagi memberi tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, kaedah itu lebih baik daripada bertindak balas dengan cara kekerasan.

“Kita tidak mampu untuk melawan dengan cara kekerasan seperti Israel kerana kita tidak ada kekuatan dari segi senjata. AS adalah pengeluar senjata jadi itu tidak ada masalah untuk mereka dan Israel,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

2 comments:

  1. Sebenarnya masih ada banyak cara untuk memberi tekanan kepada US supaya menghentikan serangan Israel ke atas Palestin. Sekatan ekonomi adalah satu dari caranya. Namun ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan nekad. Selain dari itu kita boleh pulaukan penggunaan USD tapi saya yang bukan pakar ekonomi tak tahu macam mana cara nak realisasikannya...

    ReplyDelete
  2. Haha. Nak sekat ekonomi US. Guna kepala otak sikit. Sekarang ni US mengalami kejatuhan ekonomi pun kita dah sakit tambah pulak nak sekat ekonomi dia.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?