Kejap habaq gini, kejap habaq gitu... tak konsisten... lalang ke hape aku tak tau...
Memula aku quot sikit dari artikel terbaru dia :-
- Oleh itu PAS dan UMNO mestilah bergabung semula sebelum PRU-13. Jika tidak hanya Tuhan sahaja yang tahu apa akan terjadi ke atas nasib orang-orang Islam dan Melayu di negara ini khasnya generasi anak-anak dan cucu-cucu kita nanti - rujuk [sini].
Kalau perhatikan balik dari artikel lama SUKJ dekat [sini], lain pulak katanya... aku quot sikit :-
- Oleh yang demikian saya berpendapat jika kita benar-benar mahu melihat Melayu dan Islam dinegara ini bersatu dibawah satu bumbung agar menjadi lebih kuat, saya cadangkan UMNO dibubarkan. Begitu juga semua orang-orang Melayu yang berada dalam PKR juga perlu meninggalkan parti tersebut dan bersatu dibawah PAS sahaja - rujuk [sini].
Teliti balik lain-lain kenyataan dalam artikel dari SUKJ :-
- 7) Selepas PRU-12, saya lihat mereka seolah-olah telah menjadi ahli dan penyokong PAS juga...tetapi 'Parti Syaitan'(PAS) - rujuk [sini].
- 2) Jika anda undi PAS bermakna anda sanggup menggadaikan Agama, maruah dan bangsa kita kerana kesesatan PAS - rujuk [sini].
1) Dulu
2) Kemudian
3) Kini
4) Esok dan seterusnya - rujuk [sini].
- Habis tu kenapa pula PAS mengaku anti dengan 'Sisters in Islam'?
- Kenapa anti dengan 'Bar Council'?
- Kenapa anti 'Geng Yoga'?
- Kenapa anti 'Hindraf'?
- Cakap tak serupa bikin...!! - rujuk [sini].
- Caranya mudah sekali dengan hanya pakai serban sebesar kawah, simpan janggut kalau boleh sampai ke lutut, pakai jubah kalau boleh biar meleret macam traktor sawah padi. Kemudian baca dua tiga kerat ayat quran atau hadis, lepas tu goreng kiri dan goreng kanan. Selepas itu dapatlah 'respon' laungan takbir..takbir ! - rujuk [sini].
- Untuk memudahkan kahwin 2, 3, 4?
- Untuk jadi belut tetapi kepala ular?
- Untuk jadi kura-kura 2 kepala?
- Untuk bersekongkol dengan penentang-penentang Islam seperti DAP?
- Untuk menjaja ayat quran dan hadis sebagai modal politik peribadi?
- Untuk memudahkan lagi pemberian tanah hak milik kekal kepada kaum bukan Melayu?
- Akhir sekali duit depan mata...sapu, betina depan mata...lipat? - rujuk [sini].
- 1) Adakah PAS mahu menjaga kepentingan Melayu? - rujuk [sini].
- Ternyata pendirian atau iman yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS mudah goyah dan tidak teguh seperti yang kita umat Islam harapkan selama ini.
- Kesimpulannya, PAS telah mengecewakan harapan umat Islam di negara ini - rujuk [sini].
- Hanya dapat kerusi tetapi kuasa orang lain punya...?? - rujuk [sini].
- Sebenarnya PAS adalah sebuah parti yang tabiatnya suka bermuka-muka dan sentiasa mengasah lidah mereka untuk bercabang 3 - rujuk [sini].
Aku naik pening... SUKJ ni apa hendaknya sebenarnya? kutuk PAS lepas tu ajak bergabung... macam mental tak stabil je ni...
Bila aku perati balik semua artikel, aku jumpa kenyataan yang ni pulak :-
- Maaf kalau saya katakan bahawa perkataan Muzakarah itu akan bergema bila setiap kalinya UMNO tersepit - rujuk [sini].
Bila UMNO tersepit, maka UMNO perlukan talian hayat... dan talian hayat UMNO ialah PAS...
Kenapa PAS pulak?
Hang dah kutuk PAS macam-macam tiba-tiba hang nak ajak orang bergabung pulak? hang mabuk ka?
Ada lagi yang Flip Flop dari SUKJ... aku quot sikit :-
- Bagi saya semua parti adalah sama saja baik UMNO, PAS mahupun PKR.
- UMNO ada kerjasamanya dengan MCA/GERAKAN/MIC. PAS ada kerjasamanya dengan DAP. PKR pula bekerjasama dan sepakat dengan semua pihak.
- Oleh itu janganlah pengikut atau penyokong-penyokong dari parti UMNO khasnya, mendabik dada serta melaung-laung seolah-olah mereka berjuang bersendirian tanpa menjalinkan hubungan kerjasama dengan kaum bukan Melayu. Jangan cuba salahkan PAS dan jangan cuba salahkan PKR bila berhubung kait soal kaum bukan Melayu.
- Atas sebab itu saya lebih berpendirian memilih dan menyokong 'Individu/Tokoh' dan bukannya 'Parti'. Saya percaya akhirnya yang akan memerintah dan mentadbir negara ialah 'Individu'. Parti hanya sekadar simbolik sahaja. Maka sudah tentu hanya Individu/Tokoh yang berkelayakan sahaja yang layak untuk menjadi Pemimpin dan mentadbir negara ini - rujuk [sini].
Agaknya orang-orang yang berlegar-legar dikeliling Pak Lah & KJ memang macam ni kot... Flip Flop, Flip Flop, Flip Flop... daripada atas sampai akar goyang...
Tapi apa-apapun aku sokong Pak Lah jadik Presiden UMNO selagi Pak Lah mampu dan aku jugak sokong KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO ganti Kerismudin...
2-2 tu "tiada tandingan"... cerah masa depan...
Lagi lama gabungan tu berada dalam UMNO, lagi mudah perjalanan.
Untuk SUKJ, hang kene konsisten... kalau nak sokong, sokong terus... kalau nak bubar, bubar betul-betul... kalau dah kutuk, tak payah nak pujuk tidur sebantal... ni kejap kutuk, kejap tak sokong parti tapi sokong individu, kejap hang cop parti Syaitan, lepas tu hang ajak pulak bergabung... ape punya turrr... aku rasa hang lagi sesuai jadik setiausaha politik Ibrahim Ali...
Sangat sesuai dengan pendirian hang yang macam lalang...
hehhehe..salam bro TP,
ReplyDeletesy tabik kat dia sebab bila dia tulis dia bg point yg senang nak baca cam dia buat perenggan ngan no ke..itu ok..tp bab isi hmm tahla...pening gak..
seblum2 ni sy baca dia ok..tp lama2 dah jauh simpang nye...jgn sampai simpang 44 dah la...hehhe...na'uzubillah..
sy dok tunggu gak bila dia nak ulas lagi ttg PAS dan UMNOI ni nak gabung? Ada dlm posting seblum pilhanraya P036 aritu..sampai skang pun blum ulas...hmm pasni jwbnye mmg dia lompat lagi la bila bro dah cucuk dia..hehehhe...cam perak bangkit..
p/s: albanjari, perakexpress kat network perak semua dok perang ngan perak bangkit..hang tak join ka?kekkekeke
salam Bro: Munbgkin diani nak jadi macam PakTam dari Pahang Daily. Penulis Upahan UMNO.
ReplyDeletekeputusan yang dibuat oleh YB Dun Bota sangat tepat dan kena pada masanya.UMNO sudah menghampiri zaman kepupusannya.
ReplyDeleteDi Pahang juga sedang bergolak dengan kes rasuah politik melibatkan tokoh profail tinggi yang merupakan rakan karib khairi jamaluddin iaitu Norza Zakaria.
Semalam Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishamudin selaku Ketua Pemuda UMNO terpaksa turun ke Temerloh untuk mententeramkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang menjadi buruan SPRM.Khabarnya lebih banyak tangkapan akan dibuat dan sasaran SPRM seterusnya ialah UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Ismail Said.
Khairi Jamaluddin pula dikatakan berang dengan permainan politik licik kem Najib yang menjatuhkan orang kanannya Norza Zakaria.
Terdapat ahli UMNO yang disoalsiasat oleh SPRM di Pejabata pelajaran daerah Temerloh dan di antaranya Ustaz Ishak(Penyelia Agama Islam Pejabat Pelajaran Daerah Temerluh)
UMNO Bahagian Kuala Krau,Jerantut dan temerloh telah bekerjasama menjatuhkan norza zakaria.
Encik Ahmad sanusi adalah pegawai senior di Pejabat pelajaran daerah Temerloh yang juga merupakan abang kepada Ismail Said(MP Kuala Krau).
PPD Temerloh,Tuan Haji Nadzri pula baru bertukar dari PPD Jerantut.Mainan politik UMNO di PPD Temerloh sudah lama dan ramai guru-guru yang pro pembangkang ditukarkan serta-merta ke kawasan pedalaman.
terdapat khabar angin mengatakan penyokong Khairi dari kalangan guru-guru juga akan ditukarkan.pegawai yang bertanggungjawab menukarkan guru-guru ialah encik Laily.
Pegawai khas kepada Hishamudin ialah Datuk Azmi yang merupakan bekas Pengarah Jabatan pelajaran Negeri Pahang.
seorang pegawai PPD Temerloh yang berasal dari rembau,mohd Ali baru beberapa bulan menjadi guru besar SK Jalan bahagia.sebelum beliau,Aminuddin adalah gurubesar SK Jalan Bahagia yang juga setiausaha umno bahagian temerloh ketika itu dan pernah menjadi setiausaha sulit saifuddin Abdullah(MP Temerloh dan timbalan menteri Pembangunan usahawan).
Ketika beliau menjadi gurubesar,uniform pengawas yang selama ini berwarna hijau telah ditukarkan kepada biru.Usia beliau menjadi setiausaha sulit saifuddin tidak lama dan sekarang menjadi Gurubesar SK Paya Pulai.
Betapa fanatik dan phobianya UMNO di temerloh terhadap kehadiran pembangkang.
Di pihak Khairi,sudah tentu dijangkakan tindakan balas yang akan mengemparkan kem Najib.Jika khairi hendak bertapak di Temerloh,beliau perlu menyingkirkan kem Najib yang bertapak kukuh di JPN Pahang dan PPD Temerloh serta UMNO Bahagian Temerloh.
bengong betul melayu UMNO nie....tak habis2 tamakkan kuasa...tak habis2 inaya orang melayu sendiri....kes memali, tangkap & kurung pembangkang dlm ISA, tukarkan cikgu2 yg pro pembangkang ke pedalaman.
ReplyDeletedulu korea selatan, taiwan, singapura sama je level ekonomi dgn malaysia.....kini mereka memecut laju meninggalkan malaysia...oopppss...silap...malaysia ketinggalan sbb tayar pancit & enjin rosak....sbb malaysia duk asyik menekan & mengugut sesama melayu sampai malaysia nak jadi maju pun susah.
bengong punya melayu UMNO....orang UK (british) rilek je bila kerajaan mereka berpindah tangan antara conservative & labour party....orang US (american) rilek je bile kerajaan mereka berpindah tangan antara republican & democratic party.
ya Allah....hancurkan lah UMNO ni secepat mungkin....kami dah muak & meluat dgn mereka.
p/s: better guna perkataan MELAYU saje utk UMNO...sbb perkataan ISLAM terlalu suci, terlalu mulia & tidak sesuai digunakan utk UMNO yg jahat lagi zalim.
Sorila offtopik,hehe. Ni ade blog pasal org islam dan anjing..aku pn konfius...bukan ke haram ke klu peluk anjing???
ReplyDeletehttp://kittun.blogspot.com/search/label/Photo
http://juarakennel.blogspot.com/
p/s: Plz komen ek..
kenapa tak boleh link masuk ???
ReplyDeletehang dapat betul ke sumber ini ???
ntah sengaja reka cerita ...