Wednesday, January 21, 2009

Sunnah Nabi vs Undang-Undang - malaysiakini

Dua tiga hari ni pakat-pakat dok kecoh pasai isu serban dan jugak topi keledar... sunnah nabi vs undang-undang...

Dalam keuzuran ni aku rasa naak bagi jugak pendapat aku dalam hal ni. aku dok rasa pendapat aku mungkin bercanggah dengan kebanyakan pendapat-pendapat yang lain-lain. tapi tak pe, ni pendapat aku...

Tak mo panjang-panjang...

Bagi aku la kan... serban tu hanyalah sunnah nabi, manakala undang-undang pemakaian topi keledar yang dibuat tu adalah untuk menyelamatkan diri kita dari musibah sekiranya berlaku kemalangan.

Sunnah nabi bukan satu perkara yang wajib untuk kita ikuti. itu cuma sunat kan? tak berdosa kalau kita tak ikut tapi dapat pahala jika kita buat.

Jadi bendanya mudah je... ikutlah undang-undang sekiranya ianya dibuat untuk kebaikan kita. tapi kalau hangpa ghasa serban tu dapat selamatkan kepala hangpa kalau berlaku kemalangan, aku tak leh nak kata apa.

Yang nyatanya, mempertahankan nyawa tu jugak satu kewajipan bagi kita umat islam, sementara menggadai nyawa pada jalan yang tidak betul adalah satu dosa.

Tak salah dan tak susah rasanya untuk kita bukak sekejap serban dan pakai topi keledar demi untuk keselamatan kita semasa menunggang. dah sampai destinasi karang, lilit la balik serban tu. bukan susah sangat pun.

Jangan buat sampai orang-orang agama lain melihat agama Islam sebagai satu agama yang menyusahkan penganut-penganutnya dengan amalan-amalan yang menyusahkan. Islam itu mudah, kita ni yang banyak menyusahkan.

Sebab aku tengah uzur maka aku tak larat nak bikin banyak-banyak hujah sebab tak larat nak taip. tapi cuba la hangpa pikiaq balik pakai akal yang waras.

Sebab apa memakai serban itu adalah sunnah nabi? adakah ianya untuk keselamatan atau supaya kita kelihatan kemas?

Sebab apa memakai topi keledar itu adalah wajib (dunia)? adakah ianya untuk keselamatan atau untuk kita kelihatan kemas?

Jangan kita tersilap menilai antara "hukum" dan "sunnah"... hukum adalah undang-undang manakala sunnah adalah "saranan"... jangan tersilap bab ini.

Yang mana lebih wajib kita utamakan? keselamatan diri atau kekemasan diri?

Mana yang lebih penting untuk meneruskan agama Islam? mempertahankan nyawa atau "smart" tak bertempat?

Aku pilih untuk pertahankan nyawa aku supaya aku dapat hidup lebih lama dan juga dapat meneruskan zuriat aku supaya umat Islam bertambah ramai.

Kalau aku "smart" tapi umur aku pendek... erm... ruginya agamaku......

26 comments:

  1. bagi kawe, benda macam ni tak payah kecoh2.

    bayar saman..abis citer..nak jadi isu buat apa.

    ReplyDelete
  2. 1) jgnlah hukum pulak org yg pkai serban tu. tujuan dia bkn nak nmpk smart tp lebih kepada sunnah. jgn la pulak fitnah smpi mcm tu.

    2) aku pun setuju dengan tindakan saman oleh polis tu.

    3) mcm mana pulak dgn pak singh yg pkai serban tu? bleh jer.... xde org kecoh pon. tak saman pon.

    ReplyDelete
  3. Utamakan maqasid syariah, menjaga nyawa itu lebih utama, ustaz budak itu perlu bgtau lepas ni pakaile topi keledar

    UTAMAKAN KESELAMATAN......
    UTAMAKAN NYAWA... ITU YG PENTING..
    lepas turun dari motor tu pakai la serban balik..
    MUDAH JER , NAK SALAHKAN POLIS TU DIA JAHIL AGAMA, NAK BUAT MACAM MANA....

    ReplyDelete
  4. Ini bukan pasal kecoh bro!!!...ini citer pasal hak2 org islam...
    kalau hak2 melayu di ketepi korang bising...mcm tanah dan mcm2 lah...khikhiih...sbb melayu bodoh.Ini
    ada satu kaum singh....serupa gak....anak2 singh pakai serban,tak kena saman......serupa gak dgn anak lebai islam.kedua2nya serupa kes....
    yang nyata JKJR pengerusinya keturunan SINGH.....sbb tu dia tak ambik tahu masalah ni.....sepatutnya di wartakan undang2......pikir pakai otak.

    ReplyDelete
  5. apa pun bagi aku, kalau dijalan raya, lebih baik pakai topi keledar. jangan kita nak memperbesarkan isu ini. kalau singh nak lilit kepala, biaq pi kat depat.
    kecualilah kalau pakai serban itu wajib. kalau aku jadi budak tu, aku bayaq saman saja, buang masa duduk dalam penjara.

    ReplyDelete
  6. APA KATA KALAU SEMUA ORG SINGH DAN ORG ISLAM MEMAKAI TOPI KELEDAR.TAK PAYAH PONING2.SEMUA PENUNGGANG MOTOR WAJIB MEMAKAI ALAT KESELAMATAN....TOPI KELEDAR,SARUNGTANGAN,BAJU LUTSINAR,JAKET KULIT,SELUAR KULIT,KASUT KHAS.SEMUA PEMAKAI DIWAJIBKAN TAK KIRA...JENIS MOTORSIKAL KECIL ATAU BESAR.JIKALAU PENUNGGANG MOTOR TAK MEMAKAI SALAH SATU ALAT KESELAMATAN DI SAMAM RM300.ANDA SEMUA PASTI SETUJU.UNDANG2 INI SERUPA JUGA DGN PEMAKAIAN TALI PINGGANG BELAKANG KERETA.(SAPO YANG ADA ANAK PAHAM2 JE...SUSAHKAN...KIKHIKIH)JANGAN MARAH....PEMILIK KILANG MEMBUAT ALAT TERSEBUT DIMILIKI AGENSI2 KERAJAAN SEPERTI FELDA,RISDA....BARU ANAK MELAYU DAPAT KEJE(TIADA PENGANGGURAN)SETUJU..??

    ReplyDelete
  7. ok ler..amacam lepas ni kita minta semua orang termasuk singh mesti pakai topi keledar. Masa tu kaum singh jgn nak sensitif plak, terutama pengerusi JKJR tu..sama2 bua serban yer...

    eh..boleh ke macam tu?

    Aku pernah kena sama sbb pakai serban, masuk bicara kat Mahkamah Jitra, buang kes..pastu polis yg menyaman diarah masuk kem latihan 3 bulan oleh Mahkamah. Tahu sebab apa?

    Aku bawa kamus Dewan dan Undang2 jalanraya. Dalam undang2 kata yg dikecualikan dari pakai topi keledar golongan singh, haji dan LEBAI.

    Sementara dalam kamus dewan pula cakap, lebai ialah orang Islam yang pergi masjid dan surau menunaikan solat...so..aku pergi masjid, surau dan aku sembahyang...Akulah LEBAI...lepassss.

    ReplyDelete
  8. Memakai serban bagi org Islam adalah sunat, bagi org Sikh pula adalah wajib. Hukumnya wajib spt org Islam wajib tutup Aurat. Jgn le banding dgn Santokh atau Serbegeth Singh, depa tu dah dikira "berdosa" sebab tak pakai serban (kekawan sikh yg bagitau le).So,pakai le topi keledar tu demi keselamatan, lepas tunggang motor, pakai le serban balik. Memang le pakai serban tu sunnah, tapi biar kena pd tempatnye. Tentera Islam sewaktu berperang dizaman Rasulullah dulu pun ramai yg pakai topi besi, sebab, kalau ditetak musuh terutama di kepala, tidak le cedera. Kalau pakai serban pasti le parahkan? Bukan ke akan merugikan Islam?? Bukan ke saudara yg ditahan tu seorg pelajar agama? Tidakkah rugi Islam jika saudara tu cedera atau parah jika berlaku kemalangan??

    ReplyDelete
  9. mat said...ko orang islam kan...?.mamat lebai tu berckp pasal hak dia sebagai muslim.dan kita yg di luar ini bercakap pasal hukum undang2 dan keselamatan.tak kisah lah maner komen...yg pasti seseorg akan tak puas hati jikalau disaman polis di hadapan mamat sikh yang tak memakai topi.serupa juga kita menuntut hak kita sebagai melayu asal tanah melayu dan melayu yg datang selepas tanah melayu merdeka.status PR.

    ReplyDelete
  10. salam bro2 sekalian, saya rasa pendapat kita semua betul cuma tidak kena pada situasi.

    budak ni xnak bayar saman dan pilih penjara, ni bukan masalah dia.

    ini adalah sebab kepincangan undang2.

    jika kerajaan menggubal undang2 secara telus,cth nya, hanya ulama singh boleh pakai turban masa naik motorsikal.kan dah susah nak tentukan org tu ulama ke tidak.

    jika kerajaan nak bagi kelonggaran utk serban dipakai semasa naik motorsikal,kenapa pada ulama sahaja dibenarkan?kan diskriminasi.org yang biasa (bukan ulama ) tak dibenarkan.

    dan jika kerajaan tak nak serban dipakai semasa menunggang motorsikal, buat 9serbansecara keseluruhan utk rakyat muslim.mcm bro TP kata, ini (serban)adalah sunnah.tak menjadi masalah kalau dibuka kejap dan pakai topi keledar.

    kesimpulannya, masalah ini bg saya berpunca dari kepincangan undang2 sendiri.

    mohon maaf tak pandai menghurai dan minta pendapat dan teguran bro2 yang lain.

    ReplyDelete
  11. pembetulan (ulama dan singh) bukan ulama singh.tak perasan.

    ReplyDelete
  12. kalau nyawa takde atau kepala dah berbalut sebab cedera parah,macammana nak pakai serbankan?

    jadi sayangi nyawa dan diri agar kita boleh teruskan menjalankan ibadah yang wajib dan sunat.

    sekian!.

    ReplyDelete
  13. Kenapa nak bandingkan hak orang islam dengan singh. Tak ada double standard kat sini. Agama kita bukannya jumud. pemakaian Serban tu sunat dan boleh berubah ikut kesesuaian masa. Tak payah nak bising pasal apa orang singh boleh pakai serban orang islam tak boleh. Orang singh tu dia nak pakai serban ke dia tak nak pakai ke lantak dia la. Ambil je pendekatan pakai serban tu sunat dan pemakaian topi keledar tu bertujuan menjaga keselamatan kita kalau ada kemalangan. Lainla bawak sampai 130 lepas tu langgar belakang lori. Tak perlu nak besarkan isu ini. Isu ini boleh jadi besar kalau polis saman orang pakai serban dalam masjid. Kalau hal ini berlaku jom kita ramai-ramai protes. Betul pakai serban ni hak orang islam tapi hak tersebut bukan mutlak. Ianya perlu kepada kesesuaian masa dan tempat. Saya bukan kata serban ni tak sesuai nak dipakai. Sesiapa yang nak pakai terpulang la sebab orang yang pakai dapat pahala. Yang aku tak setuju banyak orang bising kemudian sebut pasal hak orang islam dengan bukan islam. Lepas tu mula masuk komen perkauman. Lepas tu pula mula masuk isu lain contoh isu tanah, isu babi dan lain2 isu. Benda ni simple je. Saudara kita tu tak pakai topi keledar, dia kena saman tapi dia rela dipenjara. Jadi sudahlah, habis cerita. Tak perlu nak kaitkan dengan isu agama orang lain.

    ReplyDelete
  14. orang dah salah faham ni.aku pun bukannya bijak bestari bab agama ni.tapi yang tau pakai serban ni sunat.tapi kita wajib menjaga keselamatan diri.jadi mana yang lebih penting?.

    dan lagi satu perkara.kita tak tahu seratus peratus situasi sebelum,semasa dan selepas pelajar tu disaman.

    tapi saya lebih menegaskan agar kita jaga keselamatan diri kita sebab dah memang menjadi kewajipan untuk kita menjaga diri diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  15. Salam..

    pakai serban sunnah.
    menjaga/memelihara keselamatan diri wajib.
    Ramai yg setuju..okay.

    Banyak kemalangan melibatkan pengguna motosikal.
    TAPI ada tak kajian yg menyatakan berapa peratus kemalangan maut pengguna motosikal membabitkan penunggang yg memakai serban ?

    Sama-sama kita fikirkan.

    Pandu cermat, jiwa selamat.

    Salam perjuangan..

    ReplyDelete
  16. perlu lah tgk pada keadaan bila nak pkai topi kaledar dan serban ni...
    yang jadi persoalan kini...kenapa singh pkai serban xdisaman..bila anak muda pkai serban disaman sbb kekeliruan istilah LEBAI tu..

    ingt lagi x pada peristiwa 3org pelajar pkai serban kt sekolah..pastu kena buang sekolah psal pkai serban ke sekolah???

    ReplyDelete
  17. "Aku pernah kena sama sbb pakai serban, masuk bicara kat Mahkamah Jitra, buang kes..pastu polis yg menyaman diarah masuk kem latihan 3 bulan oleh Mahkamah. Tahu sebab apa?

    Aku bawa kamus Dewan dan Undang2 jalanraya. Dalam undang2 kata yg dikecualikan dari pakai topi keledar golongan singh, haji dan LEBAI.

    Sementara dalam kamus dewan pula cakap, lebai ialah orang Islam yang pergi masjid dan surau menunaikan solat...so..aku pergi masjid, surau dan aku sembahyang...Akulah LEBAI...lepassss."

    AKU STUJU NGN KO.....
    POLIS & MAHKAMAH MMG BODOH....
    ALASANNYE BDK TU BKN LEBAI....
    CANE DIE NK BEZAKAN LEBAI & BUKAN LEBAI?????
    XKN NK WT TEST UTK MELAYAKKAN ORG TU DPT TITLE LEBAI PSTU TARUK DLM IC.....
    BR LE X KENA SAMAN....

    AKU SYORKAN SUME SKALI DIKENAKAN PAKAI TOPI KELEDAR X KIRE SINGH @ LEBAI....
    BR XDE DOUBLE STANDARD.....

    POLIS BODO....

    p/s: LEBAI DINASIHATKAN BAWA KAMUS DEWAN KETIKA MENUNGGANG....

    ReplyDelete
  18. GERAK dah jadi anjing UMNO untuk tumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor

    ReplyDelete
  19. Salam Tuan,

    Minta maaf luar-topik:

    Minta tolong tandatangani petisyen menyiasat jenayah perang di Gaza - ada di http://talkonly.blogspot.com/2009/01/malaysian-voice-for-gaza.html blog saya. Harap semua sahabat di sini turut bersama, dan tolong warwarkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. jom kumpul kat seksyen 16, shah alam. jam 9 hingga 12. Pekena lontong dan kopi tongkat ali.

    ReplyDelete
  21. opss.... hari ahad

    ReplyDelete
  22. Sunnah merupakan amalan hidup seharian Rasulullah s.a.w.Orang yang imannya sempurna akan memberi keutamaan.Pemakaian topi keledar merupakan sesuatu untuk keselamatan diri.Dalam hal ini ,eloklah bertopi keledar. Pemikiran sunnah itu "sunnat" perlu diperbaiki.Kita mesti mengagungkan sunnah Rasulullah s.a.w. Di padang Mahsyar , Allah s.w.t. akan mengizinkan Rasulullah s.a.w. untuk memberi syafaat. Maka wajarlah kita mengagungkan sunnahnya.

    ReplyDelete
  23. ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH. Kenapa la orang MELAYU ISLAM tak boleh nak guna logik akal? Tak sependapat? Tak boleh nak tentukan mana yang perlu diutamakan? Suka rasa dialah yang paling betul?

    ReplyDelete
  24. Salam bro,
    Kali ni aku setuju dengan kau. Tak pernah akau setuju dengan kau tapi kali ini lain. Pendapat kau sama macam pendapat aku... Jaga keselamatan wajib. Jadi, wajiblah diutamakan yang wajib dulu iaitu pakai topi keledar. Yang sunat (pakai serban) boleh dibuat selepas dah buat yang wajib. Kan mudah tu. Janganlah disempitkan pemikiran. Islam tu adil... Allah Maha Adil...

    ReplyDelete
  25. Tak perlulah nak diperbesarkan isu ini. Bagi saya ia dah selesai. Ramai yang dah mula sedar tentang keutamaan yang wajib dan yang sunat. Jadi, kepada yang masih degil, mari kita betulkan 'mind set' kita. Utamakan yang wajib, kemudian baru diikuti yang sunat...

    ReplyDelete
  26. ni bukan maslah keselamatan ke hapa..mmg la dr segi logiknya pakai topi lg selamat...
    isu sebenarnya dilihat seperti ada double standart,bila singh pakai tak da masalah,xkena saman...
    bila org islam pakai serban menjadi maslah n disaman...
    kalu x nak jd masalah berbangkit,wajibkan sume rakyat guna topi keledar x kira singh ke,alim ulamak ke sume...
    jd xda la org nak bising2 pasni...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?