Monday, January 05, 2009

surat terbuka buat DSAI dan DSWA - malaysiakini

Assalammualaikum...Kehadapan DSWA dan DS yang dihormati,salam perjuangan...Diharapkan DSWA dan DS baik adanya.

Mungkin anda tertanya mengapa saya menulis lagi dan adakah saya berniat untuk menjatuhkan atau memburukan parti juga pimpinannya???Apa yang ditulis lain tidak bukan ialah apa yang banyak diperkatakan oleh Rakyat.Bukan Parti ini yang bermasalah akan tetapi ahlinya atau lebih khas pimpinannya yang banyak dibelenggu masalah.

Saya memahami bagaimana susahnya menjadi pemimpin akan tetapi ini apa yang telah Allah swt tetapkan untuk dilalui oleh DSWA dan DS maka haruslah DSWA dan DS mengambil berat akan segala amanah yang telah diberikan.Kerana apa yang dilakuakan didunia ini akan dinilai oleh ALLAH swt diakhirat kelak.

Tertanya saya apa yang dikejarkan oleh ramai pimpinan dalam parti ini??Pangkat,Nama,Wang Ringgit ataupun sesuatu yang hanya mereka sahaja yang tahu.Apakah tidak mereka fikir bahawa semua ini akan dihitung!!!!

Merujuk kepada satu masalah yang baru timbul dan berada dalam pengetahuan saya,mengenai perlantikan YB Yusmadi sebagai ketua AMK negeri P.Pinang.Apakah yang sebenarnya ada dalam pengetahuan DSWA dan DS berkaitan isu ini????

Apakah DSWA tidak mengetahui bahawa majoriti dari kepimpinan Negeri menolak perlantikan ini.Saya juga difahamkan satu memorandom telah dihantar bagi menyatakan bantahan untuk perlantikan ini.Bagi saya tiada alasan bahawa DS belum tahu!!!Saya juga dikhabarkan mengenai sikap dan sifat YB muda ini yang tidak disenangi oleh ramai ahli AMK disana.Beliau juga dikatakan jarang berkunjung kekawasannya sendiri...inikah bentuk pimpinan yang diingini PARTI...mungkin YA tapi bukan kami RAKYAT!!!

Adakah anda hanya memandang ringan dan enteng sahaja masalah ini.Ingat DS bahawasanya melantik seseorang yang bukan menjadi pilihan MAJORITI dan menyebabkan kesan yang amat kepada Rakyat itu dipanggil ZALIM!!!

Adakah isu ini juga akan dibiarkan lesu seperti isu TKM 1 yang saya bangkitkan...Ini bukan hanya isu Parti namun ini isu masa depan RAKYAT!!!!

Janganlah parti ini memperlekehkan Hukum ISLAM itu sendiri,kerana ISLAM itu cantik,bersih,baik dan sempurna..Begitu jua yang perlu ada pada pimpinannya..Maaf kalau saya katakan ahli parti ini masih dalam acuan UMNO,perangai dan pemikirannya sama..yang menjadi mangsa siapa kalau bukan RAKYAT!!!

Saya juga ingin mengingatkan DSWA dan DS bahawa orang disekeliling anda yang akan menjatuhkan anda secara perlahan namun meninggalkan kesan,dan mereka yang banyak bawa masalah itu kah yang dipanggil pejuang???sedangkan yang sayangkan parti ini lebih ramai dan mereka itu RAKYAT!!

Ayuh bangun DS kibarkan prisip anda,rombak kembali pemikiran semua yang ada dalam parti anda..Bentuk mereka dengan kepimpinan ISLAM,Kepada yang menjadi pemimpin maka Takutkanlah mereka dengan HUKUM ALLAH.Jangan kerana nyamuk seekor yang mengganggu,akan membuatkan RAKYAT membakar kelambu PARTI ini suatu hari nanti!!!

INI BUKAN PERJUANGAN PARTI NAMUN INI PERJUANGAN UNTUK RAKYAT!!!!

Saya yang berkata kerana sayangkan parti ini

mengkritik untuk kebaikan,bukan menjatuhkan!!!

Salam sayang!!!

Ariosamigos2pg

surat ini aku dapat melalui email dari seseorang yang mengelar dirinya ARIOSAMIGOS2PG
Sebagai tanda protes aku dah kalihkan gambar si yusmadi ... kepada rakan-yang lain jom pakat kalihkan gambar yusmadi

-™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

4 comments:

  1. Kahkahkahkahkihkihkihkiohkuhkuhkuhkuhkkokokokokoklhikhikhikhikhikhikhj

    inile dikata KIFARAH yg dijatuhkan kepada pakatan sibangang.

    Weeieiwiweiweiweiwwiiehehehehe

    ReplyDelete
  2. Setau aku yg bodoh ini.PKR ni branak masa DSAI ni dlam jail.So masa itulah 'individu berpenyakit' dalam UMNO mula terjun kdlam PKR.Puaka mereka ini mula bergerak apabila ada pihak elit dlam UMNO dah mula memberi 'Ringgit Malaysia' untuk melaksanakan 'tanggungjawab demi negara'(Last Misi) mereka,iaitu meroskkan PKR dari dlam sampai parti rakyat ini HANCUR!!.Mereka akui,tanpa PKR,Pakatan Rakyat mustahil mampu memerintah Malaysia.Sekiranya visi ini berjaya ditangani oleh DSAI sebijaknya..,maka tidak lama selepas itu,insyaallah Pakatan Rakyat sudah jadi Kerajaan Malaysia..!!!

    ReplyDelete
  3. memang benar hanya 4 bah saja yg nyatakan pendirian "kami tak kisah dan akur siapa sj ketua baru yg akan dilantik...kalau anwar mahu yusmadi kami akur saja"...mereka semua muka baru amk bah iaitu tanjung, bkt bendera, bkt gelugor dan jelutong...saya kecewa kerana dato zahrain, pak mus, dr mansor dan shamsul iskandar menjual nama anwar ibrahim kononnya anwar yg mahukan yusmadi...bah lain semua tolak yusmadi di depan yusmadi dan mencadangkan azrizal...nazri ketua amk bah balik pulau pun tolak yusmadi..dgn di nyatakan sbb tolak dgn pnjg lebar...malangnya SAM BERTINDAK BUKAN SEBAGAI SEORANG POLITIK TETAPI BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEGUAM YG AKAN MEMBELA ANAK GUAMNYA BIARPUN DIA TAHU ANAK GUAMNYA TAK LAYAK, TAK DAPAT MOJORITI, EGO, SOMBONG DAN BERIA-IA SANGAT NAKKAN SANGAT JAWATAN KETUA AMKPPG...saya emel kpd anwar ibrahim...beliau berkata saya cuma cadang saja yusmadi tapi keputusan harus akur dengan perbincangan dan pandangan amk bah...demokrasi bermakna harus akur dengan kehendak majoriti...

    suara rakyat suara keramat...

    amizudin ( din Binjai )
    ketua amk bah kepala batas

    ReplyDelete
  4. Malas nak ambil pusing kes AMK Penang ni. Buat pening kepala je. PKR, PAS dan DAP sama je. Pakatan yang suka buat kecoh, takde persefahaman dan entah apa-apa lagi... Ada hati nak memerintah negara konon...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?