Saturday, February 28, 2009

Al-Fatihah: Ibu Mertua MB Ir Nizar Kembali Ke Rahmatullah - malaysiakini

Khabar baru diterima mengatakan bahawa Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:00 malam tadi di rumah anaknya di Jalan Damai, Tapah.

Jenazah Allahyarhamah Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar, puan Azizah binti Zainal Abidin akan dikebumikan esok sebelum waktu Zohor.

Kami dari BloggersNetwork@Perak mengucapkan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar atas pemergian ibu mertuanya ke rahmatullah.

Al-Fatihah...

4 comments:

  1. al-fatihah...
    semoga rohnya ditempatkan di kalangan org² yg beriman...

    semoga YB Nizar dan keluarga sentiasa tabah dlm menghadapi ujian hidup drp Allah...

    Allahu Akbar !

    ReplyDelete
  2. Sebelum sesiapa cakap baik aku cakap dulu...

    Meninggalnya arwah bukan kerana derhaka kepada Sultan. Tapi kerana ajalnya sudah sampai.

    Bukan apa..kejap lagi mesti yang ada cakap "inilah bala" "balasan Allah kerana derhaka" dan macam macam lagi lah.

    Apapun..Takziah buat YB Menteri Besar Dato Ir. Hj Nizar dan Datin Seri Fatimah Taat. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah.. Moga YB Nizar sekeluarga tabah.

    ReplyDelete
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun,

    semoga rohnya di tempatkan bersama orang yang dikasihi dan diberi rahmat Allah swt.

    Allah menduga Rasulullah dengan memanggil isteri kesayanganya pulang kerahmatullah disaat beliau Rasulullah saw amat memerlukan.

    Kepada DS Ir. Nizar dan DS Fatimah, saya ucapkan takziah dan laluilah ujian ini dengan banyak bersabar. Hanya kepada Allah kita sujud dan berserah dan kita jua akhirnya akan kembali.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?