Bahawa Ustaz Ismail Mahmud telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.50ptg 2hb Feb 2009. Jenazahnya akan disempurnakan di Masjid Kuang pada jam 8.30 pagi 3hb Feb 2009. Semoga rohnya digolongkan dalam golongan para solihin.
Al-Fatihah..
Aruah Ustaz merupakan adik kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, yang dibunuh oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun November 1985 dalam peristiwa Memali. Ketika itu saya berada di New Zealand dan ketika mendengar berita itu, saya begitu amat sedih, marah walaupun sarat membaca propaganda kerajaan Barisan Nasional.
Saya menulis sajak Memali yang tersiar dalam akhbar WATAN, menghentam rejim BN, Sajak itu termasuk dalam antologi WAIKATO yang diterbitkan DBP (2000).
Setelah pulang belajar, antara pertama yang saya lakukan ialah melawat pusara syuhada di Memali. Kesempatan bersama (sekarang YB) Zulkifli Noordin melawat sebelum subuh dimana enjin kereta sewa kami mati (dan peristiwa itu agak melucukan...) betul-betul di depan papan tanda 'PUSARA SYUHADA'.
Akhirnya rezeki dari Allah, salah seorang mangsa tragedi Memali dan adik As Syahid Ustaz Ibrahim Libya sendiri menjadi rakan baik saya sewaktu sama-sama bertugas di TV3 kemudiannya. Saya selalu keluar dengan beliau selain tidak jemu mendengar cerita aruah ustaz Ismail.
Sebelum kami dibuang dari TV3 dalam zaman reformasi, sewaktu saya berbulan kena 'cold storage', saya pernah menjadi 'pengurus' dan 'pemandu' untuk ceramah beliau di beberapa syarikat korporat sekitar Wilayah Persekutuan. Manis kenangan itu. Ustaz banyak mengajar saya mengenai hal-hal berkaitan agama dan perjuangan.
Aruah Ustaz juga banyak bercerita pengalaman beliau sewaktu dalam tahanan ISA. Penderaan demi penderaan oleh kekejaman BN menjadikan saya lebih geram terhadap kepimpinan United Malay National Organisation. Bayangkan hanya berseluar dalam untuk beberapa bulan....
Semuga Allah memberkati roh aruah ustaz Ismail Mahmud yang saya sayangi ini dan diletakkan dalam golongan mereka yang soleh.
-Fudzail
Al Fatihah,
ReplyDeleteKenangan program bersama Ustaz di Lumut, semoga rohnya dicucuri rahmat.
ilmunya yang tinggi sukar dicari ganti...
Walau telah berlalu sekian lama,
ReplyDeleteKes Memali masih belum dibicara,
Para pejuang dah ramai yang tiada,
Tinggalkan dunia sebagai pejuang agama..
Al Fatihah dan Takziah....
kesimpulannya.....kemana perginya hak orang melayu islam.....bila benda2 seakan ini berlaku.....yg pasti melayu zaman sekrg masih tak sedar........hanya pangkat,wang,harta...yg utama.
ReplyDelete