Bila aku ingat balik, memang betui…aku pernah jumpa dia ni. Tapi persoalanya, apa kaitan Hj. Osman (Ketua PKR Perak) dengan orang ini?
Hari tu, hari Jumaat, 16 Januari 2009. Sebelah pagi, aku ikut wanita PKR Perak pergi berkempen dari rumah kerumah. Lebih kurang jam sebelas, kami balik ke Bilik Gerakan PKR di Bukit Besar dan lebih kurang jam 12, Jamaludin datang ke Bilik Gerakan. Masa tu, aku ada kat bilik atas, update blog, manakala Jamaludin bersembang dibawah.
Jamaludin kemudian mengajak semua petugas PKR Perak yang ada masa tu untuk makan tengahari di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Kami pun semuanya pergi ke Hotel Seri Malaysia, tapi bila sampai disana, dia kata tak jadi. Rupanya hanya untuk menjemput Hj. Osman yang menginap disana.
Dari Hotel seri malaysia, kami ikut saja Jamaludin dan Hj. Osman dan akhirnya makan di Pantai Batu Buruk, tempat dimana malam sebelumnya, aku makan dengan Cenangau. Gerai no.15.
Semasa makan, Jamaludin, Hj. Osman dan ‘PA’ barunya duduk semeja, manakala aku duduk semeja dengan isteri Jamaludin, Kak Rokiah, Sya-reformis dan beberapa wanita PKR Perak. Isteri Jamaludin sendiri tidak kenal ‘PA’ baru Jamal, dan memang sifat Kak Kiah…tak mau ambil tahu sangat tentang suaminya.
Sepanjang masa makan, depa bertiga buat hal depa, tak peduli kat kami. Sehingga lah kami balik ke Bilik Gerakan PKR di Bukit Besar.Bila balik ke Bilik Gerakan, semua petugas keluar tapi aku tinggal diBilik Gerakan seorang diri, melayari internet.
Masa tu, Jamal dan Hj. Osman naik keatas, tapi aku buat tak tau sebab depa sembang macam kekasih. Berbisik di satu sudut. Cuma tak berapa lama kemudian, baru Hj. Osman datang menegur aku, mungkin selepas Jamaludin bagi tau dia. Tapi ‘PA’ baru Jamal tak naik bersama. Hilang tak tau pi mana.
Aku tak mau nak tuduh sapa…tapi aku rasa, Hj. Osman tau semua ini. Tadi aku dapat tau, Hj. Osman sudah berpindah keahlian ke Tanjung Malim dari Kelang. Hj. Osman sudah menjadi ahli PKR Tanjung Malim.
Apakah beliau sudah tau akan perkara ini akan berlaku, dan bersedia untuk jadi calon, sekiranya Behrang dikosongkan? Sapa punya perancangan ini?
Nampak macam semuanya bagaikan sudah diatur. Dan semuanya ini bermula di Kuala Terengganu, tapi macam mana SD Johari pun cakap perkara yang sama semasa disana? Apakah Hj. Osman terlibat dalam kehilangan dua EXCO ini?
Posts Berkaitan:
- Altantuya, Bala…Jamal dan Osman.
- Kisah dua EXCO PKR
- Perjuangan di bumi Palestin: Siapa yang menang dan siapa pula yang gagal?
- Hangat di Perak
- Ketua Kampung Baru .. siapa terkilan .. MB NIzar atau Lee Boon Chye
cis...orang2 PKR nie sememangnya perlu ditarbiah terlebih dahulu...takde langsung disiplin...nampak sangat perangai still macam umno.
ReplyDeletesengaja pindah keahlian supaya boleh jadi calon???....dia ingat apa....jawatan ADUN, MP tue tiket utk jadi kaya raya ker???
orang2 yg masih tak rasa jawatan ADUN, MP tue sebagai satu AMANAH...tidak takut akan disoal diakhirat kelak tentang amanah tersebut...maka dia tidak layak utk jadi calon bertanding apatah lagi jadi wakil rakyat.
mari kita pulau & boikot orang yg gila jawatan, yg tamak utk jadi kaya dgn cara senang!!!!
rakyat malaysia tidak perlukan calon2 jijik cam nie utk bertanding atau jadi wakil rakyat!!!
sEBENARNYA DUA EKOR MANGKOK HAYUN NI DAHULUNYA ADALAH BEKAS AHLI UMNO. KINI DAH JADI ADUN JADI MACAM KADUK NAIK JUNJUNG. HABIS SEMUA NAK DIBOLOTNYA. DAKWA CUTI SAKIT TAPI HAIRANYA MB PULAK TAK TAHU. KALU INI DUA ORANG YG UMNO NAK REBUTKAN ambillah mereka cepat2. DUA EKOR NILAH MENYEBABKAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT MENDAPT TEMPIASNYA AKIBAT KEBUSUKAN PERANGAINYA....DAP KINI HANYA MEMBISU...JANGAN JADI TALAM 5 MUKA SUDAH
ReplyDelete