Sunday, February 01, 2009

Jamal SAH Keluar PKR??? - malaysiakini

Mana satu nak ikut : PKR kata lain, PAS kata lain, DAP terkincit bisu, tak reti nak cakap apa2, takut kena tempeleng kenkawan ker ? Kemudian meletop, YB Jamaluddin Md Radzi - sah keluar PKR dan berada atas tiket Bebas. Disahkan oleh anak saudara Jamaluddin di Buletin 1.30pm tadi.

Kelmarin Hj. Osman bilang dah 4 hari 2 exco ni 'ghaib'. Tapi MB Perak kata hari ini, exco tersebut ada ditemui solat Jumaat di Ipoh, dan seorang lagi bercuti. Adoii...yang terkini pulak, laporan Polis akan dibuat pada petang ini kerana kehilangan 2 exco tersebut sejak 5 hari yang lalu.

Woi..hangpa semua nak kena penampaq ka dgn rakyat Perak ! Ni bukan dok main aci-aci tutup mata la ngok !!

-al-banjari online 2009

TP - aku nak tambah sikit je...

Khak Ptuih...!!!

9 comments:

  1. dasar penipu memang begitu.
    siang cakap lain, mlm cakap lain..

    terang-terangan depa menipu..
    kenapa kita masih nak sokong penipu2 ni?


    khak ptuih...!!!

    ReplyDelete
  2. tak de pulak sapa dr pemimpin umno yang minta si adun pkr ni letak jawatan dulu b4 join umno mcm mereka suh yb nasharuddin buat.....baguih betul bila kena pada mereka...

    ReplyDelete
  3. Masih dalam usaha memancing diminit2 dengan mengguna pendekatan saikologi.

    Kalau dah betul2 confirm keluar parti barulah surat akujanji dikeluarkan seterusnya pilihanraya kecil diadakan.

    ReplyDelete
  4. lain kali PKR tak yah nk berebut2 bertanding dlm pilihanraya...biarkan PAS bertanding utk kerusi2 PKR.

    PKR tak leh harap langsung....PKR langsung tak berdisplin.

    bubur je DUN termasuklah juga parlimen dlm negeri perak....biar rakyat tentukan nak lantik pencacai umno atau pakatan rakyat.

    p/s: kalau parlimen pun kosong, habislah rafidah aziz...adakah kerusi2 parlimen di perak pun akan kosong jugak??

    ReplyDelete
  5. Ketika rakyat semakin muak dan mula menolak kerajaan UMNO-BN,heboh se Malaya 2 exco PKR nak join UMNO.

    Najib.....jika benar sekalipun 2 Exco PKR join UMNO,rakyat dah boleh baca betapa desperatenya kedua-dua Exco ini mempertahankan kerusi masing-masing.Berbakti kepada negara dan bangsa tidak terlintas dalam benak mereka yang kian bercelaru dengan tawaran rasuah juta-juta dan juga persetujuan najib buang kes rasuah mereka.Siapa nak masuk penjara weh...

    Khabarnya mereka berdua kini berada di Pekan.Tengah berunding dengan Najib.Pak Lah pun dah umumkan beberapa ADUN Perak akan melompat menyertai BN.Kemudian Tok dengar khabar angin bertiup kencang seorang ADUN PKR di Kedahpun nak melompat parti.Ini mungkin lebih kepada strategi BN untuk mengelirukan Pakatan Rakyat.Apapun langkah berjaga-jaga kena diambil agar spekulasi tidak menjadi realiti.

    Semakin suspen senario politik yang berlaku di Perak.Adegan aksi lompat-melompat kedua-dua belah pihak,Pakatan rakyat dan BN menjadikan kerusi Dewa Undangan Negeri masing-masing menjadi pertaruhan.

    Belum reda berita Nasaruddin,ADUN Bota menyertai Pakatan Rakyat,timbul pula spekulasi 2 Exco PKR melompat parti.

    Khabarnya,mereka berdua telah diculik dan kini berada di Pekan untuk berurusniaga dengan Najib.

    Tok taklah mengiakan atau menidakkan perkara ini.Cuma Tok nak mengulas implikasinya jika spekulasi itu menjadi realiti.

    Sebelum itu,tok nak cadangkan agar satu solat hajat diadakan di Stadium Negeri Perak dan seluruh negara memohon kepada Ilahi agar dipertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

    Tok ada dengar berita jika benar 2 exco PKR ini menyertai BN,pilihanraya kecil akan diadakan di kedua-dua dewan undangan negeri tersebut.Harapan UMNO untuk menang amat tipis memandangkan senario politik negara ketika ini lebih memihak Pakatan Rakyat.

    Sejauh manakah kebenaran kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri itu otomatik kosong jika kedua-dua Exco PKR mengumumkan lompat parti tidak dapat dipastikan.

    Kehadiran kedua-dua exco itu ke Pekan lebih kepada membincangkan strategi BN untuk menguasai Perak dengan menjadikan mereka sebagai kuda trojan.

    Lebih mudah kedua-dua exco ini menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai UMNO beberapa bulan kemudian.Kemarahan rakyat terhadap merekapun ketika itupun kian reda.

    Dari sudut positif,jika benar kedua-dua exco ini melompat parti,tiada lagi halangan wakil rakyat BN menyertai Pakatan Rakyat.Pak Lah dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa menghalang mereka.

    Elok juga cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dipertimbangkan kerana jika kedua-dua exco ini menyertai BN,perbezaan kerusi hanyalah satu dan ini akan menyukarkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mentadbir negeri itu.Janganlah disamakan situasi di kelantan walaupun kerajaan PAS di sana pernah memerintah di sana selama sepenggal berbekalkan kelebihan satu kerusi dewan undangan negeri.

    Jika Pakatan Rakyat dapat mencuri beberapa orang ADUN BN,kehilangan 2Exco PKR itu tidak akan menjadi masalah besar dan merugikan.sebaliknya,lebih menguntungkan kerana barua-barua sebegini tidak layak disimpan dan akan menjadi satu liabaliti kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

    Jika DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh negeri Perak,peluang Pakatan Rakyat untuk menang besar dan merampas lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki BN lebih cerah dengan mengambilkira mood rakyat ketika ini.Kebencian mereka terhadap parti yang luput tarikh seperti UMNO semakin berkobar-kobar kerana tindakan keji UMNO menculik kedua-dua exco PKR ini untuk kepentingan politiknya.apabila kemarahan dan kebencian ini dizahirkan dalam kertas undi,nescaya BN akan kalah teruk.

    Sudahlah berabih duit berbilion-bilion ringgit,masa depan Najib sebagai PM juga akan menjadi pertaruhan.

    Di sini Tok hendak menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak politik kotor yang diamalkan oleh kerajaan pusat UMNO-BN.

    Najib tak layak menjadi PM kita.Kes Altantuya,sumpah bohong Bala,pengakuan liwat saiful bukhari,penculikan kedua exco PKR memperlihatkan kepada kita semua wajah sebenar Najib yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memerintah negara.

    Apakah ini yang kita mahukan?Kepada kedua-dua Exco itu masih belum terlambat untuk mengubah pendirian dan kembali kepada Pakatan Rakyat.Jika sudah terlambat,keluarga sendiri turut berdepan cemuhan dan bakal dipulaukan rakyat dan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan walhal korang sendiri sudah tahu rakyat sudah benci dengan parti yang luput tarikh seperti UMNO.

    ReplyDelete
  6. berita gembira ni akhirnya menaikkan kembali moral pejuang bangsa kita.

    semoga hari hari tidak selamanya membawa duka...

    salam..

    ReplyDelete
  7. PPC - pertarungan makin sengit nampaknya...

    yang pasti, kalah jadi abu, menang jadi arang.

    ReplyDelete
  8. Apa daaa.... semuanya mengarut dan melalut. Kalau nak keluarlah, kalau nak masuk, masuklah.

    PKR dan PAS apa nak diriuhkan, sepak terajang politik kan memang begitu. Dulu masa pilih calun pilihan raya, kenapa pilih kutu-kutu nih!

    Bijak tak bijak, kau dah terpijak pun.

    Habis sekarang seolah rakyat kepercayaan rakyat dijadikan permainan si katak lompat.

    ReplyDelete
  9. Nasihat buat PKR... lain kali cari la calon yang berwibawa, yg ada pendirian, tak boleh dibeli dengan wang hengget,perempuan,jawatan. Yg masih ade darah-darah UMNO, nafsu-nafsu RASUAH tu jangan la dipelihara... kalau nak bela juga perlu melalui proses pemuliharaan sbb spesies UMNO ni darahnya pekat nak mampus, nak cair/hilangkan darah UMNO mau makan bertahun..!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?