Dalam kita dok sebok-sebok dengan krisis politik disana-sini, aku dok perati ada satu Yayasan dalam Pakatan Rakyat yang aku nampak amat efektif dan paling kedepan sekali dalam setiap krisis baik politik mahupun sosial di Malaysia.
Sungguh, lama dah aku dok perati unit ni dan memang aku cukup-cukup respek dekat depa. baik masa demo, sessi ceramah, perhimpunan dengan permit atau tak dak permit semua petugas-petugas ni boleh dikatakan cukup efisisyen, teratur dan tersusun.
Sapa dalam ramai-ramai pro Reformasi atau pro Pakatan Rakyat atau pro Barisan Nasional yang tak pernah tengok geng-geng Baju Merah/Barret Merah... kalau hangpa nak tau, yang tu la Unit Yayasan Amal Parti Islam SeMalaysia.
Geng-geng ni aku cukup tabik... sepanjang aku dok ikut mana-mana aktiviti Pakatan Rakyat atau NGO, memang Unit Amal ni lah yang banyak dok bantu melancarkan semua perjalanan aktiviti.
Kalau dekat ceramah, tak kira yang besar, yang mega atau raksasa, memang hancoss kalau tak dak Unit Amal... (ni pandangan peribadi aku la...). paling ketara ialah traffic. depa ni cukup terlatih dalam bab lalu lintas. tak percaya hangpa tanya sahabat kita dari Unit Trafik PDRM.
Aku tengok dekat mana-mana perhimpunan kalau ada Unit Amal, polis trafik memang boleh dok rileks. tak payah pening kepala naak angkat tangan tiup wisel, libas kanan, libas kiri. dari jalan besar nak pi ke tempat perhimpunan, Unit Amal dah ada dah dan depa akan guide pengunjung arah mana nak pi.
Contoh paling ketara masa Perhimpunan Sejuta Rakyat dekat Stadium Kelana Jaya. yang ni ketara sangat nampak. belah pagi masa aku sampai, trafik cukup-cukup lancar. tengahari lepas Unit Amal tarik diri pasai tak setuju dengan salah satu program hari tu... terusss hancur lalulintas... jem bagai...
Tutup cerita yang tu... hangpa ingat dak Perhimpunan Sejuta Rakyat (BERSIH)? depa ni jugak la yang dok counter peserta perhimpunan supaya tak keluar dari kawasan liputan... cukup efisyen... mana yang nampak nak buat kecoh, terusss cekup bawak keluar dari kumpulan orang ramai. mana yang nampak lebih-lebih terusss depa reject. tu pasai perjalanan program cukup cantik...
Lepas habis perhimpunan, ada benda paling pelik berlaku... perhimpunan BERSIH betul-betul menepati moto BERSIH... nak cakap jumpa sampah sepanjang jalan? jangan harap la... rupa-rupanya depa pun ada jugak unit yang dok pantau bab kebersihan kawasan program. Majlis Bandaraya pun boleh goyang kaki. tak payah susah-susah nak kutip sampah.
Ni aku dok dekat Ipoh pun aku dok perati depa jugak... dari awal krisis politik aku tengok depa dah berkampung dah dekat Ipoh... rumah YB-YB semua depa jaga. lepas tu dekat rumah rasmi MB pun depa berkampung jugak sampai la ni.
Aku sempat jugak tanya sorang dua pasai Unit Amal ni berapa RM elaun PAS bayaq untuk depa buat kerja ni? rupanya tak dak elaun beb... ni betul-betul beramal... pergh... tabik spring dekat hangpa... sehari aku dok perati dekat kawasan rumah MB tak kurang dari 10 orang Unit Amal bertugas bergilir-gilir siang malam.
Yang bertugas pulak bukan datang dari Ipoh je... merata-rata ceruk depa datang... agak free tak dak kerja, sampai la depa...
Tahniah buat Yayasan Amal kerana berjaya mendidik dan melatih barisan sukarelawan Unit Amal dengan disiplin dan jati diri yang tinggi dan juga berjaya membawa nama Unit Amal sebagai satu unit sukarelawan yang tidak dapat ditandingi dari segi kelancaran dan juga keefisyenan jalan kerjanya.
Untuk petugas-petugas Unit Amal pulak, jasa hangpa terlalu banyak. harap satu hari nanti mereka-mereka ini tidak dipinggirkan kalau ada antara depa ni berada dalam kesempitan.
24 jam... tak dak gaji... oit... UMNO ada dak Unit macam ni..?
Syabas.... semuga segala yg anda lakukan mendapat ganjaran dari ALLAH sebaik2nya..
ReplyDelete=================================
umno punya polisi bila ada kerja MESTI ada habuan makan, minum & duit poket - FREE = duit pada umno is a must...
Tabik hormat aku kepada UNIT AMAL. Semoga amalan mereka mendapat pahala yang berlipat ganda dari ALLAH SWT
ReplyDeleteUnit amal ni....menitik air mata aku bila terkenangkan pengorbanan mereka sepanjang bertugas...semoga Allah sajalah membalas jasa korang!
ReplyDeleteumno rasanya ada juga unit amal nie..
ReplyDeleteunit amal mentedarah serta membelasah duit rakyat...amal gak tu...namanya
'
umno mne de macam ni... dengar ceramah pon nak harap duet..
ReplyDeleteni yg reply2 ni geng2 lipan pon berbayar.. kalu free mana kan nak ada nye...bloger2 umno kaya2... bayaran tinggi.. ye la kan orang umno banyak bute IT.. nak yg celik IT kene bayar la.. kehkehkeh..
SALUTE!!! i pray that Allah bless them always.........
ReplyDeleteuhmmmmm........ UMNO..... well they practice
"abang ada duit abang disayang, abang tarak duit abang melayang"
UMNO ada unit UMAL - Upah, Makan, Ampu, Laba..
ReplyDeleteterima kasih aku ucapkan pd korang semua sbb menghargai jasa dan pengorbanan UNIT AMAL yg berkhidmat demi menegakkan syiar ISLAM dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan kerana aku sendiri adalah ketua UNIT AMAL kaw aku....bersama2 ni aku sertakan NASYID UNIT AMAL untuk penghayatan bersama :
ReplyDeleteBERAMAL BERAMAL AMAL KERANA ALLAH,
BERAMAL BERAMAL AMAL KERANA ALLAH,
BERAMAL KERANA ALLAH ITU SYIAR KAMI,
BERAMAL KERANA ALLAH ITU SYIAR KAMI.
ALLAH ALLAH ALLAH TUHAN KAMI,ALLAH ALLAH ALLAH MATLAMAT KAMI,AL-RASUL IKUTAN KAMI,AL-QURAN PANDUAN KAMI,AL-RASUL IKUTAN KAMI,AL-QURAN PANDUAN KAMI.
BERAMAL BERAMAL AMAL KERANA ALLAH,
BERAMAL BERAMAL AMAL KERANA ALLAH,
BERAMAL KERANA ALLAH ITU SYIAR KAMI,
BERAMAL KERANA ALLAH ITU SYIAR KAMI.
BERJIHAD BERJIHAD JIHAD JALAN KAMI,
BERJIHAD BERJIHAD JIHAD JALAN KAMI,
MATI DI JALAN ALLAH CITA TERTINGGI KAMI,
MATI DI JALAN ALLAH CITA TERTINGGI KAMI,
CITA TERTINGGI KAMI,CITA TERTINGGI KAMI,CITA TERTINGGI KAMI....
TAKBIR...TAKBIR....TAKBIR
Hanya Allah sahaja membalas jasa korang sumer... Ameen...-neo
ReplyDeleteya, unit amal ni amat besar jasanya kepada rakyat.unit amal jugak perlu diupgrade, jaga kebajikan mereka.
ReplyDeleteMasa penamaan calon pru lepas di Kangar... selepas kumpulan di pihak PR bergerak pulang.. didapati tiada sampah sarap... yang ada hanya unit amal yang memastikan semua peserta membawa pulang atau membuang sampah didalam tong sampah... bersih.... tetapi disebelah BN... sampah berlonggok terutama bekas makanan dan minuman free.... bendera/banner dan batang kayu banner...
ReplyDeleteDiharap... PAs dapat menubuhkan tabung Unit Amal dimana boleh digunakan untuk kebajikan ahli unit amal serta untuk takaful berkumpulan mereka. Kalau apa apa terjadi, kebajikan mereka akan lebih terjaga....
Salam
ReplyDeleteMmg seorg Ketua Polis Trafik / Ketenteraman Awam Negeri pernah maklumkan kpd saya sendiri mengenai keberkesanan Unit Amal ini dlm menangani trafik dan lalulintas terutama di waktu mlm pada semua acara/aktiviti PAS.
kawetakgaduh@gmail.com
TIBALAH MASANYA SEMUA UNIT PAKATAN RAKYAT MEMBERI SEBERAPA BANYAK PENGHARGAAN KEPADA MEREKA..WALAUPUN MEREKA IKHLAS....
ReplyDeleteSalam Amal
ReplyDeleteMuga mereka kerja dengan ikhlas
Jangan Puji lebih-lebih
Nanti Takut Jasi RIAK
semoga dirahmati ALLAh....
ReplyDeletemendapat berkat dalam perjuangan ini...
Insya Allah...
thank you for the song
ReplyDeleteSaya pun respek kat geng-geng unit amal PAS ni atas kerja mereka. Tapi yang saya tak respek ialah kat TP sebab gaya cakap tu macam hangpa saja la yang bagus. Macamlah kalau unit ni tak ada maka segala perhimpunan yang berlangsung akan jadi kelam kabut.. Pastu boleh pula cakap unit trafik dan pihak Majlis Bandaraya goyang kaki...Jangan sesuka hati ja kata kat depa macam tu...
ReplyDelete