Wednesday, February 25, 2009

Kenyataan Akhbar Sultan Selangor

Berikut ialah kenyataan penuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada Baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani

Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor.

8 comments:

  1. Macam ni la yg dikatakan sultan yg adil & saksama.

    ReplyDelete
  2. yup2...sy sokong...adil dan saksama...

    ReplyDelete
  3. "DAULAT TUANKU"

    Tak pernah terjadi dlm sejarah kes gmbar bogel dan rasuah di bawa ke Istana

    Jelas MB selangor cuba gunakan DYMM Sultan Selangor utk bersihkan namanya yg kotor

    Sultan Selangor bertindak sgt bijaksana dgn TIDAK CAMPUR TANGAN dlm kemelut politik sngor yg sgt jijik itu.

    Baginda juga tahu bidang kuasa yg ada pd baginda.

    "Selesaikan sendiri,..klu tidak lebih baik letak jawatan",..agaknya itulah ayat sultan dlm hati.

    Lain lah klu MB minta nk bubarkan DUN,..Tentu dlm bidang kuasa Sultan

    "DAULAT TUANKU"

    ReplyDelete
  4. Cis..Frustnye aku..kenapa Tuanku simpati pulak pada Eliz, kenapa Tuanku tak kutuk dia..habis le modal aku dan kekawan AMNO nak ngutuk Eliz dan PR sebab Tuanku seolah2 "sokong" dia org...Gagal le lagi pelan kita wahai AMNO sekalian... Kes kereta n lembu pun Tuanku tak marah juga...Habis le kita kat Selangor ni..tapi tak pe, kita kacau Perak sampai kwn kita si Mamak Zam alkazam jadi MB yg sah..

    ReplyDelete
  5. takper...korang kacau perak dah ler...selangor nie susah sket sebab Sultan dia neutral..tak masuk mana2 pihak...lain la perak..senang jer kita gula2kan...so, lupakanlah nak kacau selangor...

    ReplyDelete
  6. Mana pi si budak Zali tu..dah bisu ke dia..???

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?