Saturday, February 14, 2009

Krisis Ketidak Stabilan KERAjaan Halam - malaysiakini

Dah ada desas-desus ketidak-stabilan dalam KERAjaan Halam yang baru mengambil-alih pemerintahan negeri Perak secara tidak sah (rampasan kuasa). aku tak nak ulas panjang-panjang, sampai kami dapat info yang secukupnya dulu.

Jadi hangpa baca dulu sikit "rumors" a.k.a kupasan dari salah sorang pembaca weblog ni...

Anonymous

Dalam kesibukan media arus perdana memutar belitkan fakta sebenar tentang kemelut politik dalam negeri Perak, sudah kedengaran desas desus mengatakan percaturan Najib merampas kerajaan negeri perak melalui sistem lompat parti adalah gagal walaupun pada dasarnya mereka sudah menawan bangunan SUK dan menteri besar serta ahli exconya sudah mengangkat sumpah.

Pada awalnya Najib memang berjaya menawan tiga ADUN PKR negeri Perak. Sehingga Najib Razak dilihat begitu bergaya ketika membuat pengumuman dihadapan wartawan bahawa BN kononnya telah mendapat cukup majoriti untuk membentuk kerajaan negeri perak yang baru.

Angka yang dikatakan cukup majoriti itu adalah 28 ADUN dari BN dicampurkan dengan 3 ADUN BEBAS yang ditawan kononnya telah berpihak padanya.

Walau pun sepeaker DUN pada awalnya telah memberitahu pada SPR tentang pemecatan ADUN yang keluar parti itu, tetapi SPR telah menolak permohonan tersebut dengan mengekalkan status ADUN dan pilihanraya tidak diadakan.

Dan seterusnya pertemuan antara Najib dengan sultan telah memberi harapan cerah kepada UMNO-BN bahawa sultan tidak membubarkan DUN seperti mana yang diminta oleh Mohammad Nizar.

Malahan sultan mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri Perak pimpinan PR kepada BN. Dan sultan menitahkan supaya Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Pada perkiraan Najib dengan tekanan dan tindakan drastik itu pasti akan membuatkan pemimpin Pakatan Rakyat menjadi panik dan membiarkan Mohammad Nizar letak jawatan secara sukarela seperti yang diminta oleh sultan. Dengan itu selesailah misi menawan kerajaan negeri Perak tanpa perlu menghadapi pilihanraya.

Tapi malangnya angan-angan itu telah disanggah oleh Anuar dengan tidak membenarkan Mohammad Nizar meletakkan jawatan secara sukarela tetapi mencadangkan supaya membawa kes itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

Ini disebabkan dalam perlembagaan jelas menyatakan bahawa Menteri Besar tidak memegang jawatan di bawah perkenan Sultan. Wujudnya menteri besar dalam kerajaan negeri adalah kerana sokongan yang dimiliki di dalam dewan.

Perubahan ini membuatkan Najib serta penasihatnya terkejut dan cemas kerana perancangannya sudah jauh tersasar dari tujuan asal.

Mereka cuba pula menimbulkan isu Mohammad Nizar derhaka pada sultan kerana ingkar perintah sultan supaya meletakkan jawatan.

Namun tindakan ini juga tidak mendatangkan hasil kerana sebelum ini UMNO juga telah menderhaka pada sultan Terengganu. Sebahagian dari rakyat negeri Perak pula dilihat telah bangkit mengeluarkan fakta bahawa pemimpin UMNO yang terdahulu telah merobek institusi raja-raja melayu. Oleh kerana itu isu derhaka sudah menjadi senjata makan tuan.

Kini Najib dan sultan dituduh sebagai tidak mematuhi undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dan berhadapan dengan persoalan mengapa mereka melantik Menteri Besar dan exconya secara tergesa-gesa tanpa dibubarkan dulu DUN atau diadakan usul tidak percaya atas alasan tiada majoriti bagi mengugurkan status Menteri Besar yang disandang oleh Mohamad Nizar…?

Pada awalnya kita lihat permainan lompat parti berpihak pada Najib tapi kini dia dan kuncu-kuncunya terkepung dalam masaalah yang diciptanya sendiri dan moral UMNO bertambah rosak.

Oleh kerana menerima nasihat dari orang bodoh maka Najib dilihat sebagai bakal Perdana Menteri tidak bermoral dan paling bangang hasil keluaran parti UMNO selama 50 tahun memerintah Malaysia.

Talian hayat Najib Razak yang terakhir hanya terletak pada peguam dan hakim mahkamah. Apa yang kita semua tahu, Najib akan melakukan apa saja tindakan demi kepentingan diri nya tercapai.

Persoalannya apakah hakim yang kendali kes ini sudah dibeli dan bersandiwara sebagaimana hakim korek…..korek….,korek…????

Tunggu dan lihat keputusannya….

"Hanya pada Allah kita berserah dan hanya pada Allah kita berlindung dari kejahatan manusia zalim"

*terima kasih "Anon" untuk kupasan yang menarik ini...

3 comments:

  1. Tok pun baru balik daripada bertapa di Gunung Ledang.Pikirkan formula macamana nak runtuhkan negeri UMNO paling kuat di dunia tak lain tak bukan negeri Johor.

    Time turun dari gunung tadi sempat juga tok baca paper NST,antara tajuk yang sempat tok baca sepintas lalu Sultan Selangor sedih dengan krisis politik yang berlaku di Perak mutakhir ini.

    Baginda sedih kerana pak sedaranya,Sultan Azlan menerima tentangan hebat daripada rakyat jelatanya sendiri setelah menitahkan kepada Nizar letak jawatan sebagai MB Perak.

    Tok tak nak komen tentang kenyataan rasmi Sultan Selangor itu,cuma tok nak bagitahu semua dalang sebenar di belakang tabir mengheret Raja-Raja Melayu ke dlama situasi yang menyulitkan kita semua ialah UMNO.Memang Tok confirm dan yakin benar.

    Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.

    Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson,bekas MB Selangor larikan Ku Yah(adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana.Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang,tak lain tak bukan Mat Tyson.Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor.Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

    Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana.Inipun kira derhaka jugak.

    Di Terengganu,penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris,natang(binatang).Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

    Di Perlis,Shahidan Kasim enggan hadir ke majlis mengangkat sumpah MB Perlis yang baru juga boleh dikatakan derhaka dan boleh dibuang negeri.

    Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan.Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta.Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membant Allahyarham Tuanku Jaafar.Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini.biar terlingkup habis bank ini.

    Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.

    Bila masa korang bela Melayu.Tengok Singapura dan Pulau Batu Putih yang dah tergadai dan jadi hak milik kekal kepada Singapura.Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor juga akan berdepan dengan situasi yang serupa.Kg Baru di Kuala Lumpur juga sedang menunggu masa untuk dirampas kerajaan pusat UMNO-BN.Banyak lagi bukti UMNO rampas tanah Melayu untuk buat duit dan tok mintak bantuan rakan-rakan bloggers semua tambahkan mana-mana yang kurang di sini.

    Jasa mantan presiden UMNO,mamak Mahathirlah yang menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan bukannya Pakatan Rakyat.Ketika itu madia totok UMNO menghina raja-Raja Melayu.Bukan menderhakakah itu wahai orang-orang UMNO yang telah menjadi baghal dalam politik negara.

    Eloklah pemimpin Pakatan Rakyat bawak semua kes ini ke mahkamah biar semua rakyat tahu UMNOlah yang menderhaka selama ini.

    ReplyDelete
  2. Tok kang pegi betapa..takan tak dapat pormula nak jatuhkan negeri johor...tok betapa ke be apa.......

    ReplyDelete
  3. alaaaa kalau takat nak bagi cerita tok tu...biorle betol...kami yang kat bawah bukit ni dah 11 bulan rase...lagipun kami ni bukan lah budak-dudak lagi...lain le masa tok naik bukit nak tape.....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?