Wednesday, February 25, 2009

Lembu Punya Pasai...! - malaysiakini

  • Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung jawatan Menteri Besar Perak "setelah mengambil kira prinsip keadilan".
  • Sambil menasihati kedua-dua pihak supaya merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Mohamad Ariff berkata terdapat hakim-hakim lain yang juga layak untuk mendengar kes itu.
  • Beliau berkata demikian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini semasa mengumumkan keputusan mengenai kedudukannya mendengar semakan kehakiman yang dipohon oleh Mohamamd Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.
  • Pada hari pertama kes ini didengar pada 18 Feb lepas, Mohamad Ariff telah menyatakan bahawa sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam bela dan penasihat undang-undang kepada PAS dalam beberapa kes petisyen pilihan raya dan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi beberapa perkara selain pernah mewakili Barisan Nasional dalam petisyen pilihan raya di Sarawak.
  • Pada hari yang sama, beliau turut menawarkan untuk menarik diri daripada mendengar kes itu.
Jadi berapa lama agaknya kes ni nak setel? sebulan? dua bulan? tiga bulan? empat bulan? lima bulan? enam bulan?

Sebab kerja bangang Isteri Rosmah, pelabur luar takut nak datang ke Malaysia khususnya negeri Perak. ekonomi Malaysia makin sakit. para pelabur pakat-pakat gantung pelaburan... macam mana nak labur?

Nak deal ngan siapa dekat negeri Perak?

Hari ni deal ngan UMNO/BN, esok 4 ekor katak isytihar sokong Pakatan Rakyat... tukar Kerajaan... minggu depan deal dengan Pakatan Rakyat, dok 2 hari katak isytihar pulak sokong UMNO/BN... tukar Kerajaan lagi... bulan depan tukar lagi, lagi 2 bulan tukar lagi dan lagi, dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

Ni semua Isteri Rosmah Lembu punya pasai..! dasar peranakan Baghal..!

2 comments:

  1. Kestabilan dan kemelut Politi Perak tidak akan selesai selagi pilihanraya DUN Perak tidak diadakan. Eloklah sidang dimulakan dengan seberapa segera agar kemelut ini berakhir dan usaha-usaha untuk memantapkan ekonomi negeri akan dapat berjalan agar desakan keadaan ekonomi global sekarang ini tidak memburukkan lagi keadaan ekonomi negeri. Sultan perlu membetulkan keadaan ini, setiap manusia melakukan kesilapan walau sebijak mana dan seluas mana ilmu dan kepandaiannya. Percaturan yang silap dek dipengaruhi oleh pihak tidak bertanggungjawab perlu diperbetulkan demi kepentingan rakyat dari segalanya. Bertindaklah sekarang sebelum keadaan menjadi lebih kronik.

    ReplyDelete
  2. tak lama lepas tu.....Najib kata PR nak rasual dia & isteri masuk PR dgn nilaian RM50Billion.

    Lepas tu...Anuar Zaini (BERNAMA) kata dia tak tahu menahu & tak masuk campur...Tiba Agustin (coklat Hacks)kata...Not Releven

    Lepas tu Ustaz Harusani kata...hangpa jangan DURHAKA....

    Sapa tu SUK Perak yg hebat tu....dia kata 'berbaris ...kawat' masuk barisan kita pi kedai mamat 786

    bersambung....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?