Friday, February 06, 2009

Minta JAI Seluruh Negeri Siasat - malaysiakini

-tok iskandar

Tok meminta Jabatan Agama Islam Perak, Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan dan JAKIM menyiasat penglibatan Raja Ashman bin Sultan Azlan Shah di dalam tarikat Naqsyabandiah Syeikh Nazim Al Haqqani yang telah diputuskan bertentangan dengan ajaran Islam oleh majlis Fatwa Kebangsaan pada 2000. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

Raja Ashman dikatakan penaung tarikat ini. jangan dilengahkan perkara yang amat serius ini dan zahid Hamidi selaku menteri JAKIM turut bertnggungjawab terhadap perkara ini. Lebih-lebih lagi ketika ini beliau adalah Timbalan Pengerusi BN Perak.

Kertas kerja ajaran tarikat ini pernah dibentang oleh bekas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk haji Mustafa. Kertas kerjanya JFK Bil 3/48/2000.

antara tempat operasi kumpulan tarikat ini. no 28, Jalan setiabudi,bukit damansara, behampiran masjid Syaidina Omar. Kampung Sum sum di Janda Baik, Pahang dan no 57, lembah Bukit Jambul.

Diminta siasatan dijalankan segera kerana bimbang menular kepada umat Islam dan ingin mengetahui sejauh manakah penglibatan Raja Ashman dalam tarikat ini

15 comments:

  1. JAWI telah mengeluarkan fatwa mengharamkan tarikat ini pada tahun 2001/2002 tetapi ia masih aktif.

    ReplyDelete
  2. Bang...bila PR nak keluarkan & report kesemua kesalahan rasuah pemimpin BN yang pernah digembar gemburkan dulu...saya dah macam tak leh percaya ngan PR dah ni...ade ke tak de ni...

    ReplyDelete
  3. Lagi - lagi nak provok & kaitkan pulak ngan sultan , tak habis-habis nak gaduhkan orang melayu .lepas ni gaduh lak ngan sultan , lepas tu gaduh lak dengan agung ,lepas tu sape pulak ye ? , selagi tak capai maksud. kalu kuat sangat , gaduh le ngan Yahudi , pergi gaza perang ngan yahudi .

    ReplyDelete
  4. bongkar jangan tak bongkar...nak tumpo bio tumpo sesama
    http://www.permatang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Yop...
    tuduh jangan sebarang tuduh.. silap2 tuduh menjawab kat akhirat nanti. Jangan pasal kepentingan diri sendiri main taram semacam je. tak pasal2 kita buat fitnah.

    ReplyDelete
  6. Cik lee oii...menjawab kat akhirat? abih tu, perbuatan sultan dan BN durjana tu tak perlu jawab kat akhirat ke? Atau just jawab depan hakim yang correct,correct, correct tu? Itu bukan tuduhan, tapi memberi maklumat untuk disiasat. kalau betul, kita ambil tindakan...kalau tak betul, tak pe la. Apa la punya bangang....

    ReplyDelete
  7. Tok ingin memohon penjelasan JAKIM

    Tariqat Naqsyabandiah aliran Syeikh Nazim al-Haqqani telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Kedah (JKFK) sebagai bertentangan dengan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

    JKFK telah menyenaraikan 5 isi ajaran tariqat ini yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Antaranya ialah mengamalkan ajaran wahdatul wujud, Nur Muhammad dan Martabat Tujuh. Mereka juga dilihat oleh JKFK telah mengamalkan hadith palsu.

    JKFK mencadangkan agar tariqat ini diharamkan dan diwartakan.

    Berikut ini adalah Teks Fatwa dari website Jabatan Mufti Negeri Kedah :

    Pemimpin tariqat ini ialah Sheikh Muhammad Nazhim Al Haqani. Beliau dilahirkan pada 23 April 1922 bersamaan 28 Syaaban 1340 H. Berketurunan sebelah bapanya bermula dari Sheikh Abdul Kadir Al Jailani pengasas golongan Qadiri dan sebelah ibunya bermula dari Jalaludin Ar Rumi pengasas golongan Mirlizi.

    Tariqat ini diasaskan oleh Sheikh Baharrudin An Naqsyabandiah dan Sheikh Muhammad Nazhim yang ke empat puluh yang menerimanya dari Sheikh Abdullah di Daghistani.



    Ia dipercayai masuk ke Malaysia pada tahun 1988 apabila beberapa orang rakyat Malaysia menerima amalannya dari Sheikh Muhammad Nazhim.



    Di antara pegangan tariqat ini ialah:

    1. Tiada bacaan Fatihah di dalam solat jenazah ghaib seperti pegangan mazhab yang empat.



    2. Tariqat ini beramal dengan hadis palsu umpamanya: Wahai hambaku taatlah kepada aku dan aku akan menjadikan engkau rabani kemudian engkau juga akan berkata sesuatu jadi maka jadilah ( maksud hadis ).



    3. Menggunakan ajaran Wahdatul Wujud , nur Muhammad dan martabat tujuh.



    4. Seseorang itu sama ada Muslim, Kristian atau Yahudi atau Buddha tiada memberi apa-apa erti tetapi yang penting di sisi Allah sama ada seseorang itu mencapai gelaran Haqani atau tidak.



    5. Mempercayai teori Yaqazhoh dengan Rasulallah yang ditolak Ahli Sunnah Waljamaah.



    Keputusan Jawatankuasa Fatwa:

    1. Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyyah Sheikh Nazhim Al Haqani bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan meyeleweng dari ajaran Islam.



    2. Dicadangkan supaya diharamkan dan diwartakan.



    3. Sighah pengharaman seperti berikutnya:- Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyyah di bawah pimpinan Sheikh Muhammad Nazhim Al Haqani bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan meyeleweng dari ajaran Islam, pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat

    menurut keputusan fatwa neegri sarawak
    Kategori : Akidah
    Tajuk :
    Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
    Isu :

    Keputusan :


    Ahli mesyuarat telah sebulat suara memutuskan bahawa :

    i) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

    ii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu'

    iii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

    Menurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.

    Kesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan
    Raja Ashman bin Sultan Azlan shah kini Raja Kecil Tengah Perak.


    Apa tindakan mufti Perak,datuk Seri harussani?Tok meminta pihak berkuasa agama negeri menyisat perkara ini

    ReplyDelete
  8. Info tentang Raja Ashman Sultan Azlan Shah di wikipedia

    Raja Dato’ Seri Ashman Shah
    From Wikipedia, the free encyclopedia
    Jump to: navigation, search
    His Royal Highness, Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah is a member of Perak Royal Family. He was born on December 28, 1958. Raja Dato' Seri Ashman is the son of Sultan Azlan Shah, the present Sultan of Perak. He was conferred the title of Yang Amat Mulia Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan on May 11, 1987. He was given the more senior title of Raja Kechil Tengah on 10 March 1998.

    Contents [hide]
    1 Education
    2 Business career
    3 Family
    4 Religious



    [edit] Education
    Raja Dato' Seri Ashman holds a Degree in Economics from the University of Nottingham, England, a Master of Laws from Cambridge University; Barrister-at-Law from Lincoln's Inn, London, and a Diploma in Business Law from University of London, England.


    [edit] Business career
    Raja Dato' Seri Ashman has held a number of professional positions. These include:

    Executive Director of Dreamland Holdings Bhd. - since 1990 (Director 1988-1990) Chair of the Board of Trustees of Haqqani Foundation Malaysia (HFM)- since 1994 Chair of Dwitasik Sdn. Bhd. Director of KKB Engineering Bhd.


    [edit] Family
    He is married to Datin Sri Noraini Jane binti Tan Sri Kamar ul-Ariffin. He has 2 daughters called Raja Eminah Alliyah binti Raja Ashman Shah, Raja Bainunisa Safia binti Raja Ashman Shah. He also have 1 son called Raja Nazim Muhammad bin Raja Ashman Shah.


    [edit] Religious
    His Highness also holds an Ijazah (permission of investure) in the Naqshbandiya Haqqaniya Order of Sufism from Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim 'Adil al-Haqqani, the Grand Mufti of Cyprus and Imam of the Naqshbandiya-Haqqaniya Order of Sufism

    ReplyDelete
  9. Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam


    Kategori : Akidah
    Tajuk :
    Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-haqqani



    Keputusan
    a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah
    pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

    b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.







    Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
    Tarikh Keputusan : 3 April 2000
    Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

    ReplyDelete
  10. ada bidalan baru di perak....kalu jumpa ular dan beruk di tengah jalan...ketuk azlan dulu...lepas tu ketuk monyet...lepas tu ketuk ular...ular kurang bahaya berbanding azalan dan monyet yg selalu melompat.

    ReplyDelete
  11. sekiranya kita menghina orang lain, suatu hari nnti kita pula akan dihina. ingat! siang bertukar malam. dunia ni ibarat roda, hari ni kta kat atas, esok kita kat bawah plak.

    ReplyDelete
  12. Sekiranya kita bertindak zalim kt org, maka kita pun akn di zalimi..

    ReplyDelete
  13. tok iskandar,

    Jangan diharap Jakim menyiasat ajaran sesat, tak akan dibuatnya. Orang yang bekerja dijabatan agama lebih suka buat kerja sekoding saja.

    Selama ni ada ke orang agama bersuara dalam negara menegur tentang salah laku pemimpin...? Kalau tidak pun, membentuk akidah pengaut islam yang terpesong.. ada??? Hampas !

    Dia orang semuanya bekerja untuk perut anak bini dia orang saja.

    ReplyDelete
  14. Menarik : Istiadat Tabal Jin dalam istiadat pertabalan Paduka Seri Sultan Perak

    TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang masih menjalani upacara TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri melayu yang paling tertua dirantau ini. Sultan yang memerintah Negeri Perak biasa nya didampingi oleh Jin-Jin Islam. Disinilah kita dapat melihat akan kedaulatan seseorang Raja itu dimana ia akan di nobatkan dahulu sewaktu hari pertabalan baginda.

    Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT pada sabelah senja sehari selepas TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada sebelah waktu malam.

    JIN adalah makhluk Alam Rohani (bertubuh halus). Kita percaya demikian kerana Al-Quran yang benar telah menghabarkannya. Apa lagi hal-hal itu tidak berlawanan dengan akal kita. Bahkan berapa banyak lagi makhluk Allah s.w.t. yang belum diketahui oleh manusia. JIN itu saperti manusia jua, yakni ada yang beriman dan ada yang kafir. JIN dijadikan daripada Api dan bersifat halus. JIN-JIN tidak dapat naik kelangit saperti Syaitan, kerana dihalangi oleh Malaikat-Malaikat yang menjaga dan dilempar oleh tahi-tahi bintang.

    Dalam ayat 6 didalam Surah Jin, telah disebutkan, bahawa ada manusia yang minta berlindung pada JIN dan bukan daripada Allah s.w.t. JIN-JIN itu menyangka sebagaimana persangkaan sesetengah manusia, bahawa Allah tiada akan membangkitkan makhluknya (kecuali JIN-JIN yang beriman). Oleh itu manusia yang minta berlindung kepada JIN itu adalah musyrik.

    Kesimpulannya, JIN-JIN, saperti manusia juga, bermacam-macam jenis. Ada yang solih dan ada yang tidak. Ada yang Islam dan ada yang kafir.

    Didalam ISTIADAT TABAL JIN didalam Negeri Perak ini, seseorang itu hendaklah betul-betul memahami akan kesimpulan adat pertabalan tersebut. Jangan kita salah tafsirkan dan membuat andaian yang bertentangan. Ada pun seseorang Sultan yang memerintah Negeri Perak ini sentiasa ‘didampingi’ oleh JIN Islam yang menjaganya. Disini terletaknya kedaulatan seseorang Sultan itu dan seluruh kemakmuran Negeri tersebut adalah terletak pada kedaulatan baginda. Ada pun dinamakan TABAL JIN tersebut kerana semua makhluk halus didalam Negeri Perak ini berajakannya. Oleh itu, seseorang Raja yang berdaulat hendaklah benar-benar arif didalam hukum-hukum syarak dan ilmu akhirat dalam agama. Tanpa ilmu agama yang mendalam mungkin akan dapat menyesatkan fikiran seseorang itu. Tidak ada perkara yang mustahil sekiranya dikehendaki oleh Allah s.w.t. menjadikannya.

    Untuk memahami lebih mendalam akan alam rohani ini, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mempelajari dan memahami akan ilmu-ilmu akhirat saperti tasawuf, usuluddin dan sebagainya. Mengenali kejadian diri sendiri dan alam semesa ini dan segala ciptaan Allah s.w.t.
    Sekarang terdapat ramai golongan-golongan manusia yang menjadikan agama itu sebagai satu isu untuk menegakkan kebenaran masing-masing. Tetapi kebanyakannya hanya lah berdasar kepada ilmu yang masih belum cukup didada. Apakah kita telah benar-benar arif didalam konteks ISLAMIAH yang sebenar-benarnya? Kerana perkara begini menjadikan umat Islam berpecah belah dan bergolong-golongan. Pada hal umat ISLAM pada dasarnya adalah yang mengikut hukum dan nash Al-QURAN.

    TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.
    Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasa
    nya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

    Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

    Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

    Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT ‘Raja Berangkat’.

    Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas ‘Chior Keemasan’ yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian ‘Istiadat Memulih’ PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga ‘Merenjis Tepung Tawar’. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

    Satelah selesai upacara ‘Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar’, diikuti pula dengan ‘Istiadat Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan ‘Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada’ sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa ‘Perkakas Merenjis’. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas ‘Perterakna Seri Panca Persada’.
    Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat ‘Merenjis Tepung Tawar’ disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

    Selepas itu ‘Upacara Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan ‘Kain Benang Emas Kekuningan’, dan diarak balik ke ISTANA.

    Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan ‘Istiadat Merenjis Air Panca Bicara’ keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, ‘Merenjis Tepung Tawar’ ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan ‘BUNGA PENCAWA PENCARA’ ditelinga Baginda

    Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja…petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan ‘resah gelisah’ diatas Peterakna Singgahsana.

    Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan ‘bergerak-gerak’ dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara ‘SANTAPAN NASI BERASTANOKA’ dijalankan dengan bacaan doa selamat.

    (Peringatan : Ada pun upacara ‘Istiadat Tabal Jin’ ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya….ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal…. barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja…. tiada berkerajan….)

    ReplyDelete
  15. Inilah hakikatnya bila satu keburukan dibuat...ia akan membuahkan lebih banyak keburukan seperti yang berlaku...

    dari kisah seorang peminum arak tegar, kepada cerita anaknya yang menjadi KHALIFAH tarekat sesat, hinggalah kepada perkara yang berlaku 25 tahun yang lalu iaitu pertabalan jin kerajaan...

    tak tahulah apa lagi yang bakal terdedah dek kesilapan memahami ummah....Mufti pun sama juga...

    patutlah....boleh dok bertahan lama...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?