- Mursyidul Am PAS tidak bersetuju dengan DAP yang mencadangkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.
- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selagi Pakatan Rakyat masih menganggapnya menteri besar Perak, adalah tidak sesuai timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu dicalonkan bertanding di kerusi parlimen itu, lapor Bernama.
- "Kalau tanya saya, saya tidak boleh terima seorang yang berjawatan MB (menteri besar) ambil (wakili kawasan) parlimen... kecuali orang yang tidak berjawatan MB," menteri besar Kelantan dipetik berkata di pejabatnya hari ini.
- "Bagi saya, tidak elok kalau MB Perak (Mohammad Nizar) turut bertanding di kawasan lain, sedangkan dia mempunyai kedudukan di kawasan lama.
- "Ini seperti yang dilakukan bekas presiden PAS dahulu, (allahyarham) Datuk Asri Muda, yang bertanding di dua kerusi ketika memegang jawatan menteri besar Kelantan."
Pandangan aku pun sama dengan TGNA... tapi bukan atas alasan yang sama... alasan aku ialah, inilah masanya untuk PAS memperkuatkan lagi suara PAS dan Pakatan Rakyat di dalam Parlimen Malaysia.
Ini bukan masa untuk menongkah langit menunjukkan keegoan dengan menampilkan seorang pahlawan yang telh diketahui kekuatan sokongannya.
Ini bukan masa untuk PAS atau Pakatan Rakyat menangguk dengan alasan cuba mahu membuktikan bahawa Dato' Seri Ir Nizar masih mendapat sokongan.
Pada aku, setelah berlaku insiden rampasan kuasa oleh UMNO/BN di Perak, sokongan rakyat terhadap pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak luntur, malah semakin kuat.
Buat apa nak membuang masa nak membuktikan perkara yang semua dah sedia maklum?
Nasihat aku untuk PAS dan Pakatan Rakyat, carilah seorang calon yang benar-benar berkualiti, lantang, punya karisma, punya penyokong akar-umbi yang kuat, tetap dalam perjuangan dan punya jatidiri yang kuat untuk membawa suara PAS dan Pakatan Rakyat didalam Parlimen.
PAS dan Pakatan Rakyat bukan tak punya calon, tapi mungkin krisis politik di Perak telah membuat PAS dan Pakatan Rakyat lupa tujuan utama PAS dan Pakatan Rakyat berada dalam politik Malaysia ialah untuk "MEMBAWA SUARA RAKYAT" kepada pemerintah..!
Kenapa nak membuang masa mencalonkan seorang yang dah kita tahu kekuatannya tak terlawan dek pihak lawan?
Pada aku PAS dan Pakatan Rakyat dah cukup kuat selepas ditimpa krisis di Perak... apa kata kalau kita perkuatkan lagi kekuatan kita dengan menambah seorang lagi PAHLAWAN TERULUNG PAS didalam Parlimen?
Siapa dalam UMNO/BN yang berani berdepan dengan Abang Mat Sabu kita baik dalam medan ceramah, dalam Dewan Rakyat mahupun dalam sidang Parlimen???
Korang ingat Najib berani ke nak lawan Abang Mat Sabu kita?
Dengan ini aku cadangkan Tuan Haji Mohammad Sabu sebagai calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang..!
Aku tak setuju dengan Mat Sabu. Bagi aku, kalau boleh calon dari Perak sendiri, yang hampir dengan denyut nadi situasi di Perak sekarang. Paling molek Nizar sendiri. Tok Guru bercakap perihal beban tugas, tapi situasi sekarang Nizar telah tidak bertugas sebagai MB lagi.
ReplyDeleteSerahlah kepada kebijaksanaan kepimpinan.... kerana mereka lebih arif dalam politik.
ReplyDeleteaku setuju ngan hang TP,abg Mat memang seorang yg lantang bersuara n mampu mengemukakan hujah2 yg bernas ketika berbahas..
ReplyDeleteAbang Mat kita OK ape..dia sangat dekat dengan kita, dengan politik dimana jua.
ReplyDeleteaku cakap biar ustaz ahmad awang jadi calon..insyALLAH ramai setuju..
ReplyDeleteNizar pon ok.. mat sabu pon ok jugak.. xdehal... perjuangan tetap diteruskan walaupon ape jua rintangan yg datang...
ReplyDeleteUmno dan Bn mesti dihapuskan....
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan...
Aku cadangkan anak tempatan yang mempunyai background yang kuat dengan ilmu ukhrawi dan duniawi. Kawan tak kenal sesape tapi siapa je calon PAS biasanya mempunyai akidah perjuangan yang utuh... calon anak tempatan Perak tu utk ambil semangat, takut nanti isu kederhakaan kononnya akan diperbesar-besarkan....!
ReplyDeleteapa pilihan TGNA itu lah pilihan saya juga,lagi pun sekaranglah kita nak perkuatkan suara di dalam parlimen tu,walaupun pada dasarnya fantasi melebihi realiti tapi sekurangt-kurangnya kesedaran itu datang menjelma dan menyedarkan kita,mengapa kita tidak menukarkan ketetapan dan ketentuan yang datang sekarang kepada PR di Perak dengan memulangkan balik ketentuan itu kepada BN kerana sikap keBNatangan yang sudah sampai kepenghujungnya juga telah menakutkan mereka sebenarnya.
ReplyDeleteAKU SETUJU ABG MAT JADI CALON....BARU ORG PARLIMEN TAHU KARI KEPALA IKAN ISA DIA MASAK....HA3...
ReplyDeleteKALAU KAT BUKIT SELAMBAU LETAK JE SALAH SATU AHLI KUMPULAN ALLEYCATS...DIAORG ADA SANGKOT PAUT NGAN DAVID ARUMUGAN..HEHEH
ustaz NGEH DAN NGA lagi ok kott broo
ReplyDeletesemoga malam ni tidur sebantal mimipi pon sama broooo selamat malam
ReplyDeletetak payah calon kan sesiapa...
ReplyDeletebagi je umno/bn menang tanpa bertanding...
kan orang islam kena rajin bersedekah...
kira sedekah je la tu...
BAIK SEDEKAH JE MAK KO...KAH..KAH..
ReplyDeleteTak setujuh!
ReplyDeleteMat Sabu dah bertanding banyak kali di serata tempat dan gugur. Pas kena letak calon tempatan yang berkalibar dan merendah diri seperti arwah tu. Tak kan PAS takde calon anak jati.
Letak orang luar jadi isu. Buang masa nak counter attack. Ini pilihan raya kecil darurat. Bukan main main.
Kalah erti berkubur nya PAS/PR sebab Umno akan kata Melayu Perak sokong Umno dan sultan berkaitan rampasan kuasa.
Salam,
ReplyDeleteHanya Rakyat Kelantan sahaja yang dikatakan kuat semangat kenegeriannya menerima Mat Sabu sebagai wakil mereka. Hakikatnya semua negeri dalam Malaysia terlalu taksub semangat kenegerian mereka kecuali Kelantan sahaja.
UMNO tewas di Bukit Gantang PRU 12 kerana tersilap memilih calon luar dan sekiranya PAS berbuat demikian sebagai ujikaji seterusnya maka nasibnya akan jadi seperti itu juga...
Antara sedar atau tak, DUN Changkat Jering ada di dalam Parlimen ini, jadi inilah penanda aras untuk membuktikan sama ada rakyat Perak menolak atau menerima MB Perak yang 'palsubaru' itu sebagai pemimpin mereka dan tindakan Najib sebagai satu yang betul?
Kita tunggu sahaja yer....
thx!
terima kasih di atas berita2 di blog ini. Kami 500 org rakyat malaysia di perantauan terus menyokong kerajaan PR. Saya tidak setuju Mat Sabu bertanding di Perak, biarlah orang Perak yang bertanding di kerusi Parlimen itu. Mat Sabu kena bertanding d Kedah. Kami berdoa agar rakyat perak akan beri kemenangan besar kepada wakil rakyat PR nanti ! Debar juga kami di luar negara ni! Salam perjuangan! Lawan tetap Lawan !
ReplyDeletevote to ustaz idris ahmad...
ReplyDeleteTUAN
ReplyDelete1. Molek sesangat rasanya kalau Nizar sebagai calonnya. Pengundi bukan Melayu ramai dikawasan tersebut.
2. Sokongan mereka terhadap beliau agak terjamin berbanding calon lain.
aku sokong ds nizar
ReplyDeleteaku pon sokong penderhaka nizar jadi calon,..senang diratah
ReplyDeleteSaya rasa tak payah lah pilihanraya diadakan...kenapa lah kali ini nak ikut undang2 ?? kan sultan ada kuasa nak tubuh ke nak bubar mengikut kebijaksanaannya..nak susah2 kenapa...tanya saja lah pada tuanku siapa yang layak..sebab rakyat di perak tiada kuasa pun untuk memilih..
ReplyDeleteSebenarnya yg mencalonkan nizar tu adalah Ngeh DAP. Itupun setelah diprovokasikan oleh wartawan. Pandai wartawan ni.. lepas tanya ngeh dia tanya TGNA pulak..Saja nak mengucar-ngacirkan keadaan.. Pas tak keluarkan lagi apa2 kenyataan.. Nizar sendiri pun no komen..
ReplyDeleteBut, in my point of view, Nizar sgt sesuai jadi calon.. bak kata pepatah kalau benih yang baik letak dimana pun akan tumbuh pokok yang subur dan memberi manfaat.. Namun isunya sekarang ialah nizar masih lagi jadi MB. Dia harus fokus kepada tugasnya jadi biarkan saja dia menjadi MB.. Sebagai MB dia bukan saja berkhidmat di kawasannya malah di seluruh perak termasuk juga bukit gantang!
Calon yg sesuai ialah Ust Idris Ahmad. Dia pernah menjadi calon Bulit Gantang tapi tewas.. Dia memang dekat di hati org bukit gantang..
Paling best, aku tak sabar nak tunggu abang Mat (Mohd Osman) balik ke cht jering & bkt gantang meraih undi.. Ada berani????
mat sabu x boleh.. nanti dia jual syabu.. hehehehehehe
ReplyDeleteParti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan hasrat mereka untuk meletakkan calon masing-masing bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau di Kedah.
ReplyDeleteV Arumugam - yang memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum lalu sebagai calon bebas sebelum menyertai PKR - telah meletak jawatan exco dan Adun pada 9 Februari lalu, dan kini sedang bersembunyi kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
DAP dan PAS, malah Hindraf yang telah diharamkan, berminat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini berhubung pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
Setiausaha penganjur DAP Kedah, Teoh Teik Guan mengesahkan spekulasi yang partinya berminat untuk bertanding kerusi tersebut kerana calon DAP pernah bertanding di situ sebelum pilihanraya umum 2008 apabila pembangkang bertanding di bawah Pakatan Rakyat.
"Ia adalah kerusi DAP sebelum 2008. Jadi kita berhasrat untuk bertanding semula di situ," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah DAP Kedah akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk memutuskannya.
Kepimpinan DAP negeri, katanya, telahpun menyampaikan hasratnya untuk mengenal pasti 'calon yang berwibawa' tetapi menyerahkan kepada pemimpin parti untuk memuat keputusan muktamad selepas berbincang dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan.
Antara calon yang disebut-sebut ialah ahli seumur DAP, S Neelamekan, 49, yang dilahirkan di Pulau Pinang.
Neelamekan yang juga pengerusi cawangan Lunas, pernah bertanding kerusi DUN Perai tetapi kalah kepada penyandang dari Barisan Nasional (BN), Dr K Rajapathy pada 1999.
Pada tahun 2000, beliau merupakan antara calon-calon yang dipertimbang bertanding dalam pilihanraya kecil Lunas di bawah tiket DAP.
PAS difahamkan juga berminat untuk meletakkan calonnya bertanding yang berturunan India-Jegadeeson Thavasu - dari Sungai Petani.
Beliau yang merupakan ahli kelab penyokong PAS di Kedah, Jegadeeson aktif berkempen untuk calon parti itu dan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu.
Jegadeeson dilihat oleh pemimpin PAS tempatan sebagai calon yang mampu menarik sokongan pengundi semua kaum.
Sementara itu, penyelaras nasional Hindraf, RS Thanenthiran, 45, yang mungkin bertanding atas tiket PKR.
Eloklah jika Nizar bertanding. Itu peluang beliau sebenarnya. Jangan ego sangat dengan pendirian tidak mahu melepaskan jawatan MB. Perlantikan MB baru sah. Tidak boleh dipertikaikan lagi kerana Sultan sendiri telah perkenan.. Jika Nizar tidak mahu bertanding, itu beerti beliau takut kalah...
ReplyDelete