Tuanku, izinkan patik meluahkan rasa sayu dan rasa hiba yang teramat sangat perihal negeri ini pada hari ini. Perihal akan ketentuan yang tuanku telah putuskan. Perihal yang tuanku putuskan atas bicara tuanku. Patik tergamam lesu letih lemah longlai dengan keputusan tuanku. Dan sebentar tadi patik maghrib dan isyak bersama bayangan keputusan tuanku. Patik sayu dan menangis di sejadah Allah. Patik yang begitu sukar mengalirkan air mata boleh menangis kerana keputusan tuanku petang tadi. Patik tidak menyangka begitu sekali keputusan tuanku.
Tuanku, patik teringat zaman sekolah. Cikgu patik semasa mengajar pernah memberitahu bahawa semua rakyat yang berusia atas 21 tahun layak mendapat kuasa menentukan sesebuah kerajaan pusat atau negeri melalui undinya dalam pilihanraya. Rakyat lebih berkuasa daripada pemimpin pada waktu itu. Pemimpin yang menang majoriti akan diistiharkan sebagai wakil rakyat. Kumpulan majoriti wakil rakyat ini akan memilih seseorang di kalangan mereka untuk dilantik sebagai Menteri Besar. Apabila seseorang Menteri Besar telah dilantik secara sah oleh istana, maka tempoh jawatannya hanya akan berakhir jikalau dia meninggal dunia, meletakkan jawatan, kalah dalam usul undi tidak percaya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri ataupun setelah tuanku memperkenankan pembubaran DUN. Cikgu patik juga memberitahu bahawa budi bicara sultan hanya boleh digunakan apabila terdapat sebarang keraguan yang tidak boleh diselesaikan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada. Jikalau peruntukan undang-undang itu telah sedia ada, maka undang-undang itu hendaklah diguna pakai. Itulah yang dimaksudkan dengan Sistem Pemerintahan Demokrasi & Raja Berperlembagaan.
Tuanku, setelah patik mendapat perkhabaran akan keputusan tuanku ini, patik menung, patik murung. Cikgu patik mengajar tidak betul. Cikgu patik dangkal ilmunya. Cikgu patik telah membohongi patik dan rakan-rakan patik. Patik dan rakan-rakan patik telah memanjangkan pembohongan cikgu patik ini kepada marhaen di maya ini. Patik malu kerana telah berbohong akan maksud Raja Berpelembagaan itu. Cikgu patik tidak layak menjadi cikgu. Sepatutnya cikgu patik mesti mengajar dan memberitahu patik bahawa sultan berkuasa mutlak menentukan nasib hidup rakyat di negeri ini.
Tuanku, di hati nurani patik terfikir kenapa tuanku tidak izinkan pembubaran DUN seperti yang dipohon oleh memanda tuanku. Jikalau pembubaran DUN boleh disamakan dengan membuang masa atau satu pembaziran, apakah jaminan kerajaan yang mengganti ini akan stabil atau semakin tidak dihormati oleh majoriti rakyat tuanku. Jikalau tuanku berat hati untuk membubarkan DUN Perak, tuanku boleh mengistiharkan kekosongan di tiga DUN Bebas. Ini tentu adil untuk kedua-dua pihak iaitu BN dan PR untuk dihakimi kembali oleh rakyat. Jikalau BN menang, PR akan menghormati kemenangan itu.
Tuanku, keputusan tuanku hari ini seolah-olah memperlihatkan bahawa tuanku lebih menyebelahi BN. Kasihan PR seolah-olah dilihat sebagai rakyat kelas kedua. Tolonglah tuanku. Patik merayu kepada tuanku sementara masa masih ada lagi untuk tuanku mengubah keputusan menangguhkan dahulu perlantikan Menteri Besar baru. Sekiranya tuanku tidak berkenan akan exco bukan Melayu yang lebih ramai bilangannya daripada Melayu, ia boleh diperbetulkan semula. Patik yakin PR akan terus menjunjung kedaulatan tuanku.
Ampunkan patik tuanku. Patik tidak beradab kepada tuanku. Patik sekadar meluahkan isi hati sedih dan kecewa yang entah bila akan kembali ceria.
Patik memohon mengundur diri. Ampun tuanku. Daulat tuanku.
sumber: http://jantantuya.blogspot.
PAKTAN RAKYAT FOBIA NAJIB!PAKTAN RAKYAT FOBIA NAJIB!
ReplyDeletePAKTAN RAKYAT FOBIA NAJIB!
say no to pakatan rakyat,
Parti Temberang NO.1 Dunia, PKR
Parti Ajaran Sesat, PAS
Parti Komunis Malaysia, DAP
Pencacai PR?
Kuli dan ammah upahan tak bergaji PR, Anwar syok dok kat atas, Nizar dah kaya, pencacai juga yang bodoh, kena sembur dengan gas pedih mata kat k.kangsar.
tu menunjukkan pencacai pr ni takdak otak. Perjuangan yang sia sia..
Hahahhaa.. Tahniah atas kemangkatan kerajaan MULIA Pakatan Rakyat PEraK
OPss.. jangan dok menyalak di internet sahaja yerr..
ada bidalan baru di perak....kalu jumpa ular dan beruk di tengah jalan...ketuk azlan dulu...lepas tu ketuk monyet...lepas tu ketuk ular...ular kurang bahaya berbanding azalan dan monyet yg selalu melompat.
ReplyDeleteAkan ku kenang saat sedih dan pilu hari ini sampai ke anak-anak cucu. Aku akan tanamkan kebencian kepada anak dan cucku kepada sultan-sultan yang zalim seperti ini...
ReplyDeleteMajlis Muhasabah Pemimpin UMNO Sudah Bermula!!
ReplyDeleteTeman pun suka baca blog pro UMNO. Suratkhabar online pun teman suka baca. Sejak sehari dua ni, kita boleh baca spesis UMNO menjerit dan meminta supaya Pemimpin UMNO buat sesuatu supaya rakyat sayang pada UMNO seperti dulu-dulu.Kekalahan UMNO/BN dalam dua PRK, iaitu di Permatang Pauh dan yang terbaru di Kuala Terengganu adalah amat merisaukan spesis UMNO.
Lalu, terdapat suara yang meminta supaya pemimpin UMNO bermuhasabah. Tengok dalam dan luar diri kelemahan yang ada. Perbetulkan. Nescaya UMNO akan kembali meraih sokongan orang Melayu yang sudah mual dengan retorika pemimpin UMNO bahawa hanya UMNO/BN yang boleh memerintah negara dengan baik. Begitulah lebih kurang jeritan batin, spesis UMNO.
Maka dengan senyuman yang meleret manis, teman berimajinasi bahawa satu majlis yang di panggil 'Bermuhasabah dengan Bang Dollah" sedang diadakan di mana kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir berbincang di Pejabat Agong UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi teman lihat dalam imajinasi teman , hadir dengan pelbagai wajah. Ada yang seperti tikus mondok. Ada yang seperti cipan bodoh. Ada yang seperti ungka tua. Ada yang seperti orang yang tak berdosa. Ada yang senyum kambing. Ada yang bibirnya muncung satu kilometer. Ada yang muka entah apa-apa. Dan terdengar juga suara yang berbisik: "mangkuk tu dah nak berhenti bulan Mac ni, tapi macam nak mengelat cari alasan untuk tak nak berhenti".
Dan majlis pun bermula.Teng...teng..teng...
Bang Dollah: "Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Hari ini kita bermuhasabah supaya kita dapat menyelongkar kesilapan, kelemahan, kebodohon dan entah apa-apa lagi sehingga kita kalah dalam dua pilihanraya kecil. Kita bincang dengan kepala yang dingin, ok!!"
Tok Najib : "Kita kalah kerana Pak Lah pilih calon yang tak ada kalibar, elitis, bersalam dengan pengundi pun tak pandai.Terpaksa I ajarkan".
Bang Dollah: " Aii, you salahkan i, Najib? Kan you yang buat statement kat akhbar yang sebut keputusan pilih si Wan Farid adalah dibuat oleh you and i. You dah lupa ke?
Tok Najib: " Kepala Bu*oh you. I saja cakap untuk selamatkan tengkuk you dengan Khairy. I tak mahu orang kata you pilih kroni yang kronik sebagai calon. So i buat statement macam itu. Tapi you relak goyang kaki. I yang kena bedal kerana kalah kat Kuala Terengganu. Nasib baiklah Tun Mahathir , cakap i tak bersalah".
Bang Dollah : You carut i? Sampai hati you. Bukankah you Deputy i yang berjanji untuk setia. Tapi you macam Mahyuddin dan Si Rais Yatim yang sentiasa tekan i untuk letak jawatan".
Tok Najib tak menjawab. Dia cuba membayang sesaorang yang dia kata bahawasanya dia`tak pernah kenal.Orangnya adalah wanita cantik dari Mongolia. Tapi sayang wanita mogolia itu sudah kojol kena letup sehingga berkecai.
Rafidah: " Pak Lah, kita ni nak bermuhasabah atau berbalah?"
Bang Dollah : "Pidah, hang ni ada saja! kita sedang bermuhasabahlah. Yang berbalah adalah hang dengan Shahrizat. Kat Kuala Terangganu, hang tak mahu sama-sama dengan dia berkempen. Tak baik macam itu tau!!!".
Rafidah: " Oh tak baik konon!!!. You lantik Sharizat yang kalah masa PRU dulu sebagai penasihat bertaraf Menteri untuk menjaga pu** wanita dengan gaji lebih dua puluh ribu ringgit sebulan ,baik ke?. Itu adil ke? . I yang menang kat Parlimen Kuala Kangsar , Pak Lah tak lantikpun dalam apa apa jawatan Menteri. Besar kemaluan i, tahu? Rakyat cakap i tak dilantik kerana i jual AP. I Malu...malu". Airmata kak fidah meleleh ke pipinya dan hinggap ke bibir mulutnya yang besar. Rasanya masin.
Bang Dollah:" Pidah, i ingat buah dada you saja yang besar. Rupanya benda lain pun besar"
Rafidah : ( dalam keadaan menjerit macam kena hesteria maka Kak Pidah pun berkata). "You PM yang paling bodoh. I cakap "besar kemaluan", you pula anggap benda lain. Nama saja Imam Hadhari , tapi otak kuning. Menyesal i datang hari ini. Konon nak bermuhasabah. Buang masa saja . Baik I belah sekarang. Main dengan cucu lagi bagus!!!. Ingat Pak Lah!!! kalau you pencen nanti, Najib dah janji nak beri i jawatan dalam kabinet".
Rafidah terus bangun dari kerusi dan keluar tergesa-gesa. Kasut tumit tingginya tiba-tiba patah. Dan oleh kerana terlalu marah dia membaling kasutnya yang patah ke arah Bang Dollah. Nasib baik tak kena.Bang Dollah seperti Presiden Bush, cekap sekali mengelak dan sempat berkata: " Pidah, awat saiz kasut hang kecik saja berbanding badan hang yang tembam?" .Tapi Kak Fidah buat tak layan. Terus dia menonong keluar dewan.
Syed Hamid Albar: "Pak Lah oiii, Rafidah ni dah melampau. Kita tahan saja di bawah akta ISA".
Rais Yatim: " Mid, you ni asyik nak tangkap orang bawah ISA saja. Pidah baling kasut kat Pak Lah tak jejaskan keselamatan negara. You tahu tak?. Itu sebab UMNO/Barisan mulai kalah di dalam mana-mana PRK kerana diantara puncanya ialah isu penyalahangunakuasa ISA".
Mohammad Nazri:" Aaii mangkuk ayun yang bernama Rais!!! Kau ni pro pembangkang ke?. Nada kau jelas macam suara pembangkang".
Syed Hamid Albar: "Pundek betul si Rais ini.... Nazri, apa kata aku tahan Rais Yatim di bawah ISA".
Mohammad Nazri: "Setuju!!!"
Rais Yatim: Apa pundek-pundek nih! You all berbudi bahasalah sikit. I dulu dah buat kempen berbudi bahasa tapi bahasa kau orang macam bahasa perempuan jalang. Ini sessi Muhasabbah. Kita cari punca mengapa orang Melayu semakin menolak perjuangan UMNO. Di antara puncanya mengikut perkiraan i ialah kita tak mahu mendengar isi hati rohani rakyat yang tak suka pada akta seperti ISA".
Syed Hamid Albar: "You ni Rais masih ada darah Semangat 46 mengalir dalam tubuh you. You tahu mengikut kajian dan telah disahkan oleh Musa Hassan bahawa lebih 65% rakyat sokong ISA".
Rais Yatim:" Musa Hassan tu buat survey pakai tali rapia ke?"
Hamid Albar: "Rais you jangan nak perli i"
Rais Yatim kelihatan tak mahu melayan kerenah bodoh Hamid Albar. Tapi mulutnya berdesis: " Pundek punya Syed Hamid Albar".
Tiba-tiba Idris Jusuh bersuara: "Kita dah lari tajuk nih. Inilah akibat tak fokus dalam sessi muhassabah".
Mohammad Nazri: "Mu cakap betul. Tapi bukangkah mu yang tak jalangkan kempeng secara serius bantu Wan Farid kat Kuala Terangganu.Mu sabotaj ke?"
Idris Jusuh: Ini tuduhan palsu dan keterlaluang. I dah menjalangkan tugas sebaik yang mungking. Tapi, doh kalah nok buat cammono. Si Ahmad Said , Menteri Besor Terengganu yang bodoh tu, tak ado karisma untuk menarik kesemua rakyat nyokong Barisang".
Ahmad Zahid Hamidi: "Orang Terengganu adalah di antara orang yang tahu agama. I melihat isu hudud yang puak-puak kita bangkitkan makan diri. Sepatutnya kita jangan sentuh sensitiviti umat Islam. Ini tidak. Puteri Umno pulak masa berkempen, pakaiannya masyaAllah, teruk. Ada yang terlebih seksi. Dan ada yang keterlaluan mainkan isu Anwar Ibrahim kaki liwat. Pantang jumpa kelibat Anwar, orang kita menjerit 'liwat,liwat,liwat'. Akibatnya rakyat Terengganu semakin bersimpati pada Pas , Anwar dan Pakatan Rakyat. Kita kena kembali pada Islam".
Mohammad Taib yang sekian lama duduk terconggok berdiam diri mula bersuara: "Zahid, kita perjuangkan Islam hadhari. Islam jenis ini dapat diterima kerana ianya adalah lebih liberal dan dapat diterima kalau dibandingkan dengan Islam yang di bawa oleh Pas yang ada hudud".
Ahmad Zahid:" Islam Hadhari tak ada hudud ke? Hari ini, saya baru tahu".
Ali Rustam yang sedari tadi diam juga tiba-tiba mencelah:" Saudara-saudara, apa kata setiap rakyat Terengganu kita anugerahkan pinggat gelaran Datuk. Mungkin selepas ini, mereka mati-matian menyokong bulat perjuangan UMNO yang cakna dengan kehendak rakyat Terengganu".
Najib yang duduk diam macam tunggul kayu selepas malas melayan Bang Dollah tiba-tiba bersuara: "Ali you ni tak ada modal lain selain dari beri pinggat.Berpuluh projek pembangunan telah i isytiharkan semasa kempen pilihanraya kat Kuala Terengganu. Kesemuanya mencecah puluhan juta ringgit. Tapi time mengundi, ramai yang sokong Pas. Seolah projek pembangunan yang dijanjikan, dah tak laku. Inikan pula beri pinggat yang tak boleh dimakan. I sebenarnya bingung apa lagi yang patut kita buat. Harap-harap lepas ini sehinggalah PRU yang Ke 13 tak ada wakil rakyat BN yang kojol. I dah tak larat nak jadi Ketua kempen. Baik I belajar dengan Rosmah mengaji Al-Qur'an dan belajar tafsir".
Mahyuddin yang sejak awal perbincangan duduk di sebelah Ali Rustam tiba-tiba bersuara: "Apakata kalau Parlimen Pekan menjadi kosong sebulan dua ini?
Najib: "Apa pasal boleh kosong pulak?. Bukankah i ada lagi".
Mahyuddin: " Najib, ketentuan tuhan siapa yang tahu. Rosmah yang tak pernah i dengar rajin baca Qur'an dan belajar tafsir, tiba-tiba dah isytihar diri rajin baca Al-Qur'an dan belajar tafsir. Mungkin dia dah dapat petanda bahawa ahli Parlimen Pekan akan mati. Dan Rosmah sedang bersiap untuk menguatkan jiwanya menghadapi saat itu".
Najib: " Din, you jangan cakap macam itu. Sebak dada i. Kempunan nanti i nak jadi PM".
Mahyuddin :" Jib, nyawa manusia ni macam di hujung tanduk. Bila sampai waktu, nyawa manusia boleh di ambil oleh tuhan".
Najib: "huh...huh....huh.... (Najib menangis) you mahu i mati ke? I tak mahu mati lagi .I tahu you bercita-cita mahu ganti tempat i jadi PM. Nanti i report kat Rosmah. Biar dia amok you. Dia boleh upah orang......"
Mahyuddin: "Jib, kau jangan buat aku takut. Rosmah, isteri kau lain macam aje. Dia boleh upah orang buat apa pada aku?"
Najib:" Dia boleh upah orang hadiahkan kau C4!!!!"
Mahyuddin: "Takut jib!!!"
Najib: "Kalau takut baik diam!!!
Suasana Majlis Muhasabah yang riuh rendah dengan suara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tiba-tiba dikejutkan dengan suara Bang Dollah: "Alamak pukoi berapa dah nih!!! I tertidoqlah. Tak abis lagi kah?"
sumber: http://sheikh-telukintan.blogspot.com/
INI MESEJ TAKZIAH PEMERGIAN HAJJAH HANIM HUSSEIN ONN KERAHMATULLAH PADA 17 SEPTEMBER 2005 OLEH SHEIKH HISHAM KABBANI.(Pengganti syeikh Nazim Al Haqqani) yang dipetik daripada http://heliconia.wordpress.com/tag/naqsyabandi/
ReplyDeleteInna lillahi wa inna ilayhi raji`oon
To Allah we belong and to Him do we return
As-salaam `alaykum,
It is with deepest sorrow and a broken heart that I, Shaykh Hisham
Kabbani, on behalf of Shaykh Nazim al-Haqqani, and all mureeds of the
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order, sends heartfelt and sincere
condolences to the family of Mrs. Hanim Hussein Onn, in particular to
her brother Dato’ Hishamuddin Tun Hussein Onn, Minister of Education
of Malaysia, to her cousin, the Deputy Prime Minister of Malaysia,
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, and to her husband Dato’ Ghazi
Ishak, her sons Rizal, Hafiz, Ridzuan, mother, auntie, auntie’s
brother, cousins and all other members of her family.
Mrs. Hanim Hussein Onn passed away yesterday after lengthy struggle
against illness. She was a dedicated mureed and she did her best,
together with her family, in supporting goodness against evil.
The Naqshbandi disciples of Shaykh Nazim al-Haqqani will consider the
day of Saturday, as a day of mourning. Everyone will pray Salat al-
Janaza `ala al-ghaibeen in their respective countries.
We request that all students recite the whole Qur’an and Surat al-Fatiha on
behalf of Tun Hanim.
Again, on behalf of Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani, myself, Shaykh
Hisham Kabbani, and on behalf of all the Naqshbandi-Haqqani mureeds
I send our deepest condolences to the family of Tun Hanim, especially
to her brother, the Minister of Education, her cousin, the Deputy
Prime Minister, her husband, children, mother and relations.
was-salaat was-salaam `ala Sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa
sahbihi wa sallam
Signed, Shaikh Muhammad Hisham Kabbani : 18 September 2005
RE-FOR-MA-SI
ReplyDeleteitu hari nizar cakap akan terima apa saja keputusan sultan.
ReplyDeletelast2,bangkang. siap kata nak derhaka kat sultan. apa kes ni? kan nizar tu orang pas. cakap bohong kan dosa.
eh! lupa lak. kan orang pas dijamin syurga...
Ape sshnya, bubar DUN n tgk sape pilihan rkyt. Bknnya pilihan Sultan. Tkt ka nk lwn?? hahahaha..
ReplyDeleteekonomi dh la teruk. nak buat lg pilihan raya. nak membazir duit rakyat lg. membazir tu kan amalan syaitan. pas x ajar ke?
ReplyDeletepewaris Melayu(pencacai NAJIS)...udah le..tu..setakat dapat menang ehsan dari bekas adun PR tak yah lee nunjuk yg deme tu menang...hehe..kesian...
ReplyDeletekalu btul anwar nk topple..mcm NAJIS dok buat ni dahh..lama..KERAjaan pusat downsindrome...tapi tak gentle la bro...tu yg minta ada usul tergemparr....tapi POK LAH plak takuttt...huhuuhu...
kesian..menang ehsann pun jadi lahh wahai PEWARIS MELEYU cum PENCACAI NAJISS..hahaha
UMNO-UNITED MONKEY NO ORGANIZATION(sebab monkey kan melompat2 hehehe)
ReplyDeleteSebenarnya Cikgu kamu tak berbohong. Cuma disebabkan kamu mengaji sekolah maka sukatan pelajarannya setakat sekolah je la. Kes di Perak ni bukan tahap level sekolah.
ReplyDeleteBiar saya ingatkan apa yang terjadi sebelum Nizar (ala yang memohon untuk menderhaka tu la ) dipilih jadi MB.
Di Perak kemenangan PKR ialah majoriti mudah. Bukan 2/3. Taukan apa itu majoriti mudah? Harap harap Cikgu anda sempat mengajar takat tu atau pun harap-harap kamu tak ponteng waktu bab ni keluar pi buat air untuk Ceramah Mat Sabu memaki hamun orang.
Apabila majoriti mudah berlaku, mana-mana pihak yang ada majoriti atau tidak, yakni bermakna BN atau PR boleh buat permohonan untuk menubuhkan kerajaan sebab keadaannya samar-samar.
Maknanya BN dan PKR masing masing boleh memohon untuk tubuh kerajaan. (bab ni susah sikit mungkin Cikgu kamu tak tau, kamu kena tanya loyer, bukan loyer sebarangan kena tanya loyer yang arif undang undang perlembagaan. Loyer yang membela orang meliwat biasanya tak arif bab ini.)
Maka dalam keadaan ini taraf BN dan PR adalah sama masing masing boleh memohon untuk tubuh kerajaan. PR yang dikepalai oleh DAP pun memohonlah sambil berkata "AMPiiiiiiuuuUN tuanku Patik ini pohonlah kasik buat ini Perak kerajaan Negeri kirana kami-kami ini ada cukup orang orang yang dimana rakyat Perak telah pilih untuk kasi bikin" Ini surat kami dan kami mau MB pun dari DAP" Sila Tuanku tengok surat kami." AMPIUUUUUN tuanku. (p/s Kami janji tak bikin industri khinzir besar-besaran kami bikin dekat itu Kedah, Kedah itu kerajaan rakan kami musti dia kasi punye)
kui kui gaya bahasa atas tu rekaan aku je, aku pasti Bahasa Melayu dan adap DAP amat TIP-TOP sebab tu boleh kawan dengan PAS. Ala orang PAs kan baik baik.... kengkawan PAS pun metilah baik juga.
Ok Sultan Azlan pun terima. Lepas tu BN pulak datang. BN mohon juga untuk menubuh kerajaan MINORITI ( kerajaan minoriti dalam proses demokrasi ada woooo jangan ingat majoriti je mesti Cikgu kamu tak hajor bab ni sebab kalau dia tau bab ni mungkin sepatutnya dia jadi loyer bukan jadi Cikgu sebab bab ni rumit sikit) negeri Perak atas alasan PR ialah bukan kerajaan yang stabil dan BN lebih stabil. (eh eh rasanya betul juga kata BN ni tenguk apa dah jadi sekarang lebih kurang 10-11 bulan dah tumbang.)
Sultan Azlan pun terima juga permohonan ini. Jangan lupa kedua-dua ada hak untuk memohon menubuhkan kerajaan negeri sebab keadaan majoriti mudah ini.
mmm Sultan Azlan kena buat pilihan sekarang. Bukan senang sebab kedua-duanya ada locus-standi ( uuuu kalau Cikgu kamu tak hajor bab locus standi ni pegi keluar sat dari dango kamu pi beli kamus) kedua-duanya ada merit dan kedua-duanya layak memohon.
mm macamana ni yek? Kalau pilih BN kerajaan minoriti BN silap silap kena ada pilihanraya semula. Tindakan pertama BN mungkin bubarkan kerajaan. Big problem kalau itu berlaku.
Tapi kalau pilih PR pulak kerajaan rasanye tak stabil. Si PAs nak tubuh kerajaan Islam. DAP pulak sibuk MAlaysian Malaysian nye. PKR pulak sibuk nak tukar Malaysia jadi Republic. Apa hala tuju Kerajaan negeri Perak? susah susah..
Tapi akhirnya beliau pilih PR. Malangnya DAP tak dapat MB sebab Udang-Undang Tubuh negeri Perak tak benarkan bukan ISlam jadi MB. Ye la buatnya Sultan Azlan nak naik Haji nak bawak MB sekali macamana? Pergi majlis tilawah Al-Quran sapa nak iring? Tak pun masa sembahyang raya. Paling teruk masa baca doa kat majlis hanya berdiri tegak dan tangan letak kat anu bukannya nak berdoa sama.
Jadi akhirnya dapatlah Nizar jadik MB.
Akhir kalamnya apakah ini bukan ikut perlembagaan? Adakah ni Sultan lebih memihak kepada BN? Adakah Sultan berat sebelah? Jawaplah sendiri. Pada tahun 2008 BN menerima keputusan ini dengan hati terbuka walaupun boleh diteruskan ke Mahkamah. Boleh BN persoalkan Sultan kenapa tak pilih BN sebab apa yang diutarakan ada merit dan nampaknya betul la apa kata BN ni. 11 bulan je Yooooooop.
Walaupun apa yang teman cerite ni dalam bahasa mudah tapi inya ilah fakta dan betul menurut undang-undang nye. Kalau mike tak percaya, pi la tanya loyer mike pasal hal ni jangan duduk di dango lagi.
Tulah tanah bagi kat orang 999 tahun dapatlah mike duduk dango. Padan muka mike.
Sultan Perak amat yang arif bab-bab ni dan adil untuk semua. Kali ni beliau memilih BN sebab BN dah cukup anggota untuk memiliki majoriti mudah. Adil la tu zzzzz. nak bubar buat apa sebab peruntukkan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak dah memadai.
Perakians,
ReplyDeleteTomorrow Najis will be in Ipoh to attend CNY open house organise by MCA(I'm not sure on the exact location. Pls find out).
Everyone are invited! Pls bring along the 'telur busuk' & kasut or whatsoever. Sure you know what's the purpose for!
Sultan dah banyak termakan budi BN dulu jadi sekarang kena la balas jasa.... Ape bleh buat....
ReplyDeletePerak kena tukar nama Perak darul 'Ehsan' sebab BN dapat Ehsan dari sultan (pro BN) untuk tubuh kerajaan, bukan raayat yang pilih..... buka gelangang baru lah Melayu sejati. (Sebab tu Perak dapat MB ???.. he he he)
ReplyDelete1. Kalau dah KETAM mana boleh duduk di Istana.
ReplyDelete2. Istana untuk Raja-raja atau Sultan.
3. Sepatutnya Babi duduk di dango. Ketam duduk di hutan bakau nuu.