Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini petang ini selepas mengadap Sultan Perak sebentar tadi.
Nizar berada di Istana Kinta selama 20 minit daripada pukul 12.45 tengah hari ini.
Sidang media itu dijangka berlangsung pukul 3 petang.
Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai "OK", Nizar berkata, beliau akan menemui wartawan kemudian.
Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.
"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Nizar juga mengadap Sultan Perak di Istana Kinta petang semalam.
Ada x web yg ble tgok live PC jam 3 nanti??
ReplyDeleteye..keputusan bubar DUN mmg keputusan yg paling adil..
ReplyDeletebiar rakyat tentukan!
nampak gayanya pr dah menang pusingan pertama...kita tengok siapa yang kena......
ReplyDeletejgn la yakin sangat dan buat mcm2 andaian...dalam politik nie mcm2 ada...apa yang penting..KERJASAMA...
ReplyDeleteTERKINI: Bernama telah melaporkan bahawa Baginda Sultan Perak telah menitahkan MB Nizar meletakan jawatan berkuatkuasa serta merta.
ReplyDeletelega sikit aku sbb nizar kata OK. tapi bleh caya ke post ni, kelmarin dah terkena aku, hehehehe
ReplyDeletesemua server blogspot xboleh access?! tlg confirm!!!
ReplyDeleteTERKINI: Bernama telah melaporkan Najib dibawa ke hospital kerana diserang angin ahmar.
ReplyDeletebernama melaporkan begitu la..
ReplyDeleteMB Nizar diperintahkan meletak jawatan serta merta...
""Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.
ReplyDelete"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.""
Dah 'confirm' kerajaan PR Perak tumbang tak bangun-bangun kerana Sultan tidak perkenan DUN Perak dibubarkan... Sultan perkenan BN tubuh kerajaan negeri baru di Perak... Keputusan ini dibuat di atas kebijaksanaan Sultan Perak…
Jadi tak perlu pertikai kerana Nizar sendiri yakin dan tidak meragui keputusan Sultan. Redha jelah...