Tuesday, February 03, 2009

Pilihanraya Negeri Perak Dalam Masa Terdekat? - malaysiakini

  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa kosong - Behrang dan Changkat Jering - masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR.

  • Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering.

  • Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam.

  • Pada hari yang sama, Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa.

  • Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada SPR selepas desas-desus kedua-duanya akan meninggalkan PKR dan menyertai BN sejak minggu lepas.

  • Jamaluddin dan Mohd Osman semalam bagaimanapun menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa dan "tidak timbul mereka telah bertukar parti."
-malaysiakini

TP - kalau ikut kenyataan dari Pakatan Rakyat semalam, Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan sekiranya SPR tidak mengiktiraf surat perletakan jawatan 2 ADUN tersebut.

Jadi harap jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Negeri Perak bersiap sedia untuk Pilihanraya Negeri Perak.

Tunggu apa perancangan dan pengumuman dari pucuk pimpinan Pakatan Rakyat petang ni.

5 comments:

  1. Pihak Najib sudah bermesyuarat dan mereka sudah dapat menilai dari semua sudut bahawa jika pilihanraya kecil diadakan, UMNO-BN akan gagal sekali lagi kerana tidak ada isu untuk dikempenkan di Perak , jikalau ada ianya amat lemah malah boleh jadi senjata makan tuan.

    Adalah lebih baik masa yang tinggil sedikit lagi ditumpukan pada perhimpunan agong UMNO pada bulan march nanti. Jawatan dalam parti lebih penting dari melayan pilihanraya kecil yang tidak menguntungkan.

    Oleh kerana itu keputusan itu sudah dismskan kepada pengarah SPR dan SPR pula dengan kuasa yang dimilikinya memutuskan tidak perlu diadakan pilihanraya atas alasan wujud kekeliruan terhadap surat perletakan jawatan yang diserahkan oleh speaker V. Sivakumar dengan pengakuan ADUN yang tidak pernah menghantar surat untuk tujuan bersara...

    Kesimpulannya 2 ADUN PKR yang dilihat sebagai pengkhianat ini telah dan diselamatkan oleh UMNO dari disingkirkan oleh parti PKR kerana Najib tahu perancangannya untuk menawan kerusi tersebut telah gagal dan dia tidak mahu terjebak dalam pilihanraya kecil yang telah dikenalpasti bahawa dia akan diperbodohkan lagi.

    Walau bagaimana pun permainan masih belum tamat.

    ReplyDelete
  2. ciannya korang.. hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Mari kita boikot 2 adun ni...PKR kena beri kata dua pade 2 ekor adun ni...menyusahkan org je...

    ReplyDelete
  4. Dicadangkan agar MB menggugurkan jawatan Exco kedua-dua Mangkuk dan jika dipersetujui semua diganti dgn YB Bota yg lebih berkelayakan. 2 ekor DUN ni kita cold storage kan aje.... biau dia lompat dalam Be End pun takpe la!

    Dari statistik PRU 2008 dgn PRU 2004, kita yakin mandat akan tetap diberikan oleh rakyat Perak kepada PR..... so BUBAR DUN, kita benam Be End selama-lamanye.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?