Ini adalah respon dari seorang pembaca dalam artikel [sini] berkenaan dengan Unit Amal dan aku rasa perkara ni perlu diberi perhatian yang sewajarnya...
Salam,
Memang benar, Unit Amal PAS ini bersedia dikerahkan untuk bertugas bagi mengawal keamanan dan perjalanan aktiviti atau program yang dianjurkan oleh PAS atu kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka menjalankan tugas dengan sukarela tanpa sebarang imbuhan. JIka ada pun hanyalah nasi bungkus semasa menjalankan tugas seharian suntuk. Mereka datang dari merata tempat.
Sehingga kini, belum ada lagi parti-;parti politik yang memiliki pasukan sedemikian.
Cumanya, ada sebahagian anggota-anggota Unit Amal ini ada yang memakai pakaian yang telah lusuh semasa menjalankan tugas. Penampilan sedemikian boleh menjejaskan imej pasukan Unit Amal ini. Tetapi kita sedia maklum, mereka mengeluarkan beelanja sendiri untuk mengadakan pakaian dari atas kepala hinggalah ke kaki, dari beret hingga ke kasut. Semua dibeli sendiri.
Telah sampai ketikannya, PAS Pusat atau Negeri, perlu mengusahakan dana bagi menyediakan pakaian yang selengkapnya kepada anggota-anggota Unit Amal ini. Penampilan dari segi pakaian juga amat penting bagi menonjolkan imej parti selain dari disiplin anggota-anggotanya. Jika boleh anggota-anggota Unit Amal ini diberi lencana pangkat dan Negeri bagi mencerminkan kekananan, kecemerlangan dalam perkhidmatan dan dikenali dari Negeri mana yang diwakili oleh mereka.
Bekas-bekas anggota tentera yang menjadi ahli PAS sebaiknya diminta tampil bukan sahaja berkhidmat dalam pasukan Unit Amal ini tetapi juga boleh melatih anggota-anggotanya menjalani kawad dan disiplin-disiplin tertentu.
Jika saranan ini mendapat pertimbangan dari PAS Pusat atau Negeri, pasukan Unit Amal ini akan lebih berketrampilan, berdisiplin dan kelihatan gah pada orang-orang awam yang diluar parti.
Sekian dan wassalam,
para_jump101
Sy sokong cadangan untuk meningkatkan imej unit amal PAS.
ReplyDeletePenampilan mencerminkan keperibadian.
Dan sy menyokong untuk ditingkatkan kekuatan unit amal PAS dengan memberi latihan yang perlu.
mana tau nantie ada ahli2 unit amal nie boleh diserapkan ke pasukan polis bila PR memerintah diperingkat persekutuan.
Sebabnya seperti yang kita sedia maklumlah akan lawak jenaka yang sering dimainkan oleh Pooh-lis malaysia.
Bukan senang ooo nak "cuci pakaian seragam" tu..
Tapi perlu dicuci..
Aaahh..melalut la pulak aku.. tapi you guys got the point right? :-)
apa kata bukak satu akaun...maybe sape2 nk beramal jariah boleh hulurkan sumbangan mcm sumbang yg dibuat utk bloggersnetwork tu..
ReplyDeleteuntuk unit amal tu Esey setuju benorlah yeop! dari pakaian seragam juga boleh mencerminkan kegerunan pihak lawan...100% setuju!
ReplyDeleteTapi kalau Zali diberi cawat besi...Essey lagi setuju! (boleh lindung diri dia sebab ramai dah tahu identiti dia...)
saya cadangkan kapten zahar pimpin unit amal!!
ReplyDeleteMEMANG CANTIK PLAN TU...
ReplyDeleteORG BERBUDI KITA BERBAHASA
ORG BEKERJA, KITA ARIYA LAH. JGN KEMUT !
sukran jazakallah...ya shikh
ReplyDeleteSaya sokong - buat satu akaun amal untuk mereka
ReplyDeletebetoiiii sgt tu.. buat uniform mcm FRU.. baru le boleh fight.. siap dgn mask skali... baru boleh buat demonstrasi bnyk lagi... Kali ni FRU kena minta askar tolong lak.. tembak ngan kereta kebal...
ReplyDelete