Tuesday, February 10, 2009

RPK: Anwar, Kit Siang & Hadi Should Quit - malaysiakini

Lagi satu berita yang bakal jadi kontroversi... tunggu respon dari 3 pemimpin berkaitan...

-rocky's bru

31 comments:

  1. kah!!kah!!!kah!!!kah!!,..

    Lepas ni RPK akan dituduh agen UMNO,..dirasuah berpuluh juta atau dijanjikan projek beratus juta oleh DS Najib,..

    Bersediakah engkau wahai RPK utk menangkis serangan penjilat@pencacai PR?????

    Segera MAMPOS LAH PR,..!!!

    KAH!!!KAH!!!KAH!!!KAH!!!KAH!!

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,
    itu hanya pendapat dan lontaran idea peribadi beliau. namun begitu, jika hanya pandai mengesyorkan sebegitu atau sebegini, jutaan lagi dari kalangan pendukung dan penyokong PR mampu berkata hal yang sama. RPK seharusnya turut menamakan calon-calon yang pada pendapatnya paling sesuai dan berkarisma menggantikan ketiga-tiga nama pemimpin berkenaan. Saya secara peribadi tidak pasti status keahlian parti politik RPK kerana jika beliau menjadi ahli kepada salah satu parti politik yang berkenaan adalah wajar beliau mengutarakan / meluahkan kritikan melalui saluran domestik parti itu disamping saling menjaga dan memantapkan keharmonian dan kesepakatan yang sudah terjalin antara parti dalam PR. Tidak salah mengkritik pemimpin tetapi setelah 50 tahun dipermainka, diperolok-olokkan oleh Be End, kita masih tidak serik-serik dan terus-terusan memberi ruang kepada mereka membedil kubu kita. Kepada RPK dan sahabat-sahabat yang sependapat dengannya, PR dilihat tidak dalam kemelut kepimpinan sebagaimana yang sedang bergelora di pihak Be End. Apa yang berlaku di Perak baru-baru ini ialah lebih kepada aspek integriti, semangat perjuangan dan setiakawan yang tipis dalam diri seseorang ADUN itu, malah ramai lagi ahli-ahli, pendukung dan penyokong PR yang perlu digilap semangatnya dan diberi suntikan kesegaran perjuangan.

    p/s: Khas untuk RPK: Do you feel that you are very much better lead the party / PR than those? if so, please do not hesitate to offer yourself to be.....

    ReplyDelete
  3. Bior le dia ni...masing2 nak cari populariti, sama mcm si Karpal tu la..d org ni saje nak kasi panas keadaan dan bagi org amno seronok terlompat-lompat..Org amno ingat d org dpt kuasa, tapi yg sebenornye krisis ni buat rakyat makin benci amno n bn..MAMPOS le AMNO dan kuncu2nye lepas ni..

    ReplyDelete
  4. Kita asyik mencabar org itulah org inilah yang tak betul, letak jawatanlah.Kenapa tak pikirkan senario punca keadaan begini terjadi.1. Dua orang PR DUN Perak dituduh rasuah 2. Dua2 ni hilang 3.Keluar PR kejap BN kejap Bebas.Terkini tak hadir mahkamah dan salah seorang kena waran tangkap.Klau betul katakan ketuanan melayu,kenapa nak rampas dari melayu? Nizar tu bukan melayu ker? dan pengganti nya pulak tu melayu tulin ker????

    ReplyDelete
  5. ala.... ni cuma pandangan peribadi....

    ReplyDelete
  6. mak ai... sumernye pandangan peribadi... peribadut kot... hehehhe

    ReplyDelete
  7. sbb di perak..skrg org dah tgok yg pltik mlysia ni pltik gila...kuasa pnya psal suara rakyat tolak kblkang...bila nak mgundi bru la letak rakyat kat depan..siap sembah2 lg...ahahahah...stdy je tggi2 tpi akai ttap duk kat tumit...

    yg 4 ekor 2...tanam hdup2 je... buat penat rakyat p mgundi je bla jdi mcm ni...

    ReplyDelete
  8. Biasa la sikit2 pndangan peribadi..
    ni pandangan org2 kuat PR bkn barua2 PR.

    ReplyDelete
  9. kah kah kah ....
    RPK RPK.. apa la hang ni... dah jadi lalang ke ??... saheh kena tipu ngn angin juta-juta ni...

    4 org tu pulak.. bawak mai sini, kami nak lapah kat sempadan thai.

    ReplyDelete
  10. RPK = PKR ---> korang pusing2 skit je... nampak sama je... hehehhe

    ReplyDelete
  11. aku tambah:
    RPK
    PKR
    PRK
    wakakaka

    ReplyDelete
  12. Wah dan banyak anonymous dalam blog ni...sama macam aku !!

    Kita sama-sama berani dalam gelap tapi takut pada yang terang pasal kita memang hantu raya.

    RPK adalah penulis blog yang berkrisma. Sesiapa saja boleh bagi komen terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Apa masaalahnya RPK nak bagi komen...?
    Hanya pemimpin Pakatan Rakyat saja yang tahu maksud sindiran RPK tu. Kenapa nak terkejut berok..?

    ReplyDelete
  13. x payah terang2... kalo terang2 pun x tau nak beza yg mana 1 btui.. baik biar gelap... hehehehe

    ReplyDelete
  14. Rocky ni kaki belit untuk najub and madey...jangan percaya sgt.

    ReplyDelete
  15. Kah Kah Kah

    Elok la tu labu

    Kah Kah Kah

    Tak pening kepala kita nak menipu

    Kah kah Kah

    Kalo tigo ekor tu takde kat situ

    Kah Kah Kah

    Senang kita buat propaganda palsu

    Kah Kah Kah hok hok hok ptuih..

    ReplyDelete
  16. rpk ni species karpal juga....cakap mcm org tak semayang.....

    ReplyDelete
  17. Bolehkah melancap jatuh hukum harus?
    teman ade dgr....
    ntah le....

    ReplyDelete
  18. Bior lee..sapa2 pun bley bagi pendapat...PR bukan macam B.END sume yesman n Jilatman...

    Penakut n Pengecut..

    PR open ..sapa2 tak suke bagi tau jee..so secara tak langsung..pemimpin tau mana kesilapan dia.

    Kalu Me spik No inglish tau ni...biasa le ayat dia..PR menuju kehancuran hehe..bodo kayu..

    orang tua B.END sumanye yang buat sume betul hehe..takde yag tak betull.

    ReplyDelete
  19. time zul kulim-bb bg pendapat x lak tau mana kesilapan... die plak yg kena bedal balik... lu P K R sdiri... heheheh yg 3 melompat ni pun patut tau dah mana silapnye... kalo xde silap xkan melompat, tu mesti kata dpt habuan tu...

    ReplyDelete
  20. pada teman sindiran rpk sama mcm karpal. org amno berani hambat najib turun ka?

    komponen beend berani suruh najib turun ka? muahahahha semua kunci mulut. sbb apa? hangpa tanya najib

    ReplyDelete
  21. umno dan pengikut2nya dayus. Apa yg pemimpin Umno buat,,betulka..tak betul ka..semua betul..Nak tegur tak berani. Lebih takutkan Najib dari ALLAH. Bagi depa PM,TPM, menteri Umno adlah tuhan mereka.

    ReplyDelete
  22. bagus dan syabas RPK..berani berkata apa yg benar di hati..errr kok umnolah yg macam ni..sure kena cantaslah..derhakalah..apalah...

    Bekas kopral Suleman rejal

    ReplyDelete
  23. x pe la kita tengok je sp jd pilihan rakyat b.gantang rs2 aku la mesti pakatan la jd pilihan...kita tungguuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  24. Kalau 3 orang pemimpin ni berhenti, nak bagi siapa lagi...Karpal?
    Demam tempoyak dah berjangkit kat Raja Petra pula.

    ReplyDelete
  25. Teman sokongle cadangan RPK tu tapi dengan syarat (Dolah*), Najib, Ong Tak Kuat, Samy Malu dan Koh Buah Sukun pun letak jawatan jugakle kerana parti pimpinan deme jugak penyebab berlakunya kekacauan politik di Perak negeri teman. Kalo sama-sama setuju letak jawatan teman setuju bebeno.Sokong 100%. Termasuk dalam senarai kene 'quit' tu ialah Pateh Kerma Wijaya dari B.Datoh tu...
    Lepeh tu kita pilihlah pemimpin-pemimpin baghru yang tak berpaksikan sama ada kepada BN atau PR ( BN dan PR kena haramkan dulu ) dan terbentuklah budaya politik baghru bukan saja di Perak, malah di Malaysia.
    Teman rase rakyat Perak dan Malaysia kini sudah matang berpolitik dan tahu memilih pemimpin mereka.Bak kata John Locke dalam buku "Two Tteattises of Goverment" menyatakan bahawa sekiranya manusia tidak dikongkong dan sebaliknta diberi kebebasan untuk memilih tentu mereka akan memilih sesuatu dianggap baik.
    InsyaAllah.
    * dikecualikan kerana akan letak jawatan akhir Mac ni.
    Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  26. Jangan melatah. Anggap lah ini sebagai teguran membina.

    Lim Kit Siang pun post berita ini dilaman web nya bererti dia sendiri berfikiran terbuka dan mengamalkan demokarasi untuk bersuara. Kalau dia boleh mengkritik orang maka di juga boleh dikritik.

    Dia biar orang awam buat komen di laman web nya. Itu kepimpinan berani dan terbuka.

    Dilaman web Tun Mahathir, tidak ada satu komen yang mengkritik beliau sebab semua nya didelete, tidak diterima langsung. Itu budaya Umno.

    Ahli ahli bloggers yg pro PR seharusnya lebih pintar dari ikut melatah.

    Kena educate orang ramai dan penyokong PR bahawa ini satu perubahan sihat untuk demokrasi dan bersuara. Dan pemimpin harus prihatin dengan keadaan dalam dan luar parti.

    Yang penting sokongan mesti padu.

    ReplyDelete
  27. kekacauan yg berlaku kat perak berpunca dari nuar al-juburi yg menghalalkan KATAK melompat sana sini. takkan katak lompat PR halal tp lompat ke BN jadi haram kot..

    dayusnye korang bile berpikiran camtu.. ke korang memang dari keturunan yang dayus???? takdak teloq?? hahahaha!!

    thanx sebab pulangkan perak yg NIZAR nodai selama ini.

    ReplyDelete
  28. Tak kiralah ianya pandangan peribadi atau apapun, yang pastinya RPK pun dah tak percayakan PR dan pemimpin-pemimpinnya. Dan tak ada kena mengena dengan RPK dirasuah atau tidak...

    ReplyDelete
  29. time rpk tegur diorg membina, time rpk tegur org lain x tau la apa? ceghodik bebeno mike...

    ReplyDelete
  30. Saya sedikit teruja setiap kali menulis mengenai Pakatan Rakyat. Mungkin kerana topiknya amatlah mudah untuk ditulis. Ada saja buah-buah fikiran yang mencurah-curah masuk ke dalam otak.

    Suka saya ingatkan di sini bahawa tajuk artikel saya kali ini amatlah bertepatan dengan isi kandungannya. Jika anda bersetuju dengan tajuk di atas, tidak perlulah anda meneruskan pembacaan anda. Ini kerana mereka yang sudah masak dengan agenda Pakatan Rakyat sudah tidak perlu diberitahu lebih lanjut lagi. Sila berhenti membaca di sini. Terima kasih.

    Jika anda tidak bersetuju pun, tidak mengapa. Tiada apa yang akan saya katakan akan masuk dek akal di kalangan mereka yang tidak sehaluan dengan blog ini. Anda boleh tekan butang ‘backspace’ sekarang. Terima kasih.

    Sebenarnya, artikel kali ini ditulis kepada sesiapa yang telah melihat gelagat para penyokong Pakatan Rakyat pada hari Jumaat lepas.

    Saya terpanggil untuk menganalisa apa yang berlaku selepas hari Jumaat tersebut. Kita tidak akan menyentuh mengenai keputusan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.



    gambar ehsan dari blog Daulat Tuanku

    Ini kerana, ramai yang tiba-tiba sudah khatam ijazah perundangan akan bertelagah sesama sendiri di sini. Ramai juga yang perasan menjadi tuan-tuan hakim untuk terus menerus menjatuhkan hukuman kepada Sultan Azlan. Walaupun sudah dikatakan bahawa baginda telah bertindak mengikut lunas undang-undang, ada juga yang akan menidakkan bidang kuasa baginda. Mereka akan berkata yang baginda mungkin tersilap kerana baginda hanya seorang manusia, akan tetapi mereka ini terlupa yang mereka juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Harap mereka ini dapat menarik dan menghela nafas keinsafan.

    Seperti dikatakan dahulu, kita boleh membawa perkara ini ke mahkamah jika mahu.

    Namun begitu, perkara yang tidak dapat diselesaikan di mahkamah adalah maruah baginda yang sudah tercemar akibat cacian para pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut para penyokong mereka supaya memberontak. Kelakuan ini sudah pun dikategorikan sebagai menderhaka.

    Yang gelihatinya, apabila orang ramai berkata bahawa Pakatan Rakyat sudah menderhaka kepada Sultan, mereka cuba memulang paku buah keras dengan mengatakan Umnolah yang mula mula menderhaka kepada Sultan suatu masa dulu. Sungguh pelik sekali. Apabila dengan terang kita melihat Umno, Barisan Nasional, sebahagian rakyat, segelintir NGO dan para bloggers sedang berhempas pulas mempertahankan institusi diraja, Pakatan Rakyat dengan tidak segan silu menzahirkan perbuatan mereka dengan menyatakan ‘dulu orang lain pernah buat, kami pun hendak buat juga!’

    Beginilah sebenarnya perangai pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan. Di mana-mana kita baca tidak terdapat satu blog pemimpin Pakatan Rakyat yang meminta maaf di atas keterlanjuran para penyokong mereka minggu lepas. Anwar Ibrahim telah bertungkus lumus menggembleng tenaga buruh (ada juga yang di import dari Indonesia) untuk membuat rusuhan yang secara tidak langsung merupakan kejadian paling biadap yang pernah kita saksikan sepanjang hayat kita.

    Sewaktu Raja-Raja Melayu ingin tunduk kepada pihak British, orang-orang Melayu ketika itu telah berarak beramai ramai ke Station Hotel di Kuala Lumpur untuk memujuk raja-raja mereka agar tidak bersetuju dengan perjanjian Malayan Union. Kesultanan Melayu bernasib baik kerana Datuk Onn Jaafar telah memimpin perjuangan untuk mengembalikan kuasa Raja Raja Melayu dari dirampas oleh pihak British.

    Hari ini kita dapat saksikan betapa gediknya blog-blog Pakatan Rakyat mengungkit cerita-cerita lama untuk mempertahankan kelakuan mereka tempoh hari. Akan tetapi mereka ini sudah berasa lebih tinggi dari raja hingga tidak terfikir oleh mereka untuk meminta maaf kepada Sultan Azlan. Mengapa perlu terkinja-kinja dan bersungguh-sungguh mengalihkan perhatian orang ramai? Mereka tidak sedar bahawa ianya tidak sama sekali memadam penderhakaan mereka. Ianya hanya dapat dimaafkan jika Anwar Ibrahim, Mohd Nizar dan seluruh barisan exco lama Perak memohon ampun di atas kesalahan mereka tempoh hari.

    Oleh kerana Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang tidak bertanggungjawab, mereka akan terkial kial mencari sebarang justifikasi untuk membolehkan mereka menderhaka kepada Sultan. Dan dengan pantas, mereka menjumpainya. Tiada cara lain, kecuali dengan mengungkit sejarah. Mereka berharap sejarah akan berpihak kepada mereka. Sayang sama sekali, sejarah juga tidak akan melepaskan mereka dari kesalahan derhaka.

    ‘Orang lain boleh buat, mengapa kita tidak boleh? Yang penting, Umno juga perlu dilihat sebagai penderhaka.’ Itulah yang mereka lakukan.

    Yang anehnya, dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim berkata yang beliau akan cuba mengembalikan kuasa Raja Raja. Bagaimana hendak mengembalikan kuasa raja-raja jika kita berkurang ajar kepada mereka? Saya khuatir Anwar Ibrahim akan sukar membuat ucapan kelak kerana lidahnya makin bercabang.

    Ada yang lebih aneh lagi. Di dalam blog-blog pro Pakatan Rakyat, para penyokong mereka pula ingin melucutkan kuasa raja raja kerana marahkan kepada Sultan Azlan. Pelik bin ajaib! Telatah Anwar Ibrahim dan para pengikutnya ternyata mengaibkan institusi DiRaja.

    Ingat, jika ingin mengungkit cerita lama seperti kes Tan Sri Ghazali Jawi dan insiden Datuk Idris Jusoh dengan pemangku Sultan Terengganu, maka janganlah anggap diri sudah terlalu sempurna dari sebarang kesalahan. Janganlah menganggap diri sudah terlalu gah dan sudah lebih makan garam dan telah banyak membuat jasa.

    Tindakan tidak meminta maaf menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat percaya diri mereka kebal dan boleh melakukan sesuka hati terhadap raja mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, Umno pernah berjasa besar kepada Raja Raja Melayu sebelum itu. Apakah jasa Pakatan Rakyat kepada Raja Raja Melayu kini?

    Ada? Tunjuk isyarat lucah ada lah!

    Ingin diingatkan bahawa kes Tan Sri Ghazali Jawi amatlah berlainan sekali dengan peristiwa Anwar Ibrahim dan Mohd Nizar menderhaka kepada Sultan Azlan. Tan Sri Ghazali Jawi berhenti walaupun mempunyai majoriti dari wakil rakyatnya. Tun Hussein Onn bagaimanapun telah menghormati kehendak Sultan Idris dan melucutkan jawatan Menteri Besarnya. Sultan Idris telah berkehendakkan sesuatu di luar batasan sistem perundangan Perak. Jika contoh ini yang diambil oleh Pakatan Rakyat, maka jika Sultan Azlan bernazar tidak mahu Mohd Nizar sebagai Menteri Besar baginda, adakah Anwar Ibrahim akan menghormati Sultan Azlan dan mengarahkan Mohd Nizar supaya bersabar dan menerima sahaja titah Sultan? Tidak sama sekali. Kita telah melihat, mendengar dan membaca mengenai kebiadapan mereka.

    Oleh itu, tidak usahlah hendak mendabik dada berlagak hero. Bertelur sebiji, riuh sekampung. Contoh yang dikemukakan tidak boleh dipakai. Alangkah cocok dan manis jika kita dapat melihat para pemimpin Pakatan Rakyat menelan ego mereka dan meminta ampun kepada baginda Tuanku.

    Adakah pemimpin PAS terlalu maksum untuk meminta ampun bagi pihak penyokong mereka? Anwar Ibrahim tidak mungkin akan meminta maaf kerana kita sudah tahu mengenai personalitinya. Beliau tidak akan sekali-kali merendahkan diri untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliau terlalu maksum untuk itu semua!

    Atau adakah mungkin para pemimpin di dalam Pakatan Rakyat tidak percaya kepada institusi Raja lagi? Adakah seorang bernama Sultan Azlan tidak berhak mendapat sembah hormat yang sewajarnya? Atau mungkin mereka berfikir bahawa orang bernama Sultan Azlan hanya berhak ditempelak sahaja? Boleh dimaki dan dicerca di dalam blog, di dalam ceramah, di dalam surat-surat khabar Pakatan Rakyat, di mana-mana sahaja. Begitu? Jika lidah sudah bercabang, sifat sifat baik di dalam diri manusia dengan sendirinya akan terhakis.

    Jika Pakatan Rakyat sudah tidak hormat kepada institusi Raja Melayu walaupun hanya baru berkuasa selama 11 bulan, mana mungkin mereka akan melindungi dan menghormati masyarakat madani di masa yang akan datang.

    Inilah musibah yang akan menanti rakyat jika Pakatan Rakyat terus menerus didodoi oleh sokongan mereka yang terlalu taksub kepada sifat sifat orang yang lidah bercabang.

    INI DARI BLOG JEBATMUSTDIE...

    JAWABLAH TAKSUB ANWAR OI..

    ReplyDelete
  31. BLOG TUN BANYAK YANG BELASAH DIA TAPI SEMUA DIA LEPAS, ANWAR PELIWAT TU YANG PENAKUT....BILA AKU MASUK DAN KOMEN CONFIRM TAK KELUAR PUNYA....

    KATA DULANG PAKU SERPIH...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?