Thursday, February 26, 2009

Sekitar Ceramah MB Ir Nizar Di Bagan Serai - malaysiakini

Malam tadi di Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai, berlangsung Ceramah Perdana Isu-isu semasa oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Majlis dimulakan tepat jam 9:30 malam dengan ceramah pembukaan dan suntikan semangat oleh pengerusi majlis.

YAB Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 9:40 malam dan disambut dengan laungan takbir dari para hadirin yang membanjiri kawasan ceramah.

Majlis semalam dianggarkan telah menarik lebih kurang 3000 audience yang telah memenuhi kawasan sekitar Markaz Tarbiyah PAS seawal waktu maghrib sebelum memulakan solat Maghrib berjemaah disusuli denagn solat Isyak berjemaah di masjid bersebelahan Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai.

Deretan gerai-gerai para peniaga kecil juga dipenuhi dengan para hadirin yang mengambil kesempatan mengalas perut masing-masing sementara menunggu majlis bermula.

Apa yang paling menarik dalam majlis semalam ialah bilamana ia berjaya mengumpul audience dari berbagai kaum dan agama di bawah satu bumbung. kelihatan masyarakat dari kaum Cina dan India tidak segan silu memenuhi dewan ceramah dan tanpa rasa takut atau segan, mereka memenuhi barisan hadapan deretan pendengar ceramah.

Tahniah Pakatan Rakyat kerana berjaya menyatukan semua kaum tanpa paksaan dan bayaran dibawah satu bumbung diatas satu nama - PERPADUAN...!!!

Barisan penceramah.
Antara tetamu yang memenuhi dewan tempat ceramah diadakan.
Tetamu lelaki dan wanita diasingkan antara satu sama lain.
Berbagai kaum, bangsa dan agama dibawah satu bumbung atas nama PERPADUAN.
Datang dengan jemputan, pulang tanpa bayaran. itulah perjuangan.
Suasana begini hanya dapat anda lihat dimajlis anjuran Pakatan Rakyat.

1 comment:

  1. Di dalam kitab sirah Al- Rakhiqul Makhtum karangan Syeikh Abdul Rahman Al-Mubarakhfuri ada menceritakan tentang satu riwayat bagaimana golongan pemimpin kafir Quraisy cuba mengugut Nabi saw di hadapan bapa saudara baginda saw Abu Talib yang di ketika itu sedang terbaring sakit agar meninggalkan perjuangan baginda untuk menegakkan Islam..Lalu baginda saw meminta kepada Abu Jahal diantara tokoh pemimpin kafir dan kuat menentang Islam untuk memberikan satu formula untuk bangsa Arab bersatu dan bangsa lain menghormati dan memeluk agama bangsa Arab...Maka jawab Abu Jahal jangankan satu sepuluh formula boleh diberikan oleh beliau...namun kesemuanya ditolak oleh Rasulullah saw kerana kesemua formula itu berdasarkan kepada kebendaan yang tidak kekal lama..lalu Nabi saw Bersabda:''Katakanlah oleh kalian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..dan kamu tinggalkan apa yang kamu sembah(berhala)ternyata apa yang disebutkan oleh nabi saw itu benar apabila semakin ramai manusia yang memeluk agama Islam dan menghayati hidup secara Islam yang tulen bukan (hadhari)yang bersifat kepura-puraan..maka Allah memuliakan umat Islam apabila Islam menjadi kuat dan unggul hingga dapat disebarkan hingga ke Konstatinople dan mengembang ke kordova di Eropah malah...kebanyakkan masyarakat bukan Islam pula diketika itu senang dan gembira tinggal dibawah pemerintahan pemerintah Islam yang adil..kalaulah tidak kerana peranan musuh Islam dari kalangan orang-orang Islam sendiri yang munafik dan dengki kepada kemakmuran Islam sehingga bekerjasama dengan penjenayah Yahudi di dalam menjatuhkan khilafah Islamiyah sudah tentu umatIslam senantiasa terbela dan tidak dihina sebagaimana sekarang...apakah senario politik di Perak bakal mengulang kembali saat-saat gemilang umat Islam dimana pemerintah kita akan melaksanakan dasar-dasar Islam yang adil yang bakal menyatukan semua bangsa sama ada yang Islam dan bukan Islam dan sekaligus menolak tanggapann negatif puak-puak Munafik yang mengatakan dasar kerajaan pakatan di Perak adalah dasar boneka Cina dan India..itulah fitnah yang hampir sama digunakan oleh orang-orang Islam Munafik dari kalangan bangsa Parsi yang benci dan dengki kepada khilafah Islam di Turki dibantu oleh pemikir-pemikir Yahudi yang senantiasa mencari jalan menghancurkan umat Islam dengan mengatakan kepada orang Arab mengapa perlu tunduk kepada suatu bangsa yang rendah iaitu bangsa Turki sedangkan kamu bangsa Arab adalah bangsa yang ditakdirkan Allah untuk memimpin..apakah kamu mahu menjadi sekadar boneka bangsa Turki..bukankah nabi itu berbangsa Arab...Semoga Dato Seri Nizar akan mengulangi kegemilangan sejarah umat Islam yang lalu ...so berhati-hatilah wahai penulis-penulis di laman blog ini jahgan beri komen yang menunjukkan anda sebagai wakil kepada orang Munafik dan Yahudi dan tahniah dari saya kepada penulis blog ini yang memaparkan gambar secara jujur dan amat menarik(Al-Azhar -ex Student(Zagazig)

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?