Tuesday, February 10, 2009

Seni Berpolitik: Dato’ Nasa: ‘Trojan Horse’ siapa?

Dato’ Nasarudin, walaupun didalam Umno, tetapi merupakan seorang Anwaristas. Beliau adalah rakan Anwar semasa dikampus, dan penyokong Anwar semasa didalam Umno. Walaupun beliau masih didalam Umno, tetapi beliau tidak pernah memusuhi PKR sebaliknya begitu rapat dengan PKR. Beliau marah kerana diletakkan di DUN Bota, kerana terpaksa berhadapan dengan rakanya, Usaili.Apabila beliau dipinggirkan oleh Umno Bahagian Parit, keinginan beliau untuk menyertai PKR semakin kuat dan keputusan beliau untuk berjumpa Anwar Ibrahim adalah keputusanya sendiri tanpa dipaksa atau dipujuk oleh sesiapa pun.

Begitu juga dengan isterinya, Datin Ummi, yang dikenali sebagai orang yang suka merendah diri dan senang didekati. Malah Datin Ummi merupakan orang yang banyak mempengaruhi Dato Nasa untuk menyertai PKR kerana beliau berjiwa rakyat, bukan macam kebanyakan Datin-Datin lain yang lebih suka bergaya dan meninggi diri.Walaupun Dato Nasa sudah menyertai Umno, tapi Datin Ummi masih tetap dengan pendirianya untuk kekal didalam PKR.


Pada malam sebelum keempat-empat ‘pembelot’ ini muncul diPutrajaya, Dato’ Nasa dikawal oleh AMK PKR Perak. Pada malam tersebut, Dato’ Nasa telah didatangi oleh Raja Ahmad Zainudin dan Dato Hamdi Jaafar. Dato Nasa telah meminta AMK Perak untuk keluar sekejap untuk minum, dan oleh kerana kedua-dua ADUN Umno ini rapat dengan Dato Nasa, AMK Perak telah membenarkan Dato Nasa untuk keluar.


Apabila menyedari Dato Nasa tidak ada ditempat yang dikatakan, baru lah disedari bahawa Dato’ Nasa telah diperdaya oleh dua ADUN ini, dan satu team khas telah membawa Dato’ Nasa kePutrajaya. Mungkin benar kata Umno bahawa Dato Nasa tidak diculik, tetapi telah diperdaya kononnya untuk berjumpa Raja Muda Perak. Tidak dapat dipastikan sama ada Dato’ Nasa berjumpa dengan Raja Muda atau hanya berhubung tanpa bersemuka, tetapi Dato’ Nasa telah dititahkan untuk kembali kedalam Umno.


Apa sebabnya? Tidak jelas …tetapi kalau dilihat kepada keperluan bisnis Raja Eleena, tidak mustahil arahan untuk Dato’ Nasa kembali kedalam Umno ada kaitan dengan Gamuda.Disini, konspirasi Anwar sedikit tergelincir. Anwar tidak menyangka bahawa istana akan campurtangan dalam hal-hal politik, memandangkan Sultan dan Raja Muda dianggap sebagai non-partisan dan terkenal dengan kematangan politik.


Dato’ Nasa tidak mempunyai pilihan, malah seperti kata Najib, “Sultan tidak mempunyai pilihan’”. Kerana semua tangan mereka dipulas oleh Najib. Najib telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan untuk , mengugut Sultan dan kerabat diraja. Sekiranya Sultan tidak mengikut perancangan beliau, maka seluruh bisnis yang melibatkan keluarga diraja Perak akan lingkup.Dato Nasa juga merasa berat untuk bersama Umno, kerana kecewa dengan budaya Umno. Dan beliau menolak tawaran untuk menjadi MB, sebaliknya hanya akan menerima jawatan EXCO.


Datin Ummi pula masih berkeras tidak akan keluar dari PKR. Malah beliau amat teruja dengan keikhlasan PKR menerima mereka. Dan bertegas, beliau akan terus bersama PKR walaupun Dato’ Nasa sudah menyertai Umno.Hanya jasad Dato Nasa menyertai Umno tetapi jiwanya tetap bersama Anwar dan PKR. Berapa lama beliau akan bertahan? Masa akan menentukan. Mungkin beliau akan sekali lagi melompat balik kedalam PKR untuk kali kedua dan membiarkan Umno hanyut di bumi Perak.


Kita bukan menentang Sultan Perak malah kita mahukan martabat Raja-Raja Melayu itu di angkat ketempat yang lebih tinggi, bukan untuk diperlekehkan, diugut dan dipulas oleh Umno yang kononnya memperjuangkan Raja-Raja.Kita mahu Raja-raja Melayu dihormati dan diterima oleh semua rakyat, terutamanya diPerak. Dan itulah sebabnya Nizar memohon sembah derhaka, demi menyelamatkan maruah Sultan. Kita mahu Sultan yang dapat memimpin Perak dengan adil dan saksama, bukan dipulas dan diugut oleh Najib dan Umno.

-
PRO REFORM

6 comments:

  1. kang esey dah koba Gamuda tu tengah kencang sekarang, landasan berkombar nyo...lepas ni dapat buat maintenance ke, banyak masyuk tu...Gamuda tu sapo punyo? memang berat hati nak buat keputusan oleh Sultan. Tangan Sultan dah kena ikat dek Najib!

    ReplyDelete
  2. satu teori berdasarkan andai dan

    kepercayaan penulis semata-mata,..

    tiada kena mengena dgn sapa2,..

    harap jgn sesiapa pun diperbodohkan oleh penulis yg x pandai menulis ni,

    ReplyDelete
  3. dah tahu pun...
    Sultan dapat 200 juta dan diugut dengan bisnes..gamuda anak dia punya tu..
    2 ekor babi tu dapat 10 juta
    cina tempang tu dapat 20 juta
    sekarang madhir khalid sibuk nak jatuh kan kedah plak..

    ReplyDelete
  4. sabtu lepas mathir khalid meeting kat hotel di sabah
    nak jatuhkan Pas Kedah plak
    korang pencacai amno dan Bee End tu tahu aper
    Paklaah hina sultan takper
    Ir Nizar di tuduh hina sultan
    bagi aku nizar ni macam hang jebat moden

    ReplyDelete
  5. BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.
    Iklan




    Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

    Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

    "Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.

    Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

    Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

    "Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

    Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

    Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

    Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

    Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

    Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.

    ReplyDelete
  6. kejadian perampasan kerajaan di Perak memperlihatkan kuasa sebenar adalah di tangan UMNO PM & TPM yang dapat menggugut kuasa Sultan sehingga Sultan membelakangkan rakyat....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?