Tuesday, February 24, 2009

Siasatan keatas Speaker Perak dihentikan serta merta..! - malaysiakini

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi


Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

-al-banjari online

10 comments:

  1. undang2 ditentukan speaker? bhy ni... mcm ada trend nak bkuasa balik je ni... ke gile undang2 plak?

    ReplyDelete
  2. Sekarang baru kita tahu bahawa dalam kemelut politi di Negeri Perak ada hikmahnya.

    Ahli UMNO sangka kuasa yang paling tinggi dalam negara adalah polis. Oleh kerana itu setiap kali mereka buat masaalah, mereka akan merujuk kepada polis.

    ReplyDelete
  3. hehe.. Loud Speaker pleaseeee.. bagi bedesing telinga puak2 UMNO .. bagi "terbakar" itu menteri besar hitam.

    ReplyDelete
  4. Si Sivakumar tu aku tengok macam gengster aje. Macam orang tak ada akal. Macam biasalah cakap putar belit. Tapi aku tak heran sebab species ni memang macam tu.
    Dulu, mula2 dia kata dia akan merujuk kes tu (pasal MB & Exco yg dikatakan bersalah) masa DUN bersidang pada April ni terlebih dulu sebelum mengambil apa2 tindakan. Sebab keputusan mesti mendapat endorsement dari ahli DUN yg bersidang. Tiba-tiba dia buat statement yg bercanggah 360 degree punya turn. Tak tahu hantu mana yg dah rasuk dia. Tapi semua orang dah boleh agak siapa hantu tu. Si India ni pun sebenarnya kena tunggang juga sama dgn Nizar. Karpal singh pun terkejut dan mengatakan tindakan tersebut tak sah.
    India ni agaknya minum todi byk sangat kot atau memang tak reti buat kerja.

    ReplyDelete
  5. Mungkin juga sebelum rampasan kuasa yg dilakukan dgn tergesa-gesa jadi terlupa pula ada lagi yg terlepas pandang..

    ReplyDelete
  6. to sasha2020....

    nampaknya saudari/saudara betul2 buta dalam undang2.lebih baik diam daripada berbicara tanpa ilmu.... menampakkan kebodohan sendiri....

    ReplyDelete
  7. sasha2020...

    hehe.. ni spesis n group2 pemuda pelapis gak...umno totok betul le, depa tak tau ape sebab kapral bole saman sultan perak. Sebab dan musababnye depa da lupe sejarah tercatat ameno telah lucutkan n runtuhkan kekebalan raja2 n sultan xterlepas dr tindakan. So Kapral buat ape yg termaktub dlm undang2, kalu salah xkiralah siape bwk jek mahkamah...Sape yg kurang ajar sebenarnye.. umno yang silap

    ReplyDelete
  8. kene pada batang idung sendiri.....

    hahahahahahahahahahahahahhhaahaha
    hahahahahahahahaahahahahahahahaha
    hahahahahahahahaahahahahahaahahah
    hahahahahahahahahahahahahhhaahaha
    hahahahahahahahaahahahahahahahaha
    hahahahahahahahaahahahahahaahahah
    hahahahahahahahahahahahahhhaahaha
    hahahahahahahahaahahahahahahahaha
    hahahahahahahahaahahahahahaahahah
    hahahahahahahahahahahahahhhaahaha
    hahahahahahahahaahahahahahahahaha
    hahahahahahahahaahahahahahaahahah

    BODOH PUNYE UMNO.... PARTI DAN AHLI YANG BANGSAT..!!!!

    ReplyDelete
  9. eleh syasa tu mesti putri umnoooo tuuu hai boleh berkenalan (pemuda Umno gersangg)

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?