Saturday, February 21, 2009

Strategi Licik UMNO/BN Melalui Najib - malaysiakini

-tok iskandar

Modus operandi hampir serupa. UMNO akan peralatkan Sultan Selangor pecat MB Selangor atas alasan moral kerana menghadapi pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah.

Khalid juga akan dipenjarakan sebelum menghadapi perbicaraannya untuk mencetuskan ketidak stabilan politik di Selangor dan melaga-lagakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Ada di kalangan mereka yang akan ditahan di bawah ISA sebelum bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan BN di Selangor.

Dr Hassan Ali juga akan dipujuk menyertai UMNO melalui pujukan dan rayuan pihak istana.

Dengan itu tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun memiliki majoriti 16 kerusi ADUN.

Inilah yang diharapkan oleh Najib sebagai modal untuk melangkah megah ketika pemilihan UMNO pada hujung Mac depan selepas diaibkan dengan kekalahan memalukan pada PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu.

Kejayaan merampas Perak dan Selangor akan memaksa Pak Lah akur menyerahkan kuasanya kepada najib mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama iaitu pada bulan April ini Najib akan menjadi PM.

Penganalisis politik masih tidak begitu yakin apakah Najib akan menjadi PM mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak mustahil Pak Lah akan berubah fikiran setelah dipengaruhi hulubalang khairi yang menguasai tingkat 4,Jabatan Perdana Menteri.

Inilah yang dirisaukan oleh Dr Mahathir di dalam blognya dan tindakan pakatan rakyat sepakat menyokong kepimpinan Pak Lah akan menyukarkan lagi kedudukan najib.

Di kalangan penyokong UMNO sendiri termasuk Kuli tidak bersetuju dengan cara Najib bertindak merampas kuasa kerajaan negeri pakatan rakyat Perak yang telah dipilih oleh rakyat Perak untuk memerintah negeri itu pada PRU 12 yang lepas.

Najib semakin angkuh dan merasakan jawatan PM adalah miliknya telah membentuk kemnya sendiri. Beliau akan melantik Shakar (ADUN Lanchang) menjadi MB Pahang yang baru. Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dilantik menjadi menteri kabinet setelah najib bergelar PM dan berlaku rombakan kabinet.

Zahid Hamidi akan diangkat menjadi TPM dan bukannya Muhyiddin Yasin seperti tanggapan ramai pihak.

Nasib Khairi pula lebih malap dan karier politiknya akan berkubur kerana Najib lebih memihak kepada Mukhriz. Khairi akan menyertai Wan Farid dan Norza Zakaria, hulubalang khairi yang dicantas oleh kem Najib melalui perancangan licik UMNO Bahagian Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh yang mana Shakar, Ismail Said dan Saifuddin turut terlibat merancangnya.

Pak Lah masih mempunyai opsyen iaitu membuat rombakan kabinet dan memecat Najib daripada jawatan TPM dan Menteri kewangan dengan menyalahkannya sebagai punca kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya yang gagal. Matawang ringgit kian menyusut dan kadar pengangguran bertambah selain indeks komposit BSKL yang turut merosot.

Pak Lah boleh meneruskan tugasnya sebagai PM sehingga PRU13 dan memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh Najib. Rakyat bimbang jika lebih lama Najib jadi Menteri Kewangan, Raja-raja Melayu akan cuba dirasuahnya

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor disarankan mengadakan persidangan DUN Selangor segera dan mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan Khir Toyo.

Jika tiada pilihan bubarkan saja dun selangor agar diadakan pilihanraya seluruh selangor.

13 comments:

  1. Bagus. Pelan ini patut didedahkan.Juak-juak UMNO pasti akan menggunakan plan B. Kita patut berwaspasa selalu walaupun sekadar teori.

    ReplyDelete
  2. bangsat ingat rakyat bodoh kaa..hanya ahli umeno saja yang bodoh mcm lembu yg dikorbankan oleh kalid

    ReplyDelete
  3. giler licik! x mo lah aku ber'PM'kan bijan...-neo

    ReplyDelete
  4. Lawan tetap Lawan.
    Terdapat dua konsep peperangan. Perang conventional yang memerlukan resources dan peperangan gerila sebagai peperangan rakyat.
    PAKATAN mungkin kurang mampu menhadapi UMNO secara conventional kerana kekurangan resources. Dengan itu mari kita istiharkan sekali lagi peperangan gerila peperangan rakyat untuk menghapuskan gerombolan UMNO, biar putih tulang jangan putih mata!!!!

    ReplyDelete
  5. haa ni nak tanya sikit...
    adakah ini juga di kira strategi
    licik najib? :

    Tiga kesalahan besar V. Sivakumar yang boleh membawa kepada pengisytiharan darurat.
    Pertama : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

    Kedua : beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh mendahului keputusan mahkamah

    ketiga : beliau membelakangkan DUN Perak itu sendiri.


    salah guna kuasa khalid :
    * Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.

    * Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.

    ReplyDelete
  6. Zali..zali..pencacai AMENO x habis. Kalau ditunjukkan bukti sekalipun, penguasa zalim tetap melihat sebelah mata sahaja perbuatannya. X payah nak berdebat rakyat. Tuu.. menteri yang banyak2 kat parlimen tu banyak lagi yang perlu didebatkan. Hang bagi je usul kat depa. X payah nak psiko. Buang karan ke ko kat sini Zali..ko punye blog pun aku x masuk kalau ko nak harap ko buat gempak nak suruh orang lain tgok blog ko yang hampeh. Hentikanja lah. Hang pi kutip duit kat Cawangan AMENO tu ja asal ko dah buat keja wakakakaka

    ReplyDelete
  7. perkara begini adalah diluar kemampuan kita, perancangan adalah sangat jahat....untuk mengelakkan perkara jahat tersebut, mari kita pakat solat hajat ramai2...mohon perlindungan Allah. Gelombang fitnah ini semakin besar. Yang jahat tetap nakkan kuasa, mereka tak kira dan lakukan apa saja...mari solat hajat ramai2 mohon perlindungan Allah.

    ReplyDelete
  8. beli lembu utk dsedekahkan pd rakyat..bkn masuk kandang kat rumah sniri...xpela jgk gn duit negeri..drpd gn duit negeri utk kepentingan sniri..

    ReplyDelete
  9. Aku rasa one of the reason PRK dilewatkan ialah untuk memberi laluan kepada najib naik takhta PM.
    So bila dia naik jadik PM dia tak perlu mengetuai PRK.
    Timbalan dia akan kena ambik alih tugas tu.

    Sudah diketahui najib kalau mengetuai PRK bagi pihak BN.. KOMPOM KALAAAHHHHAHAHAHAHA....

    So najib sebenarnya trauma ngan PRK.. Hampa mau tau..

    Harap2 paklah terus tertidur sampai PRU13 tak bangun2 untuk serahkan jwtn PM kat najib.

    Botak la kepala najib nak lead the PRK lagie.. hehehe..

    Chow Chin Chow..

    ReplyDelete
  10. Sayang juga hangpa dgn pak lah ye...

    ReplyDelete
  11. woi zali.
    mata ko buta ker?
    ko xnampak ker banyak kerosakan UMNO dah buat.
    yg ko bodoh sgt tu kenapa.
    berapa sen duit dia bagi kat ko.
    bukak mata skit, turun padang, tgk ramai rakyat kena tindas. bodoh punyer zali.
    tempat aku duduk nih.
    MB Nizar baru jer tutup kuari kat kawasan perumahan.
    skrg dah berasap balik kuari tuh.
    tu pun ko xnampak lagi ker bodoh.

    ReplyDelete
  12. Prisikrakyat,

    Mudah sangat bacaan politik yang ditulis ini. Selain ianya mengarut, tulisan ini juga nampak seperti diaturkaan oleh seseorang untuk membunuh politik orang lain.

    Takkan sebegitu ramai tokoh-tokoh UMNO yang hebat tetapi yang diketengahkan sebagai orang Datuk Najib hanya Jamaluddin Jarjis, Saifuddin Abdullah, Zahid Hamidi, Ismail Sabri dan Sharkar. Bukankah ini jelas menunjukkan ada usaha-usaha ke arah itu.

    Kalau tidak kenapa ditimbulkan nama Datuk Norza yang dikaitkan pula dengan Khairy Jamaluddin.

    Jadi tulisan ini jelas menampakkan usaha untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO bagi menggambarkan pertembungan kem Datuk Najib dengan kem Datuk Seri Abdullah.

    Bukan tak boleh untuk jadi pengulas politik tetapi carilah maklumat yang betul dan tepat. Kalau setakat tembak rawak sahaja, nanti memalukan diri sahaja.

    Amir
    Pemerhati politik Pahang

    ReplyDelete
  13. aku rasa kalid pung dah penat...biarla di berehat...azmin tu dah la menanti....hassan pung dah fedup dok bawah ketiak dap...pindah aje dengan pimpinan yang boleh diharap dan berteraskan seakidah....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?