Fakta 1
Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak dianggotai oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ahli-Ahli EXCO.
3 Pegawai Kanan Kerajaan yang menganggotai MMK adalah pegawai yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Offocio. Mereka berperanan membimbing dan menasihati Ahli MMK supaya tidak membuat keputusan yang melanggar atau bercanggah dengan perundangan negara dan negeri
Oleh itu semua keputusan yang dibuat adalah melalui proses menyeluruh dan merujuk kepada ke3-3 Pegawai Kanan Kerajaan itu.
Fakta 2
Permohonan hal ehwal tanah, hasil bumi, perlombongan, pelaburan dan lain-lain yang berkenaan adalah dirujuk kepada Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan. Ketua-Ketua jabatan ini akan menasihati MMK dalam membuat keputusan.
Fakta 3
Setiap kali sebelum mesyuarat EXCO, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan sebarang permohonan akan dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak atau DYTM Raja Muda Perak.
Setiap keputusan Mesyuarat EXCO juga dipersembahkan kepada DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda beserta minit mesyuarat.
Oleh itu semua fitnah mengenai Kerajaan Pakatan Rakyat "gadai tanah Kerajaan" kepada bangsa Cina adalah tidak berasas. tuduhan itu hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan individu dan pihak-pihak yang melemparkan tuduhan itu sendiri.
Dengan keanggotaan 3 Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan penglibatan langsung semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri, maka setiap keputusan Mesyuarat EXCO adalah menepati kehendak Undang-Undang Negara dan Negeri secara menyeluruh.
Melalui prosedur Sembah Maklum untuk perkenan DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda bagi esmua kertas untuk kelulusan atau penolakan pernohonan tanah serta prosedur rujukan kepada semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan berhubung permohonan mana-mana tanah, maka fitnah "gadai tanah" itu langsung tidak berasas.
Komitmen kepada Undang-Undang dan ketelusan proses kelulusan/penolakan itu juga dikukuhkan dengan prosedur Sembah Maklum keputusan beserta dengan minit mesyuarat EXCO kebawah DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda.
"Gadai tanah" kepada orang asing dan kepada kaum cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak "tanah rizab melayu" adalah jenayah KERAjaan UMNO/BN selama nerpuluh-puluh tahun. Singapura adalah trajedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan sehingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia.
Kehilangan melayu di Pulau Pinang, sebahagian Pulau Langkawi dan sebahagian Pulau Pangkor juga adalah jasa "kebijaksanaan khianat melayu" UMNO/BN.
Selain itu, ratusan ribu ekar tanah rizab melayu di merata ceruk tanahair turut menjadi mangsa "mati pucuk" jiwa melayu pimpinan UMNO/BN.
*Pendedahan ini BUKAN BERTUJUAN untuk membangkitkan sentimen perkauman sebaliknya untuk menjawab tohmahan UMNO/BN dan menunjukkan betapa mereka telah menggadaikan tanah kerajaan dan tanah rizab melayu untuk kepentingan parti dan beberapa individu tertentu sahaja - Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak.
Kenapa maklumat seperti ini lambat dikeluarkan agar rakyat tidak gelisah dan tidak marah pada MB Perak pimpinan Pakatan Rakyat...?
ReplyDeleteSetelah dikencing atas kepala baru nak cari fakta...?
Semuga UMNO akan mencari lebih banyak kebodohan dan kebangangan Pemimpin Pakatan Rakyat agar mereka sedar diri.
Salam anon 4:47pm - lambat dikeluarkan supaya segala tuduhan-tuduhan dijawab dengan fakta yang lengkap.
ReplyDeletepihak kami tidak akan menjawab apa-apa isu dengan tergesa-gesa.
seboleh-bolehnya kami akan mendapatkan jawapan dan fakta yang 100% tepat sebelum menjawab apa-apa tuduhan.
Bodohlah hang pa ni, inikan tanah berkumpulan bukan persendirian.
ReplyDeleteLagipun taklah sampai 999 tahun...
ada x info tanah tuk org melayu yg BN kasik? nak buat perbandingan...
ReplyDeletekalau fakta dari pakatan menipu rakyat...tak endaklah aku caya lagiiiii....ini soal idup masa depan....kini sudah tau mana kaca mana permata...kalau ceramah pakatan tipu aku pergi pasai nak dengar apa yang nak ditipu lagi...tapi aku tak akan caya dia lagi...
ReplyDelete