Thursday, February 12, 2009

Turun, Turun, Turun... Tapi... - malaysiakini

  • Tarif elektrik akan diturunkan pada purata 3.7 peratus kepada 31.3 sen sekilowat jam (kWj) daripada 32.5 sen kWj mulai 1 Mac ini.
  • Para pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif elektrik secara purata sebanyak 2.54 peratus manakala pengguna komersial 2.7 peratus dan industri 5 peratus.
  • Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian pembayaran bil elektrik bagi pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.
  • “Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik 200 kWj ke bawah sebulan dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen kWj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik sejak tahun 1998,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di sini hari ini.
TP - ceh... baca dekat belah atas macam best... baca dekat ending... sad story jugak... Khak Ptuih...!!! tak ikhlas la tu... cit...!!!
  • Harga gas bagi sektor elektrik dan bukan elektrik di Semenanjung Malaysia akan dikurangkan sebanyak 32 peratus hingga 35 peratus mulai 1 Mac ini.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berkata, pengurangan harga gas sebanyak RM7.06 hingga RM8.53 itu dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan industri-industri berkenaan dan khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.
TP - Khak Ptuih...!!! ingat rege gas dekat rumah...!!! lagi skali... cit...!!!

6 comments:

  1. Kalau DSAI x nyatakan semasa debat tentu org x tahu IPP tu apakan? TQ DSAI.
    last2 Che Det pun suruh semak semula IPP kerana dah sampai masanya.

    ReplyDelete
  2. YA ALLAH, hancurkan lah pemimpin2 umno bn yang cuba merosakkan keamanan bumi mu Malaysia ini. Mereka melakukan rasuah Ya Allah, Mereka Menculik dan mengugut wakil2rakyat kami Ya Allah, mereka mengambil hak rakyat utk kemewahan mereka Ya Allah. Hancurkan lah mereka2 yang cuba merosakkan "kapal" ini Ya Allah.
    Hacurkan lah mereka Ya Allah.
    Hacurkan lah mereka Ya Allah.
    Hacurkan lah mereka Ya Allah.

    ReplyDelete
  3. tak ada perubahan pun ok daripada naik...

    tak reti nak bersyukur ke?

    ReplyDelete
  4. mountdweller...

    soalan paling garang dalam thread ni...DAPAT APA?

    awak dapat la apa yang awak usahakan...

    ReplyDelete
  5. Orang yang selalu banyak 'complain' ni selalunya adalah dari jenis manusia yang tak bersyukur. Sama la macam penurunan harga minyak petrol dulu. Walaupun sedikit-sedikit tapi turun juga, dan golongan inilah juga yang bising bila harga minyak turun sedikit-sedikit...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?