Hari ni aku bangkit lewat. dekat jam 1 tengahari baru sedar pasai semalam aku tidoq lewat... padahal pagi tadi jam 7:30 lebih kurang baru aku tido.
Bukak PC tengok dok kecoh pasai gambaq bugel Eliza. ni bukan Eliza Kassim... ni Eliza EXCO Kerajaan Negeri Selangor. sikit habuk aku tak pelik bila berita ni aku baca. biasa... bagi aku kes-kes macam ni bila melibatkan yang bukan Islam, baik kita dok diam-diam.
Hal macam ni bagi aku la, kot biasa la pasai mek ni bukan Islam pun... dah agama dia ajaranya tak sama ngan kita yang beragama Islam ni... kalau Islam, mau nak kene sula terus. ada yang mintak Eliza ni letak jawatan dan dok bandingkan kes Eliza dengan Chua Soi Lek. dalam kepala otak aku, 2 kes ni berbeza.
Berbeza dari sudut moral. untuk kes Chua Soi Lek aku tengok boleh disabitkan dengan masalah moral sebab Chua Soi Lek bersabit dengan kes video hubungan sex dan masa tu jugak Chua dah berumahtangga.
Untuk kes Eliza ni pulak, disabitkan dengan penyebaran gambar bugel (pergh...!!!) dan bukannya gambar sedang mangadakan hubungan sex. sementelah pulak Eliza ni belum berlaki lagi, single ma...
Jelas lagi dekat situ gambar tu diambik tanpa pengetahuan Eliza. kalau ikut dalam kes Chua, situasi yang sama jugak berlaku. 2-2 pun diambil tanpa pengetahuan tuan punya diri tapi yang membezakan 2-2 kes ialah bilamana video chua menampilkan "aksi panas kelucahan melampau" atau dalam erti kata lain ada "aktiviti".
Bila sebut beza "video" dengan "gambar" aku rasa tak payah cerita panjang. hangpa pun tau. tak kan tak dapat beza tiang kayu dengan burung tengah terbang? oit... kalau hang bukak gambaq, hang tekan play dia jadik macam mana? hang bukak video hang tekan play dia jadik macam mana?
Sebut pasai gambaq bi aku dok teringat dekat sorang pelakon yang ada kes lebih kurang sama dengan 2-2 kes ni. yang aku heran sangat-sangat, bila gambaq Nasha Aziz dulu tersebar, boleh kata semua orang seluruh Malaysia dok bela dia. kena aniaya la, kene sabotaj la, ada jugak yang konon nak kumpul dana nak bantu Nasha sebab kena aniaya.
Tapi bila kena tang orang politik, semua jadik bingai. kena pulak kalau melibatkan orang politik belah pembangkang. pergh... semua nak jadik hero tukang bantai. Khir Toyo aku nampak minat sangat dengan kes ni. ala Khir... jangan sampai pecah lobang haaa...!!! hang tau kan..?
Lagi 1 aku dok perati dari dulu lagi... kalau ada kes sex yang melibatkan orang politik belah KERAjaan, bukan main nak cover lagi... ingat kes dekat Melaka? apa cerita dengan sejarah Port Dickson? Havana Club? "Ayam dah ready...???" (yang ni orang-orang berkenaan je tau...).
Awat bila kena tang orang politik yang beragama Islam (kebanyakannya dalam UMNO/BN) pakat-pakat dok cover, pakat-pakat dok nafi, setel dekat luar tak pun twist dekat orang lain kes... carik kambing hitam ramai-ramai kasik taruk cukup-cukup sampai mengaku salah. yang kena penaya pi sorok (versi awal hantu kopek sebenarnya bermula di Melaka Bandaraya Bersejarah).
Kes Norita macam mana? sampai la ni tak selesai... pasai apa tak selesai? pasai melibatkan VVIP. sapa VVIP tu? sapa sorok VVIP tu? yang kena bunuh depa perbogel cukup-cukup. dedah aktiviti dia, kerja apa, dekat mana, dapat habuan berapa tiap kali servis. yang tukang bunuh (suspek) sampai la tak leh nak jumpa. memang la kerja dia tak baguih, tapi buat apa nak malukan seluruh keluarga dia? mana pembelaan?
Bila time nak sedap, hangpa ratah cukup-cukup, lepas tu pasing-pasing dekat member-member. habis sedap, bunuh teruih... kes gantung sampai la... dah la kena bunuh, hangpa pi perbogel lagi pulak kisah hidup dia. dok sebok apa ngan kisah hidup dia? macam mana dia mati hangpa tak nak selesai. kita yang hidup ni nak jawab macam mana ngan Allah esok-esok? hari ni hangpa sembunyi, esok-esok dalam kuboq nak sembunyi mana?
Macam jugak dalam kes Atlantuya, bila sebut ada cerita sex dalam tu, pakat-pakat seghonok. tapi bila sampai bab melibatkan VVIP, pakat-pakat sorok. awat tak dedah? yang seghonoknya bila sampai dekat statement polis masa sessi soal jawab dalam mahkamah.
Ada pulak polis bingai habaq tak siasat VVIP tu tapi dia tau VVIP tu tak terlibat. macam sial statement tu. tak makan nasik bungkuih tapi tau dah nasik tak sedap. apa punya bodo statement... wat malu PDRM je. dah la PDRM pun orang dah tak berapa respek skarang. tambah lagi ada anggota yang bingai, lagi laaa... Khak Ptuih...!!!
Tu antara contoh-contoh skandal-skandal sex yang melibatkan orang-orang politik belah UMNO/BN. bila kena tang depa pakat-pakat cover. dalam media perdana tak yah cakap la... kalau tengah kecoh, jangan harap nak kluaq dalam media perdana. macam depa tak tau langsung berita tu... media pala pak depa la...
Tapi kalau kena tang orang politik pembangkang... NAH KAU...!!! muka surat depan memang sah dok jadi tajuk utama seminggu direct. tengok berita siap ada slot khas untuk cerita tu. dunia nak terbalik depa tak hirau dah.
Tu unik dekat Malaysia. kes sex politik kalau UMNO/BN - cover gila-gila, kalau pembangkang... sendiri mau ingat..!
Dah aku malas nak ulas panjang-panjang dah... aku tau hangpa paham.
Last skali aku nak ulang lagi skali. untuk kes Eliza bagi aku, setakat gambaq tengah tidoq tak cukup baju... alahai... aku pun tidoq tak cukup pakaian... apa nak kecoh? bukan gambaq dia "beraksi" pun... lagi pulak mek ni bukan Islam... nak marah apa? kita yang Islam pun bukan berdosa pun kalau kita tidoq telanjang. tak gitu?
Kalau kata dia bersekedudukan ngan boifren dia... biaq pi la dia... tak cemar agama Islam pun... dah agama dia tak marah, kita nak buat macam mana? KITA BUKAN TUHAN AGAMA DIA pun yang kita nak marah dekat dia kan?
Dia pulak bujang. biaq la dia setel ngan X boifren dia ikut undang-undang... kita-kita ni tak yah sibuk...
Tapi kalau keluaq gambaq Eliza dok beraksi dalam majalah Play Boy dengan rela hati, hat tu kita kena serang dia cukup-cukup..!
Hangpa paham dak..?
tunggu apa lagi?
ReplyDeleteletak jawatan le...
come on la..
ReplyDeletekalau benda jadi kat orang BN
apa korang comment pulak ?
selalu ayat korang...camni..ni tuhan nak tunjuk
Kuasa rakyat..
Tak de moral
kena kat korang
ni peribadi
bukan masalah islam
lain , video ngan gambar..lain
tu kerelaan hati, ni paksa
oo ni mesti konsprisasi BN ni
oo fitnah..tak betul
sekarang ni ..cuba ko jawap satu satu..
pemimpin dengan peribadi
1. Dia tak kawin, dah berbogel dengan teman lelaki ( apa jenis moral yang korang tunjukkan, ko ingat bangsa,agama mana yang membenarkan benda ni.. Yahudi pun tak kasi seks sebelum nikah, budha, hindu , kristian ,.,islam lagi la..)
2. siap mengaku dan kata keluarga dia defence..refer malaysiakini. Benda dah salah pun, terang terang , orang lain jugak salah. Ini memang mentaliti korang. tak de yang betul selain korang, hitler pun tak cam korang,
3. Kalau jadi kat orang Bn, confirmed korang suruh dia berenti. Jadi kat korang, malas nak citer
Baghal2 UMNO ni mane nk phm.. Kekekeke.. Depa tk pduli dh, janji kasi hentam ckp2.. Maka bersorak riang la tv3 coz ade berita terkini hiburan sensasi.. hahahaha.. Pgjrn utk PR (esp. PKR), tapis btl2 la dl calon2. Jd cmni kn dh jd kes naya.
ReplyDeleteala hangpa ni awat dok kalut sangat nasib eliz yang bogel kalu bitmama bogel lagi huduh
ReplyDeleteMangkuk Toyo tu tak pernah bogel ke?? Mesti le pernah, cuma takde foto je..tah2 ada kut..cuma belum masuk internet je..kah kah kah..gamaknye satu badan dah jadi putih kut hasil suntikan botox..kah kah..
ReplyDeleteTP, elok kau masukkan topik pasal ucapan Agong, baginda suruh hormati perlembagaan dan hak rakyat dan dia tak cerita pun pasal hormati raja2..
ha!!!ha!!ha!!!
ReplyDeleteApa bezanya korang dgn UMNO??
Klau org UMNO terjerat,.korang korek,UMNO cover,.
Klau org PR terdedah,.UMNO korek, korang plak cover,..
2 x 5
5 x 2,..
Sama jer,..
Politik,..??? mcm sial
penulis ni orang pkr..takkan dia nak terima keburukan pkr..
ReplyDeleteni tempat dia
dia mesti sembunyikan masalah pkr
kan..
takkan dia nak dedahkan masalah pemimpin dia..
ko tgk kat bloggersnetwork tu, tak pun posting dia tadi..
merayu rayu mintak duit, semangat..
pasal apa..
pasal diaorang buat kerja nak perhatian..duit..
ish..tapi takleh cakap..diaorang ni kerja ikhlas ooo.. kerja untuk parti ooo
tak tidor ooo
janganmain main oooo
Awat kalut gmbr bogel??
ReplyDeleteAku pun berbogel,..tapi xde gmbr
Nik Aziz pun bogel,..pun xde gmbr(klu xcaya tya bini dia,..hehehe)
DSAI?? Lagi byk berbogel,.. bukan ngan bini jer,..heheheh
Eliza bogel??? Bak sini gmbar dia,.. takkan nk pulun sorang kot??
Zali n Panas,
ReplyDeleteKorang kan ke dah "menang" kat Perak! Relax le! tak baik tau buli orang yang kalah! Bukit Gantang apa citer? Korang turun tak? Lepas buat keje masing-masing, boleh le lepak kena teh tarik sama-sama! kita bahas on person! deal?
aik..tuan tanah ni tak nak menjawap ke..
ReplyDeleteaku tak dapat bayangkan kalau isu ni kena kat orang BN
habis segala jadah keluar..
tulah..sokong lagi PKR..
sekarang ni barulah korang tau, ISLAM tu lagi penting.. dari parti ..
mana pemimpin korang semua...
mana alasan lagi
nak guna alasan apa lagi..
1. perjuangan sia sia. sampai tak tidor malam.
2. mintak rayuan semangat.duit apa lagi.
3. pastu tak dihargai.ko ingat blogger cam korang ni, group group pkr tu terima ke ? ada ke link blog korang kat sana? kat malaysia today, kat suarakeadilan, ada ke link ke sini :D ...haram.. ni la , perjuangan tak berapa pandai..
Kalau skandal UMNO senang jer.. buat sumpah nasi lakna settle kes..
ReplyDeletekalau skandal PR 3 bulan kes kluar kat TV siap ulasan & perbincangan lagik..
erm…nilah dia ameno, pejuang melayu konon. wa ingat lagi dulu kes rahim thamby chik yg main ngan budak pompuan, sudahnya yg masuk lokap cina lim guan eng sbb sibuk bela budak melayu tu. mana pegi ameno yg dikatakan pembela melayu? wa ingat lagi standard charted saman tuanku ja’afar,penarikan kuasa mutlak raja2 dan penghinaan sultan terengganu dan kelantan dulu, mana pegi ameno yg dikatakan pembela raja2melayu? wa ingat lagi singapura n pulau batu putih terlepas n terkini pulau pisang hampir2 trlepasdr tanah melayu, mana pegi ameno yg nak jaga sgt tanah org melayu? wa ingat lagi kt email wa byk sgt video lucah yg sedihnya dilakonkan oleh bangsa melayu, mana pegi ameno yg nk jd pembela bangsa melayu? wa ingat lagipenghuni pusat serenti yg 80 percent adalah melayu, mana pegi ameno yang membela bangsa melayu, dan yang paling wa ingat, selama 50 thn ameno emerintah, ekonomi malaysia banyak dipegang oleh bukan bangsa melayu walaupun yang memerintahnya adalah ameno yg dikatakan pejuang bangsa melayu…..ppiiiiiraahhhh.
ReplyDeletePastu korang nak komplen plak pr yang baru 11 bln memerintah. PAS yg 18 thn memerintah kelantan pun jauh lebih baik drpd ameno memerintah malaysia selama 50 tahun memerintah......
Dan paling best sekali, isu bogel...hehehe kelakarlah ameno
Bio le dia nak bogel ke tekangkang ke...ko org tengok je le....free tak kena bayo....kah kah kah ptuih...
ReplyDeleteKalau sebut pasal sex ni ramai tak setuju dan tak berapa suka dengan orang yang lakukan sex diluar nikah tak kira islam bukan islam. Walaupun bukan islam nampak macam tak kisah tapi sebenarnya benda tu tak disetujui oleh majoriti masyarakat
ReplyDeletepegidah... kahak kuning merah keluak....memang sah hang ada penyakit...
ReplyDeletekalau dah maksiat tu maksiat leee...takkan nak junjung atas kepala lagi...aku dah lama perasan hang tak tau beza .....kot-kot hang pun 2 x 5...
sex mmgla salah laku.... tido bogel kt umah tu salah laku jgk
ReplyDeleteweeeeeeiiii....dulu bekas ketua menteri negeri x bukan setakat bogel...siap balun lagi budak bawah umur...tapi pencacai media kaki ampu UMNO serta rasuah menyebabkan kes selesai....
ReplyDeleteKes altantuya...pengakuan Bala...akuan sumpah lagi awat tak siasat..mana bala nie pergi....
Buat semua kaki ampu...barua umno...pencacai(tukang cuci mangkuk taik kepimpinan umno) inagt la sikit skandal seks kepimpinan umno nie dah teruk.....buat khir toyo...dulu exco hang berzina dengan bekas ahli perlimen gombak....awat senyap.....siap tinggalkan laki lagi memang la tak ada gambar bogel tapi siap peluk kat hotel apa cerita...memang umno nie barua la...kaki jilat taik boleh la kut...pemimpin umno buat taik...media jilat...sampai bersih....geng umno lagi la jilat...maklumlah syok....
Tak ada komen lain ke? Aku dah bosan dgn komen dari penyokong PR ni pasal UMNO. Tak habis-habis pasal benda sama. Bosan..Bukannya betul pun.
ReplyDeleteKenapa nak pertahankan sangat si Eliza tu. Berprinsiplah sikit. Kalau salah kata salah biarkan kawan kita..Jgn hipokrit..
PR akan hancur lepas ni...
kesah2 sex ni banyak.... tapi ada surat khabar kena control jgn siar sebab nanti tercemar kerajaan - contohnya cerita hero melaka RTamC dgn gadis melayu,
ReplyDeletecerita mike tyson selangor dgn anak raja.......... apa yg kita tau.... tutuuuuuuuuuuuuuuuup cerita
Nak buat camne..dah tabiat UMNO sejak dulu lagik suka menipu...dulu mungkin org ramai tak tau dgn perangai puak2 dia...sekarang ni aku rasa benda betul pun org dah tak caya dah...kesian...kepada mangkuk2 hayun UMNO tu..bukalah hati yg hitam tu bior jadi terang...jgn biorkan jadi hitam legam macam....
ReplyDeleteaik..tak de yang nak jawap lagi,,
ReplyDeletepencacai PKR ni( ni pinjam ayat korang jugak)
cara diaorang selesaikan isu isu yang berkaitan ialah
1. divert attention . contoh, kita suruh dia jawap isu moral si Elizabeth wong, diaorang akan divert cerita tu la , cerita ni lah, dulu dia tu cam tu la, cam ni lah..tapi tak menjawap jugak soalan
2. Kalau orang BN yang ada skandal, memang tu lah, keturunan tu la , ini lah. kalau PKR ada skandal, huh, konspirasi la , ada orang cuba memburuk burukkan la
satu lagi.. aku harap comment ni tak di delete , aku nak tanya geng geng tak cukup tidur dan tak cukup duit ni , yang merayu mintak perhatian ni ..
korang rasa group korang ni puak puak blogger PKR tu ada respek ke? ada ke link dari diaorang tu , malaysiatoday ke , suarakeadilan ke Korang punya blog.
sedarlah.. perjuangan siok sendiri ni tak kemana
cam hari tu, ntah sapa ntah pi calon MSK untuk jadi menteri besar..ada orang pkr respon ke ?
buat malu je.. tapi ko tgk , kalau jeffoii..terus je depa sokong.
itu tandanya korang siok sendiri ..
fikir fikir kan lah ..
AKU SEBENARNYA TAK SOKONG PR ATAUPUN BN.TAPI MELIHAT SUASANA POLITIK HARI NI..AKU RASA BN AKAN MUSNAH DEK KERANA TIDAK MEMPUNYAI PEMIMPIN2 YG BERKALIBER.DIDALAM PR MEMPUNYAI TERLALU RAMAI PULAK PEMIMPIN YG BIJAK LAGI PANDAI..JADI AKU RASA MAJORITI RAKYAT MALAYSIA AKAN SOKONG PR DALAN PRU13.
ReplyDeleteApapun yang berlaku bergantung kepada hasil siasatan. Seseorang itu tidak bersalah sehingga terbuktinya kesalahan dia. Eli ni berani buat aduan. Tak macam Najib , Tamy chik, mat tyson tu..
ReplyDeletePDRM, SPR , SPRM
ReplyDeleteSemua x blh harap.
ahhh aku cadangkan PDRM, SPR , SPRM ni jadi sayap umno la...
yang blh harap polis unit khas bawah lakonan yusof haslam jek. Itu je la polis yang aku rasa baik hehehe
ceiss... ni la kdang2 manusia ni dengar cakap orang jek... fitnah le jadinye... rilekk.. jgn cepat wat keputusan n buruk sangka... aduiii... tak paham la ku ko ni perisik... tapi tak penah ada ko sokong kerajaan... semua bangkang2.. mcm sialllll
ReplyDeletesaya nak komen sikit tentang jabatan agama islam yang dilantik oleh kerajaan tu, kenapa kalau buat operasi cegah jenayah mesti kat hotel murah, kat rumah warga asing, kenapa tak serbu sekali hotel hotel mewah yang didalamnya bermacam macam maksiat dari golongan vvip dan juga apartmen apartmen mewah yang banyak menyimpan perempuan perempuan sundal vvip agaknya kalau jabatan agama islam pergi serbu tempat tempat tu bos bos jabatan agama islam ni mungkin akan dipecat dan hilang pekerjaan, disini dapat dirumuskan bahawa jabatan agama islam ni bekerja bukan kerana ALLAH dan takut kepada ALLAH tapi takut kepada manusia yang bergelar vvip, insaflah semua oi
ReplyDeleteTak kiralah si Eli ni agama apa. Tapi dalam konteks pemimpin, adakah wajar pemimpin ada masalah moral macam ni? Ya, mungkin beliau menjadi mangsa pencabulan hak peribadi. Gambar tersebut mungkin diambil tanpa kerelaan tapi dalam masa yang sama ia tetap melibatkan masalah moral.
ReplyDelete