Selepas menerima ugutan bermotif jahat (ugutan bunuh) dari ruangan Web MyKMU, semalam, V.Sivakumar dilaporkan menerima satu lagi surat ugutan bunuh dari individu yang tidak dikenali.
Nampaknya suasana politik di Malaysia khasnya di Perak sedang mengalami revolusi, dari keadaan yang baik kepada keadaan yang semakin kebelakang atau kuno. keadaan ini dilihat semakin menular bermula dari kejatuhan KERAjaan UMNO/BN dalam PRU-12 yang lalu.
Ketika zaman kegemilangan (kerakusan) KERAjaan UMNO/BN dahulu jarang sekali kita mendengar atau diberitakan akan kejadian-kejadian ugutan terhadap pimpinan-pimpinan pembangkang di Malaysia tetapi sebaik sahaja UMNO/BN kehilangan kuasa majoriti di Parlimen, semakin hari, semakin bertambah kes-kes sebegini.
Yang menghairankan kita ialah bilamana ugutan-ugutan tersebut hanya diterima oleh pimpinan pembangkang dan dalam masa yang sama, pihak UMNO/BN pula bermati-matian menafikan kononnya mereka terlibat padahal tiada siapa pun yang menuduh mereka terlibat.
Akibat daripada itu, kita melihat seolah-olah UMNO/BN terlibat didalam hal tersebut. masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin?
Melihat dari senario ketika kempen PRU-12 yang lalu, pihak UMNO/BN tidak habis-habis memainkan isu kononnya negara akan menjadi kucar-kacir seandainya UMNO/BN hilang majoriti di Malaysia dan hakikatnya setelah tamat PRU-12, perkara ini memang benar-benar berlaku.
Akibat dari kehilangan majoriti di Parlimen, pihak UMNO/BN dilihat sebagai pihak yang sering cuba menimbulkan ketidak stabilan di Malaysia dengan berbagai isu yang kebanyakannya berunsur perkauman.
Isu 13 mei sekian hari dicanang, isu-isu yang menyentuh perkauman dijuaraai oleh UMNO/BN dan yang paling ketara sekali bilamana UMNO/BN amat agresif memutar belit fakta tanah Kampung Baru di Perak. seolah-olahnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah boneka kepada DAP dan seolahnya Kerajaan Pakatan rakyat Perak meminggirkan orang melayu di Perak.
Pada hakikatnya ialah fakta-fakta berkenaan tanah milik melayu ditutup dari pengetahuan umum (fakta-fakta sebenar boleh didapati di[sini].)
Apa yang berlaku hari ini adalah kerana ketakutan UMNO/BN akan kehilangan kuasa pemerintahan, berbagai strategi jahat diguna pakai oleh mereka. kemana Bala? apa yang terjadi dengan Atlantuya? siapa yang menculik 4 oraang ADUN dari Pakatan Rakyat Perak dan bersama siapa pula akhirnya mereka-mereka itu timbul?
Itu semua isu-isu kecil kata UMNO/BN... memanglah kecilk sebab yang menjadi mangsa ialah mereka-mereka dari Pakataan rakyat, kalau mangsanya UMNO/BN?
Karpal terima peluru, V.Sivakumar terima ugutan bunuh... semuanya sebaik saja masing-masing menjadi individu yang dilihat menghangatkan senario politik Malaysia dalam isu-isu yang tidak menyebelahi UMNO/BN.
Mana pergi polis-polis yang pernah "melindungi wartawan wanita atas dasar keselamatan mereka?"
Tak dapat arahan "Menteri" ke untuk melindungi mereka-mereka ini? agaknya PDRM akan ambik masa berapa ratus tahun untuk selesaikan siasatan keatas laporan mereka-mereka ini?
aku rasa ini semua propaganda pakatan rakyat ni. macam kes anwar ibrahim hari tu, yang anwar ibrahim sampai sembunyi kat kedutaan turki kerana takut-takut kalau keselamatan dia terancam tapi sampai sekarang tak mampus-mampus pun. hidup sihat aje, belakang dia pun dah tak sakit lagi dah. aku rasa baik kita abaikan aje cerita ni. hari tu kapal sink jugak diugut bunuh tapi sampai sekarang belum mati lagi. aku berani kata lah ini semua propaganda pakatan rakyat untuk fitnah umno kononnya umno yang jahat tapi sebenarnya yang jahat adalah pkr. macam kisah elizabeth lah, tuduh macam-macam pasal umno, tengok-tengok gambar tu diambil oleh bekas kekasih dia yang jugak orang pkr, kali ni dia sendiri yang mengaku kekasih dia yang ambil gambar tu. aku rasa umno atau pkr atau pas tak jahat tapi yang jahat adalah anwar ibrahim. dulu umno dikenali dengan pelbagai nama buruk sebab anwar ibrahim dalam umno lah. sekarang ni dia dalam pkr dan pakatan rakyat, itu sebab lah tak boleh pakai cerita-cerita dari pkr dan pakatan rakyat ni.
ReplyDeleteSeperti dah mengikut skrip Ameno, si Anonymous February 23, 2009 12:42 PM, kata semua ini propaganda PR. (*Nota* - Kenapa pakai Anonymous, takut orang kenal ke?)
ReplyDeleteDia pasti tahu sesuatu yang kita tak tahu: mungkin ugutan tu dari dia atau puak-puak dia kot! Jadi untuk kalis tuduhan, dia kata PR yang buat propaganda, seperti pencuri yang jerit "Pencuri!", padahal dia yang mencuri!
kalu hangpa nak tau...inilah cara anuar alju....nak raih simpati orang ramai...
ReplyDeleteeric,.
ReplyDeleteknp nk pertikai org guna 'anon',. ko guna nick 'eric' org kenal ke???
bangang
ini saja caranya untuk menumbangkan kerajaan sah PR iaitu bunuh saja speaker kerana menyebabkan MB KERA ja BN haram dihalau ke ZOO negara .
ReplyDeletekalu benar berita ini maka kita lihat umno memiliki minda kelas primitif .siapa kuat dialah berkuasa . bagaimana hendak mengikut saranan Timbalan perdana menteri iaitu melayu glokal ..fikiran mesti global tindakan local . ahli umno wajib insaf adakah itu hanya sebagai slogen musiaman sahaja .ataupun slogan taraf kentutan tantuya . adakah ahli umno tidak kasihan kepada mendian tantuya . kerana saranan kekasihnya tidak diikuti oleh ahli umno . adakah terjadinya letupan C4 kali kedua keatas manusia ? setelah letupan yg pertama .
Kalau ahli umno insaf sudah pasti mereka akan ikut saranan Ds najib
YA glokal _ pemikiran glokal bermaksud . berfikir secara global cth pilih kekasih dari luar negara seperti dari negara monggol
Tindakan local bermaksud aplikasikan tindakan di dln negara cth .tragidiletupan c4 iaitu sudah pakai letupkan bodynya di dlm negara
Setelah melihat apa yg berlaku ,aku rasa pru 13 nanti PR akan menang di semua negeri...selamat tinggal BN...kesian
ReplyDeleteWaduh sapa berani nak lawan BN gila pe depa dok sembunyi belakang polis,mahkamah,sultan,fru,isa,samseng samy vellu(Tamil Illam)bpr..akta-akta hasutan dsb kalau anak jantan lawan la ikut saluran demokrasi..ni tak asyik pukul..sembur...tangkap..ugut...culik...bunuh...letuppp dgn c4 eiii tak sio teman...nanti kena bogelkan dalam penjara umno ....hangpa orang umno bolehla belagak..tapi ingat dalam sepuluh orang yang dizalimi berdoa satu mesti Allah makbulkan sebagai mana hadis nabi saw(Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi..doa mereka tidak akan terhijab(terhalang)..maksudnya diterima terus tanpa sekatan...dan mengikut kata seorang ulamak tafsir walaupun doa seorang kafir yang dizalimi...ha ha ha jaga la kome AMNO akan musnah.....
ReplyDeleteApa saja yang didakwa oleh orang-orang PR, satu pun aku tak percaya sebab dah terbukti dari dulu sampai sekarang PR lebih banyak merapu dan membuat fitnah semata-mata... Tak pernahnya betul...
ReplyDelete