Wednesday, March 04, 2009

338: HIDS (bhg 5) Sidang DUN Pokok Sena - malaysiakini

Lepas semua ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat sampai dekat kawasan berkumpul (lebih kurang 100 meter dari Bangunan SUK) satu perbincangan kecil diadakan diantara depa. aku tak tau apa yang depa dok bincang sebab aku amik masa tu pi bli air... kering anak tekak beb...

Yang aku tau, bila aku pergi semula dekat tempat depa berkumpul, depa buat announcment mengatakan bahawa Speaker telah bersetuju untuk mengadakan Sidang Tergempar DUN di lokasi yang telah dipersetujui oleh semua ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat iaitu dibawah Pokok Sena (dekat situ jugak) dengan izin YB Pokok Sena, Saudara Mahfuz Omar (yang ni aku reka...).

Orang ramai yang datang bertepuk tangan dan menyatakan persetujuan terhadap persidangan DUN yang bakal diadakan sat lagi dekat bawah Pokok Sena tu.

Tak sampai seminit, orang ramai (lebih kurang 500 orang) berpadu tenaga membentuk satu lingkaran bulatan mengelilingi kawasan tempat Dewan akan bersidang menjadikan kawasan dewan berada dalam satu bulatan benteng manusia sebagai simbolik bahawa rakyat mempertahankan Dewan Undangan Negeri dan juga para Ahli Dewan Yang Berhormat.

Satu lagi sejarah tercipta di Malaysia di mana buat julung-julung kalinya Dewan Undangan Negeri mengadakan Sidang Tergempar di satu kawasan yang terbuka disaksikan oleh orang ramai yang hadir.

Itu sejarah yang pertama di Negeri Perak dan juga di Negara Malaysia dan mungkin juga di dunia..! sebuah negara yang telah menyambut kemerdekaannya yang ke 51 terpaksa mengadakan Sidang DUN di bawah Pokok Sena padahal Negara ini tidak dilanda gempa bumi atau tsunami atau apa-apa bencana alam yang merosakkan Dewan yang biasa digunakan untuk tujuan itu..!

Inilah Negara DEMOCRAZY Malaysia... Malaysia Boleh...!!!

Para ADUN dan EXCO Perak pun pada hari ni telah tercatit nama depa dalam sejarah Malaysia sebagai para Ahli DUN yang pertama menyertai Sidang Dewan Undangan Negeri di bawah Pokok Sena.

Yang paling menarik ialah bila Setiausaha DUN yang baru dilantik semalam telah memulakan tugas pertamanya di tempat yang paling istimewa hari ini.

Semua yang datang ke tempat kejadian adalah sebahagian dari sejarah... Ur the part of history..!

Balik pada Sidang Dewan... lepas bersiap sedia dengan pakaian rasmi seorang Speaker, Sidang Dewan dimulakan dengan ucapan dari Tuan Speaker disusuli oleh bacaan doa oleh Ustaz Misbahul Munir selaku Setiausaha DUN. seterusnya perbahasan berjalan. apa yang depa bahaskan aku tak tau sebab aku lebih minat nak snap gambar-gambar keliling.

Aku tengok wartwan Utusan, RTM, TV3suku dan Berita Hairan pun ada jugak. bukan main bersungguh depa dok shot gambar dengan camera dan video masing-masing. tengok gaya buat kerja memang cukup-cukup profesional, tapi result dari depa memang ProveSial..! korang tengok je la laporan dalam berita depa...

Ada tak depa laporkan perbuatan samseng-samseng macam dalam entri sebelum ni? korang tau tak masa samseng-samseng tu masuk setan, wartawan TV3suku dok berdiri dengan bapak VCam betul-betul dekat sebelah samseng tu tapi sikit pun beruk TV3suku tu tak rakam perbuatan samseng-samseng tu.

Lepas selesai Sidang Tergempar DUN, semua Ahli Dewan bersurai menuju ke Wisma DAP Perak untuk satu sidang akhbar bagi menjelaskan semua perkara-perkara berkaitan hari ni.

bersambung bahagian 6...

10 comments:

  1. post ko sblm ni..harvard bawah pokok tuh...kat UM dulu pon ada..DSAI dok melaung kat bawah tuh ler dulu...skang ni dah takde dah..AUKU nyer pasal...hehe

    ReplyDelete
  2. TERINGAT FILEM LAKSAMANA DOREMI MENTERI NEGERI PASIR BERDENGUNG PUN MEETING BAWAH POKOK HA HA HA!NAK TAU SAPA JADI MENTERI YG BERNAMA PASOLA TAK LAIN TAK BUKAN MAMAK ZAMBRI LE

    ReplyDelete
  3. P.Ramlee dah nampak apa akan jadi kepada Malaysia di masa hadapan. Sebab tu dia awai-awai dah buat pelbagai filem kemasyarakatan.

    Cuba pi tengok kembali filem dia dan kaji. Agak-agak apa akan jadi pada Malaysia lepaih ni.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. Satu peristiwa yg sungguh bersejarah,.

    Tok cadangkan nama Ipoh wajar ditukar kpd Pokok Sena atau Pokok Hujan2,.

    Apa kelasss pokok Ipoh beracun yg x bersejarah tu,..

    ReplyDelete
  5. "WORLD IS WATCHING",..

    Mmg betul dunia sdg memerhati.

    Tapi harus dingat Malaysia adalah negara berdaulat yg ada hubungan diplomatik dgn hampir semua negara didunia.

    Kejadian ini akan dirujuk kpd Wisma Putra,..akhirnya dunia akan melaporkan,..

    "Sekumpulan kecil pemberontak yg telah hilang kuasa cuba merempuh masuk pusat pentadbiran salah sebuah negeri di Malaysia....."

    (dlm bahasa ibunda ngra masing2 la,..)

    ReplyDelete
  6. Dlm PC pun nmpak jelas sapa yg berkuasa,..

    Nizar ke Ngeh????

    Yg berdiri plak,.. masyaallah,.. kopiah putih dok kt tepi/belakang jer,...

    Sesungguhnya perkara yg jelas tu xperlu disuluh lagi bagi jiwa2 yg tenang,..

    ReplyDelete
  7. Melalui kedudukan dlm PC kita bleh gambarkan kuasa yg memerintah Perak,.. org melayu perlu disedarkan.

    Tapi masalahnya org melayu PR yg mmg celaka,.xmau sedar2,..

    Aku dpt bayangkan kaki Ngeh menendang2 kaki Nizar smbil berbisik,.. "U moron shut-up,..let me talk"

    ReplyDelete
  8. aku sgt pelik dgn sifat murah hati org melayu..

    Yg beriya-iya berdemontrasi smpai jdi penderhaka 90% ORG MELAYU,..

    tapi bila dapat kuasa,. diserahkan kpd 90% Cina,...

    Klu aku cina pun,. aku mesti sokong melayu PR,.. mana mau cari melayu ini mcm maa,..

    Melayu paling bodoh,..?? melayu PR maa

    ReplyDelete
  9. yang dok komen kat atas nih..bila la nak sedaq kediri pun taktau...barua UMNO!! hangpa bawak la pahaman UMNO hangpa tu masuk kuboq besok senang...hangpa makan taik ah senang....

    ReplyDelete
  10. kat ataih nie,.

    smpai bila nk kena kelentong pun x tau ler,.. Cina yg hilang kuasa hangpa yg baring atas jlan,..

    Cina tgk tv kt umah

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?