Thursday, March 05, 2009

Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

najib on kuala terengganu by election 060109 03Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud DubusArnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

-malaysiakini

5 comments:

  1. sikit lagi waetawan prancis ni pulak hilang..

    ReplyDelete
  2. Tak malu Najib, ingin menjadi PM pulak. Kami tak nak dia jadi PM.

    ReplyDelete
  3. NAJIB!!MAMPUIH LA HANG LEPAIH NIH..HANG NAK LARI MANA NAJIB???KALU NAK LARI,CARILAH BUMI SLAIN BUMI ALLAH!!AJAK SEKALI MEMBER2 UMNO HANG..JGN LUPA AJAK ZALI AND THE GANG SEKALI..HAHAHAHAHA!!!

    ReplyDelete
  4. Patut la "bik mama" cari tak jumpa ada kat kelab diPARIS...

    Masa "Bik Mama" shooping sibuk.. Najib pergi clubing yer...

    ReplyDelete
  5. A ah..

    Kesiannya wartawan tu nanti..

    cepat2 nyorok eh..

    Nanti orang 'kerajaan' Malaysia cari!!!!

    Pastu, bila tanya najib, najib cakap 'tatawu', 'mengarut ni', 'mana ade sorang je wartawan hilang'..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?