Tuesday, March 31, 2009

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Badrulzaman - malaysiakini

Malam tadi Wanita KeADILan buat ceramah kecil-kecilan di salah satu kawasan di Bukit Gantang.

Antara yang hadir ialah saudara Badrulzaman bin Shamsudin yang tinggal di alamat 326, Lorong 12, Taman Kaya, Fasa 1, Taiping.

Nak dijadikan cerita, ceramah malam tadi menjadi ceramah terakhir yang dihadiri oleh saudara Badrulzaman bin Shamsudin apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di majlis ceramah tersebut.

Kami dari BloggersNetwork@Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Badrulzaman diatas kepulangannya ke rahmatullah.

Mana-mana saudara-mara, handai-taulan, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang mengenali Allahyarham Badrulzaman diminta agar menyebarkan berita sedih tersebut kepada kenalan-kenalannya yang masih belum mendapat berita ini.

Majlis pengkebumian Allahyarham Badrulzaman akan diadakan esok (sila berhubung dengan keluarga Allahyarham untuk maklumat lanjut).

Al-Fatihah kepada Allahyarham.

2 comments:

  1. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan lastly dia menghabiskan usia bersama barisan yg menentang kezaliman...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman dan beramal soleh ...... amin

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?