Kenyataan Media
12 Mac 2009
Pendedahan Liberation: Polis Didesak Jangan Double Standard
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.
AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?
AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera.Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.
AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.
AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK
-PRO REFORM
Tolong! Tolong! bakal Perdana Menteri (Pasolla) Malaysia akan di londehkan oleh surat kabar luar negara. Tolong Pulis! Tolong Bukit Aman! Tolong FRU! Tolong SB! Tolong Ayahnda,Kanda,Bonda! Tolong Mongolia! depa nak heret Najib ke akhbar no#1 telus di dunia...TOLONGLAH WOI!!! Zali tolong! TungakLangit Tolong! UM=NO Tolong! United Monyet Not Organised Tolong!!! Tolong!!!Big Mama Tolong!!!"PEACE!!! FOR NAJIB!
ReplyDeletekalu polis tak bertindak jugak.. nie kena buat perhimpunan lagik la layak nyer.. macam perhimpunan Anti PPSMI minggu lepas tuh..
ReplyDeletehmm.. dah demonstrasi baru nak terkial-2 ambik tindakan.. tu pun lepas rakyat marhain dah kena tembak air, gas pemedih mata, belasahan dll.
apa punya KERAjaan laa yg kita ada selama nie..!! bikin malu gua jerr..!!
Kalau aku jadi Najib, dan aku tak buat semua yang akhbar tu ceritakan, aku saman penulis tu, aku saman paper tu biar sampai bankrupt. Tapi hakikatnya, aku bukan Najib dan sememangnya Najib buat semua tu,
ReplyDeleteSo, senyap jelah... lagipun orang Melayu ni, dua bulan je, lepas tu lupalah....
Salam PerisikRakyat,
ReplyDeleteKalau di M'sia, boleh guna polis dan kemunting, tapi kalau di luar negara boleh buat macamana pulak? Interpol dan abu gharib ke?
kita wat report...biar sampai ratusan..kalo tak jalan gak,wat plak demo..kita lawan najib ngan fru....
ReplyDeletediorang ingat negara ni bapak diorang punyek ke???
nak saman Liberation ke tak nak?nak saman Liberation ke tak nak? kalau tak saman, depa kecoh kat luar sana, Malaysia je malu...kalau saman, Najib akan malu pulak...bukan Najib je, BigMama, BigPapa, Ayahnda,Kanda,Dinda semo malu plak nanti.Nak saman ke tak nak? Liberation ni pulak satu, YAB DS Najib Bin Tun Abd Razak tu kan bakal Perdana Menteri (Pasolla) Malaysia tu...berani mereka membuat kacau hal ehwal negara Malaysia...TP! lepas ni apa komen Menteri Luar kita yang pri hatin tu? tak pun menteri pakar undang-undang Malaysia tu? tak pun naib menteri pakar 'Darurat' tu?
ReplyDeleteKah kah kah..ape korang buleh buat.. Kuasa aku yg punye..tak lama lagi si tua Pak Lah akan serah kuasanye pada aku..kah kah..jgnkan polis, sprm pun aku control..ini malaysia aku yg punya..kah kah..
ReplyDeleteKalu korang masih nak guna polis dan sprm, silakan lah..sampai mampus le korang takan berjaya.. kalu korang buat demo, barua2 polis aku akan kerjakan korang.. bukan susah, tembak je dgn gas, bertempiaran le korang lari mcm semut kena sembur dgn baygon..kah kah..nak guna sprm,mahkamah?..lagi le senang aku..Korang pikir le cara lain nak jatuhkan aku ni..
kalau betul malunya aku nk mengaku najib tu org malaysia.....apa barang umno....jangan kerana bapak dia yang bagus....anak pun bagus.....silap!!!!!....selamat lah negara ini.....suruh najib tu rehat jap.....seminggu pun dh okey ..bg dia tenang pikiran...
ReplyDeleteEngko orang boleh ke percaya sama polis lagi, engko tak lihat apa dah jadi repot2 Kugan, saman Nizar, saman yg dibuat oleh Speaker Sivakumar dan lain-lain lagi, tak payah aku nak senaraikan disini.
ReplyDeletekan polis ni barua United Monkeys Not Organised, kalau monkey2 ni suruh cepat le depa. KPN dapat rasuah settle le kes. Pakatan Rakyat tak bagi rasuah.