- KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri tergempar hari ini tidak mengikut perlembagaan, menurut pakar undang-undang perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Beliau berkata tiga usul yang diluluskan adalah tidak berperlembagaan.
- Ini kerana persidangan itu diadakan 100 meter dari Bangunan Dewan Undangan Negeri, bertentangan dengan Aturan Mesyuarat, yang menyatakan bahawa masa dan tempat persidangan itu mestilah yang diwartakan, katanya.
- Beliau merujuk Aturan Mesyuarat 10(1) yang menyatakan terma Dewan Undangan Negeri ialah pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Sultan Perak dari masa ke semasa melalui pengisytiharan yang diwartakan.
- Pertamanya, beliau bukan Associate Prof tapi Assistant Prof. http://www.iiu.edu.my/laws/
staff.php?uid=8
- Kedua, beliau dari Islamic Law Department bukan Public Law Department (yang berkaitan dengan Constitutional Law)
- Ketiga, cuba baca ni : http://malaysianunplug.blogspot.com/2009/02/constitutional-law-expert-shamrahayu.html
- wasaalam.
Kalau nak tau apa-apa tentang kereta, pi la tanya pakar kereta. yang hang pi tanya pakar basikal tu buat apa?
BERNAMA pun dah kena beli dekat UMNO/BN ka..?
Cakap je aper2 bleh cepat glamer dan sensasi.. Lepas nie bleh cepat naik pangkat.. Hehehe..
ReplyDeleteKalau undang2 shariah aku percaya la cakap dia...
nak naik cepat..tu pasal dia cakap mcm tu.... wakakakaka...
ReplyDeletelambat pancut lagi best, tolong bgthu dia..wakakakakaka...
Sdra TP,. knp sdra siarkan gmbar prof tu? Apa tujuan sdra??Supaya seorg wanita muslim dihina dan dicemuh oleh penyokong sdra?
ReplyDeleteProf Dr Shamrahayu mgkin sebaya dgn emak atau kakak sdra. Jagalah maruah kaum yg melahirkan kita
wslam
TP nak tunjukkan bhw dia bukan memfitnah, cakap xde sebarang bukti. nah, itu buktinya!!!
ReplyDelete-etc-
Anon 2.59pm...
ReplyDeletekalau dh jahat tu...xkira laki @ pompuan...xkira muda @ tua...
tujuan disiarkan bukan niat supaya dia dicemuh...selain untuk menunjukkan kebenaran...
x letak gambar lak kn...pencacaii ameno kata ini tipu...direka2 saja...
skali ltk gmbr..mcm ni plak jadinya..
ingt x lg kes ramlan porigi???
selepas dibongkar habis kisah dan cerita dia..br dia tampil menyatakan kebenaran....
if makcik (jgn mrh na) nak tampil dgn kebenaran gk...silakan...mmg itu yg kita cari...
Salam..saya mau tanya pd Anonim yang bertanya pasal maruah kaum yang melahirkan kita....memang benar kalau ibu kita...yang tinggi iman dan beramal soleh...
ReplyDeletesaya tanya lagi...apakah anda ada rasa wanita seperti Amina wadud, Dr Mashitah yang mempersendakan hukum Allah juga patut kita sanjung......Lu pikirla sendiri...
Apakah dgn tunjuk gambar telah membuktikan dia cakap sebegitu??
ReplyDeleteSya fikir tidak
jom pakat serbu menggunakan eml.
ReplyDeleteKita serbu asst prof sengal ni.
Lain kali kalu xtau xpayah bercakap,kang org ckp bodoh marah plak...
anon 3:06
ReplyDeleteJgn la jumud sgt,. asal x sependapat kita semuanya jahat
Saya yakin kita semua pernah bertengkar x sependapat dgn suami,isteri,adik, kakak,anak hatta ibubapa kita,..
Adakah semua mrk itu JAHAT,..??
Salam..gayanya nampak cam dah kena tunggang dgn BN... Bernama tu dah sah2 mmg milik kerajaan..takleh kata apa dah...anak syarikat diorg..-Neo
ReplyDeleteAndai Prof. Dr Shamrahayu menafikan beliau ada mengeluarkan kata2 sebegitu,atau mendakwa kenyataannya diputar-belitkan oleh BERNAMA,..atau,dlm kes yg lebih ekstrim,... beliau sebenarnya penyokong totok PAS,..
ReplyDeleteApakah bukti gmbar tu bleh diguna-pakai lagi,..????
hahahahahaha,....!!!!
ReplyDeletekes Ramlang Perogi berulang
Ana rasa tujuan ruangan komen ini yang memaparkan wajah asst prof tu bukanlah bertujuan untuk mencemuh sesiapa. Tapi kita perlu ingat setiap yang mungkar itu tentu allah akan tunjukkan kebenarannya. sama lah ngan prof tu, jangan jadi burung kakak tua, merbuk or burung tiung. Ana ingat pun tujuan dia supaya dapat full prof kat UIA sbb tu buat kenyataan yang pro kepada BN or UMNO.
ReplyDeletePada Ana sebenarnya jalan terbaik menangani masalah politik di Negeri Perak bukan lah perkara yang sukar diselesaikan, mudah jer.... sangat lah enteng.... yang penting di bubarkan saja Dewan Undangan Negeri sepertimana MB dato' Nizar usulkan. Mana perginya keberanian BN or UMNO, kata mereka kuat n tak berpecah belah. So buktikanlah di Negeri Perak. Kalau mereka yakin rakyat bersama mereka knapa takut sangat nak bertanding di pentas Pilihanraya? Knapa libatkan Institusi Raja kedalam kancah politk BN or UMNO. Mana gentlenya ADUN PERAK dari UMNO n Najib?
Ana rasa tindakan MB Dato' Nizar untuk dan mohon perkenan Sultan membubarkan ADUN menepati citarasa
rakyat dan Politik di Negeri
Perak. Rasanya kalau cadangan itu diperkenan tak lah sampai macamni..... UMNO amnya mengambil kesempatan diatas dua tiga ekor katak yang melompat-lompat tu.
Pada asst prof tu..... janganlah mudah memberi kenyataan untuk kepentingan peribadi....
INSAF LAH........
ni yg dia dok ulas ni undang manusia buat.. biase la undang2 buatan manusia mesti ade yg tak kena. Satu fasa bercanggah ngan yang lain. Biarla org yg tahu yg berdebat.
ReplyDeleteyang paling sempurna hukum hakam buatan Allah.
anom 3:43
ReplyDeleteTak payahlah ko nk berana-ana kat sini. 'ANA' ko x melambangkan ko lebih Islam dri org lain. Apatah lagi komen ko pun lbih byk fitnah dri beri pendapat,..
podaaah cit,.!! 'ana' konon
Mak! kalau mak nak naik pangkat cepat cara hina macam ni, saya tak mahu sokong...tapi kalau Mak rasa diri mak di fitnah kat sini, mari Mak jumpa blogger ni supaya jelaskan bahawa Mak sebenarnya digunakan oleh puak2 Puaka...tapi kalau Mak rasa Mak tu memang murahan, Mak selaklah kain sendiri, tanya Mak punya selera...anak rasa sangat malu kat kawan2 ada Mak macam nih...
ReplyDeletemasya-Allah,..pencacai PR mmg kurang ajor
ReplyDeletemasya-Allah,..pencacai umno mmg kurang ajor
ReplyDeleteanom 4:04
ReplyDeleteNama dia Ana lah ngok.. suke ati dia la nak tulis ape pon
rasanya tp bukan nak dedah muka
ReplyDeletekalau buka profile UIA..memang dah sekali ada gambo tu..kalau bagi link pun, orang akan tau juga rupanya camne.
pertamanya, nak luruskan kekeliruan.tak nampak ke?
1)title asistant prof
2)lecturer ni mengajar department pe
3) rasanya tp xdela mencemuh
4)rasanya yang buat provokasi kat sini pengunjung (entah PR ke..UMNO ke..sapa yg tau..tapi berdasarkan rekod TV3 nightline semalam..extrimis melayu suka buat kacau macam kat depan suk)
4)kalau berbeza pendapat pun tak boleh hormat orang lain ke.
5) kan dah bagi link lagi satu suh baca pendapat Shamrahayu & aziz bari.(kalau di uia tu, sepatutnya bernama kenala tanya Prof dr aziz Bari bukan Assistant Prof Dr Shamrahayu pasal consti law)..barulah jawapan tu ada weight skit.
Susah-susah korang yg tak suka profesor bagi pendapat situasi sekarang ni pekak-pekak kan aje telinga kome ,profesor tu belajor sampai tingkat 6 dan selebihnya dapt free sijil dari amno yg koem tak suka , dengor & anggok saja pemimpin PR bercakap & jangan dengor pemimpin amno cakap sebab amno tu penipu je , tak pernah buat baik pada orang melayu , betui tak , itu aje yg kome suka nak dengor..
ReplyDeleteAssalamualaikum semua (dan khusus buat Dr Shamrahayu)
ReplyDeleteSebenarnya Proffessor Dr Shamrahayu mungkin mengeluarkan kenyataan mengikut pemahaman drs..dari segi undang-undang..saya hormat sungguh golongan intelektual ni...tapi ingat..hat-hati..jangan salahgunakan keintelektualan kita untuk kepentingan dunia...salah tu...Kakakku Prof...sedarlah di zaman Nabi saw ada seorang yang bernama Utbah b.Rabiah..seorang intelektual Arab di zaman Jahiliyah walaupun dia ini terkenal dengan kehebatannya..kesasterawannya..kebijaksanaannya namun malang nur hidayah masih tidak sampai ke hatinya...lalu dia telah menjadi salah satu alat kepada golongan pemimpin kafir Quraisy yang terlibat dengan suatu perbincangan (negotiate) antara mereka(pemimpin kafir Quraisy)dengan nabi.Mereka telah mengutuskan Utbah b. Rabiah sebagai jurucakap..kerana beliau seorang yang petah berkata..tinggi intelektualnya..taklah bongok macam pemimpin Arab Quraisy yang lain tu...eh eh tersasar lagi..ok kemudian kan kakakku Utbah memulakan dialog dengan tawar menawar kepada nabi saw dan antaranya tawaran yang cukup hebat...antaranya sebagai mana yang di ceritakan di dalam kitab sirah Ibnu Hisyam:
1-Ditabalkan menjadi Raja
2-Dijadikan manusia yang paling
kaya di Mekah
3-Di tawarkan wanita yang paling
cantik untuk dikahwini
4-Ditawarkan khidmat perubatan
professional..sekiranya nabi saw
sakit(kalau kita boleh lepak kat
pusat perubatan pakar yang mahal
tu..percumaaaaa)
Namun kak walaupun tawarannya menarik..dah le pulak tu.. keluar dari mulut seorang yang menarik dan hebat perwatakan dan kelulusannya..namun Nabi saw tidak berminat kerana dakwah Nabi itu tidak direka-reka untuk kepentingan diri Nabi saw tetapi perjuangan baginda adalah perjuangan yang hak dan sejati..tidak bisa digugat walau sesaat pun dengan bangkai dunia yang sementara .Sesungguhnya demi Allah tuhan yang maha mengetahui bahawa perjuangan Nabi saw adalah untuk membawa keadilan ,kebajikan dan kebenaran untuk seluruh makhluk...lepas tu kan akak... Nabi saw pun membacakan ayat daripada Surah Sajadah..lalu Utbah terkelu lidahnya dan tersekat keintelektualannya apabila mendengar ayat Allah yang cukup hebat...barulah dia sedar di depannya itu bukan sebarangan manusia...bukan orang yang gilakan pangkat..kuasa..wang berjuta...nafsu kepada wanita...Utbah merasa resah apabila mendengar ayat itu lalu dia bangun tanpa sepatah kata dan pulang menemui kaumnya...apabila sampai di tengah-tengah kaumnya..mereka bertanya...wahai Utbah sudahkah kamu bertemu muhammad dan apa katanya...adakah dia sudah menerima tawaran kita..?Maka akak tahu apa jawab Utbah....sebagaimana yang tercatat di dalam kitab sirah:''Utbah menjawab dengan bahasa diplomatiknya...Tinggalkanlah Muhammad itu kepada orang-orang Arab lainnya(dari suku Arab yang lain)....Sekiranya mereka dapat mengalahkan dia(Muhammad) kamu akan merasa tenang .Tetapi sekiranya dia berjaya mengalahkan mereka dengan ayat-ayatnya(Al-Quran)maka dia akan menjadi manusia yang dihormati termasuklah kamu..kerana kamu dari kaumnya.(Dr Taha Ismail-The life of Muhammad saw)
Oleh itu..tuan-tuan dan kak Dr Shamrahayu..sebelum mengeluarkan kenyataan tolong kaji dulu hujah dan rasional di pihak lain..mengapa dan kenapa perkara persidangan ini berlaku di bawah pokok..dan mengapa kita mesti mengorbankan keintelektualan kita mengeluarkan pendapat dengan tidak berhati-hati dan ikutlah macam Utbah walaupun tidak memeluk Islam TETAPI MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM NABI SAW.....Akhir kata kepada adik-adik,penyokong-penyokong Umno..dan bloggersnya..dan kepada Dr Shamrahayu...kaji dan selidikilah dulu...sebelum kita taksub dengan parti yang kita sokong...kalau Dr Shamrahayu berada di pihak pembangkang dan menyokong pendapat pembangkang saya rasa mungkin kak Dr Shamrahayu akan diturunka pangkat serta -merta mungkin kena jaga mesin potostat di pejabat...Wallahualam Bissawab
(El-Azhar ex-student -93-98)El-zagazig
anon 5.28 kata,
ReplyDeleteSusah-susah korang yg tak suka profesor bagi pendapat situasi sekarang ni pekak-pekak kan aje telinga kome ,profesor tu belajor sampai tingkat 6 dan selebihnya dapt free sijil dari amno yg koem tak suka , dengor & anggok saja pemimpin PR bercakap & jangan dengor pemimpin amno cakap sebab amno tu penipu je , tak pernah buat baik pada orang melayu , betui tak , itu aje yg kome suka nak dengor
dan kata2 itu diberi balik pd nya dgn menukarkan perkataan PR kepada BN..amacam?boleh terima?
tak kisah la dia ni pakar dalam bidang ape pon yang penting ape yg dia cakap kena la betul..
ReplyDeleteTak salah orang politik nak cakap bab agama, orang agama nak cakap pasal ekonomi.
betul ke pengerusi bernama masuk icu disalah sebuah pusat perubatan di kl? ada sesiapa boleh tolong siasat? betul ke info yang saya dapat diperak ni?
ReplyDeletebernama tu kan bawah kementerian penerangan .. memang la pro government ... yang salah pun dibetulkan .. yang penting .. pro government
ReplyDeletesdr. perisik rakyat,
ReplyDeletesaya adalah seorang bekas pelajar undang2 kat uia yang baru je grad tahun lepas...saya cukup kenal dgn dr. shamrahayu (dia dikenali sebagai kak sham di kalangan student), apatah lagi prof. aziz bari...
izinkan saya memberi sedikit penjelasan mengenai 'status' kak sham sebagai pensyarah undang2 perlembagaan..
di aikol (singkatan ahmad ibrahim kulliyyah of laws), kak sham memang mengajar subjek constitutional law, di samping evidence & procedure in shariah court..di peringkat master pulak, dia ajar subjek fundamental rights & liberties in islam
dari segi resume, memang nampak dia layak bercakap mengenai perlembagaan tapi dia taklah layak jadi 'pakar' perlembagaan sebab dia baru 2 tahun dapat PhD. nama dia pun baru setahun ni glemer, mendapat 'publisiti' mula2 melalui harakahdaily
satu aikol dah maklum pendapat dia sering bercanggah dgn pendapat prof. aziz bari & kemuncaknya bila prof. aziz bantai kak sham mengenai isu undi tak percaya kepada mb perak...bukan saja aziz bari, sesiapa yg belajar consti (singkatan glemer constitutional law) akan terkejut dgn kenyataan kak sham yg tiba2 kata berdasarkan kes datuk amir kahar, undi tak percaya boleh ditentukan berdasarkaan 'keadaan'. sedangkan semua student aikol tau, agong/sultan/ydp negeri takleh pecat pm/mb/ketua menteri. kes datuk amir kahar tu langsung tak sama dgn situasi nizar kat perak
terbaru, kak sham kata sidang dun bawah pokok tak sah, sedangkan prof aziz kata sah...agak2 orang nak ikut cakap siapa? status akamedik kak sham & prof aziz mcm langit & bumi, sapa nak ikut pendapat kak sham? dahlah pendapat kak sham tak convincing, dia kata sidang dun kena dibuat kat tempat yg diwartakan, abis kalo tempat yg diwartakan tu dikunci, nak bersidang macam mana? kat sinilah datang kuasa speaker nak pilih kat mana nak buat sidang dun
saya cadangkan, apa saja yg kak sham ni cakap, abaikan...apatah lagi kalau apa yg dia cakap tu bercanggah dgn apa yg prof. aziz cakap
lupa nak sahkan, dia memang 'penolong profesor' je, bukan prof. madya lagi
ReplyDeleteulasan2 dia sebenarnya begitu menimbulkan tanda tanya, lecturer consti merapu pasal consti, mcm cakap tak serupa bikin
`Pakar Undang2 Perlembagaan’ seolah-olahnya sepakat bahawa Speaker DUN Perak tidak memerlukan perkenan Sultan jika sesi DUN yang lalu ditangguhkan/ ditundakan dan bukannya ditamatkan. Jika sesi DUN yang lalu ditamatkan baharulah perkenan Sultan diperlukan untuk memulakan semula sidang DUN.
ReplyDeletePandangan saya berbeza. Samada sidiang DUN dibuat dibawah pokok atau atas pokok bukan soalan pokok – yang paling penting adalah perkenan Sultan samada sidang DUN boleh dibuat atau tidak. Jika tidak sidang DUN dibawah pokok atau diatas pokok merupakan `perhimpunan haram’.
On the issue of Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;
“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.
(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.
Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah.
Persoalan yang saya ajukan adalah Sultan ibarat CEO Negeri Perak, apakah Baginda Sultan tiada kuasa veto dan mempunyai kuasa menitahkan Speaker untuk tidak membuat/ meneruskan sidang DUN yang sudah dirancangkan Speaker? Apakah rancangan Speakar mengatasi rancangan Sultan Negeri Perak itu sendiri?
Perkataan "Speaker" (Pengucap) itu sendiri menunjukkan kedudukannya yang sebenar berbanding Sultan.
Lain pulalah kedudukannya jika seseorang itu berpendapat bahawa Sultan bukannya CEO dinegerinya sendiri sebaliknya Speakerlah yang menentukan walaupun terhadap Sultan yang merupakan Pemerintah (Ruler) dinegeri Perak.
Hendaklah suatu Peraturan Tetap DUN tidak dibaca berasingan (piecemeal) tetapi secara menyeluruh dan filosof. Pentadbiran negeri boleh bertukar tangan seperti Kelantan, namun Pemerintahnya tidak. DI Kelantan contohnya, Pas mendapat mandate mentadbir negeri bagi pihak Sultan sebab itu MB merupakan perlantikkan Sultan bukan rakyat. Dinegeri Selangor pun sama, Pentadbiran jatuh kepada Pakatan Rakyat namun Pemerintahnya tidak berubah.
Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”
PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.
Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”
Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah malukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden?
Beberapa petikan Pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim?
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
TINDAKAN Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru terus dipertikaikan Pakatan Rakyat walaupun ia dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu. Ikuti temu bual beliau dengan Pengarang Berita, Berita Minggu, Rasid Rahaman dan Wartawan, Siti Almizan Aripin.
Kewajaran Speaker gantung Menteri Besar dan 6 DUN daripada menghadiri Persidangan DUN Negeri Perak?
Kuasa itu tidak boleh diikuti sebenarnya sebab prosiding itu tidak dibuat dalam Dewan. Ia boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya Menteri Besar akur kepada arahan itu. Sekiranya arahan itu dibuat dalam Dewan dan diluluskan usulnya di bawah Peraturan Tetap 18 atau 89 barulah menjadi perkara yang boleh dikuatkuasakan. Tetapi seseorang Speaker yang Dewannya pun tidak ada, beliau tidak ada kuasa menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri persidangan DUN Perak. Sebab Speaker hanya boleh bertindak dalam Dewan. Begitu juga di bawah pokok, bukan Dewan. Seharusnya pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu, tetapi ia tidak dihalang. Di situlah saya mempertikaikan cara kita mentadbirkan kuasa undang-undang di negara ini yang sudah berlainan sangat ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu (tahun 1977-1978).
Ada pihak menyatakan Speaker DUN Perak tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan persidangan baru kerana persidangan terdahulu hanya ditangguhkan, bukan ditamatkan. Boleh Datuk Seri komen?
Itu pandangan biasa namanya. Pandangan yang tidak berasaskan kepada undang-undang. Tetapi jikalau seseorang itu meneliti perkara 36 dan melihat kehendak dan kuasa Sultan di situ, ialah bahawa Sultan mempunyai kuasa itu. Kita tidak boleh hanya menyatakan oleh kerana ini hanyalah kesinambungan kepada Dewan dulu. Sedangkan Menteri Besar sudah bertukar, Exco sudah bertukar, Menteri Besar lama sudah keluar daripada bidang tugas dan bidang kuasanya. Ia sudah menjadi suatu keadaan baru. Sebab itu perlunya kita mendapat arahan daripada Sultan. Sebenarnya ketika Dewan tidak bersidang, kuasa Sultan tetap ada. Sama ada hendak mengarah Dewan bersidang atau tidak. Ini perlu difahami semua orang yang berkaitan dengan DUN. Speaker tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri begitu juga di Parlimen. Jika Yang di-Pertuan Agong menyatakan baginda hendak menangguhkan Dewan, jadi ini kuasa baginda.
Tindakan Speaker DUN Negeri yang mengadakan persidangan di bawah pokok dari sudut undang-undang?
Pertama, istilah Dewan mengikut amalan Parlimentary Practice Commonwealth termasuk yang diamalkan di House of Common (Dewan Rakyat) dan di House of Lord (Dewan Negara). Ia institusi berdinding, beratap dan menggunakan suatu bangunan. Jadi apabila seseorang itu bersidang di bawah pokok, ia bukan bersidang di dalam Dewan. Tidak ada rumahnya jadi mengikut Sesyen 27, seharusnya kita sudah boleh bertindak, tapi kenapa dibiarkan? Soalan ini saya tidak boleh jawab. Jadi saya berterus terang menyatakan tindakan-tindakan preventive (pencegahan) kita tidak cukup. Dan mesyuarat itu tidak sah.
Jadi, jika persidangan dibuat tidak sah, bagaimana dengan tiga usul diluluskan oleh DUN di bawah pokok?
Ia juga tidak sah. Satu, prosedurnya ialah Setiausaha Dewan harus menyediakan notis sekurang-kurang tujuh hari atau menurut kehendak Speaker boleh disingkatkan. Dalam persidangan itu, Setiausaha Dewan tidak terbabit. Proses itu tidak dilakukan. Yang kedua, mengikut Perkara 36 Perlembagaan negeri Perak, Sultan hendaklah memanggil dari semasa ke semasa sidang DUN. Bermakna masa tertentu, Sultan harus dimaklumkan lantaran konsep DUN di negeri-negeri, pertama Sultan dan kedua DUN. Jika di Parlimen, konsep Parlimen ialah pertama Yang di-Pertuan Agong dan kedua Dewan Rakyat dan ketiga Dewan Negara. Jadi di negeri, Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati, sekurang-kurangnya setiausaha mesti berfungsi dan yang paling wajar Sultan perlu memainkan peranannya. Sultan juga boleh meminta supaya sidang diadakan. Menteri Besar juga mengikut petisyen di bawah kuat kuasa peraturan Dewan Negeri Perak boleh meminta Dewan diadakan. Timbalan Speaker pun boleh sekiranya Speaker mempunyai alasan, dan boleh buat petisyen mengikut Sesyen 8 Peraturan negeri Perak.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan menyatakan kekebalan Speaker DUN termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya. Boleh Datuk Seri komen?
Mereka yang cakap kebal ini sebenarnya kebal dari apa. Itu saya fikir satu terma yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan pelbagai pihak. Speaker tidak kebal dari segi undang-undang dan juga prosedur.
Pertama, seseorang Speaker jika tidak mengikut prosedur, fungsinya terbatal. Speaker beroperasi di dalam Dewan bukan di luar Dewan. Speaker mesti menerusi Setiausaha Dewan, Speaker tidak boleh mengarahkan dengan sendiri. Kerja-kerja Speaker mengadakan persidangan dan membubarkan Dewan mesti mendapat kelulusan Sultan sebab erti DUN, tampuknya ialah Sultan dan bawahnya DUN.
Seterusnya, jika Speaker menyalahi keempat-empat prosedur ini, Speaker boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Keistimewaan atau Committee of Privileges apabila bersidang nanti. Jadi pandangan terbaik adalah oleh kerana BN sekarang sudah pun majoriti selepas dibuat perkiraan tempoh hari, kenapa tidak berani mengadakan Dewan, lantik Speaker baru. Di bawah Perkara 39 Perlembagaan Perak, ada peruntukan bagi Timbalan Speaker.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Tidak kira dari siapa kita belajar Undang2, akhirnya kita perlu mengambil suatu pendapat - mungkin ada yang setuju dan ada tidak. Yang sedih bila kita tiada pendapat samada orang punya atau sendiri punya. Kertas Perlembagaan Persekutuan adalah kertas asas Sarjana Muda Undang2 disemua IPTA maka semua graduan sarjana Muda undang2 hendaklah mengetahui asasnya. Kini terpulanglah kepada pembaca hendak pakai pendapat siapa, samada Ambiga (Majlis Peguam), Karpal Singh (DAP), Sivakumar, Dato Seri Nizar, Prof Aziz Bari, Prof Shad Faruqi (UITM), Sultan Raja Azlan Shah (bekas ketua hakim Negara) pendapat saya atau tahu mengutuk sahaja namun hujah tidak ada.
Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak
ReplyDelete“if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly, then unless at his request his Royal Highness dissolves the Legislative Assembly he shall tender the resignation of the Executive Council”
(Undang-unang tubuh Perak dan Pahang adalah sama).
Saya terjemah;
Jika/ sekiranya MB sudah tiada lagi mempengaruhi keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri , maka melainkan atas permintaannya Tuanku Sultan membubarkan DUN beliau hendaklah kemukakan perletakkan jawatan EXCO.
Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN? Perkataan "members of the Legislative Assembly" bukan "members in" bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?
Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri mohon untuk dibubarkan DUN.
Sepatutnya, Pakatan Rakyat tidak seharusnya mengistiharkan kersusi Behrang dan Changkat Jering tu kosong dan membuang mereka. Itu telah membuat Adun Changkat benggang dan Adun Behrang pun menjadi berang dan melompat dan menyokong BN sebagai bebas. Raja Petra pula diblognya Malaysia Today bertajuk "what more to say" mengatakan Hee merajuk kerana yang lain mendapat Toyota Camry sedangkan dia tidak dapat. Pakatan Rakyat nyata telah buat langkah2 yang silap sehingga membawa padah. Inilah punca kejatuhan Pakatan Rakyat.
Sekian
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin.
Pensyarah (Undang2 Awam) IIUM
jap...ak nk ckp psl ltr blkg dia...adakah dr shamrahayu sendiri ckp yg beliau ialah Assoc Prof???? Aku rase wartawan @ bloggers yg slh tulis psl bende tu..mmgla dia Asst Prof...so what???? dia xperlu cari care bodo cmni utk nk glamer...pastu mmg la dia dr islamic dept...korg yg ckp pkai lutut ni dgr sni...kt uia xkira la dept mane pn lecturer tu, ape subjek yg dia ajar sekalipun....doesnt matter...lntkla dia islamic law dept pn tp ajar consti...ade jer lec yg ajar islamic law subjek dok kt public law dept...jgn timbulkn isu2 bodoh...sape yg xblaja consti mmg la main ckp je...jgn nk hentam je..dan aku rase dr shamrahayu xpyh terangkn ape2 psl bende ni..lantakla org nk ckp ape pn...at least dia ade phd...korg yg dok kutuk spm pn xlps...
ReplyDeleteIzinkan saya memberikan sedikit kelas undang2 jika kamu sekalian tidak keberatan. Parti2 Politik adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Soceity Act). Masaalah dikalangan ahli2 parti hendaklah diselesaikan dibawah Akta tersebut contohnya dengan memecat ahli tersebut namun pertubuhan (PKR contohnya)itu tiada hak melucutkan mereka sebagai ADUN kerana itu adalah pilihan dan hak rakyat bukan parti. Jika rakyat benci ADUN tersebut kerana melompat, kenalah tunggu pilihanraya akan datang atau jika ada kausa tindakan (cause of action) boleh juga saman ADUN tersebut kerana memungkir janji dan meminta ganti rugi.
ReplyDeleteContohnya, , Ali dan Minah berkahwin. kemudiannya Minah lompat pergi ke lelaki lain. apa kaitan dalam hal ini untuk Ali menyalahkan tok kadi? Ali samanlah lelaki yang membawa lari Minah isterinya atau saman Minah . Kenapa pula hendak dibubarkan semua akad pernikahan pasangan suami-isteri yang lain yang tok kadi telah akad nikahkan?
Inikan masaalah antara BN dan Pakatan Rakyat, kenapa perlu dibabitkan Sultan pula dan kenapa hendak dibatalkan ADUN-ADUN yang lain hanya kerana 3 ADUN yang lompat keluar dari Pakatan Rakyat?
Maka jika Ali ditipu dan tertipu oleh ADUN Behrang (contohnya) bukankah itu masaalah Ali yang mudah tertipu dan ditipu oleh ADUN tersebut? Tunggulah pilihanraya akan datang. supaya jangan tertipu lagi namun Ali boleh jika mahu saman ADUN Behrang kerana telah mungkir janji atau saman saja PKR kerana nyata telah cuai dalam memilih calon yang baik untuk dipertandingkan. Kenapa pula nak mengalihkan pandangan dengan membenci dan menyalahkan Sultan dan menghasut dan mengelirukan rakyat atas salah diri sendiri?
Berbalik kepada Ali dan Minah suami isteri, bukankah Ali sendiri yang tackle dan goda Minah untuk dijadikan isteri- bukannya tok kadi yang pandai-pandai paksa Ali berkahwin dengan Minah? Bila masa pula Sultan ada menyuruh Ali mengundi Adun Behrang (contoh) - maka kenapa Ali perlu babitkan dan persalahkan Sultan atas kesilapan diri sendiri?
Maka jika Ali tak berpuas hati dengan ADUN yang belot, samanlah ADUN itu jangan pula Sultan atau paksa Sultan bubarkan DUN sehingga membabitkan ADUN2 yang lain pula yang tiada masaalah dengan Sultan ataupun menghasut dan mengelirukan pengund2 tempat DUN lain yang tak bermasaalah.
Sekian
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin.
Pensyarah (Undang2 Awam) IIUM
Prof Shad antara lainnya;
ReplyDelete(i) akur bahawa adalah hak Sultan untuk atau tidak membubarkan DUN;
(ii) akur adanya ruang dimana undi tidak percaya boleh juga diraih diluar sidang DUN;
(iii) akur bahawa tindakan wakil-wakil rakyat dan DUN melompat adalah dibenarkan oleh Undang2;
(iv) terbuka (tanpa memberikan jawapan) dalam isu samada Sultan mempunyai kuasa memecat MB Dato Seri Md Nizar; Prof Shad tidakpun mengatakan pemecatan itu tidak sah;
(v) akur bahawa MB dilantik oleh Sultan mengikut pandanganya seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majoriti;
Prof Shad bagaimanapun tidak memberikan apa-apa jawapan samada perlantikkan MB Dato Zambri sah – tapi Prof Aziz kata tak salah disisi undang2 cuma tidak wajar. Berbalik kepada apa yang Prof Shad akur – Sultan melantik MB mengikut pandangannya (budibicara/ kewajaraanya) siapa yang berkemungkinan (likely) meraih sokongan majoriti ADUN – perlu ambil perhatian bahawa Prof Dr Shad (did not rule out) tidak menolak kemungkinan meraih undi sokongan majoriti diluar sidang itu sah;
Ujar Prof Dr Aziz Bari;
“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
Komen saya (Dr Abdul Rani) > untuk mengatakan perlantikan Dato Zambri itu tidak salah, pemecatan MB Dato Seri Md Nizar mestilah terlebih diterima sebagai betul dan sah,
Ujarnya lagi;
"Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa Sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat."
Persoalan saya (Dr Abdul Rani) – jika sudah tidak salah perlantikkan MB Dato Zambri – tak ke sakit (kesalahan jenayah) Speaker DUN Perak dan kuncu2nya bila menggantungkan mereka dari menghadiri sidang DUN dan menjalankan tugas mereka kononya tindakan mereka menyalahi peratutan Tetap DUN. Keputusan Sultan melantik MB Dato Zambri dan exxconyakan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya seperti Prof Dr Aziz sendiri ujar? Tambahan pula, kata Prof Dr Shad, Speaker DUN tidak boleh menghukum ADUN tanpa mendapat pengesahan ADUN disidang DUN – maka penggantungan itu pun tak sah.
- persoalan saya (Dr Abd Rani) kepada Naspazi > bukankah itu semuanya menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa bila Dato Zambry dan Exconya digantung?
(vi) mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada Speaker DUN mempunyai kuasa mengatasi Suruhanjaya Pilihanraya yakni apakah Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kuasa atau tidak mempertikaikan keputusan Speaker. Prof Shad tidakpun mengatakan Speaker berkuasa keatas Suruhanjaya Pilihanraya; Bukanklah ini bermakna ada kemungkinannya?
(vii) Mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada mencabar (saman) keputusan Sultan suatu perbuatan derhaka?
Komen saya: jika jawapannya adalah “ya”> bukankah ianya suatu kesalahan samada dibuat atas kapasiti individu ataupun parti politik?
(viii) Bolehkah Sultan (tanpa memberikan jawapan) disaman dimahkamah terhadap tugas/ keputusan rasmi Baginda? Prof Dr Shad tidak kata bolehpun dan juga tidak kata tidak boleh. Karpal Singh kata boleh (tapi sampai sekarang beiau tidak menyaman Sultan –malahan telah didakwa dibawah Akta Hasutan.
> Prof Aziz menyatakan Sultan tetap kebal kecuali dalam tugas peribadinya sahaja – maka apahalnya menyaman Sultan? Bukankah ujar Prof Dr Aziz bermaksud Sultan tidak boleh cabar (disaman)?
(ix) Sidang DUN boleh dibuat ditempat lain –
- komen saya (Dr Abdul Rani) ialah Sultan tidak boleh membiarkan tiadanya sidang dibuat melebihi 6 bulan. Bermakna kuasa mengadakan sidang sebenarnya (ultimately – kata putus) ditangan Sultan. Maka jika Sultan tidak membenarkan sidang dibuat lagi – apakah sidang dibawah pokok itu boleh ditakrifkan halal atau “perhimpunan haram”?
Pada pendapat saya, disini Prof Shad (with due respect –saya belajar Undang2 Perlembagaan bahawa Prof Shad sebenarnya ditahun 1984 –ditahun satu) telah “khilaf” (erred). Saya amat menghormati pandangan Prof Dr Shad bekas guru saya, dan begitu juga Prof Dr Aziz, rakan sejabatan dan seFakulti. Hormat-menghormati pandangan suatu sama lain adalah lumrah – tak perlu emosi. Namun, pendapat saya berbeza dalam isu ini – sidang DUN bawah pokok bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak kerana tidak mendapat perkenan Sultan bahkan dilarang diadakan sama sekali –sebab itulah setiausaha DUN itu “mengunci” Bangunan DUN.
Penghujungnya, adalah tersasar untuk seseorang mengatakan bahawa pendapat itu bias (senget pandangannya) hanya kerana pendapatnya tidak memihak kepadanya tetapi “terpuji” jika memihak kepadanya. Prof Dr Shad pun dah mengatakan walaupun dengan kekesalan (unfortunately) bahawa lompat melompat adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan.
Apakah Naspazi boleh persetujui dengan saya bekenaan perkara-perkara (statement of agreed facts) berikut?;
(i)lompat itu sah (Prof Shad);
(ii)Perlantikkan MB Dato Zambri sah (Prof Aziz)
(iii)MB dilantik oleh Sultan mengikut pandangannya
(budibicara/ kewajarannya) seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majorit (Prof Shad ia, namun Prof Aziz juga?)
(iv)Penggantunggan Dato Zambri dan exconya tidak sah (Prof Shad kerana perlu mendapat kelulusan semasa sidang DUN)
(v)Bubar DUN adalah prerogative Sultan (Prof Shad)
(vi) Sltan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya (Prof Aziz)
Prof Mdya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Public law Dept) IIUM
-hujah balas kepada hujah balas Naspazi
Dibawah – petikan apa yang dinyatakan Prof Dr Shad Faruqi;
http://mt.m2day.org/2008/content/view/19676/84/
AN AVALANCHE OF LEGAL ISSUES
Posted by admin
Wednesday, 25 March 2009 08:22
REFLECTING ON THE LAW By SHAD SALEEM FARUQI (The Star)
The legal skirmishes triggered by the four Perak assemblymen who defected have sullied the reputations of several hallowed institutions and opened up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
THE four Perak Assemblymen who slithered down the treacherous slope of defections could not have anticipated the political and legal avalanche they have triggered.
The punches and counter-punches and the legal skirmishes over issues of procedure and substance are opening up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
Several constitutional institutions, including the state’s Sultan, the Election Commission, the Attorney-General’s office, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commis¬sion, the State Speaker and the Secretary to the State Assembly, have become embroiled in the controversy and have had their good names sullied.
The judiciary has not been spared.
When the case first reached the courts, a Judicial Commissioner gave judgments that defy understanding. To have a Judicial Commissioner and not a senior High Court judge presiding over this novel constitutional case was indeed disappointing.
Hearings were not in open court but in chambers. The Speaker of the Perak Assembly was declared to be a public servant despite indisputable legal evidence that he is exempted from such a definition.
The Speaker was not allowed to be represented by private lawyers. He was not even allowed to represent himself!
There was an unbelievable ruling that no conflict of interest existed in the state legal adviser representing the unwilling Speaker against the state government!
These initial judicial missteps were fortunately corrected on appeal but they left a bad feeling and sullied the reputation of a hallowed institution whose resurgence we were all praying for.
Defections: As opposed to the stability of the American presidential system, governments in parliamentary democracies often rise and fall because of political defections.
Unfortunately, the right to disassociate and re-associate is part of the fundamental right to association under the Federal Constitution’s Article 10(1)(c) and the decision in Nordin Salleh (1992).
We need a constitutional amendment to Articles 10(1) and 48(6). There are eminent legal models available in other Commonwealth countries. MPs and Assemblymen who hop midstream should be required to vacate their seats and seek a fresh mandate from their constituency.
Dissolution: The right to refuse a premature dissolution is an undoubted constitutional discretion of the Sultan under Article 18(2)(b) and 36(2) of the Perak Constitution.
We have instances in Kelantan in 1977 and in Sabah in the 90s when requests by MBs for premature dissolution were politely turned down. Judicial authority in Datuk Amir Kahar (1995) confirms the non-reviewability of this discretion.
Even if it is argued that the Sultan was bound by constitutional convention to pay heed to the advice of the then beleaguered MB, it must be noted that constitutional conventions are not law. They are rules of political morality that are non-enforceable in a court: Government of Kelantan v Government of Malaya (1963).
Dismissal of MB: This poses more complex issues. Article 16(7) of the Perak Constitution implies that the Sultan has no power to dismiss an MB. An MB’s cessation of office must come about by resignation under Article 16(6):
“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”
The Sarawak case of Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) ruled that lack of confidence may be demonstrated only by a vote of no-confidence in the Council Negeri. Factors outside the Council Negeri are irrelevant.
The High Court will have to decide whether to follow Ningkan or to distinguish it on many grounds, among them, that in Sarawak in 1966 the Assembly was in session when the Governor sacked Ningkan. In Perak, the Assembly was in adjournment and a vote on the floor was, therefore, not possible.
The High Court may also note that Article 16(6) does not make any explicit reference to a vote of no-confidence in the Assembly. It uses the words “confidence of the majority of the members of the Assem¬bly”.
The Privy Council in Adegbenro v Akintola (1963) and the Sabah High Court in Datuk Amir Kahar (1995) have held that factors other than a vote of no confidence can be taken note of in determining the question of confidence, and that there is no limitation to the consideration of factors outside the Assembly.
There was an additional complication. The Speaker of the Assembly declared that the hoppers had ceased to be members of the Assembly. With them excluded, Nizar disputed the loss of confidence and therefore refused to resign under Article 16(6).
In such a stalemate, did the Sultan have a residual, prerogative power to dismiss Nizar? In addition could His Highness rely on section 47 of the Interpretation Act that the power to appoint includes the power to dismiss? The court has to decide.
Appointment of MB: This is a discretionary function but is controlled and structured by constitutional guidelines. The Sultan has to appoint someone who, in his opinion, is likely to command the confidence of the State Assembly.
If there is a clear-cut leader with the requisite numbers, the discretion of the Ruler is merely nominal. But in an Assembly where no one has a clear majority, (a “hung Assembly”) the Sultan’s personal discretion acquires great significance.
In this case, the Sultan was obviously of the view that Zamri had the requisite numbers and therefore swore him in. The Sultan relied on face to face, separate interviews with the actors involved. The court will have to determine whether this manner of determination is legally justified.
Along with the above contentious issues there is a whole range of controversies that the Perak crisis has engendered.
Powers of Sultan: Can a Sultan be sued in the courts for his official acts? Is a threat to sue tantamount to sedition or treason?
Speaker’s powers: If open-dated resignation letters have no effect, as was determined in Datuk Ong Kee Hui v Sinyium (1983), can the Speaker still rely on them to declare that four Assembly seats have fallen vacant?
Is the Election Commission bound by the rulings of the Speaker on this point or can it decide on the issue independently?
The Speaker of an Assembly is indeed the master of proceedings and procedures in his Assembly, but does his power go so far as to declare seats vacant and to deprive members of their legal right to attend? Is his decision absolutely unimpeachable in any court?
In India, courts do not refrain from pronouncing on the validity of decisions in the House if human rights or constitutional issue are involved.
If the Assembly was not under prorogation but merely under adjournment, can the Speaker convene it on his own without an order from the Sultan?
Who must issue the summons, the Speaker or the Secretary to the Assembly? Does the Speaker have the power to dismiss a disobedient Assembly Secretary?
Privileges committee: The committee has undoubted powers to try members for contempt. But its decisions are not final and any recommendation to dismiss, suspend or discipline members must be confirmed by the Assembly.
Immunity of members: There is no legal bar to the Assembly meeting outside its official premises. The constitutional issue is whether those, including the police, who obstructed the Assembly from meeting are liable to punishment by the Assembly for contempt?
Likewise, are the police and the Anti-Corruption Commission guilty of serious breach of the privileges of the Assembly by questioning the Speaker and Privileges Committee members for their official conduct?
These are serious triable issues. Our answers to them must not be based on expediency or political partisanship but on well established principles of constitutional law.
Dr Shad Faruqi is Professor of Law at Universiti Teknologi MARA.
Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
ReplyDeletePensyarah Undang2 IIUM
Cut n paste komen saya dari blog - http://drhalimahali.wordpress.com/2009/04/01/hujah-peguam-shafee-abdullah-dipatahkan-oleh-ahli-panel-lain/
HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN
April 1, 2009 at 8:22 am (Bar Council of malaysia, CONSTITUTON OF MALAYSIA
Rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM
1. tongkatmusa said,
April 1, 2009 at 1:56 pm
Ahli2 panel UiTM akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.
Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.
Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.
Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.
Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact)
Berkenaan Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?
Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, Fasal 10 Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto)dibawah Fasal 10 undang2 Tubuh Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat. Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.
Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.
Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.
Adakah hanya 3 ADUN - dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan? Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUN yang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?
Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy.
ReplyDeleteIndeed sivakumar is brave enough in thinking that he was above and over the Election Commission.
Whether wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.
Soalan seterusnya adalah, adakah dia mengatasi Sultan pula bila menggantungkan Dato Zambri dan EXCOnya?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Public Law) IIUM
Hari ini (14hb April 2009) Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Federal Court) yang diketuai oleh Presiden Makamah Rayuan (ambil perhatian bahawa Presiden Mahkamah Rayuan juga adalah Hakim Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepakat bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan samada keputusan pergantunggan Dato Zambry dan Exconya dari menghadiri sdiang itu mengikut undng-undang atau tidak (sah atau tidak).
ReplyDeleteSebelum ini (awal April) mahkamah telah menolak bantahan awal bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidangkuasa menentukan isu peruntukkan dalam perlembagaan negeri hanya isu perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini bagaimanapun tidak berjaya kerana Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan sebelum ini memulangkan “paku buah keras” kepada Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peruntukkan perlembagaan negeri bukan sesuatu yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.
Disegi ini, pada pandangan itu ada betulnya namun tidak tepat kerana Mahkamah Rayuan terlupa bahawa bidangkuasa Mahkamah Persekutuan meliputi bukan sahaja bidangkuasa Rayuan (appellate) tetapi termasuk bidangkuasa2 seperti Penyelian (supervisory), bidangkuasa semakan (revisionary) dan bidangkuasa asal (original). Malahan biangkuasa Mahkamah Persekutuan merangkumi dan melewati (goes beyond) apa-apa bidang kuasa yang terdapat pada Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Rayuan. Maksud saya, Mahkamah Persekutuan tidak sekadar (walaupun kebiasaannya) mendengar rayuan dari mahkamah Rayuan (Court of Appeal) seperti difahami ramai. Lihat Courts of Judicature Act 1964,
Tidak lama kemudian (9hb April) Mahkamah Persekutuan memutuskan lagi bahawa Suruhanjaya Pilhanraya (dibawah Akta Pilihanraya) adalah kuasa menentu samada terdapatnya kerusi kosong DUN(casual vacancy) bukannya Speaker.
Kini pula (14th April) , Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan bahawa mahkamah persekutuan ada bidang kuasa mendengar dan menentukan samada Speker Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan tugas MB (Dato Zambry) dan Exconya selama 18 bulan dari menghadiri sidang DUN. Dibawah Artikel 44 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) Zambry dan 6 ahli ECO lain -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon deklarasi penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal (null and void).
Halangan demi halangan (melalui bantahan awal) Sivakumar bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kuasa Speaker ternyata gagal. Pada pandangan/hujah mereka, Mahkamah (Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan, Persekutuan) tiada bidangkuasa mendengar dan menentukan samada tindak tanduk speaker yang kononnya kebal berdasarkan Artikel 72 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) yang menyatakan bahawa kesahan (validity) apa-apa prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamahpun.
Isunya kini ialah Setelah bantahan awal sivakumar gagal, persoalannya sekarang adalah samada Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan MB Dato Zambri dan EXconya. Dalam hal ini apa itu "prosiding" menjadi isu penting?
Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan spekaer tiada kuasa menggantung MB Dato Zambry dan Exconya, bermakna masaalah besar akan menimpa Spekaer kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).
Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;
121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.
Maka, apakah pergantunngan MBDatZambry dan EXCONya sah?
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html
FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009
Deterministic Chaos In Perak
Here is a news report from the New Straits Times today:
Karpal stumped by Sivakumar's decision
IPOH: Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively.
Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar's decision to order the suspension. Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors.
He said Sivakumar's decision must be endorsed by the house.
Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly's Standing Orders prior to Wednesday's hearing before the Rights and Privileges Committee.
"I was shocked upon hearing Sivakumar's decision. We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it. "By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves.
"I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind," said a PR lawmaker.
Karpal’s suggestion that Sivakumar should put the suspension to the Assembly first is echoed on both sides. Perak UMNO Youth secretary Hang Tuah Din cited Rule 72(2) of the Standing Orders stating :
“when the House was not in session, a state representative could complain to the Speaker of any offences. The Speaker, if satisfied that the offence appeared to have been committed, could refer it to the Rights and Privileges Committee. In turn, the committee must report it to the Assembly”
“It is clear he (Sivakumar) should have referred the matter to the Assembly, and not made a decision,” Hang Tuah told a press conference.
Hang Tuah Din’s statement tallies with Karpal’s view.
According to another comment, by not following the proper procedure, the Speaker has become “the investigator, the prosecutor and the judge at the same time” when such a decision by the Privileges Committees should have been referred to the House.
The Perak Assembly does not meet until April. Logically the Speaker cannot suspend any member of the Assembly until then. Pending the vote, the MB and the six Excos are not suspended. And when the Assembly sits in April, the MB and the six Excos targeted by Sivakumar must also have the right to vote over their own suspension. Otherwise it is as good as a confirmed suspension already and a mockery of the whole process.
(Imagine a situation where a Speaker goes berserk and suspends say 28 members of the Assembly. Why not? If the Speaker can suspend six Excos and the MB, why not suspend 12, 18 or 28 members of the Assembly?)
More importantly if you suspend an MB and six Exco members, how does the State Government function? How does this help the people of Perak? No matter how tasty or distasteful, the State of Perak and its people do not have an effective Government to rule its affairs. Is this what the Speaker Sivakumar really aims to do?
Granted that Sivakumar has a serious axe to grind with the new MB over the change in the Perak State Government. But that does not justify his present action. Suspending an MB and six Exco members on some excuse that they showed contempt to the State Legislature appears frivolous.
Again I can smell the presence of His Ineptitudeness here.
The suggestion that the MB and his Exco take this matter to Court to set aside the suspension imposed by the Speaker is sound. It must be pursued urgently.
If the Court sets aside the Speaker’s action, it is possible that it will be Sivakumar who is in contempt. This must be thought through extremely very carefully but Sivakumar can also be held in breach of other laws.
In my view treason against the Sultan is not an issue because Sivakumar has not denied that Zambry Kadir is the new MB of Perak. He recognizes the Sultan’s appointment of Zambry as the new MB. He has merely suspended the MB and six Excos based on procedure which does not seem right.
Lihat juga;
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html
http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html
Sidang bawah pokok pula?
Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)
Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”
Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.
Pun begitu,
PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”
Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.
Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.
Baru-baru ini, MB Perak Dato Zambry ada menyatakan disuratkhabar (13hb April) beliau akan meminta perkenan sultan untuk mengadakan sidang DUN dan menasihati Speaker DUN supaya bertindak mengikut Undang2.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 (Jabatan Awam) IIUM
Adakah lagi dalih Sivakumar?
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html
Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430
Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry
LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.
Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.
Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.
Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.
Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok ataupun awal minggu depan.
Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. - Bernama
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517
April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted
PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.
Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.
Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.
Zambry and the six -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon -- brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM
Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
ReplyDeletePetikan (beberapa saja) dari;
http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html
Saturday, April 18, 2009
ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN
Assalamualaikum,
Oleh
Mohamed Hanipa Maidin
Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Komen saya (Dr Abdul Rani):
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517
April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted
PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (sedikit petikan sahaja).
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
Komen saya (Dr Abdul Rani):
Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
Komen saya (Dr Abdul Rani):
Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.
Seterusnya, terpulang kepada PendakwaRaya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apa perbezaan diantara "berhenti makan sebelum kenyang" dengan "jangan makan sampai kenyang"? atau air "separuh penuh" dengan "separuh kosong"?
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
Fakulit Undang2 IIUM
Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC bahawa Kerusi DUN tidak kosong dan EC tidak perlu mengadakan piliharaya kecil adalah sah disisi undang2. Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat. Turutan dari keputusan bahawa EC berhak menentukan kekosongan kerusi DUN bermakna 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, Maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN?
ReplyDeletePun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" (semakan Undang2) terhadap keputusan EC bahawa “perletakkan jawatan “3 katak Pakatan Rakyat” itu meragukan dan tidak boleh pakai. Itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.
Tambahan pula, kini Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah. Apabila mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pergantunggan Dato Zambry dan Exconya batal dan tidak sah bermakna secara implikasinya, sidang dibawah pokok itu yang dibuat tanpa kehadiran mereka2 itu mengikut turutannya juga terbatal dan tidak sah.
Apapun perlu ditekankan juga bahawa sidang dibawah pokok itu tidak mendapat perkenan sultan. Maka jika dibuat diDewan pun tidak sah, apatahlagi dibawah pokok.
Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada - 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah-Krisis Perak, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)
Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”
Apa pun, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah juga diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2 Hujah-Krisis Perak NTV9 pada 31hb Mac 2009.
PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”
Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” DUN adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.
Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.
Isu utama yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.
Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.
Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?
Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.
Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.
“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).
Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (jabatan Undang2 Awam) IIUM
Perhatian: Disini saya hanya memberikan pandangan undang2 saya. Bukankah diblog ini kita bole bertukar2 pendapat dan pandangan secara informal? Banyak lagi pandangan lain yang bole juga dipertimbangkan oleh pembaca diblog ini - terserah. Mahkamah yang buat keputusan bukan saya - dan pandangan Mahkamah mengikat pihak yang bertelagah.
Apapun keputusan Mahkamah (betul atau tidak, setuju atau tidak) mengikat pihak2 yang bertelagah. jangan pula kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, kita pula yang bertelagah.
Speaker DUN Perak Pakai Ilmu Kebal? Dimana letaknya Kelemahan Ilmu Kebal Speaker? Adakah ditapak kakinya dengan buloh runcing?
ReplyDeleteOleh kerana Mahkamah Persekutuan (MP) telah membatalkan penggantungan Dato Zambry dan 6 exconya, bukanlah lagi merupakan masaalah Dato Zambry tetapi Mahkamah. Mahkamah Persekutuan mempunyai sebabnya (kita tunggu alasan penghakiman Yang Amat Arif Hakim-hakim),.
Kekebalan Speaker?
Dalam Artikel 72 Perlembagaan, Persekutuan kesahan suatu prosiding tidak boleh dicabar diMahkamah. Persoalannya, pertama dan utama, adakah sidang yang dibuat itu pada mulanya sah atau keputusan yang dibuat semasa DUN bersidang? jika DUN bersidang dengan sah (mendapat perkenan Sultan) maka Artikel 72 terpakai. Jika tidak tiada kekebalan disis undang2 termasuk pendakwaan.
Fasal 33(1) Perlembagaan Negeri Perak;
“ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad” -
Perhatian: Penggantungan Dato Zambry dan geng beliau oleh Speaker adalah keputusan Speaker semata-mata. Apa yang penting adalah “keputusan Dewan”.
Perintah Tetap 43 (Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak):
“Tuan Speaker dalam Dewan atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab bagi menjaga supaya peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa dipatuhi, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh dirayu, ditimbangkan semula atau diulangkaji oleh Dewan kecuali dengan dikeluarkan usul tersendiri dengan tujuan sedemikian. Usul sedemikian itu tidak berkehendak kepada notis lebih daripada dua hari.”
Perhatian: Perkataannya “Tuan Speaker dalam Dewan” bukan boleh di luar Dewan atau bawah pokok mahupun bertenggek diatas pokok seperti yang diwawarkan sebahagian pihak-pihak.
Adakah Speaker Sivakumar sudah dengan bertanggunjawabnya mematuhi “peraturan-peraturan Dewan atau Jawatankuasa”? Apakah tindak-tanduk Speaker diluar Dewan atau suatu sidang dibawah pokok diluar Dewan tanpa perkenan Sultan (“perhimpunan haram”) boleh melayakkan beliau dengan kekebalan dari tindakan Undang2?
Penggantungan Dato Zambry dan 6 Exconya yang dibuat Sivakumar tidak mengikut Peraturan2 Tetap Dewan kerana apapun keputusannya hendaklah diluluskan didalam DUN. Namun Speaker mendahului dengan bertindak menggantungkan mereka (Dato Zanbry dan gengnya) dan kemudian baharulah Speaker Sivakumar terdesak untuk memanggil sidang diluar DUN dibawah pokok tanpa perkena Sultan untuk meluluskan keputusannya. Sidang di bawah pokok itu memang tak sahpun.
Maka penggantungan Dato Zambry dan enam exconya sebenarnya belum diluluskan lagi oleh DUN dan bukan merupakan keputusan DUN sebab Sultan belum lagi memberikan perkenan DUN boleh bersidang.
Maka saya tidak nampak mahkamah terkhilaf bila membatalkan penggantungan tersebut - ianya semudah ABC - tidak mengikut peraturanpun. Jangan nak kata Mahkamah Persekutuan, mahkamah bawah pokokpun boleh memutuskan dengan mudah bahawa pengantunggan DAto Zambry dan 6 Exconya bukanlah keputusan Dewan tetapi keputusan Speaker yang juga dibuat diluar Dewan/ DUN tidak besidang lagi.
Sila lawati;
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html
FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009
Deterministic Chaos In Perak
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html
http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html
Dalam isu Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan; sila lawati;
http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/03/mari-belajar-undang-undang.html
Sunday, March 8, 2009
Mari belajar undang-undang...
Anonymous said...
On NH Chan Former Court of Appeal Judge's view, i do agree, he has validly made his point on whether the Speaker is a public officer or not. Sivakumar has a good chance of succeeding in his appeal.
On the issue of Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;
“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.
(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.
My (Dr Abdul Rani) questions are,
(i) can the Speaker be held to have validly held the DUN Assembly when in the first place, he had not obtained the consent of the Sultan i.e. was the DUN Assembly properly constituted?
(ii) If permission is given by the Sultan, the validity of what transpired (proceedings) in the legislative Assembly is off course not to be questioned nor should those who took part in the proceedings be liable in court. However, it is submitted that those protections are first subjected to the condition that the DUN Assembly was properly constituted, only then can the validity of the proceedings in the Legislative Assembly be said to be immuned from being questioned together with those who took part in the proceedings be liable.
There is thus no dispute on what the two provisions mean.
Further, is holding of the DUN Assembly valid? and whether the DUN assembly under a tree valid too?
First, for a DUN Assembly to be properly constituted, consent of the Sultan is first needed unless Sultan opts to close an eye or both his eyes - what if he decides to `veto' and decrees that the planned DUN Assembly not to be held?. Is the DUN Assembly be held to be properly constituted? Hence the question of having it under a tree or the tree top is irrelevant if in the first place, no consent was obtained i.e. the DUN Assembly under the tree is void ab initio.
If the consent is given, can it then be held under a tree?
Some excerpts of the law and DUN Standing Order;
Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak whick i cut n paste from web bloggers;
PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.
“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.
PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.
Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.
Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”
Thus, for a DUN Assembly to be properly constituted, several conditions must first be observed. Once observed, only then is the point by former Yang Arif Court of Appeal be said to be formidably correct.
What about the view of Dato Seri Utama Dr Rais yatim?
Selected (cut n paste) excerpt - For the full text – visit the under noted web-address;-
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
TINDAKAN Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru terus dipertikaikan Pakatan Rakyat walaupun ia dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu. Ikuti temu bual beliau dengan Pengarang Berita, Berita Minggu, Rasid Rahaman dan Wartawan, Siti Almizan Aripin.
Kewajaran Speaker gantung Menteri Besar dan 6 DUN daripada menghadiri Persidangan DUN Negeri Perak?
Kuasa itu tidak boleh diikuti sebenarnya sebab prosiding itu tidak dibuat dalam Dewan. Ia boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya Menteri Besar akur kepada arahan itu. Sekiranya arahan itu dibuat dalam Dewan dan diluluskan usulnya di bawah Peraturan Tetap 18 atau 89 barulah menjadi perkara yang boleh dikuatkuasakan. Tetapi seseorang Speaker yang Dewannya pun tidak ada, beliau tidak ada kuasa menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri persidangan DUN Perak. Sebab Speaker hanya boleh bertindak dalam Dewan. Begitu juga di bawah pokok, bukan Dewan. Seharusnya pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu, tetapi ia tidak dihalang. Di situlah saya mempertikaikan cara kita mentadbirkan kuasa undang-undang di negara ini yang sudah berlainan sangat ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu (tahun 1977-1978).
Ada pihak menyatakan Speaker DUN Perak tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan persidangan baru kerana persidangan terdahulu hanya ditangguhkan, bukan ditamatkan. Boleh Datuk Seri komen?
Itu pandangan biasa namanya. Pandangan yang tidak berasaskan kepada undang-undang. Tetapi jikalau seseorang itu meneliti perkara 36 dan melihat kehendak dan kuasa Sultan di situ, ialah bahawa Sultan mempunyai kuasa itu. Kita tidak boleh hanya menyatakan oleh kerana ini hanyalah kesinambungan kepada Dewan dulu. Sedangkan Menteri Besar sudah bertukar, Exco sudah bertukar, Menteri Besar lama sudah keluar daripada bidang tugas dan bidang kuasanya. Ia sudah menjadi suatu keadaan baru. Sebab itu perlunya kita mendapat arahan daripada Sultan. Sebenarnya ketika Dewan tidak bersidang, kuasa Sultan tetap ada. Sama ada hendak mengarah Dewan bersidang atau tidak. Ini perlu difahami semua orang yang berkaitan dengan DUN. Speaker tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri begitu juga di Parlimen. Jika Yang di-Pertuan Agong menyatakan baginda hendak menangguhkan Dewan, jadi ini kuasa baginda.
Tindakan Speaker DUN Negeri yang mengadakan persidangan di bawah pokok dari sudut undang-undang?
Pertama, istilah Dewan mengikut amalan Parlimentary Practice Commonwealth termasuk yang diamalkan di House of Common (Dewan Rakyat) dan di House of Lord (Dewan Negara). Ia institusi berdinding, beratap dan menggunakan suatu bangunan. Jadi apabila seseorang itu bersidang di bawah pokok, ia bukan bersidang di dalam Dewan. Tidak ada rumahnya jadi mengikut Sesyen 27, seharusnya kita sudah boleh bertindak, tapi kenapa dibiarkan? Soalan ini saya tidak boleh jawab. Jadi saya berterus terang menyatakan tindakan-tindakan preventive (pencegahan) kita tidak cukup. Dan mesyuarat itu tidak sah.
Jadi, jika persidangan dibuat tidak sah, bagaimana dengan tiga usul diluluskan oleh DUN di bawah pokok?
Ia juga tidak sah. Satu, prosedurnya ialah Setiausaha Dewan harus menyediakan notis sekurang-kurang tujuh hari atau menurut kehendak Speaker boleh disingkatkan. Dalam persidangan itu, Setiausaha Dewan tidak terbabit. Proses itu tidak dilakukan. Yang kedua, mengikut Perkara 36 Perlembagaan negeri Perak, Sultan hendaklah memanggil dari semasa ke semasa sidang DUN. Bermakna masa tertentu, Sultan harus dimaklumkan lantaran konsep DUN di negeri-negeri, pertama Sultan dan kedua DUN. Jika di Parlimen, konsep Parlimen ialah pertama Yang di-Pertuan Agong dan kedua Dewan Rakyat dan ketiga Dewan Negara. Jadi di negeri, Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati, sekurang-kurangnya setiausaha mesti berfungsi dan yang paling wajar Sultan perlu memainkan peranannya. Sultan juga boleh meminta supaya sidang diadakan. Menteri Besar juga mengikut petisyen di bawah kuat kuasa peraturan Dewan Negeri Perak boleh meminta Dewan diadakan. Timbalan Speaker pun boleh sekiranya Speaker mempunyai alasan, dan boleh buat petisyen mengikut Sesyen 8 Peraturan negeri Perak.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan menyatakan kekebalan Speaker DUN termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya. Boleh Datuk Seri komen?
Mereka yang cakap kebal ini sebenarnya kebal dari apa. Itu saya fikir satu terma yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan pelbagai pihak. Speaker tidak kebal dari segi undang-undang dan juga prosedur.
Pertama, seseorang Speaker jika tidak mengikut prosedur, fungsinya terbatal. Speaker beroperasi di dalam Dewan bukan di luar Dewan. Speaker mesti menerusi Setiausaha Dewan, Speaker tidak boleh mengarahkan dengan sendiri. Kerja-kerja Speaker mengadakan persidangan dan membubarkan Dewan mesti mendapat kelulusan Sultan sebab erti DUN, tampuknya ialah Sultan dan bawahnya DUN.
Seterusnya, jika Speaker menyalahi keempat-empat prosedur ini, Speaker boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Keistimewaan atau Committee of Privileges apabila bersidang nanti. Jadi pandangan terbaik adalah oleh kerana BN sekarang sudah pun majoriti selepas dibuat perkiraan tempoh hari, kenapa tidak berani mengadakan Dewan, lantik Speaker baru. Di bawah Perkara 39 Perlembagaan Perak, ada peruntukan bagi Timbalan Speaker.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
March 9, 2009 11:50 AM
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8507
ReplyDeleteIsu MB Perak : Kenyataan Rasmi Penasihat Undang-undang UMNO
Posted on Wednesday, April 22 @ 18:31:20 MYT
Kuala Lumpur -- Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah.
Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.
Kenyataan Rasmi
A. Pengenalan
Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.
Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.
B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009
Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.
C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya
Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah :
“Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”
Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini. Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan
b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:
i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.
ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;
iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.
Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan….”
Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “…kuasa saya….” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.
D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?
Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:
(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)
“(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;
(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;
(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”
(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)
“ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;
(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”
Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:
(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);
(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan
(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.
E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah
Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:
(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;
(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan
(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.
F. Kesimpulan
Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Sumber : umno-online.com
Dari
ReplyDeleteProf Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang2 Awam)
Kulliyah Undang2 IIUM
Nizar lawan Zambry: Apa Pertikaian Faktanya?
Dato Seri Md Nizar mendakwa beliau tidak menyarankan kepada Sultan Perak supaya membubarkan DUN dibawah Artikel 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak mahupun ada menyatakan dan juga mencadangkan kepada Sultan beliau sudah kehilangan sokongan majoriti ahli2 DUN. Bahawasanya, affidavit (kenyataan bertulis bersumpah) Penasihat Undang2 Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal terhadap apa yang berlaku tidak betul dan tidak tepat. Ini bagaimanapun disangkal oleh Peguam Dato Zambry Datuk Cecil Abraham kerana terdapatnya keterangan dokumen berdasarkan dua surat yang ditulis oleh Nizar pada 4hb dan 5hb Februari 2009.
Sedikit petikan dari surat YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bertarikh 5 Februari 2009 kepada Baginda Sultan;
“Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.”
Bukankah kenyataan tersebut membawa maksud bahawa Dato Seri Nizar sendiri akur beliau tiada lagi memperolehi kepercayaan majoriti ahli2 DUN bilamana beliau memohon DUN dibubarkan bagi mendapatkan mandat yang baru?
Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa tindakan EC (Suruhanjaya Pilihanraya) tidak bersetuju dengan Speaker DUN Perak bahawa terdapatnya 3 kerusi DUN kosong ekoran 3 ADUN Pakatan Rakyat yang berpaling tadah kepada BN adalah mengikut undang2. Ini adalah satu lagi keterangan yang menyokong kenyataan rasmi dari Istana Perak bahawa Dato Seri Nizar sudah kehilangan kepercayaan majoriti ahli2 DUN Perak.
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=402996
April 09, 2009 18:23 PM
Three Independent Perak Assemblymen Keep Their Seats
PUTRAJAYA, April 9 (Bernama) -- The three independent Perak state assemblymen keep their post after the Federal Court ruled that the Eelction Commision was the rightful entity to declare vacancies in the state seat.
In a landmark decision, Court of Appeal President, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, who headed a five-men bench, granted an application by the trio - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Capt (Rtd) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) and Hee Yit Foong (Jelapang) - to declare that they were the state assemblymen for the three constituencies.
Alauddin said the bench was unanimous in its decision that the EC had the power to declare whether the seats were vacant and not the Perak State Assembly Speaker, V.Sivakumar.
Alauddin held that the interpretation of Article 36 (5) of the Perak Constitution, read together with Section 12 (3) of the Election Act 1958, meant that the EC was the rightful entity to establish if there was a casual vacancy of a state legislative assembly seat in Perak.
Bahawa persoalan beliau tidak memohon kepada Baginda Sultan DUN dibubarkan adalah sesuatu yang sukar disangkal dan diterima berdasarkan rentetan (kronologi) krisis itu sendiri.
Maka elok kita lihat Atikel 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau hendaklah mengemukakan perletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.
Artikel 16 (6) digelar Perak Constitution
If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.
Apa maksudnya?
Perhatian: Perkataannya adalah “kepercayaan daripada majoriti ahli2 DUN (“members of” the DUN bukannya “members in” the DUN). Bukannya suatu kemestian bahawa kehilangan majoriti hendaklah didalam DUN.
YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.
Res ipsa loquitornya (the thing speaks for itself)
Permohonan Dato Seri Nizar memohon perkenan Baginda Sultan membubarkan DUN itu sendiri menjelaskan keadaan bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan majoriiti ahli2 DUN Perak.
- macammana punya pusing/ belit dan cornerpun, pada pandangan saya (Dr Abdul Rani), Dato Seri Nizar had ceased to command the confidence of the majority dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:
…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/
Menurut Akta Interpretasi:
ELEVENTH SCHEDULE PROVISIONS OF THE INTERPRETATION AND GENERAL CLAUSES ORDINANCE, 1948 (MALAYAN UNION ORDINANCE NO. 7 OF 1948), APPLIED FOR INTERPRETATION OF THE CONSTITUTION
29. Power to appoint includes power to dismiss - Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place: (diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/
========================================
Apa sebenarnya berlaku (tersurat dn tersirat) diIstana?
http://sayangbangsa.blogspot.com/2009/02/kebijaksanaan-seorang-raja-vs-kedegilan.html
JUMAAT, 2009 FEBRUARI 06
KEBIJAKSANAAN SEORANG RAJA VS KEDERHAKAAN SEORANG MB
(SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, semalam berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. – BERNAMA)
BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868
05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.
Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.
YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.
Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”
Nizar tidak pegang kepada janji
IPOH: Keengganan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin patuh kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya beliau serta barisan exconya meletak jawatan membuktikan beliau tidak berpegang pada kenyataannya semalam.
Mohammad Nizar semalam semasa ditemui pemberita mendakwa beliau tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) berikutan perkembangan terbaru politik di negeri itu.
Bagaimanapun pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini hari ini, Mohamad Nizar telah mengumumkan keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.
Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.
Sementara Artikel XVI (7) Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan bahawa berkait dengan klausa (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat selain Menteri Besar boleh mengekalkan jawatan atas perkenan Paduka Seri Sultan tetapi mana-mana ahli Mesyuarat, boleh, pada bilabila masa, meletakkan jawatan.
Mohammad Nizar semalam turut berkata beliau yakin sebarang keputusan yang diperkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil dan akan "akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku."
Hari ini beliau turut mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri di Perak kerana majoriti yang disebut oleh BN adalah tidak tepat kerana kedudukan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang dianggap mereka telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi itu.
Ini berikutan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V.Sivakumar sebelum ini yang mengisytiharkan terdapat tiga kawasan DUN yang kosong dan telahpun memohon mahkamah untuk mengisytiharkan kekosongan itu berikutan dakwaan Sivakumar yang mengatakan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada ketiga-tiga ADUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering.
Sultan Perak hari ini memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), serta menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan.
Baginda membuat keputusan itu setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas di Istana Kinta di sini hari ini dan yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
BERNAMA
Patik mohon derhaka – Nizar
Mohammad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
“Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan’ .
Akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan akan masuk pejabatnya hari ini.
Kerajaan negeri bersama pemimpin kerajaan campuran pembangkang akan memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah untuk merayu agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
=========================================
http://shaiful-hulusgr.blogspot.com/2009/02/nizar-akur-apa-saja-keputusan-sultan.html
Februari 05, 2009
Nizar akur apa saja keputusan Sultan Perak
04 Februari 2009
@MEDIA PKR HULUSGR/SAS
"Saya telah pun menyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menangguhkan keputusannya," demikian kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Pejabat PAS Perak malam ini. Katanya, beliau akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai menteri besar.
"Saya akan akur kepada apa saja keputusan diputuskan Tuanku dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan baginda sempat membaca ayat Al-Quran 'Sesungguhnya Allah akan bersama-sama dengan orang yang sabar,"ujarnya. Sambil menyifatkan kerajaan negeri kini adalah kerajaan minoriti, beliau amat berharap tidak ada kejadian hulu hara dan sebagainya. "Saya sifatkan Umno cuba merampas hak rakyat dan memohon kepada rakyat memberi mandat lebih besar kepada Pakatan Rakyat sekiranya berlaku pilihan raya.
Mengenai tindakan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang telah menyeberangi semula ke pangkuan BN, Nizar menganggap ia sebagai satu konspirasi besar. " Jika wujud unsur paksaan, ia adalah satu penganiayaan kepada Nasaruddin dan penduduk Bota,"tambahnya.
Datuk Seri Nizar Jamaludin berkata, Sultan Perak dijangka membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak esok.
"Baginda Sultan meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan Tuanku membuat rujukan terhadap beberapa perkara. Nizar berkata demikian selepas selesai mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak.
Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini."Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya. Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."ujarnya.
==========================================
DUN Perak bubar: Sultan buat keputusan esok
http://perakexpress.com/www/?p=1085
By webmaster • Feb 4th, 2009
Sultan Perak akan buat keputusan esok
8.00 malam
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.
Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.
Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.
Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.
“Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran,” katanya.
Ayat itu yang bermaksud “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.
=========================================
Surat YAB Menteri Besar Perak kepada Baginda Sultan
http://shamsuliskandar.wordpress.com/2009/02/06/surat-yab-menteri-besar-perak-kepada-baginda-sultan/
Dikirim pada Februari 6, 2009 oleh Shamsul Iskandar
Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:
5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampuan Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampuan Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.
Ampuan Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampuan Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampuan Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
=======================================
http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=407396
April 28, 2009 19:54 PM
Federal Court Sends Zambry-Nizar Suit Back To High Court
PUTRAJAYA, April 28 (Bernama) -- The Federal Court Tuesday ruled that the dispute between Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin on who is the rightful Perak Menteri Besar will be heard and determined by the High Court.
The five-men bench headed by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff unanimously held that there were disputed facts in this case relating to two affidavits affirmed by Nizar and Perak Legal Adviser Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
The proceedings to examine Kamal's affidavit will be heard before High Court Judge Datuk Abdul Aziz Abd Rahim on Monday.
This is the second time the case was remitted back to the High Court.
The first was on March 23 when the Federal Court ruled that issues involving the interpretation of Article 16(6) of the Perak Constitution must be heard and decided at the High Court, and could only be brought to the Federal Court by way of appeal.
Alauddin, Chief Judge of Malaya Datuk Ariffin Zakaria and Federal Court justices Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf and Datuk James Foong were today supposed to hear Zambry's application, filed on April 21, to seek a declaration that he is the rightful Menteri Besar.
With the sitting of the five-man panel, Nizar's request for a nine man-bench to hear the case was turned down.
Earlier in the proceedings today, Nizar's counsel Sulaiman Abdullah objected to Zambry's application on the ground that there were disputed facts on the dissolution of the Perak State Legislative Assembly which was scheduled to be heard at the High Court next week.
He said there was material contradiction between what was affirmed by Kamal in his affidavit with what actually had happened in the meeting between Nizar and the Sultan Azlan Shah on Perak on Feb 4.
"I affirm that when I had an audience with His Royal Highness (H.R.H) the Sultan, I never stated and did not inform, and never suggested to H.R.H. the Sultan that there was loss of confidence in me as Menteri Besar by the majority of the State Legislative Assembly. I also never recommended to H.R.H. the Sultan to dissolve the State Legislative Assembly in accordance with Article 16(6) of the Perak Government Constitution.
"Referring to the legal adviser's affidavit, I state that Datuk Ahmad Kamal's version on what had happened was wrong and inaccurate," said Sulaiman, reading out the affidavit affirmed by Nizar.
He also submitted that Kamal had represented Zambry when the case was called for mention before Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md Yusof on Feb 18. "Datuk Kamal had appeared for Zambry and clearly showed that he was not neutral," said Sulaiman.
He also said that on the principle of "res judicata" (a matter already judged) the application should not be heard by the Federal Court as the same application on the same issue had been determined by the same court on March 23.
Counsel Datuk Cecil Abraham for Zambry said in reply that there was documentary evidence based on two letters written by Nizar to the Sultan of Perak on Feb 4 and 5 to show that there were no disputed facts as claimed by the respondent.
He also said that the principle of res judicata was not applicable because the issue of Article 63 did not arise at the hearing before the Federal Court on March 23.
Present during the proceedings were Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail as the intervener, counsel Mohd Reza Hassan who holds a watching brief for Barisan Nasional and assistant Perak legal adviser Zulqarnain Hassan.
Outside the courtroom, Nizar told reporters that today's decision was a sign that the Perak political crisis could reach a final settlement.
"I hope the State Legislative Assembly sitting on May 7 will be postponed until the dispute is settled at the High Court. No need for us to be hasty because many facts are being disputed here," he said.
-- BERNAMA
Hujah Peguam Negara Dato Seri Mohd Nizar disingkirkan (removed) mengikut Undang2 Tubuh Negeri Perak?
ReplyDeleteMaka elok kita lihat Atikel 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau hendaklah mengemukakan perletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.
Artikel 16 (6) digelar Perak Constitution
If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.
Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:
…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/
=====================================================
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090505144233/Article/index_html
Nizar tidak dipecat, sebaliknya disingkirkan: Gani
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.
Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
===================
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=408825
May 05, 2009 15:05 PM
Nizar Removed Due To Lost Of Majority Confidence
IPOH, May 5 (Bernama) -- The Sultan of Perak had never sacked Datuk Seri Nizar Jamaluddin as Perak Menteri Besar as his removal from the office was lawfully made under article 16 (6) of the Perak Constitution due to his lost of majority confidence, the High Court here was told today.
-- BERNAMA
======================================
BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868
05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.
Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.
YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.
Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”
MB Nizar tetap kecundang jikapun masih MB,
ReplyDeleteIsu samada Dato Seri Nizar masih MB yang sah sudah tidak penting lagi kerana jika pun Mahkamah tinggi mengatakan beliau masih MB yang sah, hakikatnya beliau sudah kehilangan kepecayaan majoriti diDUN dan suatu usul undi tidak percaya oleh BN terhadapnya dapat tidak akan berjaya. Pun begitu, pada pandangan saya, Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak sememangnya memberikan Sultan Perak kuasa menyingkir (remove) mana-mana MB yang kehilangan kepercayaan majoriti jika pernmintaan MB membubarkan DUN tiada mendapat perkenan Sultan.
Oleh kerana sidang DUN 7 Mei telah mendapat perkenan Baginda Sultan, sidang DUN 7 Mei itu (bukan bawah pokok) dikira sah dan dalam hal ini, perlantikan Speaker baru dan pembatalan usul-usul bawah pokok tersebut dengan undian majoriti tidak boleh dipersoalkan diMahkamah. Bermakna, BN telah mengukuhkan kedudukannya dalam DUN Perak dan jika Dato Seri Nizar masih MB pun, beliau akan berdepan dengan usul tidak percaya dan dalam hal ini, beliau (dan Pakatan Rayat) tetap akan kecundang.
Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;
“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.
(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.
Artikel 72 hanya terpakai apabila pada mulanya sidang DUN itu adalah sidang yang sah. Dalam penggantungan MB Dato Zambry dan Exconya, apakah jawatankuasa Hak dan Keistimewaan telah terlebih dahulu mendapatkan mandat dari DUN dan kemudian merujukkan semula keputusan jawatankuasa itu kedalam DUN untuk pengesahan (endorsement) DUN?
Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat
Apakah titah Baginda Sultan Perak?
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.
Ini adalah keputusan bukan pandangan Baginda Sultan dan keputusan Baginda Sultan adalah muktamad. Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Baginda Sultan Perak tidak boleh menyingkir MB hanyalah sekadar pandangan/ pendapat beliau. Siapaun boleh memberikan pendapat namun Baginda Sultanlah yang berkuasa membuat keputusan dan keputusan Baginda Sultan bukan pandangan tetapi kuputusan atau titah – ianya sesuatu yang tidak boleh dirayu (not appealable).
BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868
05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
(petikan sebahagian sahaja)
Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.
YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.
Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”
Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:
…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/
Menurut Akta Interpretasi:
ELEVENTH SCHEDULE PROVISIONS OF THE INTERPRETATION AND GENERAL CLAUSES ORDINANCE, 1948 (MALAYAN UNION ORDINANCE NO. 7 OF 1948), APPLIED FOR INTERPRETATION OF THE CONSTITUTION
29. Power to appoint includes power to dismiss - Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place: (diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/
Adat pertandingan bola ialah pasukan mana yang mendapat gol lebih, pasukan itulah yang menang. Referee tidak peduli samada gol itu diperolehinya sendiri atau "dibantu" pasukan lawannya.
Dalam DUN Perak apa yang penting adalah undian majoriti jika pun undian tersebut disokong oleh pasukan lawan atau yang sudah bergelar bebas.
Dalam perkara yang sama, referree bertanggungjawab kepada Persatuan Bola/ FIFA -bukannya referee mengaturkan jadual perlawanan tetapi hanya sekadar "moderator" kepada perlawanan yang diadakan.
Dalam hal yang sama, Speaker menjawab kepada Sultan bukan sebaliknya. Seterusnya, Jawatankuasa duduknya dibawah DUN dan apa-apa keputusannya hendaklah diluluskan oleh DUN yang bersidang (setelah mendapat perkenan Sultan) - ikut suka hati Speaker seperti dibawah pokok itu sebenarnya mengingkari titah Sultan.
Apabila DUN meluluskan usul merujuk mana-mana ahli DUN kepada jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, baharulah Jawatankuasa ada kuasa, dan keputusan itu hendaklah kemudiannya dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan majoriti ADUN2 diDUN.
Saya tidak pasti samada DUN ada memberikan mandat kepada Jawatankuasa untuk merujuk Dato Zambry dan enam exco tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Kalau adapun, keputusan jawatankuasa hendaklah dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan DUN.
Ini digantungnya dulu Dato Zambry dan 6 exconya sebelum diendoskan (dibawah pokok pula itu). Bukankah perbuatan demikian melanggar titah Sultan?
Akhir kata, bukankah BN yang memiliki majoriti (demokrasi) dan dengan demikian hak mentadbir kerajaan negeri Perak bagi pihak Sultan?
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM
Apakah Hakim terkhilaf fakta Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti?
ReplyDeleteApa hal dan logiknya meminta DUN dibubar jika masih memilik kepercayaan majoriti ADUN2 di DUN? Bukankah tindakan Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar merupakan keakurannya (admission) beliau sudah tiada lagi sokongan majoriti. Maka untuk mengatakan Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti adalah suatu kekhilafan fakta (error of fact) dipihak Hakim. Tambahan pula, fasal 16(6) tidak juga menetapkan perkara tersebut hendaklah berlaku dalam sidang DUN, dan dalam hal ini tindak-tanduk Baginda Sultan dalam menentu-sahkan perkara tersebut (kehilangan majoriti) adalah bijak dan wajar.
Sukar menerima alasan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim yang enggan menerima hujah bahawa 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau Baginda Sultan berhak menyingkir Mohammad Nizar dari jawatannya itu dan jawatan itu akan dianggap kosong.
Kita tunggu apa pula pandangan Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan samada tafsiran (question of law) Baginda Sultan Perak bahawa kepercayaan majoriti tidak semestinya diDUN serta hak Baginda Sultan secara implikasi/ tersirat menyingkirkan MB yang enggan meletakkan jawatannya dibawah fasal 16(6) UTKP.
Pada pandangan saya, tafsiran Baginda Sultan Perak lebih kukuh dan tafsiran Baginda tidak terkhilafpun disegi undang2. Sementara keputusan rayuan, keputusan YA Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim adalah pandangan yang mengikat Dato Zambry.
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM
Saya tabik tindak-tanduk MB Dato Seri Nizar meninggalkan pejabat MB ekoran permohonan Dato Zambry membekukan keputusan Mahkamah Tinggi sementara keputusan rayuannya. Keputusan Sultan seharusnya juga dihormati tanpa perlu bertindak emosional.
korg boleh fikir x mcm mane perasaan family dr sham bila dorg bace komen2 ni semua? jgn buta kn hati sendiri..jgn cemuh org lain..benda yang sama mungkin b'balik pada diri sendiri..
ReplyDeleteal-quran seendiri m'angkat martabat wanita,tp knp korg b'lumba2 jatuh kn maruah dia??apa korg tau bila dia menangis? bila dia rasa t'tekan? dan jika mmg benar dia salah, perlukah korg semua hina dia sebegini?
fyi,dr.sham x pernah walau sekali pun kata yg dia tu 'constitutional expert'..pelajar2 dia tau persis bagaimana sifat dia dan semesti nya dia tidak seteruk yg korg semua sangkakan..jgn hanya disebabkan prof aziz dah lama dalam bidang ni, semua yg dr sham ckp,korg anggap sampah..yg lame x semesti nye lebih baik dari yg baru..dan ingat la yg kita ni org melayu,org islam..pernah ke agama kita ajar supaya bpecah belah? m'caci sesama sendiri? kenapa bila kita dah dijajah baru kita nak b'satu?ape nilai diri kita macam tu?
mmg la dr sham ckp dlm bernama, tp jgn la hentam dia sampai mcm tu..klau dia ckp bg pihak pembangkang, korg akan sokong dia pulak ke? dan kalau prof aziz di tmpat dr sham skrg, adakah korg semua akan cemuh dia pula?
mereka hanya ahli akademik..ilmu mereka berbeza..kita hanya perlu ambil sbg cth sahaja..
lgpun xkan korg x fhm mentality org media..mereka cume akan siarkan ape yg berada di pihak mereka shj..bkn dari a-z..
patut la org melayu slalu jatuh..sbb masing2 b'lumba2 utk cemuh dan jatuhkan org lain..kita ada akal..guna kan akal kita..jgn bckp ikut ape yg kita fikir betul shj..kenali dia secara peribadi dulu sebelum korg mcemuh dia..ape dosa dia? dia cuma bagi pandangan je..kalau mcm ni la sifat org melayu, mmg lama2 nnt org melayu akan hilang keistimewaan mereka..jgn t'lalu taksub dgn parti politik..apa korg btul2 yakin yg parti2 tu sume bersih? x ada org yg x ppernah buat slh..kita sendiri pun x sempurna..org2 yg mcemuh dr sham, awak rasa diri awak mulia ke? benar ke? yg t'baik ke? yg plg b'pengetahuan ke? undang2 bkn mcm main masak2..jgn ckp ikut suka hati je..fikir la bgmana rasenye jika korg semua berada di tmpt dia..SEDAR LA ORG MELAYU..!!!!!!!!