Cilok dari al-banjari online
Azmil Mustafa. Sebenarnya perkembangan pada diri Azmil lebih istimewa dan lebih berharga daripada pertemuan antara kedua negarawan itu.
Azmil pelakon popular tahun-tahun 80-an pernah menjadi pasangan ideal bersama Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dalam filem Ali Setan, 1, juga hadir sama ke majlis berkenaan. Azmil yang diberitakan sudah meninggalkan seni lakonan dan mengubah corak kehidupan dan gaya pakaian (berjubah dan berserban) dengan mendekati diri kepada Allah dan menerjunkan diri ke alam dakwah.
Saya bernasib baik pada hari itu ditempatkan sebaris dengannya di ruang tetamu khas kemudian bertemu pula di meja makan yang sama. Kesempatan yang ringkas itu sempatlah saya bertanya serba sedikit mengenai perkembangan dirinya kini. Penilaian spontan saya mengenai Azmil dia seorang yang ramah dan mudah diajak berbual. Dia juga berterus terang mengenai dirinya.
Azmil kini tinggal di Damaskus, Syaria. Menurutnya beliau ke sana dalam rangka mendalami ilmu agama serta belajar bahasa Arab. Menurutnya tidak ada sesiapa yang membiayai beliau di sana dan semuanya, makan minum dan perbelanjaan lain ditanggung oleh Allah taala.
"Tidak ada sapa-sapa sponsor, semuanya saya serahkan kepada Allah. InsyaAllah kalau kita yakin semuanya selesai. Serah diri kepada Allah," ujarnya.
Saya kagum dengan pendirian dan keyakinan Azmil kepada Rahman dan Rahim Tuhan. Beliau di Syaria bukan bersendiri sebaliknya anak dan isteri turut dibawa sana. Calang-calang orang dapat melakukan seperti apa yang dibuat Azmil itu. Dia bukan saja menjaga nyawanya seorang tetapi nyawa anak-anak dan isteri juga.
Untuk beberapa hari ini beliau berada di Malaysia, pulang semata-mata untuk menyertai himpunan para wali di Zuwiyah Nurul Iman di Hulu Langat itu.
Ditanya apakah beliau akan terus meninggalkan dunia lakonan yang memperkenalkan dirinya itu, Azmi menjelaskan: "kalau ada tawaran untuk filem yang sesuai dengan cara hidup saya kini, insyaAllah saya akan menerimanya."
Mudah-mudahan Azmil akan istiqamah dengan ciri kehidupannya hari ini. Dan didoakan juga selepas kembali ke tanah air apabila menamatkan pengajian beliau akan mendapat tawaran berlakon dalam filem yang secocok dengannya itu. Orang berbakat macam Azmil rugi kalau meninggalkan senbi lakon kerana seni lakon juga merupakan medium untuk berdakwah.
azmil berubah...bagus la tu.
ReplyDeletetempang perak bila pulak nak
berubah?asyik meludah je...sakit
dah tu.
satu je yang tak berapa
faham...'himpunan para wali'
ni majlis perhimpunan para wali
ke atau gimik orang pas yang
mulanya perasan dia tok guru dan
kini perasan dia dah jadi wali
pulak?
kalau perhimpunan para wali maka
jakim/jais kena siasat
nih...ajaran sesat ni.
lazimnya wali tu tak tau pun yang
dia tu wali...tapi kalau dah
boleh berhimpun...ini sudah lain.
siasat segera!
DAH LAA ZALI, HANG SERBA TAK KENA... YANG BENDA WAJIB HANG TAK KALUT.... nak suruh jakim siasat apa...Lebih baik suruh JAKIM selesaikan masalah sosial yang tengah runcing dikalangan anak muda kita. Banyak lagi benda yang berfaedah hang boleh buat atau suruh Jakim nasihat bakal PM hang yang lulus lesen JUDI... tuu. Lu pikirlaaa sendiri
ReplyDeleteaku dok nak nasihat kat ko ZALI
ReplyDeletebab agama ni ko toksah campoq pasai hang tak tau apa...kito citer pasai dunia ya yop..
Kepada "Zali"
ReplyDeleteSebenarnya jakim/jais kena siasat anak-anak menteri yang gila sex. Menteri Malaysia selalu cerita tentang moral rakyat tapi moral anak sendiri tak terjaga.
"Zali" anda sepatutnya menggunakan blog untuk menasihatkan pemimpin kerajaan supaya mereka sentiasa bermoral mulia. Tapi anda mempertahankan kebaculan pemimpin itu.... dan memutarkan belitkan fakta supaya orang lain keliru.
Walau bagaimana pun teruskan agenda anda !.
Zali ni adalah seorang yang tinggi pengetahuan agamanya! Jangan lawan dengan dia!
ReplyDeletePerhimpunan para wali ni, bukan sahaja JAKIM takut nak haramkan, bahkan JAKIM sendiri pun teringin nak join sekali. Segala jenis pertubuhan kerajaan kalau boleh nak join jugak.
Maklumlah, aku pung cetek ilmu juga. Err, siapa yang pandai kat sini? "Wali" itu apa maksudnya ya dalam bahasa arab?
Aku pun hairan kenapa kita kena ada wali nikah?
Zali, zali.... apa ke punya "lem" la kau nih?!
Note: "Wali" ialah manusia biasa yang beriman dan bertakwa, beristiqamah
melaksanakan segala perintah Allah S.W.T. serta menjauhkan
segala larangan secara zahir dan batin. "Wali" juga terdedah kepada dosa dan maksiat. "Wali" tidak dikurniakan dengan mukjizat. "Wali" boleh mengenali diri mereka, tetapi tidak akan terlepas daripada hisab Allah swt di padang mahsyar kelak.
- diambil dari: Pendidikan Islam Tingkatan 5 SPM, soalan latih tubi.
SKOR Berita Harian, Ogos 2007.
jali...
ReplyDeleteko mana tau setannnnnnn
ko sibuk main kuda longkangggggggg
bangang.....