Tuesday, March 03, 2009

Bedah siasat: Kugan mati akibat 'teruk dibelasah'

Laporan bedah siasat bebas yang dilakukan oleh seorang pakar patologi atas permintaan keluarga A Kugan, menunjukkan tahanan polis itu mati akibat kegagalan buah pinggang, akibat teruk dibelasah.

Menurut laporan bedah siasat tersebut, akibat dibelasah, sel otot Kugan gagal berfungsi, dan ini mengakibatkan aliran darah tersekat, dan seterusnya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi.

Terdapat satu lakaran yang menunjukkan bahawa Kugan mengalami pendarahan dalaman yang teruk akibat teruk dibelasah.

kugan funeral 230109 family cryingLaporan bedah siasat bebas itu dilakukan atas permintaan keluarga Kugan yang tidak berpuashati dengan laparan yang dibuat oleh pihak Hospital Serdang bahawa Kugan mati akibat terdapat cecair dalam paru-parunya.

Kugan mati ketika disoal siasat dalam tahanan polis pada 20 Januari lalu. Dia ditahan lima hari sebelum kematiannya berhubung kes kecurian kereta mewah.

Keputusan laporan bedah siasata itu didedahkan oleh ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini.

-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?