Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILan yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,
Ini kata2 yg keluar dari Pak Samad sendiri... dan Pak Samad mencabar pemimpin kerajaan Umno/BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Tidak mustahil isu PPSMI ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.
“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.
“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.
“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.
Wahh... Pak Samad betul2 punya marah ni... amacam sekelian warga umno... ada berani ke sahut cabaran Pak Samad kita ni...???
Dan sekarang gelombang TAK NAK UMNO/BN... tapi ummi tergelak bila Zambry kata UMNO pun sedang menerima gelombang perubahan... memang la gelombang tak mahu kan BN... kuang... kuang... kuang...
-Pinkturtle
'Saya bukan diperalatkan tapi
ReplyDeletedimanfaatkan'
siapa yang me'manfaat'kan?
nuar brahim?
nike lajis?
ustaz lim?
apa la tok samad ni...
nike lajis kata melayu tak ada
nilai...maka sama la macam bahasa
melayu...mana ada nilai.
ke...malaikat akan tanya tok
samad dalam bahasa melayu dalam
kubur nanti?
Wahai Zali bangang...ko tenggelam le dengan UMNO kalau ko ndak..orang semua nak lari dah...ada le 2-3 ekor yang jenis bangang macam ko ni.
ReplyDeletewok empunya diri paling atas sekali tu hanyalah dari sisa-sisa baki peninggalan sejarah UM=NO memperjuangkan nasibnya, nasib pemimpinnya, nasib juaknya dan nasib kapalnya...itulah masih tinggalan serpih-serpih sisa atau kalau bahasa kasarnya "bangkai". dah tunggu mereput sendiri kerana tiada rakyat pun sudi nak mengebuminya. Tu lah nanti akan tinggal kenangan dalam TP ni yang Zali tu akan sama2 menyertai PR. Tunggu jelah, orang cam tu bukan tak tahu tapi dah mata pencarian dgn UM=NO jadi dah tak leh laridah...sok bila UM=NO dah tak boleh bagi makan tu, berkeliaranlah tu kat PR minta simpati...tunggu je lah,
ReplyDeletekan Zali kan? apa salahnya, aku pun dah join PR! kapal dah terbelah sepuluh tu ko masih dok bergayut kat dayung patah lagi tu ke?
pak maun...
ReplyDeletejangan bercakap hanya untuk
menghiburkan hati yang resah...
hakikatnya...semua orang lari dari
di kencing dek pr dan pro nya.
sini kencing
sana kencing
mana-mana pun kencing...
Zali
ReplyDeleteaku dah insaf, tak guno kito dok angkat pemimpin UM=No tu, bahu kita jugak yang sakit. Dio orang tengok, RM Juta2 masyuk...ko apo dapat? ada projek Million? tanah beribu hektar? habuk pun tarak! aku dapatlah jugak! ko nak tahu apa aku dapat? aku dapat ludah ke langit....ko tengok tu...betul2 nak jatuh atas batang hidung ko...
Zali..."Peace" kat ko!
songkok tinggi...
ReplyDeletesama macam pak maun...katakan
saja yang awak orang amat resah
dengan kepimpinan umno yang akan
akan berubah dalam masa terdekat
ni.
berubah pemimpin maka akan
bertambah berwibawa dan gagahlah
umno dan makin susah la nak di
beat oleh loser.
kesian nuar el buntut,awak punya
boss tu...putih mata.
ni biasa la...provokasi pro pr...
ReplyDeleteawak peace saya dan saya peace awak.
lepas tu ambil gambar,siar dengan
tajuk...umno kaki peace.
tak gitu encik tempang perak?
UMNO tahu, dok hunus keris. dok laung hidup melayu, tapi melayu cam tu jugak. yang kenyang cuma yang besar-besar. rakyat yang miskin dok kais pagi makan pagi. time pilihanraya mula la masuk kg kononnya nak tunjuk baik pada rakyat. siap panggil TV nak tunjuk kat orang ramai yang pemimpin UMNO ni berjasa. Bila dah menang, batang hidung tak nampak. Bila berkempen dok canag sana sini kata nak bantu melayu tapi bila tengok bab ekonomi, kaum lain gak yang maju...yang kenyang dan kembung perut hanya kroni-kroni dan kaki ampu dalam BN. sapa yang sokong lagi UMNO tu memang bebal la...orang semua dah tak nak BN. India dah tak nak, Cina pun dah tak nak, melayu pun dah ramai join PAS ngan Pakatan Rakyat. Udah le bermimpi lagi. orang lain dah pegi jauh. dah celik. tak payah lagi dok lena dalam buaian UMNO-BN tu. laung hidup melayu je pandai tapi bab pulih ekonomi melayu langsung tak tahu. Kalau ada masalah timbul dalam satu kawasan mula lah jadi bangau oh bangau..last-last rakyat tersepit. Kalau datang jengok pun cam ndak tak ndak...kalau orang tanya janji pilihanraya dulu..asyik cakap..sedang dalam proses..sedang dalam proses..sampai la ke pilihanraya akan datang..
ReplyDeleteberubahlah wahai penyokong UMNO-BN, tinggalkan UMNO dan joinlah Pakatan Rakyat pulak
hamba sokong warung pak katib,
ReplyDeletedah lebih 50 tahun, melayu paling corot antara tiga kaum utama. tapi biasela, masih ade spesis tak sedar diri masih jilat umno sedangkan kene aniaya
Tuan Guru aku cakap, dalam tubuh manusia ada empat peringkat.
ReplyDeletePertama, apabila jasad menguasai jiwa (roh). Apabila jasad menguasai roh, maka manusia itu akan hanya melihat dunia dengan matanya yang bernafsu. Dia hanya akan menilai sesuatu berdasarkan nafsunya yang mahukan kemajuan, kekayaan, hiburan, dan sebagainya. Maka, manusia seperti ini akan terkongkong sifatnya yang saling tak tumpah seperti binatang sahaja. Dia memakai baju macam manusia, kununnya sebab malu. Tapi, sebenarnya sebab jasadnya mahu memakai pakaian yang memenuhi citarasa tuan tubuh dan dunia fesyen. Dia memilih parti UMNO, bukan sebab dia mahu berkorban untuk rakyat ataupun orang lain, tapi untuk kepentingan diri sendiri.
Kedua, apabila jasad dan roh saling bergilir menguasai satu sama lain. Maksudnya, seimbang. Kejap jasad kuat, kejap roh kuat. Maka, orang seperti ini lagaknya seperti orang yang normal/baik, tetapi saling tak tumpah macam orang yang gundah gulana. Orang yang tercari-cari sinar kebahagiaan. Mahu buat jahat sebab terdengar bisikan syaitan, tapi takut juga sebab tak pernah buat ataupun takut pada penglihatan orang lain. Maksudnya, orang seperti ini takut melakukan kejahatan di khalayak ramai. Maka, orang seperti ini memilih untuk menjadi baik di hadapan orang, menjadi jahat/nakal di belakang orang.
Ketiga, apabila roh menguasai jasad. Tahap ini adalah di mana, manusia sudah mencapai tahap orang-orang yang soleh dan berilmu tinggi. Orang seperti ini lagaknya seperti ulama dan khalifah yang bijaksana, kerana mereka tidak bercakap / menulis tanpa usul periksa. Tidak akan berkata-kata tanpa berfikir panjang. Manusia seperti ini akan cuba sedaya upaya lari daripada melakukan perkara mungkar dan keji, dan mencari jalan untuk melakukan sebanyak mungkin perkara2 yang baik dan disuruh oleh Allah. Orang seperti ini juga mengajak orang lain (yang berada di peringkat 1 dan 2) supaya mengamalkan makruf dan menjauhkan diri dari kemungkaran. Orang seperti ini tidak lari dari dosa, tetapi dosa mereka berkemungkinan besar adalah terlalu sedikit untuk diganggu oleh syaitan.
Peringkat keempat adalag peringkat tertinggi dipanggil sebagai cahaya keimanan rohani melampaui keupayaan jasad jasmaniah sendiri. Maksudnya, rohnya bersinar cerah, dan terpancar di wajah mereka. Orang seperti ini sedar bahawa mereka adalah daripada golongan wali Allah swt dan termasuk dalam golongan pewaris nabi. Mereka mampu menilai orang lain dengan hanya sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Maksudnya, orang seperti ini boleh melihat ke dalam rohani orang lain, dan menilai mereka melalui hikmah kashaf mereka. Golongan para wali ini melihat, mendengar dan berkata-kata dengan penglihatan, pendengaran dan pensyarahan Allah s.w.t dan para Rasul. Golongan seperti ini amat susah untuk diuji oleh Syaitan, kecuali dikehendaki oleh Allah s.w.t. dan golongan ini amatlah sedikit jumlahnya di muka bumi ini. Mereka amat disayangi oleh manusia sekeliling yang berada di peringkat ke 2 dan ke 3, dan amat dibenci oleh mereka yang berada di peringkat 1.
Sekian.
zali,
ReplyDeletecomments in English please... Show support to your Ketue Pemudae whom support PPSMI...
aku tak nak komen pasal tajuk ni cuma nak tanya pasal makluman kat atas tu.
ReplyDeletepe ke hei mintak sedekah yop2 semua? nizar baru ni ckp besor katanya jutawan sebelum jadi mb perak lagi naper mika tak mintak aje tolong drp dia? hampeh...
ckp tak nak kalah last2 mintak sedekah jugak dlm blog...kah...kah...kah...
takkan nizar takleh bg bajet utk korang bantu kempen? jenuh korang kena kencing dgn nizar...
Salam Sahabat, ada hikmah disebalik apa yg tertulis kat atas tu, kita jangan memandang yg buruk je, tak salah meminta, mencuri lagi hina dari meminta. Dalam kes ni sape lg hina? Pemimpin Ameno ke bloger? 1 kita beri 10 kita dapat, atau taiko tak pernah baca atau dengar sejarah para sahabat nabi ataupun hati taiko memang dah karat tak pernah bagi sedekah kat sape waima senyum. kalau rasa tak nak bagi tak payah nak komen2 apa dlm ruangan ni. TP buat ni bukan utk dia tapi untuk para sahabat. Mulia sungguh hati TP bukan mcm ko ni asyik bersangka buruk. Utk pengetahuan taiko sumbang menyumbang dalam apa bentuk ni memang menjadi amalan hidup kita, taiko faham tak maksud ringan sama dijinjing berat sama dipikul? Saya faham org ameno memang banyak duit, dari mana mereka dapat duit? kalau tak mencuri, mereka2 ni pencuri menggunakan pangka dan kedudukan sampai rakyat2 yg bodoh tak tahu, mereka mencuri dengan alasan pembangunan. Siapa rakyat2 yg bodoh ni? Rakyat bodoh ni adalah mereka2 yg mengundi BN. Apa makna BN? BOHONG NEGARA. Cucu T.A Kunchi Koya
ReplyDeletetaiko?
ReplyDeletenama penuh dio "tai-koo-cheng". sama bangap dengan namanye. RM 1 ringgit pun tai-koo-cheng nak berkira... Mat Taib RM Juta bawak lari tu... Mat Khir tiket kapal terbang pun ratus ribu, ini RM 1 nak berkira... apo punyo kodokut ko ni tai-koo-cheng!
tang nizar ngaku jutawan sengkek takde sape2 nak komen ke? kih..kih..kih..
ReplyDeletetakyah le malukan kompeni sampai mintak sedekah kat internet. bior le ada maruah sikit. tubuh badan sihat tak reti2 buat keghoje cari duit ke pun?
sesungguhnya tgn2 di atas (yg memberi itu) adalah lebih mulia drp tgn2 di bawah (yg meminta-minta drp org lain)...
tak fhm2 ke pun...katakan ngaji ugama... mcm2 alasan sbb nak halalkan cara. sama le mcm pemimpin pas halalkan babi dan sama juga mcm nik ajis halalkan kelakuan sumbang eliza wong..kih..kih..kih..
bulan gerhana!
ReplyDeletekalau kita tak cukup ilmu, kalau kita ngaji pun seciput, kalau kita solat tunggang langgang...tak yahlah kita nak persoalkan alim ulama. rasanya ilmu dio jauh sangat dari kita... cubo cermin diri kito tu, bandingkan dengan dio, cermin keluarga kita tu, bandingkan dengan keluargonyo, cerminkan pemimpin ko, bandingkan dengan kepimpinannyo... cermin dulu diri kita tu, bagus sangat ke kita nak dibandingkan dengan dio! ko dah jumpo dio ke? tak pun salam tangan dio ambil berkat? secarut aku pun tak sanggup aku nak kata kat alim ulamak ni...ko tu mungkin tahap mahaguru langit kut?
Salam sahabat,bila kita baca kisah2 nabi semasa mahu berperang kita akan terjumpa satu kisah berkenaan sahabat nabi. Sahabat ketika itu mahu berkahwin, wang sudah ada ditangan, tetapi apa berlaku sebaliknya, sahabat tidak membeli persiapan perkahwinan tetapi membeli baju besi untuk berperang, beliau syahid dalam peperangan itu. Cucu T.A Khunci Koya
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebagus sungguh bahasa dan hujah yang dipaparkan di sini.. beginilah anak bangsa yang akan memimpin negara dan tak pelik kalau bangsa ini akan dibeli dan dikotak katikkan oleh yang menyamar sebagai umar abdul aziz dan sebagainya..
saudara sakalian kena faham.. tujuan PPSMI ini adalah bukannya utk mengagungkan bahasa inggeris .. kalian kena sedar dan menerima kenyataan bahawa BI adalah bahasa ilmu dan kena perlu mengejar ilmu dengan mempelajari bahasa nya..
kalian bhujah dengan mengaitkan bangsa jepun maju dengan bahasanya.. tapi kamu lupa para ilmua mereka bertungkus lumus mendalamkan pengetahuan dalam BI sebelum memrterjemahkan ilmu dalaa jepun..
tahap ilmu kita kini semakin tenat.. dan kita perlu mengakui kelemahan kita.. dan tak salah kalau kita akuinya dan kembali bangkit semula walaupun terpaksa merangkak sekarang sebelum dihina di hari kemudian..
kalian sedar kah bagaimana khalifah Islam mengalakkan orang islam mempelajari ilmu dalam bahasa lain dan terjemahkan dalam bahasa arab.. maksudnya kerajaan UMNO ingin perkara yang sama.. didik anak bangsa supaya faham ilmu maths dan Science dalam BI sebab rujukan banyak dalam BI lepas tu barulah kita boleh kembangkan ilmu dalam bangsa kita..
yang memperjuangkan BM tu seperti sdr samad, selama dia memperjuangkan BM apakah dan banyak manakah buku ilmu matematik dan sains serta lain2 subjek diterjemahkan dalam BM?
kalau dah tak mampu nak buat jangan kritik org lain nak buat..
saudara kalian pergilah bertanyakan golongan yg terlibat secara langsung dalam PPSMI.. murid2 .. apakah kata mereka.. mungkin ada yg kata tak bagus sebab murid tersebut mempunyai ibubapa seperti yang anti ppsmi..
saya mengambil usaha berbual dgn kebanyakan mereka.. kebanyakan yg berjaya mengatakan bagus PPSMI kerana sekurang2 nya mereka mengetahui BI berbanding pelajar sebelum ini..
inilah kalau manusia hanay berada dalam tempurung sendiri dan tak mahu melihat dunia luar, asyik menagung apa yg menjadi milik mereka tanpa melihat kemajuan bangsa lain.. belajarlah mengubah diri sendiri.. kalau nak jadi bodoh jangan palikkan org lain sekali ..
UMNO tak meminggirkan BM, jauh sekali menidakkan peranannya.. UMNO sayangkan anak bangsa dan mahu anak bangsa bila belajar di universiti kelak lulus dengan cermelang.. bila study di luar negara berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan student lain.. taklah bkumpul dalam satu bangsa saja..
lepas ni cubalah buka satu topik yang boleh meningkatkan minda dan hujah yg bernas.. jangan asyik mengutuk orang... SAUDARA ZALI tu mempunyai pandangannya.. BELAJAR MENGHORMATI PANDANGAN ORANG DAN BHUJAH DENGAN ILMU BUKAN NAFSU
salam
Hidup Pak A. Samad...
ReplyDeleteKepada tunggak langit...
ReplyDeleteBerapa banyak buku rujukan dalam bahasa inggeris yg ade kat perpustakaan kat skolah malaysia ni? habaq mai la .. tak pun tolong la buat kajian skit... jangan lupa pada skolah2 luar bandar skali tau.. dan lagi satu, setahu sy, cikgu2 akan merujuk kembali ke dalam buku bahasa melayu utk memudahkan tujuan pembelajaran di sekolah.. kalau ada pun buku rujukan bahasa inggeris utk sains dan matematik.. adakah ia bersesuaian dengan tahap pembelajaran utk budak sekolah rendah??? kene fikir la jugak dr sudut itu....
to bulan gerhana & taiko..
ReplyDeletexsalah utk meminta sedekah cmnya nnt hasil yg dpt tu dgunakan utk tujuan yg sebenar2nye..jgn 'lesap-(mcm umno)' heheh...lg 1 kang kalo mb nizar bg duit kang kata mb nizar bg rasuah plak kang...betui x???
psl ppsmi plak..zaman kite dulu2..blaja science & math dlm b.melayu..ramai je yg grad with flying colors kan..bahasa inggeris blaja jela mcm biase...kbanyakan kite ttp pandai speaking jgk kan..sbnrnye memadai la bahasa inggeris dpelajari dlm subjek bahasa inggeris itself...xperlu nk gn bahasa inggeris dlm subjek lain..cm mungkin perlu lebihkan masa dr sejam ke 1 1/2 jam or 2 jam peruntukan untuk kelas bahasa inggeris disekolah...
taiko ucu omak kau
ReplyDeletekalau ko tanak bg sehinggit
ko dok senyap2 le lahanatssss
ni duit pon bukan mak bapak ko punya
bangang..
ko ni joki kuda longkang ke?
salam
ReplyDeleteCikgu_sekolah said:
Berapa banyak buku rujukan dalam bahasa inggeris yg ade kat perpustakaan kat skolah malaysia ni? habaq mai la .. tak pun tolong la buat kajian skit... jangan lupa pada skolah2 luar bandar skali tau.. dan lagi satu, setahu sy, cikgu2 akan merujuk kembali ke dalam buku bahasa melayu utk memudahkan tujuan pembelajaran di sekolah.. kalau ada pun buku rujukan bahasa inggeris utk sains dan matematik.. adakah ia bersesuaian dengan tahap pembelajaran utk budak sekolah rendah??? kene fikir la jugak dr sudut itu....
Tungak langit said:
wahai cikgu_sekolah, kamu ni nak bhujah biarlah bfakta.. apalah standard kamu kalau kamu seorang guru tidak boleh mengajar budak darjah satu dan enam dengan menggunakan bahan bacaan matematik dan sains yang telah dibekalkan kepada kementerian..
sebagai seorang guru, kamu kenalah mempertingkat ilmu melebihi anak murid kamu, jangan jadi kamu lebih bebal dari mereka..
jangan tahu nak menyalahkan orang sahaja.. kalau dah diamanahkan kepada kamu tugas mengajar maka laksanakan lah tugas kamu sebagai guru tapi kalau kamu rasa ianya berlawanan dengan prinsip politik atau hidup kamu maka pohonlah jawatan di tempat lain.. janganlah kamu makan gaji dengan majikan yang kamu maki hamun..
kalau kamu ikhlas dalam menjalankan tugas mengajar anak bangsa maka kamu juga akan menumpang kebaikan mereka..
BI yang cuba diterapkan ini adalah langkah kerajaan untuk melahirkan anak bangsa yang mahir berbahasa BI.. sekurang-kurangya taklah seperti generasi yang dilahirkan selepas tahun 1963 atau sebelumnya dan bila masuk pasaran pekerjaan kutuk kerajaan kerana tak ada peluang pekerjaan tapi kalain tak sedar kalain yang lemah berkomunikasi dalam BI yang menjadi alat komunikasi dalam sektor swasta..
sedarlah jangan dihentam semua dasar itu tak baik.. lihat dari aspek yang baik...
salam
Kementerian Pendidikan haruslah memartabatkan pendidikan di negara kita melalui perlaksanaan Islam yang menyeluruh dengan konsep islah yang sebenar. Ilmu yang banyak diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris bukanlah sebagai alasan untuk mendalami ilmu di dalam bahasa tersebut, tetapi dengan lebih mengutamakan penyampaian dan perlaksanaan islah kualiti ilmu di institusi pendidikan itu sendiri.
ReplyDeleteApabila institusi-institusi akademik di negara kita dikongkong dengan rantai yang bertopengkan propaganda, maka gunalah bahasa apa sekalipun, natijahnya tetap sama. Namun, apabila pusat ilmu di Baghdad suatu ketika dahulu dibuka kepada pelbagai bangsa bagi mendalami ilmu, dan mengkajinya di dalam bahasa arab, maka orang inggeris terpaksa mencari ilmu di sana di dalam bahasa arab. Tetapi, pembelajaran sains dan teknologi diajarkan di rom, di dalam bahasa latin; diajarkan di england di dalam bahasa inggeris, di russia di dalam bahasa russia, di portugal di dalam bahasa portugal dan di mana-mana sekalipun di dalam bahasa ibunda mereka.
Namun, negara Malaya telah terjajah dek kerana ketamakkan dan kedurjanaan si berkuasa terdahulu, yang termakan dengan pujian dan nasihat si British yang bersifat yahudi. Maka, setelah negara mencapai status komanwel, dan sehingga kini negara kita telah terjerat dengan satu kefahaman bahawa, tanpa bahasa inggeris - maka tidak boleh maju.
Kefahaman yang universal ini tidak boleh dielakkan kerana rata-rata jika ke negara Russia hujung dunia yang bernama Vlodivostok (susah nak eja) sekalipun, mereka akan terpaksa berbahasa inggeris supaya boleh berkomunikasi dengan orang luar. Tetapi, tidak semua boleh berbahasa inggeris. Mereka mungkin boleh berkata "I love you" tetapi tidak boleh berkata "forsythia was first isolated at the fourth institute from subjects with progressing advanced periodontitis in the mid 1970s and was described as 'fusiform bacteroides'... so forth" ?! Maksudnya, apabila diajarkan sesuatu yang kununnya SUSAH di dalam bahasa yang SUSAH nak difaham, adakah anak-anak murid akan MUDAH nak FAHAM?
Faktor terpenting ini telah membuatkan profesor, sasterawan, para guru berdemonstrasi bagi mempertahankan majoriti anak-anak kecil yang masih belum faham apakah itu erti sains dan teknologi. Adakah dengan hanya mempelajari sains dan teknologi di dalam bahasa asing ketika kecil membuktikan bahawa dia boleh menjadi doktor pada masa akan datang? Doktor yang belajar di universiti akan menemui 65% lagi bahasa inggeris (berkonsepkan jurusan sains perubatan) yang unik dan baru, yang amat berbeza dengan 65% lagi bahasa yang unik, menjurus dan baru di dalam bidang kejuruteraan kimia, petrol, robotik dan lain-lain. Ini bererti, jika anda memang tidak layak di dalam bidang matematik, sains dan teknologi ketika di peringkat SPM, berbuihlah bahasa inggeris diajarkan oleh ibu dan bapa anda di rumah sekalipun, maka anda tidak akan mampu memahami apa yang bakal diajarkan di universiti kelak kerana "bahasa" itu tidak PENTING, cuma yang penting ialah KEFAHAMAN asas sains dan matematik itu sendiri.
Anugerah nobel (sains) bukan dianugerahkan kepada mereka yang pakar di dalam bahasa inggeris, tetapi kepada mereka yang pakar di dalam bidang sains dan teknologi. Bidang sains dan teknologi bukanlah perkara yang dikuasai oleh orang inggeris dan amerika sahaja, malah majoritinya adalah yang bukan berbahasa inggeris, cuma universiti yang diishtiharkan berstatus kelas dunia adalah rata-rata terletak di amerika dan united kingdom. Namun, universiti-universiti ini masih mengambil tenaga pakar dari luar negara, yang bukanlah daripada negara komanwel pun, malah daripada negara2 yang kalah pada perang dunia ke-2.
Kefahaman asas Islam adalah PENTING bagi mengelakkan KESESATAN.
Kefahaman asas Sains adalah PENTING bagi mengelakkan KEMUNDURAN.
Sekian.
kata pandang ke timur tp agung2kn English jgk.. Jepun, Korea, Cina jd kuasa ekonomi dunia pn tkde plak heran tk pndai English. Aku ckp bengong kang mrh plak.. Yg dok blaja English dr drjah 1 smpai la hbs degree tu apebenda? Klu nk di kirakan hmpr 20 thn blaja English, tp still tk blh kuasai. Maknanya sistem pembelajaran bhasa Inggeris tu slh la. Ni tk, dok tmbhkan lg beban bdk2 dgn blaja dlm English.
ReplyDeletesalam semua...
ReplyDeletesy pelajar perubatan kat UM..sy pelajar thn pertama..thn ni umur sy 20.
sy rasa agak terpanggil utk beri komen kat blog ni.
sbg seorg medical student kat UM mmg sy akui la kat cni mmg racist.dan sy akui mmg sgt sukar bagi sy sbb kebanyakn buku rujukan disini in english.cuma kurang dr 10 yg masih bhs melayu.dan saya bukan la begitu fasih dlm BI.dan utk pgetahuan semua,tiada seorang pelajar melayu pun yang dapat gred A dlm peperiksaan.tapi dulu,masa syllabus masih dlm bahasa melayu,ada la gak sorang dua yg dpat A.
Malaysia skarang ni x macam sejarah tanah melayu dulu dimana bahasa melayu adalah lingua franca utk djadikan main language.secara jujurnya,saya sokong usaha kerajaan utk gunakan BI dalam pembelajaran.sbb pendedahan awal kpd BI tu perlu supaya nanti di Universiti senang.Malaysia bukan mcm jepun.Malaysia bkan negara maju yg kalau sape2 nak dtg meniaga atau belajar wajib belajar bahasa Melayu..dan saya rasa utk jwpn kenapa malaysia x maju tu terpulang kepada kita semua sbg rakyat malaysia.bagaimana msia nak maju kalau antare rakyat malaysia sendiri x bersatu padu.terutamanya org melayu.melayu da terpecah kepada 3 kumpulan.umno,pas & keadilan.saya rasa hala tuju Malaysia bergantung kpd rakyat malaysia sendiri.kalau btul2 sygkan bhs melayu & Malaysia,sy x rasa kita patut menuding jari pada kerajaan,atau mana2 pihak pun tentang siapa salah,siapa betul.sebab xde manusia kat dunia ni yg sempurna.semua org pernah buat kesilapan.kalau 1 pihak buat salah,tegur.bukan sibuk menyalahkan orang.kita perlu tgk semula dalam diri,berapa byk yg kita sumbang utk negara?jgn harapkan org lain datang suap.cthnya,kalau takde buku rujukan Bi kat library,kenapa kita x mintak kat menteri pendidikan?b uat la surat.minta peruntukan utk buku.brp byk sekolah kat Malaysia ni,xkan kita nak harap menteri pendidikan telefon beribu sekolah kat malaysia ni tanya buku rujukan cukup ke x?itu semua usaha kita sendiri.cth lain lg,cb kita tgk peratus penagih dadah?berapa ramai org melayu?penghidap aids?berapa rmi org melayu?yg dekat penjara tu brp rmi org melayu?kita sibuk menuding jari pada org lain,tp kita terlepas pandangpd mslh masyarakat kita sendiri yg sy rasa jauh lebih penting..atau,cuba kita lihat pd diri kita sendiri?berapa banyak yg dah kita sumbang pd malaysia?berapa byk yg pernah kita buat utk membangunkan malaysia?atau kita mgkn boleh lihat pada skop yg lebih kecil,brp banyak yg kita pernah sumbang utk mambangunkan komuniti sekeliling kta?x kisah lah,sama ada kita doktor,peguam,jurutera atau pekerja kilang sekalipun.sy x rasa belajar dlm BI tu salah.kita cuma belajar bahasa.bukan belajar budaya barat.terpulang pada kita untuk mengaplikasikan ap yg kita belajar.dan jgn pula lupakan bahasa,adat kita sbg melayu dan lebih penting lg sebagai seorang Islam.kalau kita betul2 sygkan bahasa melayu,kenapa SMS guna bhs singkatan?(sy pun pernah buat).sy percaya semua org pernah buat.ejaan pun gunakan bahasa pasar.sy mengaku sy mmg selalu buat..sbb tu sy x berani nak tegur ttg bahasa lebih2.tapi ap yang sy nak tekankan kat sini,mana semangat satu padu dan kesepakatan kita sbg rakyat malaysia?terutamanya org melayu?kenape kita perlu sibuk menuduh atau mengkritik apa sahaja yang org lain buat?sbg manusia kita x boleh nak puaskan hati semua org.lagipun tiada siapa kat dunia ni yg sempurna.kalau pemimpin atau kerajaan atau mana2 pihak pun salah,x boleh ke kalau kita sama2 betulkan?x boleh ke kalau kita sbg bersatu,bersama2 bangunkan Malaysia?tanah air kita.kenapa mesti berpecah belah?kenapa mesti saling bermusuhan antara kita?kenapa saling menuding jari antara kita?dimana tanggungjawab kita sbg rakyat Malaysia yg mengaku cintakan Malaysia?yg cintakan bahasa melayu?dimana diri kita sekarang?kenapa mentaliti kita begitu?saya xpernah memandang rendah pd bangsa sy sendiri atau pd negara sy sndri.sy bangga,sgt berbangga menjadi seorang melayu,seorang rakyat malaysia dan seorang Islam.tp sy sedih.sedih melihat bangsa sy yang semakin berpecah.yg saling bermusuhan antara sendiri.kalau kita saling bermusuhan,bagaimana nak majukan Malaysia?bagaimana nak mengangkat Bahasa Melayu dimata dunia?salam..
kalau dalam bhs melayu pun pelajar2 melayu kita x boleh faham,nak salahkan siapa?salahkan cikgu?salahkan sekolah?salahkan ibu bapa?macam mana pelajar melayu nak cemerlang?cuba kita tgk remaja sekarang ni,ponteng sekolah,vandalisme,melepak dekat pub,merokok.camtu boleh ke nak pandai?belajar dlm bhs melayu pun x semua dapat straight a dlm exam.kalau punca keputusan x bagus tu kita nak salahkan bahasa gak?itu belajar dalam bahasa melayu.bukan inggeris.abis tu kita nak suruh diorang belajar dlm bhs ap pulak?tamil?mandarin?sy rasa,semua terpulang pd individu.inisiatif untuk berusaha utk berjaya.usaha sungguh2.bukan masalah bahasa.tapi pelajar kita ada ke semua tu?yg saya nampak,budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta.n macam2 lg la.x larat nak cakap.
ReplyDelete