Nak cerita sikit...
Semalam lebih kurang jam 6:00 petang sahabat-sahabat dari Barisan Rakyat Blogger sampai ke Taiping, lepas tu kita buat perjumpaan dan sikit briefing antara BloggersNetwork@Perak, Barisan Rakyat Bloggers dengan Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat. Selesai perjumpaan tadi kami berpeluang pulak bertemu muka dengan Dato' Seri Ir Nizar yang kebetulan berada di Markas Induk P-059.
Selesai lebih kurang jam 11:00 malam.
Lepas tu lebih kurang jam 2:00 pagi kami buat lawatan ke kem Barisan Rakyat Blogger di bla bla bla... balik lebih kurang jam 5:00 pagi. penat tok sah cerita.
Sampai dekat stesen maya 1 masing-masing sibuk buat persiapan untuk ke penamaan calon di Taiping. sorang pun tak sempat nak membantal.
Jam 6:30 pagi kami gerak ke lokasi penamaan calon dengan 3 buah kereta bersama 9 kru untuk melaporkan berita langsung dari sana.
Sampai ke lokasi 10 minit kemudian.
Laporan demi laporan dibuat walaupun tak banyak sebab tak banyak sangat yang berlaku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan aman, tiada perkara-perkara tak elok berlaku di kem Pakatan Rakyat walaupun kehadiran dianggarkan mencecah angka 30 ribu orang.
Penyokong Pakatan Rakyat bagi aku dah cukup-cukup matang sekarang, tak macam 10 tahun dulu. setakat nak provoke tu tak payah lah... semua provokasi dilayan sebagai bahan jenaka. tiada lagi amarah, tiada lagi panas baran. semuanya cool. aku respek hangpa.
Balik dari penamaan calon lebih kurang jam 2:00 petang, sampai ke stesen maya letak kamera, letak beg, mandi lepas tu terus membantal.
Mintak maaf banyak-banyak sebab tak kemaskini blog dengan gambar-gambar. penat sangat-sangat sebab dari semalam tak membantal.
Jadi dalam masa sekurang-kurangnya sejam dari sekarang, insya-Allah (harap BerukBand tak buat hal) aku akan publishkan gambar-gambar sekitar penamaan calon pagi tadi. semuanya ada hampir 600 keping gambar. tapi lepas penapisan mungkin hanya separuh akan diupload ke galeri gambar Perisik Rakyat.
Harap semua bersabar, dan mintak maaf banyak-banyak sebab lepas 6 jam, baru sekarang teman kemaskini. penat sangat-sangat geng.
Keep in touch.
I'm very appreciate... good work, even without get paid like the other party..
ReplyDeletejom layan gambar kat sini
ReplyDeletegambar penamaan calon bukit gantang meriah
Salam,
ReplyDeletemoga2 usaha sdr ini diberkati Allah swt. Saya sentiasa menunggu berita terkini melalui blogger network.....saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kejayaan tercemerlang buat pejuang keadilan dan kebenaran! Takbir!
slm...
ReplyDeletetakper bro...
usaha korang amat2 dihargai!
harap2 usaha korang diberkati ALlah
salam
ReplyDeletebetul ke tak dapat upah ni... org PR ni malaikat ke? kah kah kah
kadang statement kau org ni geli telinga aku mendengarnya..
salam
ReplyDeletekau ni kan betul2 penipu dan bengap lah.. kata tak provoke tu yg ake nampak replika kapal selam tu tak provoke ke?
baru aku nak respect kat kau org rupanya hampeh.. memang dasar tak boleh percaya budak2 pPASTI ni..
takpe bro..rehat dulu..pastu baru posting... - Neo
ReplyDeleterakyat sudah makin sedar pakatan rakyat tu siapa.....yang penting sekarang undi kepada yang boleh buat kerja dan bukannya banyak menabur janji palsu.....aku takkan ditipu lagi.....
ReplyDeleteAllahuakbar
ReplyDeletebukan pas sahaja yang bertakbir...
semoga Allah perlihatkan pemimpin yang haloba dengan dunia dan gunakan Islam untuk kepentingan politik..
bersaudaralah kita sesama agama dan janganlah ambil rakan yang jelas menolak Islam sebagai rakan perjuangan
x ku kebuloq bersaudara dgn puak2 yg menentang islam..DAP tu kapiaq,dia tentang hudud aku tak kisah..hak pemimpin umno yg mngaku islam ni,bini pun bogel..syari'at hak senang pun x leh nak ikut???
ReplyDeletetungaklangit,
hang pi lah bersubahat dgn depa..aku x rela..sbb ALLAH TAALA bg aku akal utk menilai