Sunday, March 08, 2009

DS Nizar Mohon Mengadap Sultan - malaysiakini

Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk mengadap DYTM Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan 3 usul yang telah diluluskan pada persidangan DUN di bawah pokok Selasa lepas.

Beliau berkata, "Sebelum ini kita sibuk dengan kes mahkamah, esok cuti, jadi Selasa ini kita akan hantar surat kepada Sultan Perak. Saya akan mengadap Tuanku sebaik saja mendapat lampu hijau."

Tiga usul yang diluluskan dalam persidangan tergempar itu ialah:-

1) menyatakan sokongan kepada Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar

2) membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan

3) mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Adun Pangkor Dr Zambry Abdul Kadir dan 6 anggota Exco Kerajaan BN daripada menghadiri persidangan dewan.

Beliau telah merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan berkenaan. Beliau juga turut menanam 5 anak pokok spesies yang sama di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat PR.

"Pokok2 ini simbolik melambangkan prinsip kerajaan negeri PR iaitu keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan... ini juga usaha mesra alam sejajar dengan dasar menghijaukan, kita berharap Majlis Bandaraya Ipoh tidak akan mencabut pokok2 ini. Kawasan ini bakal menjadi satu daya tarikan pelancong kerana telah menjadi lokasi bersejarah." katanya.

13 comments:

  1. buat masa ni saya anggap sultan azlan adalah sultan umNO, bukanya sultan rakyat, bukannya sultan negeri perak.

    saya tak terkejut klau sultan azlan tak perkenan utk nizar jumpe dia.....maklumlah myb merajuk dgn nizar....apatah lagi nak perkenan DUN perak dibubarkan.

    harap pakatan rakyat ada plan lain utk selesaikan bende ni jika sultan azlan x mau setuju utk bubarkan DUN.

    kpd bloggers....harap korang bleh dedahkan & londehkan cerite2 family sultan azlan...mungkin di situ nnt kite tahu sbb utama kenapa sultan azlan tunduk & taku kpd perasuah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom SEMUA, ana berpendapat bahawa SULTAN Perak tidak BERANI nak bubar DUN sbb ape yang tersirat antara 3 makhlok ini - Sultan Azlan, Najib dan Zahid tempoh hari, tidak kita ketahui. Atas fahaman ana, dengan kebijaksanaan Sultan Perak yang sedia ada, sunggoh mustahil beliau mudah di tindek hidong kalau tidak dengan hal-hal tertentu.Kalau ade suara2 dari kasut2, dinding2, kerusi2 di istana yang bolih bercakap, sila lah bongkarkan ape yang di bincang semasa penemuan 3 makhlok itu. W'salam.

    ReplyDelete
  3. kenape sultan-sultan dan Yang DiPertuan Agung hanya melihat tanpa berkata apa-apa apabila melihat rakyat dizalimi oleh rejim umno? adakah masih relevan sultan-sultan ni kalau terus membisu? derhaka ker rakyat kalau rakyat memuziumkan institusi sultan ini?. Rakyat Iran telah menunjukkan kita jalannya.

    ReplyDelete
  4. Semoga doa kita dimakbulkan ALLAH dan sultan memperkenan sembah mohon bubar DUN. AMIIIIIIIN...!

    ReplyDelete
  5. kasik mandram sikitla hahahah kot terbuka hati nk bubar dun

    ReplyDelete
  6. baru td dgr amanat tn guru nik aziz,hj hadi,ds nizar,kor ming,misbah kt pekan simpang taiping utk pelancaran gerak kerja pilihanraya kecil prlimen bkt gntg,lebih 20ribu hadir!hari penamaan calon 2x ganda lagi kehadirannye..tgk bendera dacing pun dh psg tbalik,tu dlm pas tak serang lg tu...

    ReplyDelete
  7. walaubagaimanapun dato seri telah menjalankan amanahnya. Syabas dato seri. Anda seorang pejuang rakyat yang cekal dan tabah.

    ReplyDelete
  8. TP & Ahmadinejat... takde gambo ke?

    ReplyDelete
  9. salam

    sedih juga saya memikirkan kemelut politik dewasa ini tapi jangalah menghasut orang ramai sampai nak dilondehkan keburukan sultan perak.. ni kerja PR ke.. dulu kes Eli Wong kau orang kata UMNO buat tapi last2 orang PKR yang buat.. kalau macam ni tahulah saya sebenar kau orang memang suka mendedahkan keburukan orang lain rupanya

    sama macam ceramah tok guru tuan puan yang suka londeh keburukan orang lain dan yang berat lagi londeh dengan fakta yang karut maksudnya fitnah...


    sampai bilalah perkara ini akan berulang...

    pasal PRK Bukit Gantang... saya akui kalian akan menang dengan bergaya sebab para pengundi sudah diracuni pemikiran mereka begitu juga bkt selambau kalaian akan menang.. tahniah

    harap2 dengan kemenangan parti saudara dapatlah saudara memperbetulkan segala kesilapan yang dibuat oleh UMNO tapi janganlah pulak asyik nak tukar kereta, ubah suai pejabat, tutup tadika, ubah JKKK dan sebagainya sampai apa yang dihjanjikan tak tertunai..

    nanti bila dah kalah baru kenal rakyat yang menyokong kalian... satu lagi buanglah sikap menyalahkan orang lain kalau kita menghadapi sebarang masalah ..kan parti saudara parti yang dipenuhi oleh ahli bijak pandai (pandai menuduh dan membangkang)...

    salam

    ReplyDelete
  10. weii tungaklangit "prof" angkat najis!

    ko x payah berselindung disebalik budiman palsu ko tuh.

    aku tau sapa ko sebenarnya.. xde orgnya tertarik pd kata2 ko tu pun. khakk ptuihh..

    aku nak ko komen KENYATAAN BERAMARAN oleh sirul itu.

    ko ulasla dari sudut budiman ko tu kemudian bagi tau aku kat sini.

    ReplyDelete
  11. tungak langit,


    sapa racun sapa??

    tv1,2,3 tu tg nik aziz punya ka?

    utusan,bharian,kosmo,sinar...

    anwar punya ka??


    astro??kit siang punya ka??


    tlg jawab sikit..

    ReplyDelete
  12. Salam

    Maaf baru balik mendengar fitnah kaum yang seangkatan di atas...

    apalah saudara Prof Butoh (ops salah boo tooh) lain kali cari nama elok sikit nama melambang empunya badan.. macamana nak bahas dengan orang yang bernama seperti ini... itulah kalau dah diangkat sumpah dgn nama Allah terima ajrlah.. tak kira samada benar atau tidak.. hanya dia dan Allah sahaja yang menentukannya.. kenapa saudara nak ulas panjang...

    Sdr Anonymous.. (kesian mak bapak kau bagi nama supaya menjadi insan yang beriman dan berani menegakkan kemungkaran tapi dok sembunyi nama pulak)

    menjawap persoalan saudara..

    tv1,2, adalah milik kerajaan malaysia dan TV 3t milik swasta

    Janganlah hina dan babitkan TGNA dalam hujah saudara.

    utusan,bharian,kosmo,sinar... adalah milik swasta... itu pun tak tahu ke?

    anwar punya networking lagi besar tak kan tak tau dengan siapa dia baik.. Yahudi? USA? CIA? Singapore? ..

    astro milik swasta

    kit siang punya orang seperti saudara yang tak tahu sejarah negara betul tak.?

    Utuk makluman saudara, dlm agensi kerajaan spt yang sdr nyatakan di atas ramai yg berjiwa spt sdr tapi jgnlah kita nak salahkan UMNO sahaja..

    contohnya dulu, semasa selangor dibwh BN, kalau sampah tak angkut UMNO salah, jalan tak rata UMNO salah, jenayah tinggi UMNO salah..

    sekarang sapa salah gamaknya?

    di kajang byk samun , pecah rumah dlltak kanlah UMNO salah kot sebab dah kalah kpd PR? PR lah kot?

    kadang2 kalau nak bhujah biarla smart sikit jgn ikut nafsu marah aje.. cuba cadangkan idea bgmn nak menyelamatkan negara dpd kemelesetan ekonomi skrg.. tak gitu?

    salam

    ReplyDelete
  13. aku tak berhujah dengan orang yg otak dia takat tu je...

    kalau sebut ayat Quran pun org camni ada je alasan dia.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?