Tuesday, March 24, 2009

KL - Gemas - Kelantan ~ malaysiakini

Malam tadi aku gerak dari Kolumpo ke Dabong naik Expres WAU jam 8:30 malam dari KL Central. Lebih kurang jam 10:30 malam, Sya Reformis call aku bagitau perkembangan terkini dari kawasan program di Simpang, Bukit Selambau. Katanya pentas ceramah dijaga rapi oleh pihak FRU.

Lebih kurang jam 11:00 malam, Dugong Darat pulak call aku bagitau sape yang diumumkan sebagao calon mewaklili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Lebih kurang jam 12:15, Che’gu Man AMK pulak call aku maklumkan apa yang berlaku dalam ceramah DSAI di Bukit Selambau. Aku pulak lupa nak tanya dekat kawasan mana.

3-3 cerita dekat atas tu aku dah laporkan dalam blog aku semalam. 2 yang pertama dipublish atas katil dalam Keretapi, yang last sekali aku terpaksa mintak Dugong Darat publishkan sebab bateri laptop aku dah kong.

Terima kasih banyak-banyak dekat geng-geng yang pantas melaporkan apa sahaja perkembangan walaupun depa di Utara aku di Selatan. Insya-Allah dengan kerjasama erat yang ada, korang tak kan terputus maklumat. Agi idup, agi ngelaban.

Ni aku berada di Daerah Dabong, Kelantan dalam kawasan DUN Dabong yang diwakili oleh ADUN YB Dato’ Arifabillah dan Parlimen Kuala Krai yang di wakili oleh YB Dr.Hatta Ramli. 2-2 wakil dari PAS.

Datang kesini atas beberapa urusan dan petang ni kebetulan ada Mesyuarat Agung PAS Cawangan Kampung Biak, Dabong. Dapat la aku tengok muka Wakil Rakyat dekat sini. Apa yang bakal dibincangkan aku tak tau. Kalau bersesuaian aku akan publishkan lepas ni.

Kamera terpaksa aku tinggalkan dekat Dugong Darat sebab dia ambik alih tugas aku di Perak semalam tapi hari ni aku akan bertugas macam biasa untuk program Dato’ Seri Ir Nizar di Kelantan.

Tempat, aku tak tau lagi dekat mana, aku tunggu pengesahan dari team di Bukit Gantang, Perak.kalau jadi, MSK, Dugong Darat dan Sya jugak akan berada di Kelantan untuk program hari ni.

Kawasan yang aku datang ni agak jauh dari Bandar, lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kereta, jauh beb… kalau naik kereta, masuk daerah ni je korang boleh jumpa papantanda amaran “Awas Harimau..! jaga kebersihan kebun anda”. Bahaya beb… ghimau..!

Gambar..? mana la aku bawak kamera beb… lagipun aku naik keretapi, bukan kereta… kalau naik kereta memang jumpa la papantanda tu.

Chow..!

1 comment:

  1. mace mana kawe bley terlepas program kat pasir mas ni..kawe hari2 usha blog ni...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?