Monday, March 16, 2009

Menjelang 3 Pilihanraya Kecil - malaysiakini

-tok iskandar

Menjelang PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai, petugas-petugas PR perlu bekerja keras dan mengembeling tenaga kerana bukan mudah nak menang kerana kita akan berdepan dengan seluruh jentera kerajaan UMNO-BN dan juga menteri pasola dan hulubalangnya dari negeri Pasir Dua Butir.

Kata-kata Tun Dr Mahathir tentang krisis di negeri Pasir Dua Butir yang disifatkannya tak ikut undang-undang bolehlah dijadikan bahan kempen kita di Bukit Gantang. Tok tak nak ulas panjang kata-kata mantan PM ni,rasa-rasanya kengkawan bloggers boleh paparkan dalam blog masing-masing.

Tabung yang kengkawan bloggers sediakan itu boleh membantu dan melancarkan kempen-kempen mereka kelak. Eloklah kepada para penyokong PR yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan sedikit sumbangan kepada tabung ini.

Sedikit nasihat tok kepada rakan bloggers semua,berhati-hati memaparkan isu dalam blog masing-masing kerana kita sedang diperhatikan. Eloklah dapatkan nasihat peguam atau lebih elok jika PR sediakan barisan peguam untuk membantu mereka. Tok bimbang ada yang akan ditahan dan didakwa di mahkamah.

Rakyat marhain perlukan maklumat dan akhbar harakah dan siasah saja belum memadai. Kepentingan blog, you tube dan lain-lain perlu diambilkira.

Tok nak ulas tentang Bukit Gantang sikit. Setahu tok Bukit Gantang kubu kuatnya sejak dulu lagi. PAS baru je menang sekali dan tok nak pesan yang kita yakin sangat. Kena usaha lebih menangkis serangan daripada media-media totok umno.

Elakkan terlibat dalam segala provokasi yang cuba ditimbulkan oleh anasir yang tak bertanggungjawab dan kalau boleh jangan miss satu rumahpun bila berkempen.

Jika nampak sebarang aktiviti yang cuba mensabotaj kita, rakamkan segera dan jangan sekali-kali bersendirian ketika berkempen atau mengantung poster.

Selebihnya korang semua dah tahu dan yang penting jaga disiplin dan dengar kata pucuk pimpinan.InsyaAllah kita akan menang di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?