- Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan “politik pembangunan mee segera” apabila menghadapi pilihan raya.
- “Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.
- “Pendekatan projek “mee segera” seperti projek jalan berturap, membersihkan kawasan atau bermacam-macam lagi projek segera setiap kali menjelang pilihan raya perlu diubah… mana yang boleh lulus akan kita lulus,” katanya.
Kah kah kah kah kah... Mat Lebong nak lebong lagi..! hari tu dah kantoi dekat Bukit Gantang... ni kantoi dekat Bukit Selambau pulak..! kah kah kah kah kah...!!!
Oit... betoi la dia habaq dekat atas tu “Politik pembangunan “mee segera” (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa,” kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini".
Dia tak habaq Bukit Selambau..! kan? kan? kan?
Lebong la lagi Mat Lebong..! mu kang pakar bong C4..!
*gambar ihsan kerabubersuara
Dah memang tabiat perangai BN macam tu, semua dah maklum. itu kerja turap jalan berapa pulak kos dia tu? kos untuk kerja atas angin berapa pulak tu? kerja turap jalan tu tak dapat disangkal lagi... memang itulah yang paling ketara dapat di tonjolkan kepada orang ramai...kununnyo mereka tu prihatin??? kain batik, RM50, upah naik banner, upah kempen, upah Puteri, upah cawangan, upah peraih... Wooo banyak pelaburan tu... tulah tiap tahun naik, naik,naik...
ReplyDeleteuntung orang bukit yer time2 pilihanraya ni.. tapi x pa time pangkah hampa pakat2 pangkah PR.. HIDUP PR..
ReplyDeleteTok nak komen sikit pasal kerajaan perpaduan yang dicadangkan Tok Guru Haji Hadi Awang.
ReplyDeleteSehari-dua ni media totok UMNO sibuk pelagakan Tok Guru Haji Hadi dengan Tok Guru Nik Aziz.
Impak ke atas PAS ialah berlaku krisis dalaman dan persiapan PAS menghadapi Pilihanraya kecil Bukit Gantangpun terjejas.Itulah harapan UMNO tapi apa yang berlaku UMNO yang pecah-belah akibat tindakan lembaga tatatertib UMNO melarang Ali Rustam daripada bertanding Timbalan Presiden UMNO.Khairi siap kena warning.
UMNO akan menghadapi PRK Bukit Gantang dengan jentera yang lemah dan kemungkinan besar akan disabotaj oleh penyokong-penyokong Ali Rustam yang kelmarin menyambut kepulangan Pak Lah di lapangan terbang setelah melakukan kunjungan hormat ke Jakarta.
Ali Rustam dah 37 tahun aktif dalam UMNO.Kalau Ali ni ahli PAS,kariernya bermula dengan mengantung poster dan bendera PAS.bayangkan betapa kecewanya perasaan Ali dan penyokongnya.
Tok Ngah Sahak masak minum kopi kat warung dengan tok kata ini tipu muslihat UMNO je.Rayuan Ali akan diterima dan beliau akan berpeluang bertanding timbalan presiden UMNO.lakonan ini untuk mengaburi mata penyokong Pakatan Rakyat agar jentera persiapan mereka tidak digerakkan dengan sempurna.Kira sama macam kes Nasha,ADUN Bota yang berpura-pura masuk PKR kemudian lompat balik masuk UMNO.dalam UMNOkan penuh dengan pelakon-pelakon yang berbakat dan tak heranlah kenapa Melayu kena tipu 51 tahun dengan UMNO tapi tetap senang hati mengundi parti itu,tambah Tok Ayah Sahak lagi dan sembang petang kami kat warung hujung kampungpun berakhir setelah kedengaran Sidek memanggil atuknya pulang ke rumah ada urusan keluarga sikit.Rupa-rupanya sedara-mara Tok Ngah Sahak di negeri Hang Tuah tengah berkira-kira nak isi borang PAS.Siap bawak satu kaum kerabat lagi.habislah UMNO lepas ni.Orang Melaka dah kenal wajah sebenar UMNO dan tak lama lagi mereka akan muak dan benci dengan UMNO.Bakal Timbalan Presiden UMNOpun mereka boleh cantas macam tu je.Sekarang baru mereka tahu apa yang berlaku kat Anwar Ibrahim dulu bila dah kena kat bos mereka sendiri.
Itu tak campur lagi dengan geng-geng UMNO yang kalah di dalam pemilihan UMNO hujung bulan ni.Gerombolan penyokong-penyokong mereka yang akan bertanding untuk jawatan MT,Puteri,Wanita,Naib Presiden dan timbalan Presiden UMNO.
Senang citer jentera UMNO bolehlah dikatakan telah lumpuh tapi kita tetap perlu bersedia kerana jangan ambil mudah tapi anggaplah yang berlaku dalam kem UMNO sekarang sebagai bonus atau pembakar semangat untuk kita menang bukan setakat di Bukit Gantang tapi Bukit Selambau dan Batang Ai.
Nampak sangat UMNO dah nak karam.Kenapa pulak kita nak buat kerajaan perpaduan.Ajaklah MP-MP dan ADUN-ADUN UMNO tu join PAS,PKR ataupun DAP.Itulah langkah paling bijak.Kalau dah malu sangat jadi bebas je.
Tok tengah tunggu apa tindakan Pak Lah.kira berani najib kasi warning kat menantu kesayangan Pak Lah.Nampak je lembik Pak Lah tapi dia tak tunjuk power dia lagi.Nanti tak kena gaya,najib yang tersungkur.
Tok Leman cakap kat tok semua yang Najib buat tu ideanya dari memanda pencen Tun Mahathir.Takkan dia nak ngaku.Hujah Tok Leman,dulu kerajaan PBS Sabah dijatuhkan ketika Dr Mahathir jadi PM biarpun menang pilihanraya.
Perjanjian air 3 sen seribu gelen disambung semula pada 1999.Masa tu Tun Mahathir jadi PM.Kerosakan sistem kehakiman,Raja Melayu hilang kekebalannya,mufti dipecat dan institusi polis dan BPR hilang kredibilitinya ketika Tun Mahathir jadi PM.
Tun Mahathir sendiri kata Najib lemah dan tentulah dia kena rujuk kat mentornya Tun Mahathir.Tok Leman bagitau tok barisan kabinet bayangan najib akan dianggotai oleh hulubalang kanan najib dan tun mahathir.penyokong Pak Lah dan muka lama akan dinyahkan sorang demi seorang.
Jamaluddin Jarjis,Ismail Said,Saifuddin Abdullah,Mukhriz,Nasir Ibrahim Fikri dan Maznah akan dilantik jadi menteri penuh.Nazir Razak akan dilantik menjadi senator dan kemudian dilantik menjadi menteri kewangan kedua.Nasib Muhyiddin,Rais Yatim,Hamid Albar tidak menentu.Shaziman Abu Mansor sepupu kepada Khairi juga akan disingkirkan.MB Pahang,Perak,Terengganu,Perlis,negeri Sembilan dan Ketua Menteri melaka akan digantikan dengan mereka yang mesra najib seperti shakar shamsuddin,derih jusoh dan shahidan kassim.
tok Leman kata UMNO dilanda tsunami dan mereka yang terkorban memang besar dan berbondong-bondong akan menyertai Pakatan Rakyat.
Tok tanya Tok Leman apa tindakan yang akan diambil Pak Lah.Tok Leman hanya menggaru kepala.
Sekarang UMNO dah lemah dan bila-bila masa je nak tumbang.Kenapa pula kita nak berikan UMNO talian hayat untuk bernafas.
Jika mereka ikhlas,eloklah keluar UMNO dan sertai Pakatan Rakyat.Itulah kerajaan perpaduan yang sebenarnya.Jika kita membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO tak ada bezanya kita dengan UMNO.
Rakyat nak tengok Pakatan rakyat memerintah bukannya join UMNO-BN.Logik akal UMNO yang kalah akan join Pakatan rakyat yang menang.bukan pemimpin PAS yang dalam team menang sanggup keluar parti atau huru-harakan parti join UMNO.
Penyokong PAS sendiri tengah hangat hati dengan UMNO sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang MBnya PAS di negeri Pasir Dua Butir ditumbangkan oleh menteri Pasola.
Isu bahasa Melayu pun UMNO tak boleh settle.Tok nak tanya sikit,kalau join UMNO,nak ke parti tu sokong perlaksanaan hudud?
Elok kita perkukuhkan Pakatan Rakyat.Kenapa perlu kita pecah-belahkan parti hanya untuk menguntungkan UMNO yang lebih 51 tahun memerintah tapi hari ke hari hak Melayu semakin tergadai.
perisik rakyat kena faham...
ReplyDeletekata kata najib ada kebenarannya..
tiada projek mee segera.
jalan yang diturap sebenarnya bukan utk rakyat,tetapi untuk Najib dan kroni turun kempen jer..
HAHAHAHA..RAKYAT TERTIPU LAGIII!!!
ReplyDelete